KAMU SANG PENCULIK - 6
BAKUL yang hampir penuh kuangkat dengan muka yang berkerut. Ingatkan tadi hendak beli sedikit sahaja barang, tetapi banyak pula yang kuambil. Dari rak coklat, aku beralih pula ke rak biskut. Tinggi pula biskut jagung disusun. Bakul yang sarat aku letakkan di lantai dan aku mula mencapainya namun tidak sampai. Terpaksa aku jungkitkan kaki namun masih gagal.

Boleh saya tolong Suara yang cukup lembut tiba-tiba menegurku dari belakang.

Terus aku menoleh dan kelihatan seorang wanita berniqab sedang memandangku. Dari gerakan matanya aku tahu dia sedang tersenyum jadi aku balas senyumannya dengan cukup manis.

Terima kasih puan. Aku tundukkan sedikit kepala dan beralih ke tepi.

Dia terus mengambil biskut jagung. Begitu mudah sekali untuknya kerana ketinggiannya yang mencecah 170cm. Biskut jagung dihulurkan kepadaku.

Terima kasih banyak-banyak puan, luahku sambil tersenyum mesra ke arahnya.

Sama-sama. Saya minta diri dulu. Dia tundukkan kepalanya sedikit sebelum beredar.

Aku turut meninggalkan rak biskut dan terus ke kaunter bayaran bersama bakul saratku. Ketika aku melintasi deretan kereta yang memenuhi tempat letak kereta pasaraya, kelibat seseorang mencuri perhatianku. Wanita berniqab tadi sedang berdiri menghadap bonet keretanya yang terbuka. Tanpa berfikir panjang aku terus menghampirinya.

Assalamualaikum puan, sapaku dengan penuh sopan dan dia terus berpaling.

Waalaikumussalam. Anak yang dekat rak biskut tadi, kan Wanita itu menyoal ramah.

Ya, saya. Kenapa dengan kereta puan Soalku sambil meletakkan plastik-plastik baranganku ke tepi dan turut sama meneliti enjin keretanya.

Saya pun tak pasti. Tak boleh nak start enjin. Tak tahu apa masalahnya. Maklumlah kurang mahir tentang enjin ni. Dia ketawa perlahan. Aku balas dengan senyuman.

Itulah masalah kita kaum perempuan ni, kan Bab kereta memang selalu gagal. Kebetulan adik kawan saya ada workshop berhampiran kawasan ni. Saya cuba telefon dia untuk datang tengokkan, boleh Mujur aku teringatkan Mukhriz, adik Munirah.

Tak susahkan anak ke Teragak-agak dia menyoal.

Apa pula susahnya. Kita kena saling tolongmenolong. Tadi pun puan dah tolong saya. Aku menjawab sopan.

Ambilkan biskut aje. Terima kasih banyak-banyak sudi tolong saya walaupun dalam keadaan cuaca panas terik macam ni, balasnya sambil mengusap lembut bahuku.

Aku terus menelefon Mukhriz.

JEMPUTLAH masuk Aliya. Rumah mak cik ni biasa-biasa aje. Dengan ramah sekali Mak Cik

Ruqayyah mempelawa aku masuk ke dalam rumah teres dua tingkatnya. Menarik sekali hiasan dalamannya. Tidak terlalu berlebihan tetapi sedap mata memandang dengan konsep Melayu tradisional.

Kereta Mak Cik Ruqayyah terpaksa dibawa ke bengkel untuk dibaiki. Kata Mukhriz ada bahagian yang harus diservis dan ditukar walaupun enjinnya sudah boleh dihidupkan tadi. Mungkin terpaksa ditahan di bengkel selama beberapa hari kerana perlu menunggu alat gantian yang telah ditempah sampai dahulu. Maklumlah kereta lama kata Mukhriz.

Jujur sangat adik kawanku itu. Nasib baik Mak Cik Ruqayyah tidak berkecil hati malah mengiyakannya.

Aliya duduk dulu, mak cik ke dapur ambil air. Mak Cik Ruqayyah mengusap lembut bahuku.

Dia selesa memanggilku dengan nama Aliya berbanding Sha. Jarang sebenarnya orang memanggilku Aliya, tapi asalkan dia selesa aku tidak kisah.

Tak perlu susah-susah. Mak cik pun dah penat tu. Aku menolak sopan.

Tak susah mana pun, Aliya. Air tu memang dah sedia dalam peti ais, tinggal keluarkan aje.

Baiklah mak cik. Aku tersenyum manis.

