NURUL terus pulang ke rumah selepas habis waktu pejabat. Selalunya, dia akan singgah ke warung Mak Gayah untuk mengambil bakul kuih yang diletakkan pagi tadi. Warung itulah menjadi rezeki tambahan bagi mereka dua beradik sejak kedua ibu bapa mereka meninggal dunia. Hari ini dia berasa terlalu letih dan terus pulang sahaja.
Biarlah. Nanti tahulah Mak Gayah nak sim-pan duitnya, fikir Nurul.
Nurul merapati Anis yang sedang menulis di meja kecil yang baru dibeli bulan lepas.
Anis dah mandi tegur Nurul.
Belum, kak.
Eh, dah pukul berapa ni Dah petang, nak masuk maghrib ni kan. Pergi mandi dulu.
Tapi.... Anis menundukkan kepala.
Kenapa ni, Anis Nurul mengusap-ngusap rambut Anis.
Anis takut kak, semalam Anis jatuh kat bilik air.
Nurul terkedu. Dia terus berasa cemas, Habis, Anis tak apa-apa Kenapa tak cakap pada akak semalam
Anis mengetap bibir. Menahan esak tangisnya.
Nurul menyelak baju Anis. Di pahanya, terdapat birat biru yang masih baru. Nurul berkata dengan menahan geram, Masya-Allah, sampai lebam macam ni pun Anis tak bagitahu akak. Kan akak boleh sapu minyak panas.
Anis takut akak marah. Lagi pun semalam kan akak balik lewat. Anis dah tidur.
Nurul menyesali sikapnya. Memang semalam dia balik agak lewat kerana menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pagi tadi. Balik sahaja dari pejabat, dia terus tidur tanpa menjenguk Anis di biliknya.
Maafkan akak, dik. Sakit lagi tanya Nurul dengan penuh kesal.
Anis menganggukkan kepala.
Nurul berlari ke bilik mengambil minyak panas. Dia menyapu minyak itu perlahan-lahan di bahagian yang berbirat biru.
Nurul kemudiannya menyorong kerusi roda Anis ke bilik air. Hari itu, dia memandikan Anis dan membantu gadis kecil itu berpakaian.
Mulai esok, pagi-pagi sebelum akak pergi kerja, akak akan mandikan Anis. Nanti, dah petang tunggu akak balik baru akak mandikan. Anis jangan mandi sendiri lagi, okey
Anis hanya menganggukkan kepala. Dia kemudiannya menyambung kerja-kerja menulisnya. Nurul mengusap kepala adik kesayangannya itu dan menciumnya sebelum berlalu ke biliknya sendiri.
Nurul terduduk di birai katil sambil meraup wajahnya dengan telapak tangan. Sampai bilakah kehidupannya akan terus begini Dia tidak sanggup membiarkan Anis tinggal seorang diri di rumah lagi. Namun, apalah dayanya Hendak mengupah orang untuk menjaga Anis, dia tidak mampu. Berapa sangatlah gajinya yang masih tinggal setelah ditolak duit api air, makan minum dan sewa rumah. Separuh daripada gajinya telah disimpan awal-awal lagi untuk membiayai perubatan kaki Anis. Itulah impian Nurul. Dia mahu melihat Anis berjalan kembali.
Pukul 9.30 malam, Nurul mengarahkan Anis masuk ke kamar. Buku-buku tulisnya diatur kemas di rak tepi sebelah pintu. Nurul ke dapur membasuh pinggan mangkuk yang digunakan tadi. Saki-baki makanan dikumpul menjadi satu.
Nurul memanggil kucing betina milik jiran sebelah rumah. Agak lama juga baru kucing itu datang dan menggesel-gesel kaki Nurul.
Tompok, mari makan, ajak Nurul. Dia mem belai kepala haiwan yang manja itu. Nurul memberikan sepinggan nasi yang masih baru kepada Tompok. Sedang duduk berehat itulah, dia kembali mengingati pertemuannya dengan Harlina, dua hari lepas.
Akak akan beri apa saja kemahuan Anis. Akak janji! Entah syaitan apa yang merasuk fikirannya. Dia asyik teringat akan kata-kata wanita itu.
KEESOKANNYA, sewaktu pulang dari pejabat Nurul ternampak kertas putih terselit pada kotak surat. Perlahan-lahan dia menariknya keluar.
Allah, lupa! Nurul menepuk dahi. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh lupa untuk membayar bil air dan letrik bulan lepas. Bil letrik dan air menunjukkan jumlah yang tertunggak pada bulan lepas. Nilai yang bergabung itu agak besar jumlahnya pada Nurul.
