Aku, Dia Dan Somtam - 59
BAB 59

ANIS pandang keluar tingkap. Jiwanya kini kusut. Rasa bersalah pada Jay begitu menebal. Jay sudah jarang berhubung dengannya. Salam diberi di laman sosial itu juga tidak berjawab. Mungkin Jay kecewa. Mungkin Jay menganggap perjanjian yang dibuat adalah satu permainan.

Ya Allahmaafkan aku Jay. Aku tak ada niat macam tu. Aku tak mampu menolak kehendak mak aku. Anis meraup muka.

Kepalanya termengguk di tepi meja.

Kakada masalah ke

Anis mendongak. Amira sudah tercegat di depan. Cepat-cepat dia menyapu air mata yang bergenang.

Eh..tak. Ada apa Anis kemaskan meja dan mula menyambung semula kerja.

Ada pelanggan di talian. Amira menghulurkan gagang telefon kepada Anis.

Anis segera menjawab. Seketika kemudian dia tersenyum lega.

Siapa kak Ada berita baik ke Amira turut teruja melihat perubahan wajah bos mudanya.

Alhamdulillah. Ada syarikat yang berminat untuk buat tempahan pukal. Mungkin kita akan ada kontrak dengan syarikat itu. Err..sediakan dokumen untuk proposal ya. Minggu depan, akak ada mesyuarat dengan mereka. Senyuman Anis semakin lebar.

Ya ke kak Alhamdulillah! Amira turut bersyukur.

Err..Mira ada nampak fail kuning akak tak melilau Anis cari fail akaun.

Tak ada pulak kak. Akak dah cari semua tempat Amira turut mencari sekitar rak fail dan juga di atas meja.

Entahlah..atas meja ni tak ada. Tak apalah Mira. Tu pelanggan datang. Biar akak je yang cari.

Amira segera mendapatkan beberapa orang pelanggan yang melihat-lihat produk somtam. Sampel untuk dirasa turut disediakan.

Anis masih sibuk mencari fail akaunnya. Mana pulak aku letak Tadi..rasanya aku ada bawa sekali. Entah-entah tertinggal kat rumah kut..emm.. Lama Anis berfikir. Cuba ingat semula.

Kak! Sekejap! Laung Amira dari rak somtam.

Anis segera ke tempat Amira di rak yang tersusun kemas somtam yang dibungkus dengan jenama Seri Anis Somtam

Kak..mereka nak tahu macam mana somtam ni dibuat.. Amira berbisik ke telinga Anis.

Hmm..boleh saya bantu Anis mendekati beberapa orang pelanggan.

Awak owner kedai ni ke Tanya salah seorang pelanggan.

Anis angguk. Senyum.

Oh..sebenarnya saya suka makan somtam ni. Kat tempat saya jarang ada.

Oh...sebenarnya somtam ni asalnya dari selatan Thailand. Kat sana lebih dikenali dengan salad betik. Somtam tu bahasa Thai.

Selalunya bahan-bahan yang dicampur sekali tu kebanyakannya jenis sayuran juga, macam kacang panjang, tomato, dan juga buah mangga muda. Dan yang paling istimewa ramuan somtam ni..kena ada gula nira dan nampla. Panjang lebar Anis menerangkan pada pelanggan.

Ohpatutlah rasa lain. Err..nampla tu apa

Nampla tu bahasa Thai juga..alah..kalau kat sini, kita panggil sos ikan. Anis senyum. Puas dapat menerangkan produk somtammnya kepada pelanggan.

Emm..bagi saya yang ni. Saya dah rasa sampel tadi. Sedap!

Anis segera menyuruh Amira membungkus somtam pedas dengan kacang walnut. Pelanggan lain pula ada yang beli somtam dengan perisa madu dan kacang pecan.

Mira akak nak ke kereta jap. Akak rasa, fail tu tertinggal dalam kereta la.. Anis mula melangkah ke tempat letak kereta yang terletak di seberang jalan. Jalan di situ agak sibuk dengan kereta yang selalu keluar masuk ke deretan kedai. Amira ditinggalkan bagi menguruskan permintaan pelanggan.

