Encik sihat ke tidak ni soal Arissa.
Hakimi ketawa kecil. Sihat.
Soal nikah kahwin tak boleh buat main-main Encik. Saya... saya takut ni! akui Arissa bersungguh.
Kahwin betul-betul! Kena akad nikah, bukan tiputipu atau olok-olok. Terasa jantung sudah tercabut entah ke mana hilangnya. Perlahan-lahan dia duduk di sofa di ruang keluarga di tingkat satu itu tidak jauh dari Hakimi.
Ya, saya tahu tapi ini untuk memudahkan kita sebagai suami isteri bila berdepan dengan Umi saya nanti. Kalau kita tak ada apa-apa hubungan, susah saya nak pegang tangan awak dan sebagainya. Ternganga Arissa.
Hakimi senyum. Memek wajah Arissa yang pelbagai benar-benar membuat dia tidak mampu untuk mengalihkan pandangannya. Kalau dahulu, dia tidak hirau langsung gadis itu dan hanya melihat wajah itu sekali-sekala, itupun di dalam mesyuarat. Apa yang penting, kerja jalan.
Arissa senyap. Matanya beralih ke pintu balkoni yang terbuka. Angin malam yang sejuk menyapa lembut. Namun hatinya tidak sejuk seperti angin itu. Dadanya terus panas dengan topik yang semakin hangat segenap penjuru tubuhnya.
Hakimi tunduk memandang tangannya. Tiba-tiba dia merasa bersalah terhadap Arissa. Mungkin ada jalan lain yang tidak melibatkan gadis itu.
Saya faham kalau awak tak setuju. Saya tak paksa awak.
Saya setuju! spontan Arissa menjawab.
Hakimi pula ternganga lalu terbatuk-batuk kecil. Terasa perit pula tekaknya sebaik mendengar jawapan spontan Arissa.
Kalau kita nikah...
Semua nafkah awak, saya akan tanggung, pantas Hakimi memintas kata-kata Arissa. Semua macam biasa, dari makan, pakai awak saya akan tanggung. Semua tu awak jangan risau. Toyota Harrier saya pun awak boleh guna.
Wah, hebat tawaran Hakimi! Kalau ikutkan memang itulah keinginannya namun dia sedar siapalah dia. Ukur baju di badan sendiri. Lelaki itu hanya mengupahnya untuk menjadi isteri sementara bagi menyelesaikan masalahnya sahaja.
Itu semua nafkah zahir je kan Batin tak ada kan Arissa hanya mahu mengesahkan sahaja.
Lebar senyuman Hakimi mendengar soalan Arissa.
Ada rasa ingin mengusik gadis itu.
Kalau ada, awak tetap nak nikah dengan saya ke
Rasa panas je wajahnya dengan soalan Hakimi.
Gatal juga lelaki ni, kutuknya sendiri. Kucam wajahnya memandang lelaki itu yang tersengih-sengih.
Hmm... tak senyum pun Arissa tetap lawa. Tambah-tambah bibir Arissa. Kalau senyum apatah lagi, bisiknya. Mata tolong jangan main-mainkan perasaan ya. Semua ini hanya lakonan semata-mata, Hakimi mengingatkan hatinya.
Saya gurau je. Hanya nafkah zahir saja, ulang Hakimi sebagai mengesahkan perkara itu.
Agak-agak berapa lama soal Arissa ingin tahu. Mungkin dalam dua tiga bulan. Mungkin... Dua tiga bulan Lamanya, dengusnya sendiri.
Kalau lebih dari tiga bulan macam mana soal Arissa ingin tahu.
Awak tetap isteri sayalah. Saya tetap akan bayar awak, jelas Hakimi.
Arissa senyap. Bolehkah dia bertahan untuk selama itu Nafas dihela dengan rasa tidak menentu.
Selepas Umi saya balik ke Doha, kita berpisah. Saya akan rekomen awak di mana-mana Hotel Sweet Arena KL atau JB. Awak pilih lokasi mana awak nak. Ini sebagai tanda terima kasih saya kepada awak, janji Hakimi.
Arissa senyap. Nafas ditarik dalam-dalam. Betulkah dia mahu terima rancangan Hakimi. Apa lagi pilihan yang dia ada selain rancangan lelaki itu. Arissa meneguk liurnya.
Jadi kita akan jadi suami isterilah nanti, ya Arissa menyoal sebagai kepastian.
