Mencari Kiblat Cinta - 6
Dia dah keluar dari penjara hari ni. Ujar lelaki bertubuh kurus itu. Sekadar memaklumkan kenyataan yang pasti sudah diketahui ketuanya itu lebih awal. Jika tidak masakan dia disuruh mengintip dan mangambil gambar gadis itu.

Bos nak saya bawa dia ke mari Soal lelaki itu lagi sambil tersengih.

Faruk memandang lelaki kurus di hadapannya dengan pandangan tajam. Entah kenapa, dia tidak menyenangi kata-kata lelaki kurus itu kali ini.

Sudah! Kau boleh keluar sekarang. Arah Faruk. Lelaki bertubuh kurus itu tunduk akur lalu segera melangkah keluar dari bilik itu. Faruk mendengus keras. Gelas wiski yang diletakkan di atas meja kopi itu segera dicapai lalu diteguk lagi. Namun kelopak matanya sedang mengecil. Ternyata dia sedang memikirkan sesuatu.

Bunyi derap kaki yang sedang melangkah masuk membuatkan Faruk tiba-tiba tersenyum. Tanpa menoleh ke arah tuan empunya badan yang berada bersama-samanya di bilik itu, dia mencampakkan gambar di tangannya ke hadapan meja.

Betul macam kau cakap. Budak perempuan tu dah keluar penjara hari ni. Thanks to Cobe, dia dah mudahkan kerja kita.

Kelibat yang baru muncul itu duduk di hadapan Faruk. Faruk mengangkat wajahnya lalu merenung wanita di hadapannya yang langsung tidak menyentuh gambar-gambar yang dicampakkannya sebentar tadi.

Apa kau nak aku buat Bunuh dia Soal Faruk ingin tahu.

Wanita itu menggeleng. Jangan. Jangan apa-apakan dia buat masa sekarang. Pakailah otak kau sikit, Cobe bebaskan dia ada sebabnya. Takkan kau nak benda tu jatuh ke tangan Cobe terlebih dahulu. Selar wanita itu sinis.

Faruk terdiam. Nama Cobe yang dicanang wanita itu entah kenapa membuahkan dendam di hatinya. Kalau bukan kerana lelaki itu, dia takkan berada di kelab malam itu. Hatinya benar-benar mencemburui kedudukan Cobe yang menjadi ketua di Kawasan Emas, kedudukan yang sepatutnya menjadi miliknya!

DANIRA Quratul Adnan Mata Zulbhan melekat di wajah itu. Danira tergaman. Bebola matanya langsung memandang lelaki muda yang lancar menyebut namanya.

Saya encik. Respon Danira.

Zulbhan senyap sejenak. Diam-diam dia membaca perwatakan gadis itu. Kehadiran Danira dengan imej bertudung membuatkan dahinya berkerut seribu.

Saya Zulbhan. Makcik saya ada beritahu saya mengenai awak. Ujar lelaki itu dengan wajah serius.

Danira mengangguk. Sesekali matanya meninjau ke arah kafeteria yang hanya dipenuhi beberapa orang pengunjung. Sewaktu dia menghubungi lelaki itu tadi, Zulbhan terus memintanya menuju ke kafeteria tersebut.

Saya difahamkan awak dan makcik Salmi saya, teman satu sel. Betul

Danira mengangguk lagi buat kali ketiga. Zulbhan diam-diam menarik nafas panjang. Suara gadis itu bagaikan terlalu mahal untuk dilontar keluar.

Saya dah aturkan supaya awak bekerja di taska milik kakak saya. Saya harap awak tak kisah. Awak dah dapat tempat tinggal Soal lelaki itu lagi.

Danira terdiam. Sememangnya dia tidak ada tempat untuk berlindung dari hujan mahupun panas. Duit yang ada dengannya pun, hanya cukup-cukup untuk dia menggalas perut. Tak tergamak rasanya dia mahu menggunakan duit itu untuk menyewa walaupun hanya sebuah motel murah. Semalam dia hanya tidur di kaki lima beralaskan kotak-kotak dan suratkhabar lama. Mujurlah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Dah dapat Zulbhan mengulang pertanyaan. Namun melihat wajah muram itu terus berlabuh, dia seakan boleh membaca sesuatu. Keluhannya meniti keluar.

Tak apalah, kita pergi jumpa kakak saya dulu. Fasal tempat tinggal, awak jangan bimbang. Saya akan uruskan. Janji Zulbhan.

Danira memandang lelaki itu dengan mata bersinar-sinar. Hatinya jadi lega. Tidak sia-sia Salmi memintanya menghubungi Zulbhan. Lelaki itu benar-benar serius mahu membantunya. Syukur alhamdulilah! Bisik Danira dalam hati.

* * * *

Myvi yang dipandu lelaki itu berhenti di sebuah rumah dua tingkat yang dicat dengan pelbagai warna terang. Zulbhan segera keluar dari perut kereta. Danira menurut. Dia berpaling ke arah rumah di hadapannya. Rumah dua tingkat itu kelihatan ceria dengan beberapa watak karikatur dari siri-siri animasi terkenal, dilukis pada dinding rumah itu. Di halaman rumah pula, terdapat taman permainan kecil yang dilengkapi dengan buaian dan jongkang-jongket. Papan tanda besar yang terpampang di tepi pagar tertulis Sissy Kindergarden.

Seorang wanita dalam lingkungan 40an menjenguk keluar dari dalam rumah itu. Sebaik melihat tetamu yang datang, wanita itu segera tersenyum lebar.

Itu kakak saya Kamila. Zulbhan sempat berbisik di telinga Danira.

Kata nak datang petang. Wanita itu menegur sebaik menghampiri kedua-duanya. Zulbhan tersenyum lalu mengisyaratkan sesuatu pada Kamila. Wanita itu segera menoleh. Melihat gadis di samping Zulbhan, dahi Kamila segera berkerut.

Siapa ni Zul Dia menyoal dengan wajah kebingungan.

Kakak ni, kan saya dah cerita minggu lepas. Lupa Ini Danira yang Makcik Salmi beritahu tempohari. Jelas Zulbhan.

bersambung

Bab akan datang :

Apakah reaksi Kamila setelah mengetahui bahawa wanita itu ialah Danira