Peti pos dikunci semula. Nurul melangkah lesu. Suasana rumah yang sepi seakan memahami kegusaran hati. Anis... Anis! Sepi.
Nurul menapak ke ruangan tengah. Bukubuku Anis masih berselerak di atas meja.
Mana Anis ni gerutunya. Pintu biliknya dibuka. Namun, Anis tiada di dalam biliknya. Nurul segera ke dapur.
Ya Allah, Anis!
Nurul menolak kerusi roda yang menghempap kaki Anis. Dia merangkul adiknya yang terkapar lemah. Pipi Anis ditepuk berulang kali. Nurul memeriksa nadinya. Dia segera berlari mencari beg sandangnya dan mengeluarkan telefon bimbit. Nurul menekan-nekan nombor di telefon.
Sabar, tenang, bisik Nurul. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia menekan gabungan nombor dengan hati-hati.
Hello, Anita Anita! Kau mesti tolong aku.
Datang rumah aku sekarang. Adik aku pengsan.
Ya, ya, aku datang. Sabar Nurul, kejap lagi aku sampai.
Nurul kembali ke dapur mendapatkan Anis. Dia menggagahkan diri mendukung tubuh kecil adik kandungnya itu dan membaringkannya di sofa. Segala dokumen berkaitan telah Nurul siapkan. Dia takut jika sesuatu berlaku pada Anis dan ditahan di wad.
Mana Anita ni Nurul mula risau.
Nurul! Anita menerpa masuk ke dalam rumah beberapa minit kemudian. Cepat angkat dia masuk dalam kereta, gesa Anita.
Sampai sahaja di hospital, Anita terus ke laluan kecemasan. Beberapa orang pekerja hospital baha gian kecemasan telah sedia menunggu. Mereka membawa Anis masuk ke dalam bilik untuk pemeriksaan.
Nurul dan Anita duduk di kerusi panjang yang terdapat di luar bilik. Anita menyabarkan sahabatnya itu. Dia berkata dengan lembut, Nurul, kita berdoa agar Anis tak mengalami keadaan yang teruk. Kau mesti kuatkan semangat.
Aku tahu. Tapi aku tak dapat terima hakikat jika sesuatu yang buruk berlaku pada dia. Dialah satu-satunya adik aku. Aku dah tak ada sesiapa. Aku dah tak ada sesiapa lagi Anita, luah Nurul. Tangan Anita digenggam agar semangatnya datang semula.
Macam-macam masalah timbul. Aku takut kalau aku tak dapat nak hadapi semua ni. Dengan keadaan Anis, ekonomi aku, nak bayar bil, rawatan Anis, sekolah Anis, semua perlukan duit. Aku seorang, Anita. Aku tahu semua ini adalah ujian buat aku dan Anis. Aku risau kalau suatu hari nanti aku akan salahkan takdir, ujar Nurul tidak keruan.
Tak baik kau cakap macam ni. Aku ni kawan kau, Nurul. Aku sentiasa ada untuk tolong kau. Semua yang berlaku bukan salah takdir. Tuhan hanya nak uji sejauh mana keimanan kau. Aku yakin kau akan berjaya hadapi semua ni dengan baik, pujuk Anita dengan lembut.
Hati Nurul yang bercelaru mula terpujuk apabila mendengarkan kata-kata sahabatnya itu.
Dia merebahkan kepala di bahu Anita. Anita segera memeluk gadis manis yang malang itu. Dia mahu Nurul berasa kuat semula dan terus tabah menghadapi ujian kehidupan.
SUDAH lima hari Anis ditahan di wad. Selama lima hari jugalah, Nurul berulang-alik ke hospital selepas habis waktu pejabat. Hospital sudah menjadi ibarat kedua mereka.
Anis, kenapa tak makan Nanti lapar, soal Nurul apabila melihat makanan yang disediakan oleh pembantu wad tidak terusik.
Anis tak lapar. Anis tunggu akak datang. Takut kak....
Anis nak takut apa, dik Akak ada. Makan sikit ya, nanti perut masuk angin. Mari, akak suapkan, Nurul menyudu nasi dan menyuakannya pada Anis. Dia bersyukur apabila Anis membuka mulut dan mahu makan.
Sedap
Hm, sedap. Anis angguk.
Kaki sakit lagi tak
Dah kurang. Kak, esok Anis dah boleh balik tau. Doktor kata tiap-tiap bulan Anis kena datang sini buat rawatan.
Okey, akak nak jumpa doktor kejap. Anis habiskan makanan ni. Nurul meletakkan ma - ka nan di atas troli berhampiran. Troli itu didekatkan pada Anis. Kemudian langkah diatur menuju ke bilik Doktor Hisham.
