Complete Me - 6
Bab 6

SEBUAH sampul surat berwarna coklat cair diserahkan pada Airish. Laju Airish menyambutnya. Wajahnya serius menghadap dokumen itu.

Nama: Nora Afiqa binti Mohd Daud

Jawatan: Tiada

Tarikh Lahir: 12 Disember 1988

Umur: 26 tahun

Status: Bujang

Alamat rumah: Lot 4, Jalan Dahlia, Seksyen 7, Shah Alam.

Pendidikan: Master in Psychology, Duke University. Nama Waris: Mukhriz Bin Mamat

Jadi, dia tak kerja Airish memulakan soal selidiknya. Agak pelik juga gadis itu tidak berkerja sebenarnya dalam umur sebegini rupa. Sudahlah ada kelulusan tinggi, tapi tak mahu berkerja. Sayanglah.

Woi!

Sejak bila aku mula ambil berat tentang perempuan ni Airish menegah akalnya dari terus memikirkan tentang Afiqa.

Sekarang ni, tak. Kenapa dia tak kerja tu saya tak pasti.

Dia anak yatim piatu ke laju Airish mengalihkan soalan seterusnya apabila terperasankan nama bahagian waris itu.

Ya. Macam mana dia boleh jadi anak yatim, penyebabnya semua saya memang tak tahu. Tapi, kalau bagi masa sikit lagi, mungkin saya boleh cari.

Cukup dulu buat masa ni. Ini bayaran untuk kerja kau!

Sekeping cek dikeluarkan dari poket jaket sebelum dihulur kepada penyiasat upahannya. Dia perlu cepat sebelum ada orang yang perasankannya. Restoran itu ditinggalkannya segera. Kaca mata hitamnya disarungkan terus sementara jaketnya dibetulkan dengan kolarnya diangkat tinggi sedikit. Dokumen di tangannya digengam kemas. Sekarang tugasnya adalah bersemuka dengan si Nora Afiqa binti Mohd Daud!

NORA Afiqa binti Mohd Daud

Afiqa cuba memerhatikan lelaki di sebalik kaca mata hitamnya. Siapa dia Mendengar nama penuhnya meniti di bibir, terus tubuh Afiqa bagaikan mahu mengeras tibatiba.

Ya, saya! debarnya Afiqa ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Tanpa sempat Afiqa bersedia apa-apa tangannya dikejutkan dengan rentapan kecil supaya gadis itu mengikutinya. Afiqa terdorong ke hadapan, mengikuti setiap langkah lelaki itu.

Eh, apa ni Lepaslah! marah Afiqa.

Diam! Ikut aku!

Afiqa menumbuk-numbuk dada bidang lelaki itu. Tapi, tindakannya langsung tidak memberi kesan. Afiqa tidak cepat mengalah. Kakinya menendang lelaki itu pula. Dalam mereka bergelut, Afiqa tertarik rambut lelaki itu. Kedua-duanya tercengang. Spontan, genggaman tangan lelaki itu pada tangan Afiqa terlerai sendiri. Rambut yang melorot jatuh itu ke atas lantai diambil Afiqa. Rambut palsu

Afiqa mendongak pandang pada lelaki itu. Kumis nipis dan misai ditariknya. Lelaki tersebut menjerit kesakitan. Selepas itu, Afiqa menanggalkan pula kaca mata hitam yang dipakainya.

Airish

Wajah lelaki itu beku. Lengan Afiqa ditarik agar membuntutinya. Kali ini, Afiqa tidak menghalang. Hanya mengikuti sahaja arah mana Airish ingin dituju, tanpa dia sendiri mengetahuinya.

APA Afiqa menghampiri Airish yang sedang enak menyandarkan dirinya pada kereta.

Dah hilang akal ke mamat sewel ni Sudahlah tibatiba dia diculik dari rumahnya sendiri, ini dilarikan di tempat yang terpencil pula. Pandangan Airish lurus menghadap tasik di hadapan mereka. Afiqa sempat memandang sekelilingnya, tiada orang di situ.

Tak betul ke apa aku cakap tenang Airish menyoal kembali sekaligus mengembalikan Afiqa ke dunia nyata.

Memang tak betul pun. Eh, awak ni ada sindrom gila ke

Eh, budak ni! Kau cakap aku ni ada sindrom apa Gila

Afiqa mengangguk dengan wajah lurusnya. Persis riak wajah itu kelihatan seakan-akan menyindir.

Dah tiba-tiba aje awak ajak datang sini, lepas tu ajak saya kahwin. Awak ingat ni drama sinetron ke

Airish mengancingkan giginya. Sinis bicara gadis itu. Sinetron, ya Huh! Memang kau nak kenalah.

Habis, kau nak aku buat apa

Kenapa awak kena tanya saya Tanyalah diri sendiri.

Amboi! Kau buat masalah lepas tu, nak lepaskan diri macam tu aje Senang nampak!

Afiqa terdiam. Sedar semua ini berpunca daripadanya. Saya saya mintak maaf.

