Datuk aku seorang tukang cerita yang hebat. Bapa aku seorang tukang cerita yanghebat. Dan aku mahu jadi seperti mereka. Tetapi, kisah yang aku ceritakan semuanya tidka menarik. Aku tidak punya imaginasi menarik. Aku tidak punya bakat jadi seorang tukang cerita.
Aku masih ingat pertama kali aku berdiri di hadapan orang ramai dan bercerita. Penonton yang mendengar semuanya nampak bosan, Ada yang menguap. Ada juga yang meninggalkan acara majlis sebelum aku habis bercerita.
Bakat tukang cerita ini diwasiatkan daripada datuk aku ke bapa. Tetapi aku sering bertanyakan kepada diri aku kenapa aku tidak mendapat warisan itu Apa dosa yang aku telah lakukan sehingga Tuhan merompak bakat ini daripada aku. Fikiran aku kacau. Jiwa aku tertekan. Hiudp aku tidak bermakna jika aku tidak dapat menjadi seorang tukang cerita
DATUK:
Aku jadi tukang cerita kerana terdesak. Satu banjir besar berlaku di kampungku. Ramai yang terkorban termasuklah kedua ibubapaku. Waktu itu aku baru berusia 14 tahun. Selepas malapetaka itu, aku dihantar ke rumah anak yatim.
Tuan punya rumah anak yatim itu tidaklah baik sangat. Dia menjual anak-anak lelaki dari rumah anak yatim itu kepada tauke-tauke kaya yang suka meliwat mereka. Lelaki yang membeli aku bernama Charles Siderberg.
Rumahnya penuh dengan budak lelaki. Seluruh dunia percaya bahawa anak-anak lelaki yang tinggal di rumah itu adalah anak-anak angkatnya. Tetapi sebenarnya, mereka ini anak ikannya. Aku tidak mahu melepaskan perawanku kepada seorang pedofil.
Pada malam pertama, semasa Charles memasuki bilik tidur aku, aku merayu: Tolonglah Tuan, saya buat apa sahaja kalau Tuan tak sentuh saya.
Sambil gelak besar, Charles berkata: Hanya ada satu benda yang aku suka lebih daripada seks. Aku suka mendengar cerita. Kalau kau boleh ceritakan kepada aku cerita yang menarik, aku tak akan sentuh kau.
Aku pandang mukanya dengan pandangan kosong.
Jangan buang masa aku, mulakan sekarang, ktaa Charles.
Aku ceritakan kepada dia apa yang sedang berlegar dalam kepala aku. Aku tak tahu dari mana datangnya cerita itu. Apabila aku habis bercerita, Charles tepuk tangan gembira sambil berdiri.
Bagus kau bercerita, kata Charles.
Kalau setiap malam kau ceritakan aku cerita yang menarik macam ni, aku tak akan sentuh kau. Tapi bila kau berhenti cerita, itulah malamnya aku tak bagi peluang.
Desakan menjadi motivasi untuk aku mencernakan ceritacerita menarik setiap malam. Selepas dua tahun dan 730 cerita yang telah aku ceritakan, lelaki yang membeli aku itu mati akibat serangan jantung.
Isteri Charles tidak pernah suka budak-budak lelaki yang dibelanya. Dia cintakan suaminya sepenuh hati. Dia sering berdoa suaminya pun punya perasaan yang sama. Tetapi suaminya itu hanya punya nafsu kepada budakbudak lelaki yang diambil sebagai anak angkat itu.
Perkahwinan mereka itu hanyalah perkahwinan cukup syarat sahaja. Charles berkahwin dengan isterinya supaya tidak ada orang akan persoalkan bahawa dia bernafsu kepada budak lelaki. Isterinya tidak dapat memarahi suaminya yang dicintainya itu. Untuk itu, dia luahkan kemarahannya kepada budak-budak lelaki yang diangkat.
Isteri Charles berkata: Semua kanak-kanak tidak ada salah apa-apa tetapi bukan lelaki yang suami saya ambil sebagai anak angkat. Mereka ini semua budak jalanan. Mereka ni tak ada kelas. Mereka ini manipulatif. Mereka hancurkan hati saya. Mereka ini telah merosakkan suami saya. Mereka jadikan suami saya seorang pedofil.