Nurul terpaksa menunggu kerana Doktor Hisham sedang berehat makan. Dia duduk di bangku yang terdapat di luar bilik. Carta-carta yang tergantung kemas di setiap dinding laluan diperhatikannya. Ada isu penyakit kencing manis, darah tinggi, obesiti dan jantung. Matanya sesekali melirik jam di tangan. Penat menunggu, Nurul bangun dan menyandarkan badan ke dinding. Kakinya terasa kebas. Bunyi tapak kasut yang semakin dekat membuatnya berpaling.
Assalammualaikum, doktor.
Doktor Hisyam tersenyum memandang Nurul. Tanpa kot putihnya, doktor muda itu kelihatan santai dan kacak.
Waalaikumsalam. Cik Nurul nak jumpa saya sahutnya mesra.
Ya.
Masuklah, pelawanya lalu membuka pintu bilik. Penampilannya yang kemas amat sesuai dengan jawatan yang disandang. Jauh di sudut hati Nurul mengagumi doktor muda di depannya itu.
Beruntunglah sesiapa yang dijodohkan dengan doktor ini, fikirnya. Ah, ke situ pula akal nakalnya menerawang. Nurul tersenyum sendiri. Mungkin gadis yang beruntung itu, dirinya. Siapa tahu
Duduklah. Suara lembut Doktor Hisyam me ngejutkannya. Nurul kembali ke alam nyata.
Saya datang untuk bertanyakan tentang adik saya, Anis Norizzati. Bagaimana keadaan sebenar sakit adik saya doktor
Mengikut pemeriksaan kami, kaki Anis masih boleh disembuhkan namun memerlukan biaya yang tinggi.
Maksud doktor, kaki adik saya boleh berjalan semula Nurul terasa ingin melompat. Hatinya berbunga riang.
Ya, daripada hasil penelitian kami, kaki Anis mampu bergerak semula. Tapi perlu mengikut prosedur yang ditetapkan. Saya takut jika Anis ditimpa kecederaan lain yang melibatkan kakinya. Sudah pasti risiko lain pula yang akan dia hadapi. Pembedahan perlu dilakukan dengan cepat. Sekarang, kondisi Anis dalam keadaan yang baik. Amat sesuai jika pembedahan dilakukan.
Berapa jumlah kosnya, doktor
Saya tak dapat nak pastikan kerana pembedahan ini melibatkan beberapa orang doktor pakar dari hospital lain. Mungkin beberapa hari sebelum pembedahan saya akan maklumkan pada Cik Nurul.
Terima kasih. Anis kata esok dia dah boleh balik. Betul ke doktor
Ya, keadaannya sekarang sudah stabil. Cuma setiap bulan Anis perlu datang untuk rawatan. Saya akan aturkan temujanji untuk setiap bulan. Kita nak pastikan keadaannya stabil dan berlanjutan kerana situasi Anis yang kadangkala boleh mengejutkan kita.
Kalau macam tu, saya ucapkan terima kasih pada doktor kerana menjaga Anis dengan baik. Jasa doktor saya serahkan pada Allah. Tak mampu untuk saya membalasnya. Nurul menundukkan kepala.
Jangan kata begitu. Sudah menjadi kewajipan saya untuk membantu setiap pesakit saya. Itu amanah yang perlu saya pikul. Jika saya tak jalankan tugas dengan baik, tentu saya akan disoal di akhirat kelak. Kita sama-samalah berdoa agar Anis dapat berjalan semula seperti orang lain.
Saya pun begitu juga. Setiap saat saya mengharapkan agar keajaiban berlaku pada Anis. Tak sabar rasanya mahu melihat Anis berjalan semula, doktor. Insya-Allah, saya akan berusaha untuk mencari perbelanjaan pembedahan Anis, janji Nurul. Tekadnya sudah membulat.
ANITA, aku nak berhenti kerjalah.
Anita yang sedang rancak menaip terhenti. Dia memandang tepat ke wajah Nurul.
Kau jangan main-main, Nurul. Sekarang nak cari kerja bukan senang. Kalau kau berhenti kerja, macam mana kau nak sara hidup kau dan Anis
Aku dah dapat kerja lain.
Kerja apa
Adalah, sahut Nurul. Perlahan dia menyambung, Kerja sekarang ni tak cukup untuk tampung perbelanjaan perubatan Anis. Kalau aku kerja di sini, aku takkan dapat kumpul duit. Gaji aku cukup-cukup untuk bayar bil dan makan saja.
Duit kuih kau tu pun tak cukup ke
Mana cukup, Anita. Tu belum campur duit sewa, van sekolah Anis, duit sekolah dia, keluh Nurul.
