RETRO BOLA SEPAK - 57
Sedari kecil lagi, saya sudah berlatih ketepatan sepakan percuma saya. Lazimnya saya akan peruntukkan satu jam lagi selepas selesai sesi latihan untuk meningkatkan kualiti sepakan percuma saya. Seperti juga perkara lain, semakin kamu kerah keringat dan perit, semakin banyak hasil yang akan kamu peroleh.

Ulasan Roberto Carlos tentang kehebatan kualiti sepakan percuma yang beliau miliki. Siapa boleh lupa sepakan percuma yang mencabar hukum fizik, dipahat dalam perlawanan menentang Perancis dalam kejohanan Tournoi de France 1997. Memang padu lagi grande!

Beliau dilahirkan di Gara, sebuah pekan kecil dalam negeri So Paulo. Majoritinya kawasan tersebut dipenuhi dengan ladang kopi.

Bapa Roberto, Encik Oscar adalah seorang pekerja ladang kopi dan bekas atlit amatur. Encik Oscar sangat mengharapkan agar anaknya, Roberto Carlos akan menjadi pemain bola sepak profesional.

Untuk penuhi hasrat si bapa, Roberto Carlos mengikut keluarganya berhijrah ke sebuah lagi pekan dalam negeri So Paulo, iaitu Pekan Cordeirpolis. Tempat itu dilihat punyai potensi untuk gilap bakat Roberto Carlos menjadi pemain bola sepak.

Di Sekolah Awam Kolonel Jos Levy lah tempat di mana mula-mula Roberto Carlos secara serius terlibat dalam sukan bola sepak.

Seorang guru di sekolah tersebut bernama Encik Mario Mascarin ada mendedahkan betapa Roberto Carlos seorang murid yang sangat baik dan peramah dan punyai hubungan baik dengan semua orang. Roberto Carlos sering jadi ketua dalam apa jua aktiviti sekolah. Menurut Encik Mario lagi, Roberto Carlos ada berkata kepada beliau, yang si

Roberto ini mahu jadi hero seperti bapanya yang juga seorang atlit.

Wibawanya Roberto

Carlos, hingga kan diberi peranan oleh gurunya untuk mengendalikan kelas pendidikan jasmani untuk kelasnya. Beliau akan jadi ketua di hadapan dan memberi arahan bagaimana untuk melakukan latihan fizikal.

Encik Mario, sangat bangga untuk akui, bahawa Roberto Carlos, yang gemilang dalam kerjaya pemain bola sepak, adalah anak murid didikan beliau sendiri.

Memandangkan keluarga Roberto Carlos dari golongan miskin, Roberto Carlos, meski pun masih kanak-kanak, pada usia 12 tahun telah bekerja di sebuah kilang tekstil bernama Torso Cardeiro. Satu hari, Roberto Carlos luahkan pada bapanya yang beliau kalau boleh hendak berhenti kerja, sebab kekurangan masa untuk berlatih dan bermain bola sepak.

Keluarga yang serba susah, pasti sukar untuk buat keputusan. Wang amat penting untuk meneruskan penghidupan. Tiada kerja, makna kata tiada lah wang.

Bapa Roberto Carlos akhirnya membuat keputusan.

Kamu berhentilah kerja, dan kejar impian kamu.

Dan hari itu menjadi hari paling istimewa, gembira dan bermakna dalam hidup Roberto Carlos.

Sebuah tanah lapang di belakang Stadium Engenho Velho menjadi tempat

Roberto Carlos berlatih.

Pada tahun 1985, Roberto Carlos mendakap trofi pertamanya bersama kelab remaja Atltico Juventus, dan bermain di posisi penyerang di sebelah kiri.

Kemudian di tahun 1986, beliau bermain pula untuk kelab Flamenguinho. Di kelab itu lah, jurulatih kelab bernama Joo Carlos

Campos memutuskan bahawa Roberto Carlos lebih cocok dengan posisi bek kiri, posisi yang kemudiannya menaikkan nama Roberto

Carlos di pentas dunia.

Tahun 1992, Roberto Carlos mengikat kontrak profesional dengan kelab Unio So Joo E.C., dan beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Tahun berikutnya berhijrah ke Sociedade Esportiva Palmeiras dan mendapat call-up pertama skuad kebangsaan Brazil.

Pernah sekejap di F.C. Internazionale Milano sebelum ke Real Madrid C.F., kelab yang menobatkan Roberto Carlos sebagai antara bek kiri terbaik dunia.

Sepakan padunya digeruni lawan. Otot pehanya sebesar batang kelapa. Kelajuannya sepantas peluru. Kegigihannya umpama semut. Tak tinggi, tapi orang lain pandang tinggi pada beliau.

Satu-satunya Roberto Carlos da Silva Rocha!