Isteri Charles berfikiran kuno di mana dia percaya bahawa cinta mampu menjadikan seseorang itu tradisional. Pada pendapatnya, lelaki yang dia cintai itu tidak boleh membuat silap. Sebaik sahaja selesai upacara pengkebumian, dia halau semua budak-budak lelaki termasuk aku ke jalanan.
Masa korang bermanja-manja dah tamat, jeritnya kepada budak-budak itu.
Semoga korang semua merana akibat hancurkan hati aku kerana curi suami aku merosakkan fikiran suami aku menjadikan suami aku seorang pedofil, sumpah balu Charles itu.
Aku tidak ada tempat untuk berlindung. Aku tak nak balik ke rumah anak yatim yang teruk itu. Aku tak nak lagi dijual kepada seorang lagi pedofil yang jijik. Selepas beberapa hari berjalan, pengembaraan aku berhenti di sebuah pekan. Aku penat bercampur lapar dan dahaga. Aku tdak punya wang. Tetapi aku tak mahu mencuri.
Saya lapar, kataku kepada tuan punya restoran yang berhampiran.
Saya nak makan, Saya tak punya wang. Saya tukang cerita. Saya boleh cerita ke Tuan dan pelanggan di sini. Sebagai balasan, saya nak makan.
Tuan punya restoran itu ketawa dan berkata: Aku dan terima macam-macam orang yang begitahu aku ceritacerita sedih macam ni supaya mereka dapat makan. Ini kali pertama aku dengar orang minta makan macam ni. Kalau kau boleh bagi cerita bagus, aku bagi kau makan.
Tuan punya restoran itu ambil perhatian pelangganpelanggannya dan berkata: Hari ini kita ada tukang cerita muda yang akan menghiburkan anda semua dengan ceritanya.
Cerita aku dapat menarik setiap pelanggan di restoran pada hari itu. Tuan punya restoran itu bukan hanya beri aku makan, malah jadikan aku tukang cerita tetap di restorannya. Cerita-cerita aku Berjaya menarik lebih ramai pelanggan ke restoran itu.
Selain makanan dan tempat tinggal, aku temui cinta di restoran itu. Tuan punya restoran itu akhirnya menjadi bapa mertua aku. Aku dan anak tuan punya restoran itu telah jatuh cinta. Kami akhirnya berkahwin dan mendapat anak lelaki. Isteri aku menghidangkan makanan manakala aku jadi tukang cerita. Akhirnya, pelangi kebahagiaan menyinar hidupku.
BAPA:
Kau memang dilahirkan sebagai tukang cerita, kata bapaku.
Kau boleh jadi tukang cerita yang lebih hebat daripada aku. Kau jangan sia-siakan bakat kau.
Bapa aku mahu aku jadi sepertinya. Bapa aku mahu aku menjadi seorang tukang cerita, sama seperti dia. Tetapi aku tak mahu jadi sama seperti dia, dengan lalui hidup seperti dia. Aku tak mahu jalani hidup yang diaturkan oleh bapa aku.
Aku mahu kehidupan yang lain. Aku punya impian lain seperti bapa aku. Aku tak mahu terperok dalam pekan kecil ini dilahirkan dan dibesarkan di sini. Aku mahu mengembara. Aku mahu jelajah dunia luar. Bapa aku sememangnya tidak setuju dengan keputusan aku ini.
Aku dah tua dan aku perlukan kau, jelas bapa aku.
Ia adalah tugas setiap anak untuk buat bapanya gembira, tambahnya lagi.
Aku buat-buat pekak.
Biarkan saya kejar impian saya, ayah, kata aku.
Aku berjalan keluar dari rumah di mana aku dibesarkan. Semasa aku sedang menunggu bas yang bakal membawa aku ke ibukota, aku lihat mak berlari ke arah aku.
Apa dah terjadi aku tanya mak yang tercungap-cungap sambil memegang tangannya.
Jawab mak: Ayah kau diserang angina ahmar lepas kau keluar rumah tadi.
Aku tidak membuang masa. Aku terus berjumpa Ayah.
Ayah, tolong buka mata Ayah, kata aku.