Beritahulah aku, kau dapat kerja apa. Kau nak tinggalkan aku.... suara Anita kedengaran perlahan tetapi sarat dengan kesedihan.
Nantilah, bila-bila nanti aku cerita. Kau janganlah risau. Kita tetap sahabat walaupun aku dah tak kerja di sini. Kalau ada masa lapang, kita keluarlah sama-sama, pujuk Nurul. Dia menepuk-nepuk bahu Anita.
Kau dah beritahu bos
Belum lagi. Surat pun belum buat. Dahlah, sambung kerja kau tu. Tak mahu sedih-sedih. Nurul berlalu ke mejanya.
Nurul, aku belanja kau makan tengah hari ni.
Nurul menarik nafas lega lalu mengangguk. Bimbang juga kalau Anita mahu bersoal jawab lagi.
NURUL menghubungi Harlina setelah yakin dengan pendiriannya. Mereka bertemu sekali lagi di restoran yang sama.
Nurul setuju dengan cadangan akak Harlina memandang Nurul dengan cemas.
Saya setuju, kak. Nurul menundukkan kepala. Rasa malunya bukan kepalang.
Betul ni Nurul setuju dengan cadangan akak Harlina seperti tidak percaya pula.
Ya, Nurul mengangguk malu. Kak, saya sanggup. Saya betul-betul memerlukan duit sekarang ni.
Akak faham. Kesanggupan Nurul adalah nilai yang besar pada kami sekeluarga. Tiada seorang isteri yang sanggup membenarkan haknya diambil oleh wanita lain. Akak harap Nurul tak buat lebih dari itu, Harlina bersuara sayu.
Tidak pernah terlintas di hati Nurul untuk merosakkan rumahtangga sesiapa pun di dalam dunia ini. Apa yang sedang dilakukannya ini hanyalah semata-mata untuk melihat Anis berjalan semula.
Harlina mengeluarkan kontrak yang akan ditandatangani oleh mereka berdua. Sejak rancangan itu diatur, Harlina sudah menyediakan kontrak bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari. Kontrak itu diserahkan kepada Nurul. Gadis itu segera membacanya dengan teliti. Mata gadis itu terhenti pada sebaris ayat yang mengatakan:
Proses kelahiran akan diuruskan dan bayi akan terus diserahkan kepada kami.
Kak, kenapa saya tak dibenarkan melihat anak saya nanti Takkan selepas dilahirkan bayi tersebut diserahkan terus tanpa saya sempat melihatnya Nurul tiba-tiba tersentap.
Akak tak nak Nurul rasa sedih dan berubah hati selepas tengok anak tu. Percayalah niat akak baik, pujuk Harlina.
Akak dan suami akan bayar Nurul dengan jumlah yang tertera pada surat perjanjian itu. Selain tu, setiap bulan Nurul akan menerima gaji sehingga melahirkan anak nanti. Bayaran ini bukan nilai untuk membeli anak. Ia adalah bayaran demi kesusahan yang perlu Nurul tanggung demi lahirkan anak ni. Akak harap zia mencukupi.
Nilai yang tertera di dalam kontrak itu benarbenar memeranjatkan Nurul. Bayaran bulanan yang akan diterimanya itu dua kali ganda daripada gajinya sekarang. Bayaran yang akan diterimanya selepas menyerahkan anaknya pula adalah nilai yang tidak pernah dibayangkan Nurul. Wajah comel Anis terus muncul dalam ingatannya. Nurul yakin, nilai itu bukan sahaja mencukupi untuk membiayai kos perubatan Anis, malah cukup untuk memberikan mereka dua beradik kehidupan yang lebih baik.
Nurul menguatkan hatinya dan menandatangani kontrak itu, diikuti oleh Harlina. Harlina memberitahu, kontrak itu akan dibawa ke pejabat peguam untuk disahkan. Satu salinan akan diberikan kepada Nurul kemudian.
Selepas surat ini disahkan, akan ada beberapa perkara yang perlu Nurul patuhi mengikut perjanjian kita. Kita akan jumpa selepas ini, beritahu Harlina lalu memeluk Nurul dengan erat. Hati Nurul berasa dingin walaupun pelukan Harlina terasa hangat.
Harlina amat bersyukur. Keputusan yang dibuat oleh Nurul bakal mengubah hidupnya. Dia sanggup mengeluarkan berapa sahaja perbelanjaan untuk menjayakan cita-citanya.
Segala-galanya diatur dengan teliti. Dia tidak mahu sesiapa mengetahui rancangannya melainkan Khairul. Dia akan memberitahu Khairul sebaik sahaja suaminya pulang dari out-station.
Hajat abang untuk dapatkan cahaya mata akan termakbul, desis Harlina perlahan. Dia benar-benar teruja.