Airish menjeling dengan pandangan sinis. Dasar perempuan! Buat salah, minta maaf. Ingat boleh selesai macam tu aje, ke Sakit hati Airish mendengarnya.

Kau ingat bila kau minta maaf, semuanya akan selesai Apa kata kau pergi jumpa semua wartawan tu dan jelaskan semua masalah ni. Aku pun tak naklah kahwin dengan kau! Airish memberi cadangan pula.

Afiqa menggeleng dengan cadangan itu.

Mudahnya awak cakap. Awak ingat ni senang ke Nanti, apa jadi pada maruah saya, Afiqa membela dirinya pula.

Kau cakap soal maruah Habis Maruah aku macam mana Disebabkan kau, aku dah break-up dengan Dhia. Disebabkan kau, nama aku dah buruk di serata Malaysia ni. Kau bolehlah hidup macam tak ada benda yang jadi sebab orang tak kenal kau! Tapi, aku

Airish menggulung senyumnya. Dia tahu Afiqa akan terima cadangannya kali ini untuk berkahwin dengannya. Maafkan aku, Dhia. Aku terpaksa guna nama kau untuk aku pancing perempuan ini. Padahal, dia langsung tidak kisahkan tentang hubungan dia dengan Dhia itu. Lagi baik sebenarnya benda ni terjadi, boleh dia larikan diri dari perempuan itu. Tapi, sekarang datang pulak masalah yang baru. Iaitu, minah ini!

Tolonglah Airish. Saya tak nak kahwin lagi. Fahamlah dengan situasi saya, Afiqa merayu. Tidak sanggup mempertaruhkan dirinya sebagai alasan untuk menutup gosip itu.

Situasi kau Habis, sitausi aku macam mana Airish mempersoalkan Afiqa kembali.

Airish merenung tajam pada Afiqa. Tubuhnya bergerak perlahan merapati jurang antara mereka. Afiqa sudah berdebar-debar. Langkahnya diundurkan satu persatu sehinggalah dirinya terperangkap. Tubuh Afiqa kini betul-betul menyandar pada kereta lelaki itu.

Sekarang, aku cuma nak satu aje daripada kau, panahan mata Airish tepat menikam pada anak mata

Afiqa.

Apa Afiqa menyoal kurang sabar. Liurnya ditelan. Kurang senang dengan jarak yang memisahkan antara mereka.

Marry me!

Afiqa menolak terus tubuh Airish jauh darinya. Langkah kakinya mundar mandir sekeliling di situ.

Tidak!

Kalau kau tak mahu hidup kau makin teruk, baik kau ikut aje cakap aku. Aku janji. Tak lama!

Afiqa mengerutkan keningnya. Sebelah kening di sebelah kanannya terangkat pula. Awak memang gila!

Afiqa terus berlari. Ingin menjarakkan diri dari Airish. Namun, lariannya terhenti tiba-tiba. Kejap! Dia mahu ke mana Lantas, tubuhnya dipusingkan ke belakang. Hantarkan saya balik! mendatar suara Afiqa sambil kakinya berjalan laju menuju ke arah pintu di sebelah penumpang.

Airish tergelak kecil melihat perangai Afiqa. Tak pernah dia jumpa dengan gadis seperti ini sepanjang hidupnya. Dalam benaknya ada juga terfikir yang dia ini betulkah berkelulusan Master in Psychology Macam tak!

MALAM itu Afiqa memutuskan untuk bermalam di rumah Katrina. Awalnya Katrina agak terkejut dengan kedatangan gadis itu ke rumahnya. Secara tiba-tiba pulak tu. Nasib baik dia ada di rumah. Gadis itu hanya mengurung diri dalam kamar. Katrina mengeluh kecil.

Lantas, kaki dibawa ke arah kamar Afiqa. Dipandang pintu kayu coklat itu. Tangannya perlahanlahan naik mengetuk permukaan rata itu sebelum tombol itu dipulasnya. Tiada sebarang jawapan. Katrina memberanikan diri untuk masuk. Kepalanya didahulukan, menjenguk di mana keberadaan Afiqa.

Gadis itu sedang duduk di lantai. Tubuh itu dirapati Katrina sebelum dia melabuhkan punggung di sisi Afiqa. Gadis itu masih diam membisu. Katrina di sebelah jadi mati akal.

Fiqa..., lembut tutur kata Katrina memanggil. Kau kenapa

Sejurus soalan itu dilepaskan, Afiqa langsung mengeluh lalu merebahkan tubuhnya, berbaring di lantai. Sambil merenung siling, matanya tak berhenti berkelip. Katrina yang melihat rasa pelik tak terkata.

Tadi, Airish datang jumpa aku.

Kening Katrina langsung terangkat ala-ala Ziana Zain dengan penjelasan Afiqa itu.

Buat apa dia datang musykil sungguh Katrina bertanya.

Dia ajak aku kahwin.

Membuntang mata Katrina. Nasib baik tak terkeluar biji matanya ini.

Gila! Serius ke ni

Afiqa pandang Katrina.

Aku pun harap ini mimpi.