Yalah kak! Amira senyum. Dia mula membungkus somtam yang dipesan pelanggan.

Kriiiikkk!!! Dooomm!!

SEMUA yang ada dalam kedai serentak berpaling ke arah luar kedai.

Apa yang bunyi kuat sangat tu Salah seorang pelanggan jenguk keluar.

Amira turut menjenguk. Ramai orang dah berkerumun di jalan.

Apa yang berlaku Ada aksiden ke

Err..sekejap ya cik. Amira segera membungkus somtam dan setelah pelanggan membayar, dia segera ke tempat kejadian yang hanya berlaku betul-betul di depan kedai.

Err..ada apa ni Amira mendekati orang ramai yang berkerumun.

Entahlahtadi ada kereta hitam sengaja langgar cik ni. Sempat saya catat nombor plat kereta tu. Seorang lelaki yang agak berumur mula menerangkan keadaan sebenar.

Err..boleh saya tengok sekejap Amira menyusup masuk di celah-celah orang yang berkerumun. Salah seorang dari mereka mula mengangkat mangsa langgar lari.

Ya Allah! Kak Anis!!! Amira terus saja memeluk bosnya.

Cik kenal ke Lelaki tadi bertanya.

Macam nilahmari saya hantar kan ke hospital. Darah banyak keluar ni. Lelaki tu menawarkan diri. Luka di kaki Anis parah. Darah membuak keluar.

PUAN AINON masih setia berada di sisi Anis. Anis kehilangan banyak darah. Sayu hatinya melihat keadaan Anis yang masih tidak sedarkan diri. Tak henti Puan Ainon menangis.

Ya Allah..kau selamatkanlah anak aku. Dia tidak berdosa ya Allah.. Puan Ainon berkali-kali menyeka air mata yang tumpah melihat Anis terbaring lemah begitu.

Mak! Anis macam mana Imran menghampiri Puan Ainon yang termengguk di tepi katil Anis.

Oh..Imran. Macam nilah. Belum sedarkan diri lagi. Puan Ainon menutur lirih. Sebaik dia menerima panggilan Amira, Imran terus diberitahu.

Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam ni Imran mengetap bibir. Matanya dipejam rapat. Sayu melihat Anis lemah tidak bermaya.

Puan Ainon hanya menggeleng.

Mak..saya rasa bersalah. Saya yang patut melindungi Anis tapi Imran meraup muka.

Jangan rasa macam tu. Bukan salah Imran. Ini semua takdir Allah. Apa yang penting kita sama-sama doakan dia sembuh. Sekali lagi Puan Ainon menyeka air mata.

Anis

Imran dan Puan Ainon berpaling ke arah suara yang memanggil Anis. Izara, Irdina dan Puan Zaharah sudah tercegat di situ. Razif dan Kamarul juga turut hadir.

Imran cepat-cepat ambil tudung Anis dan menutup rambut isterinya.

Makcik..macam mana Anis boleh jadi macam ni Izara mendekati Anis. Tangan Anis digenggam erat.

Mak..

Anis! Alhamdulillah..Anis dah sedar.. Puan Ainon peluk Anis. Pipi Anis dikucup berkali-kali.

Anis pandang sekitar bilik. Pandangannya masih berpinar. Dia cuba tersenyum.

Anis..rehatlah. Anis masih lemah. Imran turut senyum walaupun jauh di sudut hatinya ada rasa duka. Terkilan dengan apa yang terjadi.

Maaf. Kami nak ambil keterangan dari pesakit. Seorang anggota polis muncul di muka pintu.

Suara Anis tersekat-sekat menceritakan semula detik cemas bagaimana dia dilanggar semasa hendak melintas jalan. Jelas dia melihat sebuah kereta hitam yang pernah melanggarnya dulu laju melulu bergerak ke arahnya. Masing-masing tercengang mendengar apa yang dikatakan oleh Anis. Polis itu mula minta diri setelah selesai mengambil keterangan dari Anis.

Jadi..semua ni kerja betina tu Izara menggenggam tangan dengan kuat. Bibirnya diketap menahan marah.