Mak Cik Ruqayyah berlalu ke dapur. Sambil duduk, aku sempat melilau ke seluruh kawasan ruang tamunya. Tiada satu pun gambar yang diletakkan di sini. Biasanya orang akan letakkan gambar keluarga di atas meja hiasan ataupun digantung di dinding.

Aliya.

Panggilan itu mengalihkan perhatianku. Malunya. Pasti Mak Cik Ruqayyah nampak aku yang sibuk melilau. Datang rumah orang sepatutnya kena jaga tingkahlaku dan pandangan mata.

Jemput minum nak. Mak Cik Ruqayyah menuangkan jus oren di dalam jag kaca ke dalam dua biji gelas. Salah satunya dihulurkan kepadaku.

Terima kasih mak cik. Aku mengambil sambil tersenyum manis.

Mak Cik Ruqayyah kemudiannya menanggalkan tabir mukanya dan aku bagaikan terpegun melihat wajahnya. Rupa-rupanya di sebalik tabir itu terlindung wajah yang cukup jelita walaupun sudah menjangkau separuh abad. Hidungnya mancung dan terletak cukup cantik sekali. Bibirnya nipis dan merah. Kulit wajahnya juga masih cantik walau tetap dihuni sedikit kedutan. Mak Cik Ruqayyah tersenyum ke arahku sebelum menghirup jus oren.

Tadi mak cik cakap tentang anak perempuan mak cik, kan Mesti umurnya lebih kurang sebaya dengan saya. Aku buka topik perbualan. Bimbang Mak Cik Ruqayyah pelik dengan pandanganku yang serupa orang terpegun tadi.

Tahun ni dah nak masuk dua puluh empat dah. Aliya umur berapa

Kalau macam tu saya tua setahun dari anak mak cik, jawabku lantas ketawa perlahan.

Wajah Aliya macam jauh muda dari usia Aliya. Syukur dengan kurniaan Allah. Tak perlu bersusah payah untuk kelihatan muda.

Malu pula aku bila dipuji sebegini oleh Mak Cik Ruqayyah, Terima kasih mak cik. Anak mak cik pun mesti cantik macam mak cik.

Mak cik ni dah tua Aliya. Dah banyak kedut. Insya-Allah ada rezeki mak cik temukan Aliya dengan anak mak cik. Tak ada rezeki nak jumpa hari ni. Dia outstation pula di Johor Bharu. Rabu ni baru balik, jelas Mak Cik Ruqayyah tanpa perlu aku soal.

Nampaknya dia cukup selesa bercerita denganku. Jadi mak cik tinggal dengan suami aje lah ni ya Aku juga semakin selesa untuk berbual.

Mak cik ni ibu tunggal Aliya. Lembut sekali Mak Cik Ruqayyah membalas sambil tersenyum.

Aku pula yang jadi serba-salah. Mulut ni pun bukannya pandai tapis soalan.

Maafkan saya mak cik. Saya tak sengaja. Aku tunduk beberapa kali dengan wajah kesal. Pasti suaminya sudah meninggal dan aku pula boleh tersasul dengan soalan tadi.

Tak apa Aliya. Mak cik tak kisah. Alang-alang Aliya dah ada dekat sini apa kata makan tengahari sekali dekat sini Mak Cik Ruqayyah tersenyum lebar.

Kata-kata itu membuat aku teringat pada Kak Zila dan Miza. Sebenarnya tengahari ini aku sudah berjanji untuk memasak dengan mereka. Maklumlah hanya hari Ahad sahaja kami akan berkumpul bertiga untuk makan tengahari sebab Miza kerja hingga hari Sabtu.

Maafkan saya mak cik. Sebenarnya saya dah janji dengan kawan serumah nak masak dan makan sekali.

Ya Allah, jadi mak cik dah curi masa Aliya untuk kawan-kawanlah ni Maafkan mak cik. Wajah Mak Cik Ruqayyah berubah sedikit. Wanita di hadapanku ini terlalu baik dan lembut sekali.

Tak mak cik. Sikit pun tak curi. Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi nanti. Lagipun kita dah ada nombor telefon masing-masing jadi senang nak berhubung. Terima kasih untuk air oren ni. Hilang dahaga saya. Aku tersenyum manis sambil bangun.

Mak cik yang sepatutnya ucap terima kasih untuk semua pertolongan Aliya. Terima kasih juga sebab sudi singgah ke rumah mak cik. Sampaikan salam pada kawan-kawan Aliya. Bahuku diusap lembut. Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, aku terus pulang ke rumah.