Saya tak akan ke mana-mana. Saya akan lakukan apa yang Ayah nak saya lakukan. Tolong buka mata buka mata Ayah.Ayah tolong buka mata.
Ayah jadi pekak. Dia hanya membukakan matanya dua minggu kemudian. Tetapi, Ayah tidak seperti dulu lagi. Ayah bercakap berpelat-pelatan. Ayah tak boleh guna tangan kanannya lagi.
Kata Mak: Semu aorang yang datang ke restoran ni untuk dengar cerita-cerita Ayah kau. Memandangkan Ayah kau dah tak boleh cakap, orang dah tak nak datang ke sini lagi. Perniagaan kita akan terjejas. Restoran kita nanti akan kena tutup.
Mak menangis. Aku peluk Mak. Aku janji dengan berkata: Saya kat sini Mak. Saya akan ambilalih kerja Ayah. Saya akan jadi tukang cerita. Saya akan pastikan restoran ni terus berniaga.
Restoran menjadi lebih meriah sejak aku jadi tukang cerita di situ. Dalam satu sisi, benar kata Ayah. Aku sememangnya tukang cerita lebih hebat daripada dia.
Impian aku untuk mengembara hilang begitu sahaja. Aku tak sampai hati untuk tinggalkan Mak dan Ayah dalam keadaan sebegini.
Kahwinlah, nak, kata Mak kepada aku.
Sekurang-kurangnya Ayah kau dapat lihat cucu dia sebelum dia meninggal dunia.
Aku patuh perintah Mak. Aku berkahwin. Aku puya anak lelaki. Secara tak langsung, anak aku ini bawa keceriaan kepada dan tenaga kepada Ayah. Ayah pula bersemangat untuk pulih seperti sediakala. Ayah bekerja keras untuk memulihkan percakapannya dan kembali menggunakan tangan kanannya.
Aku mahu hidup lebih lama sebab aku nak lihat cucu aku ini membesar dan jadi tukang cerita, kata Ayah.
Semasa kecil, aku ajar kau seni bercerita. Aku nak lakukan perkara yang sama kepada cucuku ini. Aku nak ajar cucuku seni bercerita. Kita ni dilahirkan untuk bercerita. Kita ni keluarga tukang cerita. Mak bersyukur melihat Ayah gembira.
Tuhan telah makbulkan doa aku, kata Mak.
Tuhan telah lakukan keajaiban. Ayah kau semakin pulih. Dia dah boleh cakap macam dulu. Dia pun perlahan sudah boleh guna tangan kanannya.
Di dalam rumah ini, semua gembira kecuali aku. Aku tersepit dalam satu kehidupan yang aku tidak inginkan. Tetapi, aku redha yang bukan semua impian boleh menjadi kenyataan.
NENEK:
Anak aku ni patut tahu yang ada ibu-ibu yang kita tak boleh percaya. Anak aku tak sepatutnya percaya semua apa yang aku katakan. Aku tak boleh lihat suami aku dalam kesedihan. Aku mahu lihat suami aku bahagia. Jadi, aku rancang sesuatu yang dapat penuhi impian suamiku supaya anak kami jadi seorang tukang cerita. Kata suami aku: Kita bohong.
Kata aku: Kita tak buat salah apa pun. Ini tanggungjawab setiap anak untuk bahagiakan bapanya. Aku mahu anak aku bahagiakan suamiku.
Aku sudah jangka tatkala anak aku mendapta tahu tentang serangan angin ahmar suami aku, anak aku itu akan merasa bersalah Anak aku akan korbankan impiannya yang entah apa-apa itu yang mahu mengembara dunia Anak aku akan tinggal bersama dengan kita Anak kita itu akan menjaga bapanya yang sedang sakit ini.
Tekaan aku tepat. Aku kan mengandungkannya sembilan bulan. Aku ni ibunya. Aku tahu sangat bagaimana nak gerak dia untuk ikut kehendak aku. Anak aku ini lelaki yang suka ikutkan gerak hatinya. Dia ini baik hati. Dia tidak akan biarkan ibubapanya susah.
Sebenarnya suami aku tidak sakit. Suami aku hanya berolok-olok konon suaranya tak keluar dan tidak boleh mengangkat tangannya.