Tak sangka sampai macam tu sekali dia bertindak. Imran berkata lemah. Dia benar-benar tidak menyangka Natasha sanggup bertindak di luar dugaan. Tangan Anis digenggam lama. Dikucup berkali-kali.

Kan adik dah cakap! Betina tu memang tak guna! Izara sekali lagi mengetap bibir menahan marah.

Sudahlah..benda dah jadi. Puan Zaharah mula mencelah bila melihat kemarahan Izara meluap-luap.

Sudahlah Zara. Doakan semoga dia mendapat hidayah Allah dan berubah. Anis pandang Izara yang sudah kemerahan wajahnya.

Tengok! Betina tu nak bunuh kau, kau masih lagi nak doakan dia! Izara marahkan pula Anis.

Sudahlah. Biar Anis berehat. Puan Zaharah mengajak semua yang ada di situ keluar dari bilik itu.

Puan Ainon turut sama keluar dari bilik setelah menyuruh Anis berehat.

Err..makcik, kak Anis macam mana Amira tergesa-gesa berjalan ke arah bilik Anis. Di tangannya ada sebakul buah epal.

Oh..Mira. Anis ada dalam bilik tu.Puan Ainon yang duduk di kerusi di luar bilik Anis mula senyum.

Maafkan saya makcik. Saya yang sepatutnya beritahu makcik lebih awal. Lepas hantar kak Anis ke hospital saya bergegas ke balai polis. Tak sempat nak telefon makcik dulu. Amira tundukkan wajah. Ada titis jernih mengalir di pipinya.

Sudahlah Mira. Puan Ainon gosok bahu Amira.

Amira melangkah lemah ke bilik Anis.

SUDAH seminggu Anis keluar dari hospital. Dua minggu dia terlantar di sana. Badannya masih lemah. Kedai pula, hanya Amira yang menjaga. Bermakna dia juga terlepas mesyuarat dengan syarikat yang ingin menempah somtam secara pukal.

Tak apa..rezeki Allah yang bagi. Anis memujuk diri. Bersangka baik dengan pemberian Allah.

Hati-hati jalan tu.. Puan Ainon cepat-cepat mendekati Anis yang masih lemah untuk berjalan. Sepinggan kuih dan segelas air diletak atas meja.

Mak..ada terima apa-apa surat tak Anis mula duduk di kerusi. Tangannya masih rasa kebas.

Surat tak ada tapi ni ada kad undangan. Puan Ainon menghulurkan sekeping kad.

Anis buka sampul surat perlahan-lahan. Senyuman terukir di bibirnya sebaik melihat nama yang tertera di kad.

Siapa yang kahwin Puan Ainon jenguk kad di tangan Anis.

Kawan Anis yang sama-sama belajar kat Perancis dulu. Anis renung lagi kad itu. Baru perasan nama bakal suami Liya.

Hmm..macam kenal je nama ni.. Anis cuba mengingati semula pemilik nama yang tertera di kad kahwin.

Anis kenal ke pengantin lelaki tu Puan Ainon turut senyum. Anis sudah mula sihat.

Entahlah mak. Namanya macam pernah dengar. Mungkin Anis silap orang kut. Anis sengih lagi.

Malam itu, Anis sekali lagi buka laman sosial. Sudah lama dia tidak berhubung dengan Jay. Apa khabar agaknya lelaki itu.

Mawar Putih > Assalamualaikum

Lama Anis termenung di depan skrin komputer. Jay sudah jarang berhubung dengannya. Matanya masih pada skrin. Hampa. Tiada balasan dari Jay.

JS > Waalaikumussalam..

Anis kembali tersenyum. Akhirnya Jay menyahut salamnya.

Mawar Putih > Lama awak menyepi..kenapa

JS > Saya sibuk sikit. Awak sihat

Mawar Putih > Sihat..saya masih rasa bersalah pada awak.

JS > Maaf sebab saya tak dapat melawat awak di hospital..

Mawar Putih > Macam mana awak tahu saya berada di hospital

JS > Mak awak yang cakap tapi saya tak berani nak tengok awak..yalah nanti marah pula suami awak.

