Eusebio pulang ke Lisbon, Portugal, menghabiskan percutian di rumah Coluna di pinggir Kota Lisbon. Coluna telah pun bersara dari bola sepak, manakala Eusebio pula di penghujung karier di Mexico.
Eusebio dan Coluna sama - keturunan Afrika Mozambique, lahir di
Mozambique, dibawa ke
Portugal di usia remaja, dan bermain untuk pasukan kebangsaan Portugal.
Mozambique - merupakan salah satu wilayah jajahan Portugal di benua Afrika. Pada tahun 1964, berlaku perang gerila yang dilancarkan oleh rakyat Mozambique menuntut kemerdekaan daripada
Portugal.
Ramai rakyat keturunan Mozambique di Portugal dikerahkan menyertai tentera bagi memerangi tentera gerila Mozambique.
Sedarah, sebangsa diarah bertagak dan menumpahkan darah sesama sendiri. Cuma bagi Eusebio, Coluna dan beberapa ikon keturunan Mozambique, diberi kelonggaran untuk tidak menyertai tentera.
Abang kandung Eusebio sendiri merupakan anggota tentera gerila Mozambique.
Mana mungkin aku dapat melawan darah daging ku sendiri.
Luahan Eusebio kepada Coluna tentang situasi waktu itu. Coluna mengangguk tanda setuju. Coluna juga seperti Eusebio, faham benar akan luahan sahabatnya itu.
Hampir 10 tahun lamanya gerila sosialis Mozambique berjuang menuntut kemerdekaan. Hanya pada 1975 baharu lah terlaksana. Coup de tat dilancarkan oleh Samora Machel, pemimpin gerila Mozambique seterusnya menamatkan penjajahan Portugal sejak abad ke-15 sezaman dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Samora menaiki takhta Presiden Mozambique yang pertama. Mozambique menjadi negara merdeka berciri satu parti sahaja dan berfahaman sosialis. Antara perkara pertama yang dilaksanakan oleh Samora adalah, mengharamkan mana-mana rakyat keturunan Mozambique di Portugal untuk pulang dan menjejakkan kaki ke tanah Mozambique.
Larangan tersebut menjejaskan ramai pihak termasuk Eusebio. Presiden Samora secara terang-terangan melabel Eusebio sebagai pengkhianat. Sedih hati Eusebio mengenangkan perkara tersebut, beliau bukan minta untuk jadi begini (mewakili Portugal), keadaan semasa yang memaksa.
Aku rindukan keluargaku wahai Coluna, rindu teramat sangat. Getus sedih Eusebio.
Sabarlah wahai sahabat, dunia ini melihat pada kulit kita. Kau ada aku sebagai teman dan keluarga. Pujuk Coluna perlahan.
Ibunya, abang kandung, adik beradik dan sanak saudara masih ramai yang berada di Mozambique. Hingga saat kematian ibunya sendiri pun, Eusebio dilarang jejak kaki ke tanah kelahirannya.
Hati anak mana yang tidak luluh, jiwa anak mana yang tidak pedih. Hampir 10 tahun lamanya Eusebio memendam rasa, menyimpan rindu terhadap sanak saudaranya. Hanya panggilan telefon dan surat pengganti diri.
Hinggalah pada Oktober 1986 - berlaku satu perkara yang tidak disangka. Presiden Samora terbunuh dalam satu nahas kapal terbang. Eusebio yang ketika itu berusia 44 tahun, baharu lah berpeluang pulang ke Mozambique sejak sekian lama.
Untuk rekod, balu Samora Machel, bernama Graa Machel kemudiannya berkahwin dengan Nelson Mandela pada 1998. Graca Machel merupakan First Lady untuk dua negara.