Suami aku kata: Saya sendiri tak tahu sampai bila saya nak berlakon tak boleh cakap betul-betul dan tak boleh angkat tangan. Saya selalu dalam keadaan gusar sekiranya anak kita akan dapat tahu muslihat bahawa saya sebenarnya tidak sakit. Sekiranya dia tahu cerita sebenar, tentu dia akan benci saya selamanya. Saya pula tak sanggup terima hakikat sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.
Aku pastikan kepada suami aku bahawa muslihat yang kita rencana akan berakhir dengan kebahagiaan.
Saya ada rancangan macam mana nak habiskan ini semua, kata aku.
Percayalah, awak tak akan olok-olok macam ni lagi tak lama lagi, tambahku lagi.
Aku cadangkan untuk anak lelaki aku dikahwinkan dan dapat anak. Kata aku: Biar bapa kau dapat lihat cucu pertama dia sebelum dia meninggal dunia. Aku nak suami aku ni nanti mati puas dapat lihat cucu pertamanya.
Sekali lagi, anak aku terjerebak dapat pemanipulasian. Isteri dan anak dia akan menjadi tunjang dalam memastikan anak lelaki aku ini akan terus tinggal di pekan ini selamanya dan lupa tentang cita-citanya untuk mengembara.
Anak aku bakal berikan dia keceriaan kepada suami aku sehingga dapat menyembuhkan penyakit yang sedang dihidapi. Suami aku akan sembuh perlahan-lahan dan dapat menggunakan tangan kanannya yang lemah itu.
Anak aku langsung tidak tahu langsung yang mana keadaan bapanya yang semakin sembuh itu adalah satu pembohongan. Anak aku percaya bahawa Tuhan telah mengampuni dan keadaan bapanya yang semakin pulih itu adalah suatu keajaiban yang dikurniakan Tuhan.
Aku tidak mahu berbohong kepada Tuhan. Tetapi aku tiak mempunyai pilihan. Aku tidak dapat melihat suami aku berada dalam kesedihan. Aku mahu suami aku bahagia. Adalah menjadi tanggungjawab untuk setiap anak membahagiakan bapa mereka.
****
AKU:
Datuk aku seorang tukang cerita yang hebat. Bapa aku seorang tukang cerita yang hebat. Dan aku mahu jadi seperti mereka. Tetapi, kisah yang aku ceritakan semuanya tidak menarik. Aku tidak punya imaginasi menarik. Aku tidak punya bakat jadi seorang tukang cerita.
Aku masih ingat pertama kali aku berdiri di hadapan orang ramai dan bercerita. Penonton yang mendengar semuanya nampak bosan. Ada yang menguap. Ada juga yang meninggalkan acara majlis sebelum aku habis bercerita.
Bakat tukang cerita ini diwasiatkan daripada datuk aku ke Bapa. Tetapi aku sering bertanyakan kepada diri aku kenapa aku tidak mendapat warisan itu apakah jenayah yang telah aku lakukan sehingga Tuhan merompak bakat tesebut daripada aku.
Aku kusut. Aku tak kuasa. Jiwa aku tertekan. Hidup aku tak bermakna jika aku tidak menjadi seorang tukang cerita.
Bapa aku kata: Mungkin kau tak dilahirkan untuk bercerita. Tetapi setiap daripada kita punya bakat. Kamu cuma perlu untuk menggali bakat-bakat kamu yang lain. Kau cuma perlu cari apa kehebatan yang kamu ada.
Dengan marah, aku jelaskan: Saya tak mahu gali bakat lain. Saya cuma nak satu bakat sahaja. Saya nak jadi tukang cerita, macam Bapa. Kalau saya tak jadi tukang cerita, hidup saya tak ada makna
Seminggu kemudian, aku terserempak dengan Mak yang sedang tunggu aku di bilik tidur. Katanya: Aku boleh jadikan impian kau jadi nyata. Aku boleh jadikan kau seorang tukang cerita yang hebat.
Mak beritahu satu rahsia yang terbuku dalam hatinya bertahun-tahun.
Aku belum ceritakan rahsia ini kepada sesiapa juga, tidak kepada bapa kau juga, kata Mak.
Kamu orang pertama yang mendengar cerita ini.
Selama beberapa generasi, kaum perempuan di dalam keluarga Mak merupakan tukang sihir dan mereka semua memuja iblis bernama Nabuka.