Mawar Putih > Oh

JS > Saya doakan awak sembuh dengan cepat

Mawar Putih > Terima kasih..awak buat saya lagi rasa bersalah.

JS > Jangan rasa macam tu. Redhalah dengan ketentuan Allah.

Mawar Putih > InsyaAllahsaya akan cuba..

JS > Saya nak beritahu awak sesuatuharap awak bertenang.

Mawar Putih > Apa dia

JS > Saya nak lamar gajah.

Mawar Putih > Ya Serius Awak kata dia dah pergi jauh

JS > Betul tapi saya sedar, dia adalah jodoh sayaInsyAllah minggu depan saya nak ke rumah dia.

Mawar Putih > Alhamdulillah..saya doakan awak bahagia. Jadi..dia telah terima awak

JS > Saya tak pasti..tapi saya beranikan diri jumpa mak dia.

Mawar Putih > Alhamdulillahsemoga selamat semuanya.

JS > InsyaAllah..assalamualaikum

Anis menjawab salam Jay. Jauh di sudut hatinya masih ada rasa bersalah yang begitu mendalam. Terasa dia yang memungkiri janji. Selama ini Jay begitu jujur dan baik hati.

Ya Allahkau kurniakanlah jodoh yang baik untuknya.. Anis kedua tangannya dan mula meraup ke muka.

SEMINGGU sudah berlalu. Rutin harian Anis cukup sibuk. Urusan kedai tidak pernah habis. Dia puas bila somtamnya mendapat sambutan hangat. Kini dia banyak mendapat tawaran dari kilang untuk memproses produknya secara lebih teratur. Imran juga jarang menghubunginya.Jumpa jauh sekali. Dia tidak kisah semua itu.Dia faham kesibukan Imran di pejabat yang memikul tanggungjawab berat mengendalikan urusan pejabat. Lagipun dia memang faham sikap Imran sejak dulu. Dia sendiri yang menolak untuk kembali pada Imran. Sedih dengan apa yang telah berlaku. Segala pahit manis selama hidup satu bumbung dulu banyak mengajarnya erti hidup. Erti kasih sayang.

Lamunan Anis terganggu dengan deringan telefon dari Imran. Perlahan Anis menjawab salam dari Imran.

Imran nak jumpa aku Mimpi apa dia nak jumpa Anis letak semula telefon bimbitnya di atas meja sebaik habis berbual.

Otaknya mula ligat berfikir. Nak pujuk aku ke Atau.nak minta maaf Kenak lepaskan aku Ah! Pening!

Anis lihat jam di atas meja. Jam dua belas tengah hari nanti, dia perlu berjumpa Imran di sebuah restoran.

Aku nak ajak siapa ek Takkan aku nak pergi seorang diri. Anis menggaru kepala. Dia segera capai kunci kereta dan terus ke kedai. Amira diajak menemaninya berjumpa Imran. Keretanya dipandu menuju ke arah Damansara.

Peliklah..dulu Jay pun ajak jumpa di restoran ni. Anis pandang sekitar restoran. Masih seperti dulu, masa dia dan Izara membuat temu janji dengan Jay.

Akak cakap dengan siapa Amira teguk jus epal yang dipesan.

Err..tak..tak ada apa.. Anis sengih. Senyumannya terasa dibuat-buat.

Sesekali Anis lihat jam di tangan. Sudah sepuluh minit dia menunggu di situ. Kopi ais diteguk sedikit. Perasaan cemas dan berdebar mengisi segenap ruang hati.

Assalamualaikum!

Anis mendongak. Imran sudah tersenyum manis di depan. Dia menggelabah. Semua dirasakan serba tidak kena.

Waalaikumussalamduduklah. Anis bermanis muka.

Ni siapa Imran pandang gadis di sebelah Anis.

Ni pembantu di kedai saya. Bolehkan dia ada sekali Anis jeling Amira yang tersengih-sengih.

Err..saya ada hal peribadi nak cakap Imran jeling Amira. Dia sebenarnya tidak mahu orang lain tahu.

