Mencari Kiblat Cinta - 59
Menurut wanita itu, dia dan anaknya berniaga tidak jauh dari kawasan itu apabila mereka terserempak sebuah kereta berwarna hitam berhenti di pinggir jalan. Beberapa orang lelaki dilihat mengeluarkan sebuah bungkusan yang bergerak-gerak. Kerana musykil dengan apa yang mereka lihat, wanita tua itu dan anaknya segera mengintip gerak geri lelaki-lelaki itu, Ketika itulah mereka melihat kelibat Firdaus dikeluarkan dari dalam guni yang menyelubunginya. Lelaki itu segera diseret ke bahagian belakang bangunan. Manakala anak lelaki wanita itu sempat merakam kejadian tersebut dengan kamera digital yang dibawanya ketika itu. Tapi imej lelaki-lelaki yang sedang memukul Firdaus langsung tidak dapat dilihat kerana rakaman itu agak kabur. Malah isi kandungan video itu juga tidak lengkap dan tidak menggambarkan seluruh kejadian.

Apabila ditanya apakah kedua beranak itu nampak Danira di tempat kejadian, kedua-duanya menggeleng. Rasa hairan mula berputik di fikirannya. Ternyata penjelasan wanita itu dan anaknya saling bercanggah dengan kisah yang pernah diceritakan Danira padanya. Dia juga ingin tahu siapakah gerangan lelaki yang menelefonnya ketika itu.

Amaran lelaki itu agar dia tidak bertanya apa-apa, langsung tidak diendahkannya. Hanya kerana dia cuba menyoal wanita tua dan anaknya yang menjadi saksi kes Danira, dirinya pula menerima padah. Tiga lelaki berbadan besar yang memukulnya di hadapan bangunan pejabatnya, tidak putus-putus memberi amaran agar dia jangan menyibuk. Malah dia diberi amaran agar menjauhi Danira!

Joshua mengeluh panjang. Ada sesuatu menyelinap ke dalam fikirannya, namun dia tidak berani mencongak sebarangan. Hatinya kuat mengatakan lelaki yang menelefonnya pasti tahu apa sebenarnya yang berlaku enam tahun dahulu. Kalaulah dia boleh mengenalpasti lelaki-lelaki di dalam rakaman tersebut, pasti dia dapat mencari pembunuh sebenar Firdaus!

Video tu bagaimana You dah hantar video tu pada Stephen Joshua menoleh ke arah Evelyn. Wanita itu mengeluh panjang, namun mengangguk jua akhirnya. Joshua menarik nafas lega. Entah kenapa dia nekad mahu mengenalpasti lelaki-lelaki di dalam rakaman video itu yang disyakinya membunuh Firdaus. Dan ketika ini hanya Stephen, teman lamanya di Amerika Syarikat sahaja yang juga merupakan pakar video mungkin boleh membantunya memperbaiki imej di dalam rakaman tersebut.

CAWAN kopi yang panas meruap di hadapannya dihirup beberapa kali. Namun aroma dan rasa kopi yang enak langsung tidak mampu menghindarkan rasa gelisah yang dirasainya saat ini. Sudah hampir setengah jam dia menanti di situ. Namun kelibat Filman tidak kunjung tiba. Hari ini entah kenapa dia memberanikan diri menelefon lelaki itu untuk makan tengahari bersama. Meskipun Filman tidak memberikan kata putus, namun dia menyakinkan diri sendiri bahawa lelaki itu akan datang. Lelaki itu akan mengalah padanya kali ini seperti dahulu.

Tapi setelah setengah jam berlalu, keyakinannya ternyata goyah sama sekali. Filman tidak lagi seperti dahulu. Yang akan mengejarnya tanpa putus asa. Mungkinkah Filman sudah tidak mencintainya lagi

******

Lima tahun dahulu dia telah membuat keputusan yang tidak disenangi lelaki itu. Malah perpisahan yang mereka lalui, membuatkan air matanya menitis tanpa henti sepanjang penerbangannya ke Milan. Bukan itu sahaja, ayahnya Tengku Husain sengaja terbang ke Milan untuk memujuknya kembali pada Filman, namun dia tetap dengan keputusannya. Ayah dan ibu mertuanya pernah menghalangnya dari bercerai dengan Filman, namun dia tetap berdegil. Ketika itu dia memang telah nekad dengan keputusannya. Keputusan yang tak mampu diterima Filman dengan baik.

Wirda benar-benar kesal. Lima tahun dia di Milan, tiba-tiba dia merindui kebahagiaan yang pernah dirasainya suatu ketika dahulu. Entah sejak bila, dia merasa sepi dan terpinggir berseorangan di negara asing. Melia Alina sentiasa di ingatannya. Filman sentiasa hadir di lubuk fikirannya. Meskipun dia mencintai Firdaus, namun masih ada tempat untuk Filman di hatinya.

Filman sudah melupakan kau Wirda!

Bisikan itu hadir bersama angin. Membawa rasa duka yang keterlaluan di hatinya. Benarkah begitu Benarkah Filman sudah tidak mencintainya Di rumah bekas mertuanya, dia melihat sinar mata Filman yang dingin. Bebola mata lelaki itu melontarkan pandangan tajam yang mengandungi kebencian terhadapnya. Sungguh dia terluka ditatap seperti itu. Dia kembali bukan untuk dibenci. Dia kembali untuk disayangi dan dicintai.

Satu jam berlalu. Filman masih tidak muncul. Wirda mengesat pelupuk mata yang kebasahan. Kopi yang sejuk direnung sebentar. Ternyata lelaki itu belum bersedia mahu memaafkannya. Jadi apa gunanya dia menanti di situ seperti orang bodoh

Perlahan-lahan dia menolak kerusi lalu bangun. Tas tangannya dicapai sebelum dia segera berlalu pergi dari situ. Dalam masa yang sama, di hadapan cermin kaca, seraut wajah memerhatikan gerak-geri Wirda dari luar.

Sebaik kelibat wanita itu menghilang, Filman menarik nafas panjang. Tubuhnya disandarkan pada bangunan restoran itu.

bersambung

Bab akan datang :

Apakah perasaan Filman terhadapa Wirda Adakah rasa terluka masih terpalit di dalam hatinya