SAAT AKU BERPALING - 6
HAI Kak Indah. Selamat pagi. Cantik hari ni. Faliq menegur setiausaha abangnya

seperti selalu.

Selamat pagi. Tak cantik mana pun, biasa aja lah. You are such a sweet talker. Hairan Akak bila tak ada lagi yang sangkut dengan Encik Faliq ni.

Itu la pasal. Saya pun hairan, semua orang macam tak berkenan aja dengan saya. But sincerely, you look glowing today. Nah, ini sarapan untuk Akak.

Apa ni

Sarapanlah for you and the twin. Saya tengok macam sedap aja benda ni tadi dan terus teringatkan Akak, jadi saya belikan ajalah. Faliq menyuakan bungkusan berisi pai daging dan buah betik potong yang sengaja dibeli untuk setiausahanya yang sedang sarat mengandung anak kembar.

La, buat susah-susah aja. Encik Faliq selalu belikan makanan untuk Akak. Segan lah kalau selalu sangat macam ni. Ujar Indah. Selalu sangat dia mendapat makanan dari bosnya ini sejak kebelakangan ini.

Tak ada susahnya. Akak tak payah nak segansegan dengan saya, lagipun benda ni semua saya beli bukannya untuk diri sendiri. Selama ni pun asyik saya aja yang belasah kek dengan puding yang Akak selalu bawa ke pejabat. Sekarang ni bila Akak dah sarat macam ni, giliran saya la pula yang belanja.

Terima kasih. Beg Encik Faliq mana

Beg Ada dekat bilik saya. Kenapa

Encik Faliq datang dari mana sebenarnya ni Saya ingatkan Encik baru je sampai dari rumah.

Saya keluar sekejap. Tertinggal pula telefon bimbit dekat dalam kereta jadi saya terus pergi beli sarapan. Beg saya dah letak dalam bilik masa sampai tadi lagi.

Awalnya Encik Faliq datang.

Tak adalah awal sangat. Macam biasalah Kak. Duduk dekat rumah pun bukannya ada sesiapa. Baik saya datang sini, ada juga benda nak dibuat. Faliq yang baru sahaja menapak terus memerhati kawasan pejabat yang masih lagi lengang.

Encik balik dari pejabat pun dah dekat pukul 9 semalam, hari ni pukul 7.30 pagi dah ada dekat sini. Tak bosan ke

Duduk rumah saya lagi la bosan. Lagipun ada banyak lagi kes yang saya nak kena review. Tak senang duduk saya selagi kes-kes ni tak selesai.

Indah sekadar menggeleng mendengar kata-kata bos keduanya ini. Pada Indah, Encik Faliq terlalu workaholic. Matahari belum terbit dia sudah sampai ke pejabat dan hampir setiap hari lelaki ini akan pulang selepas matahari terbenam. Langsung tak ada life.

Fail-fail tu memang takkan habis direview selagi Encik Faliq tak bersara. Kadang-kadang kagum pula Akak dengan Encik Faliq ni, cuti tak pernah ambil, emergency leave pun tak ada. Sakit pun, sanggup tidur di pejabat daripada duduk di rumah. Tegur Indah pada majikannya.

You should try to have fun, barulah tak tertekan sangat. Sambung Indah lagi.

Faliq berfikir sejenak, benar juga kata-kata yang diluahkan Indah. Lama sudah rasanya sejak kali terakhir dia mengambil cuti. Tak sangka pula dia yang hidupnya dianggap membosankan oleh setiausaha abangnya ini.

Well, hidup saya ni tak lah bosan sangat Kak Indah oii. Lagipun saya tak tertekan dengan kerja saya. Semua still under control. Bila saya dah rasa tertekan sangat nanti, saya ambil cuti. Jangan risau. Faliq mengenyitkan matanya.

Faliq merupakan antara peguam yang berkhidmat di firma milik bapanya. Sudah hampir tujuh tahun dia berkhidmat di firma ini sebaik sahaja dia menamatkan pengajian. Kebanyakan staff di firma ini mempunyai latar belakang perundangan yang cemerlang serta pengalaman luas dalam pengamalan undang-undang.