Hmmokey. Saya faham maksud abang tu. Kak, saya duduk di meja tu.. Amira segera bangun dan duduk di meja hujung.

Apa yang peribadi sangat tu Anis mula tidak selesa bila berdua begitu. Tambah lagi dengan renungan mata biru Imran.

Saya ingin berterus terang. Saya patut beritahu awak hal yang sebenar Imran memulakan bicara dengan mukadimah penuh hati-hati.

Hal sebenar Anis mula berkerut kening.

Imran angguk. Sebelum dia meluahkan segala-galanya, dia pesan segelas jus oren dan mula meneguk. Anis hanya pandang tingkah Imran yang mula gelisah. Ada keringat di dahi lelaki itu walaupun udara dingin dari penyaman udara galak menghembus.

Ya..saya harap awak tak marahkan saya.. Imran bersandar pada kerusi cuba mencari kata-kata yang sesuai agar Anis dapat terima dengan hati terbuka.

Marah Saya tak faham.. Anis juga turut bersandar.

Macam ni..pertama sekali saya nak tahu..awak terima saya atas dasar apa

Anis terkejut dengan soalan Imran. Kali ini dia berani menatap mata biru itu.

Maksud awak

Yalahsaya tahu, dulu saya ego. Dan..saya juga tahu awak sengaja jauhkan diri dari saya dengan menerima tawaran belajar ke luar negara. Mungkin awak terluka dengan sikap saya. Imran berterus terang.

Anis senyum sinis. Maaf..saya tak kemaruk nak tagih cinta awak. Saya sedar, cinta manusia ni hanya sia-sia. Hati saya tenang bila cinta itu saya berikan pada yang hak.

Saya tahu..awak tak boleh berbohong dengan saya tentang rasa pelik dalam hati awak tu pada saya. Semuanya saya sudah tahu. Kita hidup perlukan kasih sayang. Dan saya minta maaf sebab pernikahan kita yang terpaksa dulu. Saya tak boleh berselindung lagi. Hati dan perasaan saya telah lama sebenarnya saya simpan untuk awak. Imran menundukkan wajah.

Ya Awak tahu tak,cara awak layan saya dulu, macamlah saya ni yang tergilakan awak. Perjanjian itu buktinya! Memang rasa pelik tu ada dalam hati saya. Dan bila saya nak lupakan awak dan cuba beri rasa pelik itu pada Jaykenapa awak tiba-tiba ambil berat pasal saya Anis mengetap bibir. Dia perlu meluahkan apa yang terbuku di hati.

Imran terdiam mendengar luahan hati Anis. Inilah pertama kali dia berdepan dengan Anis berbicara soal hati.

Pernikahan ni dah macam somtam. Saya terpaksa telan semua rasa. Malah banyak pahit dari manis. Banyak lagi rasa masam, masin, pedas! Balas Anis lagi. Memang sudah jelas tiada lagi rasa manis. Malah sudah menjadi tawar.

Maafkan sayasaya yang bersalah. Yang sebenarnya Imran tidak berani berterus terang lagi. Terasa berat lidahnya menutur ayat terakhir itu.

Sebenarnya apa Pantas Anis mencelah.

Sebenarnya Jay tu.. Sekali lagi lidahnya kelu.

Kenapa dengan Jay Awak jangan nak burukkan orang lain semata-mata nak tutup kesilapan awak tu! Anis tenung mata biru Imran yang cuba disorokkan dari memandangnya.

Jay tu sebenarnya adalah saya!! Imran akhirnya meluahkan juga apa yang menjadi rahsianya selama ini.

Anis terkedu. Dia menelan liur berkali-kali. Tidak percaya kata-kata yang baru keluar dari mulut Imran. Dia kemudiannya senyum.

Rasa kelakar dengan pengakuan pelik Imran. Imran sanggup mengaku Jay semata-mata nak memenangi hatinya semula.

Awak bohong! Jangan nak buat lawak kat sini. Anis bingkas bangun dan menarik tangan Amira keluar dari restoran.

Imran pula tidak sempat mengejar Anis. Dia perlu ke kaunter untuk membayar minuman yang telah dipesan.