Kata Mak: Moyang aku tukang sihir Nenek aku juga tukang sihir Mak aku tukang sihir Aku juga tukang sihir. Tapi aku tak pernah praktikkan. Aku tak mahu jadi tukang sihir. Aku tak nak sifat iblis di dalam hidup aku. Aku nak jadi normal.
Tapi, sekarang ceritanya lain. Aku tak nak anak aku dalam kesedihan. Aku boleh jadikan impian kau jadi realiti dengan ilmu hitam. Aku boleh puja syaitan. Tapi ada yang perlu dibayar untuk mimpi kita jadi kenyataan.
Saya sanggup bayar apa sahaja untuk jadi seorang tukang cerita, kata aku.
Jadi, kau mesti berkahwin, kata Mak.
Aku turuti kata-kata Mak. Aku berjaya menambat hati seorang gadis bernama Malena yang menjadi seorang pengusaha kedai bunga di pekan ini. Malena amat percaya yang aku cintakan dia separuh mati. Tetapi, aku cuma menggunakan dia untuk memastikan impian aku terlaksana. Perkahwinan kami dijalankan di taman secara sederhana.
Sekarang kamu mesti mengandungkan isteri kau, kata Mak.
Sebulan selepas kami berkahwin, Malena beritahu aku berita baik yang aku nanti-nantikan sebelum ini aku akan menjadi bapa dia akan menjadi ibu mak aku akan menjadi nenek... bapa aku akan menjadi datuk.
Sekarang kita kena tunggu bayi ini dilahirkan, kata aku.
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba dan Malena dimasukkan ke wad bersalin. Dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sempurna. Isteri aku hilang banyak darah. Aku mahu selamatkannya. Tetapi Mak tak bagi.
Kamu kena biarkan dia mati, kata Mak.
Iblis mahu kau berkorban, katanya.
Selepas berhempas-pulas beberapa lama, Malena akhirnya mati. Tetapi upacara pemujaannya tidak berhenti di situ.
Sekarang kamu perlu bunuh anak kau, kata Mak.
Kau mesti kelar lehernya dan takung darahnya dalam mangkuk. Iblis mahu kau berkorban sebegini.
Tangan aku menggigil. Untuk membunuh perempuan yang kita tak cintai memang senang. Tetapi membunuh anak darah daging sendiri bukannya mudah.
Kata Mak aku: Kau tak boleh dolak-dalik. Kau mesti lakukannya sekarang. Bunuh anak kau ni.
Aku ketepikan emosi aku. Aku berhenti menggigil. Dengan hati yang berat, aku turuti kehendak Mak.
Sekarang buka pakaian kau dan duduk dalam takungan mandi ni, kata Mak.
Dia ambil mangkuk yang penuh dengan darah anaknya. Dia bisikkan mentera ke mangkuk itu. Kemudian dia curahkan darah dari mangkuk ke seluruh badan aku. Darah menyimbahi badan aku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Sekarang kau boleh cuci badan kau, kata Mak.
Selepas tujuh hari tujuh malam, Iblis akan kabulkan impian kau. Kau akan jadi tukang cerita yang paling hebat di dunia ini.
Selepas aku bersihkan diri, aku bantu Mak untuk kebumikan isteri dan anak aku yang baru lahir itu di belakang rumah. Aku beritahu semua orang yang Malena telah pergi rumah ibu saudara aku di tempat lain untuk bersalin.
Mak saudara aku tu bidan, kata aku.
Dia tahu macam mana nak jaga Malena dan anaknya, tambah aku lagi.
Beberapa hari selepas itu, aku beritahu semua orang yang Malena dan anak kelahirannya tidak dapat diselamatkan.
Tidak ada sesiapa yang mengesyaki apa-apa. Tujuh hari selepas itu, aku buat keputusan untuk bercerita buat kali kedua ke khalayak ramai.
Saya tak ada rasa apa-apa perubahan pun Mak, beritahu aku ke Mak.
Kata Mak: Tak usah bimbang. Kau cerita aje macam biasa dan keajaiban akan berlaku. Bukan Tuhan aje boleh buat keajaiban. Percayalah. Percaya kepada naluri kau. Percaya kepada Iblis tu. Kau cerita aje. Iblis tak akan hampakan kau.