Ya, saya suami dan awak isteri saya. Kita akan berlagak seperti suami isteri di depan siapa pun terutama Umi dan Wafa. Jangan marah kalau saya terpaksa peluk, cium dan pegang tangan awak. Awak bebas nak guna apa-apa je dalam rumah ni supaya awak tak kekok, jelas Hakimi.
Kita akan tinggal satu bilik ke nanti Perkara itulah yang paling ditakuti.
Ya, semasa Umi saya ada. Bilik yang awak duduk sekarang memang bilik Umi dan Walid, jelas Hakimi.
Gulp! Liur ditelan beberapa kali. Rasa sudah kering tekaknya. Namun dadanya sudah bergetar tidak menentu.
Awak jangan risau... sampai selesai, awak saya takkan apa-apakan kecuali yang ringan-ringan je lah, kata Hakimi tanpa senyuman. Dia sendiri tidak pasti dapatkah janji itu ditunaikan. Orang yang tiada apaapa ikatan pun boleh terlanjur inikah mereka yang sudah bernikah.
Ya Allah, idea apakah ini Jiwa Arissa semakin kacau.
Bukan apa Encik... pernikahan tu satu ikatan yang suci. Tapi, kita dah buat tak elok dengan ikatan ni. Saya takut hidup kita berdua nanti tak berkat selepas semua selesai. Memang masalah selesai, tetapi apa yang kita lakukan tu salah dan tentu ada balasannya kan
Hakimi mengangguk. Ya, bisiknya. Dia tidak mahu menjadi begitu.
Saya susah nak percaya kan orang apatah lagi bila kepercayaan saya sudah hilang, Arissa, keluh Hakimi. Dan bukan mudah untuk saya nak percaya kan orang.
Jadi apa yang buat Encik percaya kan saya untuk jayakan rancangan Encik ni Arissa pula bertanya.
Yalah sekadar ingin tahu.
Entahlah.
Dia sendiri tidak pasti mengapa dia boleh mempercayai gadis itu. Mungkin kerana ciri-ciri gadis yang disebutkan kepada Puan Hanim terdapat pada Arissa. Ya, ia secara kebetulan sebelum dia bertemu dengan Arissa.
Adakah Allah mengirim gadis ini untuk membantunya Atau lebih dari itu Dadanya kembali panas. Tidak tahu mengapa.
Awak tau solat.
Tentulah! rasa nak marah mendengar soalan Hakimi.
Macam mana awak solat Telekung tak ada dalam rumah ni.
Encik ingat saya ni kolot sangat ke Kain pelekat Encik ni dah boleh jadi telekung saya tau! Keras suara Arissa. Walaupun dia tidak bertudung dia tetap bersolat dan tidak pernah meninggalkan rukun Islam yang kedua itu.
Sebut rukun Islam.
Ya Allah, lelaki ni ingat aku cikai sangat hal ehwal agama! Gumam Arissa sendiri.
Mengucap, solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadan dan mengejarkan haji bagi yang mampu. Rukun iman ada enam, beriman dengan Allah, beriman kepada Malaikat-malaikat, beriman dengan Kitab-kitabNya, beriman dengan RasulrasulNya, beriman dengan hari Akhirat dan beriman kepada Qada dan Qadar. Rukun nikah ada lima. Pertama, pengantin lelaki (suami); Kedua, pengantin perempuan(isteri); Ketiga, wali; Keempat, dua orang saksi lelaki dan; Kelima, ijab dan kabul. Rukun tetangga saya tak tahu ada berapa. Puas hatinya menjawab soalan Hakimi.
Hakimi ketawa kuat. Dalam serius sempat lagi Arissa buat lawak.
Sifat 20 tak nak ke sengaja dia memperli Hakimi apabila tiada suara dari lelaki itu.
Tak apalah simpan untuk malam pertama kita, ya. Sekali lagi Hakimi ketawa.
Ya Allah, jahatnya lelaki ni, kutuknya dengan jelingan.
Pergilah tidur, esok banyak lagi benda kita perlu bincang dan banyak benda saya nak uruskan tentang kita. Hakimi bangun.
Arissa mengangguk.
Encik Kimi, panggilnya sebaik lelaki itu mahu melangkah.
Hakimi menoleh. Ya.
Terima kasih sebab bantu saya, ucap Arissa.
Hakimi senyum lagi.
Terima kasih kembali sebab awak mahu menolong saya dengan rancangan saya. Insya-Allah saya tak akan sia-siakan pertolongan awak nanti.
Rasa tercekik mendengar kata-kata lelaki itu.
Tajam dia memandang Hakimi.