Helmi Mazlan & Co mempunyai barisan peguam yang mantap. Elida, Irfhan, Zhu Er, Ikhsan dan Ashril bertugas di jabatan Transaksi Konveyans. Nazmi, Damian, Mizan, Emelda, Tracy dan Jonathan bertugas dibahagian Guaman Sivil dan Jenayah. Manakala Taufik, Faliq, Eleanor, Kris, Deborah dan Alis bertugas di bahagian Guaman Korporat. Bahagian Guaman Syariah pula diketuai sendiri oleh abangnya iaitu Farhan Helmi bersama-sama Uzair, Zahida, Kamal dan Sumayyah.

Walaupun mereka diletakkan mengikut jabatanjabatan yang tersendiri namun ke semua staff firma ini perlu bekerja secara multitasking. Mereka boleh membantu mana-mana bahagian sekiranya terdapat keperluan. Faliq sendiri sering mengendalikan keskes sivil sedangkan dia bertugas di bahagian guaman korporat.

Disebabkan perkhidmatan yang pelbagai ditawarkan Firma Helmi Mazlan & Co, firma ini sering menjadi pilihan banyak syarikat-syarikat besar dan orang perseorangan yang berpengaruh. Kepercayaan yang diberi telah memberi ruang kepada Helmi Mazlan & Co untuk membuka enam cawangan di seluruh Malaysia. Antara perkhidmatan yang paling banyak digunakan di firma ini adalah khidmat guaman hartanah atau conveyancing, guaman ligitasi iaitu merangkumi khidmat guaman sivil dan jenayah, guaman korporat dan khidmat nasihat guaman.

Kak Indah, Encik Farhan dah datang ke Faliq terpandang akan sinaran cahaya yang menyala di dalam bilik abangnya.

Dah, saya pun hairan. Sepatutnya dia cuti tiga hari selepas balik dari Kanada. Awal pula tu Encik Farhan masuk hari ni. Setiasaha abangnya turut tidak tahu dengan apa yang terjadi.

Hesy, seram juga kalau dia tiba-tiba masuk kerja macam ni. Mesti ada masalah tu. Faliq sekadar meneka.

Memang patut Faliq merasa seram dengan kehadiran abangnya kerana dia tahu dalam banyakbanyak masalah yang ditimbulkannya. Kali ini memang di agak melampau. Sedang rancak mereka berbual, Indah dihubungi oleh seseorang melalui intercom. Siapa lagi kalau bukan abangnya.

Indah, Encik Faliq Helmi dah sampai ke belum Soal Farhan

Dah, Encik Faliq baru masuk ke dalam Encik! Jawab Indah dengan nada teragak-agak.

Suruh Encik Faliq masuk bilik saya sekarang. Satu arahan tegas kedengaran di corong intekom.

Encik Farhan suruh Encik Faliq pergi jumpa dia.

Kenapa Indah menyampai pesan bosnya kepada Encik Faliq yang sememangnya bertamu di mejanya sejak tadi.

Dia rindukan saya agaknya. Faliq sempat bergurau. Dia sememangnya sudah menjangka yang abangnya bakal memanggilnya.

I dont think so. Suara dia tegas semacam.

Dont worry, dia takkan makan saya. Okeylahsaya rasa lebih baik saya masuk dulu.

Apa yang Encik Faliq dah buat kali ni Indah mahu juga mengorek rahsia.

Well, I am just trying to save the world. Dalam sengih Faliq memberikan satu jawapan cliche sambil dia berjalan menuju ke bilik abangnya.

J

ARI telunjuk Farhan Helmi Mazlan sengaja diketuk beberapa kali di atas meja. Dia sedang memandang tepat ke wajah adiknya Faliq yang sedari tadi

menayangkan muka tidak bersalah padanya.

Faliq tahu tak kenapa abang panggil Faliq ke sini hari ni Farhan cuba menenangkan dirinya.

Macam tahu, tapi tak tahulah. Berdolak-dalik jawapan Faliq.

Perlahan sahaja teh hijau yang terhidang di depannya dihirup.

Client abang, Encik Hisham ada hubungi abang petang semalam, dia cakap yang Puan Liana batalkan keputusan untuk rujuk semula dengan dia.

Hurmm.. I am listening. Faliq sudah boleh mengagak isu yang akan dibincangkan. Apatah lagi apabila nama Encik Hisham meluncur dari bibir abangnya.