TIBA di rumah, Anis hempaskan diri atas katil. Air mata berjurai laju membasahi pipi. Masih terngiang pengakuan Imran tadi. Jay adalah Imran Tidak!!!

Anis menangis semahunya. Selama ini dia ditipu hidup-hidup. Tak sangka Imran memperdaya dirinya sebegitu rupa. Dia tidak mahu percaya apa yang telah didengar tadi. Tidak! Tidak! Tidak!

Aku yang bodoh! Anis sembamkan wajah ke bantal.

Kenapa ni

Anis menoleh. Puan Ainon sudah berada di sebelahnya.

Mak!! Anis segera peluk ibunya. Tangisannya semakin kuat.

Kenapa ni Aniscuba cerita dengan mak.. Puan Ainon cuba memujuk.

Anis menyapu air mata dengan hujung lengan. Bantalnya sudah basah.

Mak..Imran tipu Anis mak! Imran tipu Anis! Berkali-kali Anis menuduh Imran. Sakit hatinya bila ditipu begitu.

Apa maksud Anis

Mak tahu takselama ini Imran menyamar sebagai Jay. Dia sengaja menjadi orang lain semata-mata untuk mengambil hati Anis. Dia tak jujur mak! Anis menangis tersedu-sedu dalam pelukan Puan Ainon.

Anis..dengar sini Puan Ainon merenggangkan pelukan.Wajah anak gadisnya ditatap lembut.

Imran tak salah. Dia cuba berterus terang dengan Anis sejak dulu lagi sebelum Anis bernikah dengan dia dulu tapi dia takut Anis bencikan dia nanti. Jadi dia biarkan saja Anis berkawan dengannya dalam internet tu. Entah apa nama tu..pehbookPuan Ainon mengusap lembut pipi Anis yang dibasahi air mata.

Facebook la mak Anis sempat senyum. Geli hati mendengar ibunya menyebut perkataan facebook.

Jadi selama ni mak pun tahu siapa Jay Anis tercengang.

Puan Ainon angguk. Sebab tulah mak halang Anis terima lamaran Jay.

Mengapa Anis seorang saja yang tak tahu Mengapa nak rahsia dari Anis Mak pun sama! Anis mula merajuk.

Anis..mak nak beritahu Anis tapi Imran yang larang. Katanya dia sendiri akan beritahu Anis hal ni. Dia sanggup terima apa jua keputusan Anis selepas Anis tahu nanti. Sekarang ni Anis dah tahu..jadi terpulang pada Anis Puan Ainon turut merasa serba salah. Dia sudah mengagak, Anis akan bertindak begitu.

Anis menyeka air mata. Dia mula menarik nafas perlahan-lahan. Berkali-kali dia beristighfar. Patutlah bila dia tanya hal keluarga, Jay sering mengelak.

Anis masih tak percaya. Anis inginkan kepastian dari Jay. Biarkan Anis sendiri. Anis cium tangan ibunya.

Puan Ainon faham kehendak Anis. Dia meninggalkan Anis sendiri di bilik, memberi peluang kepada Anis menenangkan fikiran.

Anis mula membuka laman sosial terkenal itu. Laman yang menemukannya dengan Jay. Lama dia menatap profil Jay. Patutlah bila ditanya soal nama dan keluarga, Jay seolah ingin berahsia darinya.

Mawar Putih > Assalamualaikum

Tiada jawapan.

Anis kembali ke katil. Bantal dipeluk erat. Sekali lagi air matanya tumpah. Dia segera menoleh bila melihat salamnya berjawab. Hatinya berdebar. Tidak tahu apa yang patut ditulis.

JS > Are you there

Mawar Putih > Ya

JS > Anis..saya minta maaf kerana tak berterus terang dengan awak selama ini. Saya bukan sengaja. Saya pun tak tahu nota usrah yang saya jumpa dulu tu milik awak.