Apa maksud Encik
Saya ada rancangan untuk awak selepas rancangan saya selesai. Itu pun kalau awak nak terima. Tak apalah, esok je kita sembang. Dah lewat ni, kata Hakimi mula melangkah menuju ke tangga untuk turun ke bawah.
Arissa hanya memandang lelaki itu sehingga bayangan Hakimi hilang dari pandangannya.
Betul ke apa yang aku buat ni Dia bertanya sendiri sambil melangkah ke bilik yang di dudukinya.
TERNGANGA mulut Badrul mendengar rancangan Hakimi.
Betul ke ni Bos soal Badrul seperti tak percaya dengan rancangan Hakimi.
Betullah... awak ingat saya main-main Rasa nak marah dengan Badrul yang masih memandangnya.
Memang saya tahu Bos tak main-main. Tapi ini dah melibatkan kehidupan Arissa tau! jelasnya dan dia berharap Hakimi faham dengan maksudnya.
Apa maksud awak bulat mata Hakimi merenung ke wajah Badrul.
Badrul menyandarkan tubuhnya yang kurus di belakang kerusi makan yang di duduki.
Yalah... bila Bos dah lafazkan akad tu, dia dah serahkan seluruh hidup dia untuk Bos, jelas Badrul. Takkan Bos nak main-main kehidupan dia. Lepas tu, lepas kan dia begitu je.
Alahai, kasihannya dia dengan Arissa. Disebabkan beban hutang dengan Along terpaksa gadis itu menggadai masa depannya untuk Hakimi. Bukan Hakimi tidak baik, bosnya inilah diantara bos paling baik dan tiga suku daripada bos-bosnya yang sebelum ini namun dia rasa tidak wajar kehidupan dan masa depan gadis bernama Arissa menjadi satu taruhan.
Hakimi senyap. Lama dia merenung cawan kopi yang masih berbaki air kopi yang sudah berasap nipis. Disisipnya sedikit sebagai menghilang rasa tidak menentu.
Saya bayar dia! keras suara Hakimi.
Memanglah Bos bayar... tapi nilai sebuah kehidupan tu lebih bernilai dari duit tau. Bahagia, cinta tak boleh dibeli, Bos. Kalau boleh dibeli, dulu-dulu saya dah buat. Badrul mengeluh diakhir kata-katanya.
Hakimi menjeling. Badrul sengih.
Habis tu Mana saya nak cari perempuan yang serupa dengan yang saya cakap dengan Umi selarnya. Bos cakap apa dengan Umi Bos
Saya beritahulah teman wanita saya tu ciriciri dia macam Arissa. Sebelum saya jumpa Arissa semalam. Apakah maknanya pertemuannya dengan Arissa semalam. Baik Atau sebaliknya
Memang Allah tu nak temukan Bos dengan Arissa kut Bos tolong dia. Dia tolong Bos. Badrul sengih lagi. Hakimi senyap namun ada benarnya dengan kata-
kata Badrul.
Tak apalah Bos. Dah itu yang Allah nak tentukan untuk Bos dan Arissa. Apa pun bersangka baik jelah Bos. Kalau dia sanggup tolong Bos, itu dah kira bonus. Tak payah nak susah-susah upah perempuan lain untuk jadi isteri seperti yang Bos sebutkan pada Puan Hanim.
Ya. Sepatah jawapan Hakimi. Ya, dia tidak perlu mencari gadis lain untuk menjadi isteri. Allah sudah menghantar Arissa untuk diupah menjadi isterinya.
Apa pun selamat berjaya Bos.
Lusa teman saya ke Bank. Lepas tu nak pergi tempat Arissa pinjam duit Along tu. Dekat mana ya soalnya.
Entahlah... saya pun tak tahu. Kena tanya
Arissalah. Hakimi senyap.
Arissa tinggal kat mana ya soalnya. Dia memandang Badrul yang sudah pun bangun.
Jalan Sungai Satu. Belakang Eden Seaview, jawab Badrul sambil mengangkat cawan kopi Hakimi. Bos nak kopi lagi ke dia menyoal.
Hakimi menggeleng lalu bangun dan menolak kerusi makan yang diduduki ke dalam.
Saya naik dulu. Selamat malam.
Tanpa mendengar balasan dari Badrul dia melangkah laju menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Namun berhenti di hadapan bilik yang diduduki oleh Arissa.
Memang Allah tu nak temukan Bos dengan Arissa kut Bos tolong dia. Dia tolong Bos.
Terngiang-ngiang kata-kata Badrul sebentar tadi. Mungkin pertemuan ini ada baik dan buruknya. Apa pun sekarang ini dia amat memerlukan Arissa.