Abang cuma nak tanya, Faliq tahu apa-apa tak pasal hal ni Farhan masih berdiplomasi.

Owh kes tu ke Dia orang tak jadi rujuk Menarik. Yakin sahaja Faliq memberi jawapan. Giliran Faliq pula yang mengetuk jarinya ke meja.

Abang tertanya-tanya sebenarnya, macam mana Puan Liana boleh tukar fikiran sebab setahu abang, kali terakhir kami berbincang sebelum abang ke Kanada, dia dah setuju untuk rujuk semula, tarik balik laporan polis yang dia buat dan sedia untuk berbincang.

I call her just now dan malangnya Puan Liana tetap dengan keputusan dia. Dia tak nak rujuk semula. Farhan turut mengambil peluang untuk meneguk teh hijau yang berada di depannya buat kali kedua.

Hurm, lepas tu Faliq sekadar memasang telinga.

Abang tanya dia kenapa dan yang paling pelik dia cakap dia dapat nasihat daripada one of our lawyer. Minta dia pertimbangkan keputusan yang dia buat sebelum rujuk semula. Farhan sudah mengagak siapa yang memberi nasihat begitu.

Jadi

Faliqlah kan orangnya Farhan mula mengeluarkan hujahnya.

Mana ada. Abang ni main serkap jarang je Orang lain kot. Mana Faliq tahu. Nafi Faliq bersungguhsungguh.

Abang tak serkap jarang. Puan Liana cakap peguam yang jumpa dia tempoh hari tu tinggi, putih dan ada lesung pipit, pakai kaca mata. Abang yakin sangat yang Faliq lah orangnya, kan Betul tak

Mendengarkan kata-kata abangnya, Faliq yakin yang dia sudah terperangkap. Jarang sekali abangnya salah meneka dan kali ini pun tekaan abangnya benar belaka. Nak dinafikan apa lagi. Ke semua bukti yang abangnya ada jelas menunjukkan dialah dalangnya. Habislah dia kali ini. CHECK MATE!!!

Faliq tak ada plan untuk explain anything to me Farhan cuba memecahkan tembok kedegilan Faliq dengan soalan paling mudah.

Macam Faliq seorang je yang tinggi, putih, ada lesung pipit. Zhu Er, Kris pun putih apa.

She said, that man is a Malay. Farhan terus merenung wajah Faliq.

Takkan lah sampai detail macam tu dia cakap dekat abang

Sebab abang yang tanya dia semua detail tu. Jawab Farhan.

Lets cut it short, Faliq. Abang tahu semua tu kerja Faliq kan Tak payah nak berdalih.

Faliq tak rasa apa yang Faliq buat salah. As a gentleman, Faliq cuma nak cuba selamatkan dia. Abang tak kesian ke dengan nasib dia kalau dia tak jadi cerai Faliq memulangkan soalan buat bos a.k.a abangnya itu.

Tak salah ke Mata Farhan sedikit besar jadinya mendengar jawapan dari adiknya yang seorang ini. Kaca matanya yang sedang elok dipakai terus ditanggalkan dan diletakkan di tepi.

As a gentleman memang tak salah tapi as a lawyer, abang rasa Faliq tahu apa yang Faliq buat ni salah. Tak payah nak jelaskan pasal kes Encik Hisham tu pun, dari segi etika kerja pun Faliq memang dah buat salah. Tak betul ke apa abang cakap Farhan sedikit tegas.

Faliq sebenarnya tahu tak client abang yang mana satu Kita dilantik oleh Encik Hisham bukan Puan Liana. Soal abangnya lagi.

Tahu. Jawab Faliq pendek.

Habis tu

Okey Faliq mengaku, ada lah sikit yang Faliq buat salah. Faliq tersengih.

Dia tahu yang kali ini tak mungkin dia dapat mengelak daripada tindakan susulan abangnya. Muka seriusnya kini bertukar toya. Kaca matanya ditanggalkan dan diletak di atas meja.

Find, sebab you dah mengaku. Abang dah tak ada apa-apa nak cakap. Gaji Faliq akan dipotong 20 peratus selama 5 bulan, Faliq digantung kerja dua minggu bermula hari ni. Now, go home! Dengan begitu sahaja hukuman buat Faliq diputuskan.