Terkedu Katrina dibuatnya. Rasa tidak percaya pun ada. Baru sahaja kes mereka dimuat naik di internet dan juga akhbar tempatan, kini datang pula lelaki itu menuntut sebuah sebuah ikatan.

Tak masuk akallah, Rina.

Baru Katrina nak menjawab tiba-tiba telefon bimbit gadis itu dihulur padanya. Dengan keadaannya yang masih terpinga-pinga itu, huluran itu bersambut juga.

Paparan teks mesej terbentang pada pandangan matanya. Dari Airish. Wow! Hebat gila dapat nombor selebriti terkenal kot. Nombor private ni!

Janganlah tengok benda lain, tegur Afiqa seakan mengerti apa yang difikirkan Katrina itu.

Katrina tayang sengih. Sedar akan khilafnya. Lantas, matanya terarah kepada teks mesej yang dikirim lelaki itu pada Afiqa.

- Aku tak kira! Kau tetap kena terima! Kahwin dengan aku atau kau akan menyesal seumur hidup kau! Kau dah hancurkan hidup aku, dan aku pun tak akan sesekali tengok kau bahagia. Kalau aku susah kau pun mesti susah sama!

Teruknya...! komen Katrina geram. Dia yang membaca pun dah boleh rasakan betapa jeleknya perangai selebriti ini. Buruk benar.

Kalau kau... apa kau buat

Aku Aku mestilah akan kahwin. Dengan orang popular kot!

Hajat Katrina ingin mengajak Afiqa bergurau, namun tidak pula dia sangka gadis itu mengambil serius akan kata-katanya.

Fiqa... aku minta maaf.

Afiqa menggeleng lemah.

Tak ada apa-apa. Dont worry.

Katrina mengeluh dengan jawapan itu. Nampak sangat Afiqa sedang stres. Lantas bahu itu ditariknya agar lebih rapat ke dada. Diusap lengan itu lembut.

Apa kau nak buat sekarang ni

Afiqa tertunduk dengan pertanyaan itu. Hakikatnya, dia tiada sebarang rancangan mahupun akal untuk mencari jalan penyelesaian. Dia buntu!

Agak-agak kau... patut ke untuk aku terima dia

Hati kau macam mana

Afiqa menggeleng. Jangan ditanya soalan itu kerana dia belum ada jawapannya.

Aku takut...! Kahwin ni bukan benda yang mudah. Perlukan pengorbanan, kasih, cinta, sayang dan banyak lagi. Kahwin bukan hanya di mulut tapi ianya suatu ikatan yang akan membawa sehingga ke akhirat nanti. Kau rasa berbaloi ke untuk aku pertaruhkan diri aku hanya kerana seorang lelaki bernama Airish tu

Kau ada rasa terfikir untuk terima dia

Lambat-lambat Afiqa mengangguk. Dia sendiri buntu. Apa yang perlu dia buat

Cuba istikharah, Fiqa cadang Katrina lembut.

Afiqa agak tercengang pada mulanya.

Kalau bukan Airish, kau tolak. Tapikalau dia, cuba kau bukakan hati untuk kau terima dia.

Afiqa menggeleng kecil dengan kata itu. Mahu bukakan hati bagaimana dengan keadaan jiwanya yang masih rapuh ini Mana mungkin dia mampu membuka hatinya pada Airish sedangkan hatinya kini sudahpun dihuni dengan nama yang lain

Aku yakin pada takdir. Aku jugak nampak yang....

Kau nampak apa soal Afiqa pantas.

Aku nampak Airish mampu bahagiakan kau.

Mata Afiqa mengeras di situ. Berpandangan lama pada anak mata Katrina. Dirinya jelas bingung dengan kata itu. Katrina hanya mampu tersenyum.

Aku tak halang kau kalau kau nak tolak dia. Yelah, benda yang berlaku secara mendadak macam ni... siapa yang nak terima, kan Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam ni. Tapi, jauh di sudut hati aku... aku yakin sesuatu. Aku rasakan Airish tu mampu jadi seseorang yang terbaik untuk kau.

Kening Afiqa bertaut menjadi satu.

Macam mana

Dengan kuasa-Nya, tiada yang mustahil. Soalan kau masih rahsia. Tiada siapa pun yang tahu.

Afiqa diam. Katrina perlahan-lahan raih tangan itu lalu digengamnya kemas.

Percaya pada Allah. Aku hormat segala keputusan kau. Apa-apapun yang kau rasa terbaik untuk kau, aku akan terima. Kita adik-beradik dunia akhirat, walaupun tak sedarah. Apa yang kau rancang dan buat, aku akan ada di belakang kau selalu.

Afiqa terharu. Air matanya hampir-hampir sahaja mahu menitis. Pandangannya juga sudah berkaca-kaca. Katrina membalas senyuman Afiqa bersahaja.

Aku akan ada selalu untuk kau. Aku tahu kau boleh.

Kau lebih arif tentang diri kau sendiri. Mana yang terbaik, kau pilihlah. Aku pula akan sentiasa menyokong.

Afiqa mengangguk dengan kata itu.

Terima kasih, Rina!

Sama-sama kasih, Fiqa...!