Mawar Putih > Tapi mengapa awak menukar penampilan

JS > Pada mulanya saya ingin menjadi as what I am tapi bila memikirkan saya pun tak kenal awak, jadi saya rasa better for me to look like my photo in FB. Awak masih ingat pertemuan pertama kita di restoran Bali

Mawar Putih > Ingat

JS > Saya datang awal. Saya nampak awak tunggu dengan Izara di restoran tu. Pada mulanya saya ingatkan bukan awak. Jadi saya tunggu lagi di luar restoran. Tapi bila saya sedar yang awak seperti tercari-cari seseorang..saya beranikan diri muncul di depan awak dengan penampilan seperti itu. Ternyata pemilik nota itu adalah awak.

Mawar Putih > Jadi..awak sudah tahu siapa saya sejak dulu

JS > Yasaya takut untuk berterus terang. Bimbang awak tak dapat terima saya dan saya tak dapat ilmu sedangkan saya terlalu dahagakan perubahan diri. Saya terpaksa.

Mawar Putih > Kenapa foto FB awak begitu Dan kenapa awak gelarkan diri awak Jay

JS > Memang sejak dulu saya dikenali sebagai Jay di kalangan teman saya terutama rakan satu sekolah dulu.

Mawar Putih > Jadi JS tu apa

Anis mula terbayang nama sebenar Imran sepanjang dia bekerja di Stephen Holdings dulu, Imran Stephen.

JS > JS tu adalah Jonas Stephennama sebenar saya Imran Jonas Stephen. Jonas nama tengah saya.

Anis terkedu menatap pengakuan Jay a.k.a Imran.

JS > Di tempat kerja saya lebih selesa menulis nama saya sebagai Imran Stephen saja.

Anis baca lagi apa yang tertulis di skrin.

Mawar Putih > Jadi..selama ni Imranlah yang chat dengan saya

Anis malu. Selama ini dia menganggap Jay yang berhubung dengannya. Menjadi penyelamatnya. Dia juga menerjah Fb Imran semata-mata nak kenakan Imran kononnya. Tapi

JS > Saya minta maaf sekali lagi. Jika awak masih tak percaya, saya tak boleh nak buat apa. Terpulang pada awak. Jika awak rasa saya bersalah, saya terima apa saja keputusan awak. Saya redha.

Mawar Putih > Jadi..selama ni gajah tu adalah saya

JS > Ya

Mawar Putih > Jadi..minggu depan tu awaklah yang nak datang ke rumah saya

JS > Ya. Saya nak pujuk awak depan mak awak dan depan keluarga saya.

Mawar Putih > Entahlahsaya rasa macam berada di dunia fantasi. Saya masih tak percaya semua ni.

JS > Baiklah..apa bukti awak nak saya bagi, supaya awak percaya yang saya ni adalah Imran

Mawar Putih > Apa yang saya masak untuk awak masa di rumah dulu

JS > Banyak..yang paling saya suka, sambal belacan awak.

Mawar Putih > Err..apa yang paling awak ingat masa di rumah tu

JS > Awak bubuh bahan somtam dalam kopi o saya.

Sekali lagi Anis tergamam. Semua tu memang benar!

JS > Apa lagi

Mawar Putih > Errsuara Jay..dan..motosikal tu

JS > Oh..saya ada kebolehan ubah suara, sejak sekolah lagi. Motosikal tu..saya pinjam dari kawan..puas hati

Mawar Putih >Kalau betul awak Imran, bila pertama kali awak jumpa saya

JS > Masa kat gerai somtam awak tu di kampung..

Mawar Putih > Entahlah

JS > Kenapa awak masih ragu Saya pernah cium awak! Lebih dari tiga kali!

Anis menelan liur. Terbayang babak seram tu.

Mawar Putih > Err..awak saya off dulu. Saya perlu masa untuk fikir semua ni. Cuma

JS > Cuma apa

Mawar Putih >Saya tak sangka selama ini awak hidup dalam kepuraan. Awak berpura-pura di depan saya.

JS > Maafkan sayasaya yang bersalah.Saya takut kehilangan awak.

Mawar Putih > Saya minta diri dulusaya masih bingung dan keliru. Saya ingin bersendiri. Saya masih tidak dapat terima semua ni.

JS > Saya faham

Anis terus logout laman sosial itu. Hati dan perasaannya kini sudah remuk.