Mencari Kiblat Cinta - 58
Termos berisi bubur yang direneh dari rumahnya diletakkan di atas meja. Melihat bekas bubur di atas meja yang masih belum terusik sejak semalam, dia menarik nafas panjang. Dia duduk di birai katil, merenung wajah lelaki itu berkali-kali.

Tiba-tiba kelopak mata Joshua terbuka. Evelyn tergaman.

Dah lama you sampai Tegur Joshua. Lelaki itu berusaha untuk bangun. Evelyn segera membantu dengan meletakkan pelapik di belakang kepala lelaki itu. Dia ingin Joshua merasa lebih selesa.

I singgah sekejap aje. Lepas ni I nak balik ke pejabat semula. Beritahu Evelyn.

You dah jumpa Danira Joshua tiba-tiba bertanya. Evelyn merengus kasar. Lagi-lagi Danira! Tidak ada perempuan lainkah yang mahu disebut Joshua selain Danira

Dia dah selamat keluar dari penjara, kalau itu yang you mahu tahu. Thanks to you. Sahut Evelyn sinis. Sedikit pun tidak terniat di hatinya mahu memberitahu Joshua tentang Danira yang tinggal di tingkat atas di Sissy Kindergarden.

I nak jumpa dia Evy. Please, tolong I cari dia. Rayu Joshua.

Evelyn menatap lelaki itu dengan wajah bosan. Entah kenapa, gelodak hatinya sering terbakar dengan sikap Joshua yang tidak mahu faham-faham. Perasan cemburunya melupa-luap mengenangkan Joshua yang lebih mengambil berat tentang Danira berbanding dirinya. Padahal selama enam tahun ini, dia sentiasa di sisi Joshua ketika lelaki itu diberhentikan kerja dan dicemuh beberapa tahun yang lalu.

Lepas you jumpa dia you nak buat apa Bermadu asmara dengan dia Sindir Evelyn.

Joshua menatap wajah di hadapannya tidak berkelip. Renungannya menikam tajam ke wajah Evelyn yang bertutur tidak beralas. Sikap Evelyn terhadap Danira sejak dulu tidak pernah berubah. Sentiasa keras!

Dia tak bersalah Evy. Dia teraniaya. Suara Joshua meninggi. Dia benar-benar tidak suka mendengar kata-kata Evelyn itu.

Teraniaya Habis Firdaus macamana Dia kawan kita Josh! I bukan kisah dia salah atau tidak. I cuma marahkan you yang sanggup memperjudikan masa depan you untuk dia. Dan sekarang nyawa pun you nak korbankan Hebat betul cinta you untuk dia! Tukas Evelyn.

Cukup Evy! Herdik Joshua dengan wajah menyinga. Dia semakin hilang sabar mendengar kata-kata Evelyn. Kenapa sejak akhir-akhir ini, dia merasakan Evelyn seperti sengaja mahu mencari fasal dengannya Ada sahaja yang tidak disenangi oleh wanita itu hingga sering mencari gaduh dengannya.

I tahu apa yang you marahkan. Tapi I tak suka you hina Danira. Shes our client and our responsibility. Joshua mengingatkan Evelyn.

Evelyn terdiam. Dia tahu lelaki itu tidak menyenangi kata-katanya. Tapi tahukah Joshua bahawa dia benar-benar terpukul bila mendapat khabar bahawa lelaki itu teruk dibelasah di hadapan firma guaman mereka dua minggu yang lalu Malah sepanjang malam dia berjaga di wad kecemasan dengan perasaan bimbang, takut-takut Joshua akan pergi meninggalkannya.

******

Sehingga kini Joshua tidak mahu berterus terang dengannya tentang kejadian yang berlaku. Tapi Evelyn tahu, semua itu pasti ada ada kena mengena dengan kes Danira. Kini gadis itu sudah bebas di luar tembok penjara. Sebaliknya Joshua pula terlantar di katil hospital dengan seluruh tubuh bengkak-bengkil.

You kena ingat Josh, Danira tu cerdik orangnya. Sepertimana dia pandai memprovokasi you, dia juga tentunya pintar untuk melakukan lebih dari itu. I cuma tak mahu you tertipu dengan wajah baik dia. Evelyn cuba berlembut kali ini.

Joshua terdiam. Kata-kata Evelyn tidak sedikit pun memudarkan kepercayaannya terhadap Danira. Dahulu dia memang tertarik dengan keperibadian Danira. Tapi bukan itu sebabnya dia bersetuju membela Danira hampir enam tahun yang lalu. Tapi biarlah semua itu kekal menjadi rahsianya. Baginya Evelyn tidak perlu tahu apa-apa.

Dia sedar keputusannya untuk membela gadis itu mendapat tentangan ramai ketika itu. Malah tugasnya tidak pernah mudah apabila ada sahaja yang menghalang usahanya untuk membantu gadis itu. Joshua tahu, ramai rakan-rakannya membantah dia mewakili Danira. Malah Evelyn juga salah seorang yang paling kuat menghalangnya.

Kenapa Josh Kenapa you buat keputusan macam ni Masa depan you cerah di firma Tengku Amar. Why do you have to destroy everything Evelyn benar-benar tidak mengerti tindakannya ketika itu. Dia sendiri tidak mengharapkan Evelyn memahaminya.

Enam tahun yang lalu dia pernah kalah di tangan Ismail Habib, peguam berpengalaman kenalan Tengku Amar. Namun dia tidak pernah putus asa. Enam tahun lamanya dia berusaha membebaskan Danira. Dan kini kesempatan itu muncul bila seorang lelaki misteri menghubunginya beberapa bulan yang lalu. Menawarkan pembebasan Danira dengan saksi dan bukti baru.

Beberapa hari kemudian, seorang wanita tua dan anaknya singgah di pejabatnya dan menyerahkan rakaman kamera video yang menunjukkan bagaimana Firdaus diheret dalam keadaan lemah oleh beberapa orang lelaki. Lelaki itu teruk dibelasah sehingga lembik di kawasan belakang sebuah bangunan terbiar.

bersambung

Bab akan datang:

Siapakah lelaki-lelaki yang membelasah Firdaus itu