SETELAH menamatkan perbualan telefon dengan Mukhriz, aku terus menelefon Mak Cik

Ruqayyah. Kata Mukhriz dia sudah dua kali cuba menghubungi Mak Cik Ruqayyah pagi tadi, namun gagal. Keretanya sudah siap dibaiki dan boleh diambil di bengkel.

Hello. Suara lelaki. Macam pernah kudengar.

Boleh saya bercakap dengan Mak Cik Ruqayyah Soalku sesopan mungkin.

Sekejap ya cik... Sopan juga dia membalas. Aku tunggu hampir seminit sebelum suara Mak Cik Ruqayyah kedengaran di hujung talian.

Assalamualaikum Aliya. Maaf mak cik di dapur.

Waalaikumussalam, mak cik. Tak apa. Tadi Mukhriz ada telefon saya bagitahu yang kereta mak cik dah siap dan boleh ambil dekat bengkel. Dia cuba telefon mak cik, tapi tak berangkat.

Terima kasih banyak-banyak Aliya. Mak cik tertinggal telefon tadi masa keluar. Ni baru sampai ke rumah, balas Mak Cik Ruqayyah dengan suara yang agak serba-salah.

Oooo, eh mak cik nak ambil kereta macam mana ni Saya boleh temankan mak cik, tapi lepas waktu kerja. Aku terus menawarkan bantuan.

Aliya jangan susah-susah. Mak cik pergi ambil dengan anak mak cik. Terima kasih banyak atas kebaikan Aliya. Tak terbalas mak cik. Begitu ikhlas sekali penghargaannya.

Sama-sama mak cik. Perkara kecil aje. Saya kena sambung kerja semula. Kalau ada apa-apa hal mak cik telefon aje saya ya Dengan sopan aku meminta diri. Kerja di atas meja banyak lagi yang tertangguh.

Baiklah Aliya. Assalamualaikum, balas Mak Cik Ruqayyah.

Waalaikumussalam mak cik. Aku terus matikan talian. Pandanganku dialihkan kembali pada skrin komputer. Namun fikiranku masih teringatkan Mak Cik Ruqayyah.

Anak yang mana satu Mak cik Ruqayyah maksudkan Hari ni baru Selasa. Tak silap aku esok baru anak perempuan dia balik. Siapa pula lelaki yang jawab panggilan tadi Dekat rumah pula tu. Persoalanpersoalan itu terus bersarang di mindaku.

DALAM perjalanan pulang dari pejabat aku sempat singgah di Starbucks yang berhampiran dengan tempat kerjaku. Tanpa sengaja aku ternampak seseorang yang kukenali sedang duduk bersendirian di salah sebuah meja. Tanpa berfikir panjang aku terus menghampirinya.

Nelly, kan tegurku sambil tersenyum manis. Tak sangka bertemu dengannya lagi. Kecil betul dunia.

Adakah hubungannya dengan Niel sudah kembali pulih Sudah seminggu aku dan Niel tidak berhubung. Panggilan telefon Niel malam itu adalah perbualan kami yang terakhir.

Do I know you Nelly menyoalku dengan gaya bahasa yang cukup sombong. Dia memandangku atas bawah dengan muka tidak puas hati.

Geram pula aku dibuatnya, Akak yang dengan Niel malam tu. Semua tu salah fa

Jangan mention nama dia depan I lagi. Oh, maksudnya youlah perempuan yang pakai sweater sama dengan I malam tu. Nelly cepat sahaja memotong kata-kataku.

Akak dengan Niel tak ada apa-apa hu

Darling. Kata-kataku sekali lagi dicantas oleh suara seorang lelaki.

Dah siap Jom keluar. I rasa panaslah dekat sini. Nelly terus bangun dan memaut erat lengan lelaki yang baru muncul bersama dua Iced Vanilla Latte. Dari raut wajahnya nampak seperti sebaya denganku. Dia memandangku sambil tersenyum.

Siapa ni

I tak kenal pun. Tiba-tiba tegur I. Jomlah sayang. Nelly terus menarik lengan lelaki itu. Langkah Nelly diturutnya tetapi sempat dia berpaling ke arahku dan mengenyitkan mata.

Memang sah spesies ulat bulu gatal overdose. Nelly pun satu hal. Baru seminggu putus dengan Niel sudah jumpa pengganti lain.

Aku menghela nafas panjang dan berlalu ke kaunter untuk memesan minuman.