Benar kata mak aku. Iblis tidak menghampakan aku. Kali ini aku benar-benar dapat perhatian semua orang. Semua orang nampak tidak bosan. Tidak ada orang yang tinggalkan majlis sebelum aku habiskan cerita aku. Mentera Mak memang menjadi. Selepas aku habis bercerita, semua orang berdiri bertepuk tangan. Bapa aku peluk aku lalu berkata; aku bangga dengan kau.
Aku tidak percaya akhirnya aku menjadi tukang cerita yang hebat, sama macam datuk dan bapa aku.
Sambil tersenyum lebar, Mak pelukku dan bisik ke telinga aku: Kan aku dah kata Iblis tidak akan hampakan kau.
Tetapi aku dihantui dengan apa yang telah aku lakukan. Dosa-dosa yang aku telah lakukan tidak lepaskan aku. Beberapa malam, aku mengigau dengan kedatangan Malena. Malena hadir dengan berlumuran darah, mendukung anaknya di lengan, minta belas kasihan. Aku terjaga dengan peluh seluruh badan.
Kata aku: Malena menghantui saya dalam tidur.
Kata Mak: Kau kena pandai kawal emosi kau. Kau harus faham yang tidak ada di dalam hidup ini datang dengan percuma. Kalau Tuhan tidak mahu kita berbuat dosa, maka Tuhan akan jadikan kau seorang tukang cerita yang hebat. Ini salah Tuhan.
Selepas itu, aku belajar untuk padamkan perasaan itu. Aku tidak lagi rasa bersalah, aku tidak lagi mengigau tentang Malena.
Setahun selepas itu, kejadian yang lalu kembali berulang.
Bapa aku mahu bersara daripada menjadi tukang cerita dan tumpukan perhatian pada hobi barunya iaitu bercucuk tanam.
Dia mahu mengupah seorang kontraktor untuk membina sebuah rumah hijau di belakang rumah di mana aku dan Mak tanam isteri dan bayi aku. Sudah tentu aku takut sekiranya kontraktor itu akan tiba-tiba menjumpai mayat kedua-duanya.
Aku tak boleh membenarkan Bapa membina rumah hijau yang dia mahukan itu. Aku beritahu Bapa apa yang telah aku lakukan. Bapa terkejut beruk. Pada masa itulah Bapa cerita perkara sebenar.
Mak sebenarnya bukanlah datang daripada keluarga tukang sihir. Tiada sesiapa pun dalam keluarga Mak amalkan ilmu hitam. Tidak ada iblis bernama Nabuka pun yang wujud.
Mak kau pun seorang tukang cerita yang hebat, kata Bapa.
Bezanya ialah dia tak tahu nak bezakan fiksyen dan perkara sebenar. Dia terbawa-bawa dengan cerita dongengnya. Dia menjadi salah satu watak dalam ceritaceritanya. Apa yang dia bagitahu kamu semuanya tipu. Dia boleh main watak dalam ceritanya. Bapa dia seorang pembaca khutbah dan dia ni cuma suri rumahtangga.
Aku tak bagitahu kau awalnya tentang Mak kau sebab aku tak mahu kau rasa malu sebab punya mak yang ada masalah mental.
Aku tak boleh percaya yang aku telah bunuh dengan sia-sia seorang wanita yang tidak berdosa dan anak darah daging aku. Aku jadi radang. Aku seperti nak jerat lehernya, tapi Bapa tahan aku.
Kau tak boleh salahkan Mak kau seorang, kata Bapa.
Dia tak betul. Kau pula bercita-cita tinggi. Kau sanggup lakukan apa sahaja untuk capai impian kau. Kalau kau nak bunuh orang, bunuhlah aku. Aku dah simpankan rahsia ini daripada kau. Aku yang bersalah. Bunuhlah aku. Aku yang jadikan kau seorang pembunuh, bukan Mak kau.
Aku terus jadi lemah. Aku meraung macam budak kecil. Bapa peluk aku. Bapa pujuk aku. Aku tidak sepatutnya mendengar setiap nasihat Mak. Aku patut percaya bahawa ada ibu yang tak boleh dipercayai.