Malas Farhan mahu bercakap lebih-lebih. Sudahlah dia baru sahaja sampai di Malaysia semalam. Gara-gara Faliq buat hal, dia terpaksa masuk ke pejabat juga hari ini. Nak baring sekejap pun tak sempat.

Mana boleh abang buat macam ni, potong gaji Faliq boleh terima lagi, tapi takkan la sampai dua minggu kena gantung tugas Faliq tidak berpuas hati.

Habis tu, Faliq nak abang buat macam mana Hampir sahaja Farhan melenting mendengar rungutan adiknya.

Ringankan sikit hukuman tu boleh tak Faliq pun ada client sendiri juga. Ada banyak lagi kes lain yang tengah Faliq urus. Takkanlah nak susahkan staf lain pula Faliq cuba memancing simpati abangnya.

Baru sekarang dia memikirkan mengenai clientnya. Sia-sia sahaja dia review kes-kesnya setiap hari jika dia digantung kerja. Tapi, NASI DAH JADI BUBUR!

Baru sekarang terfikir pasal kes, pasal beban kerja staf lain Faliq sepatutnya fikir pasal benda ni lebih awal sebelum Faliq pergi jumpa Puan Liana tau.

Tapi, kan I am just trying to help her.

Due to

Her egomaniac husband, irrational dude, irresponsible man. Faliq ada sejuta alasan untuk setiap tindakannya.

Faliq tak boleh minta abang ringankan hukuman tu. Nak tau sebab apa Ini merupakan kesalahan Faliq yang terbesar. Bab client Faliq biar Taufik uruskan.

Kalau bukan sebab Faliq ni adik abang, abang dah lama pecat Faliq.

Lecehlah abang ni. Baju raya pun tak beli lagi, nak kena renew cukai jalan lagi next month. Faliq mengeluarkan senarai perbelanjaan tambahannya yang akan digunakan beberapa bulan lagi.

I am not interested to hear. Farhan memekakkan telinganya.

Takkan lah sampai 5 bulan kena potong gaji. Kesiankanlah Faliq ni sikit. Faliq mula menggunakan taktik kotor. Dia cuba meraih simpati dengan alasanalasan yang cukup kebudak-budakan.

Baju raya tahun lepas ada lagi, Faliq pakai itu ajalah. Dah Abang tak boleh berlembut dengan Faliq lagi. Farhan tahu Faliq cuma sekadar menagih simpati namun dalam tegas masih ada belas lagi Farhan terhadap adiknya. Tapi

Listen. Pertama, Faliq rosakkan kredibiliti abang. Faliq masuk campur dalam kes yang abang sendiri handle. Kes tu langsung tak ada kena mengena dengan Faliq. Kedua Faliq bukan peguam syariah. You are civil lawyer. Abang tak nampak langsung sebarang keperluan untuk Faliq berada dalam kes ni dan bidang kerja Faliq jauh menyimpang dari urusan suami isteri macam ni. Ketiga, Faliq runtuhkan masjid orang. Dia orang sepatutnya boleh mengelak daripada bercerai, tapi sebab Faliq punya nasihat, usaha abang selama ni untuk satukan dia orang hancur macam tu je.

Okay, fine. Alasan pertama dan kedua yang abang bagi, Faliq terima dengan hati terbuka. Memang sejak awal lagi Faliq tahu apa Faliq buat memang salah. But I cannot accept the third reason.

Jelaskan pada abang. Arah Farhan. Dia mahu mendengar juga pendapat Faliq.

Oh, come on Abang, macam mana Abang boleh kata yang rumah tangga dia orang macam masjid Faliq jelas tidak bersetuju. Dia mempunyai pendapat yang bercanggah dengan abangnya. Rumah tangga Encik Hisham dengan Puan Liana bukan masjid. Dia orang baru hidup dua tahun bersama dan Puan Liana telah dibelasah hampir setiap hari. Lepas belasah, lepas maki hamun, lepas sepak terajang, senangsenang aje suami dia minta maaf dan anggap masalah selesai. Faliq mahu membela diri. Dia bukan saja-saja mereka cerita namun, itulah yang didengar sendiri dari mulut Puan Liana.

Masalah dia orang masih boleh diselesaikan, maksudnya masih ada ruang untuk dia orang berbaik kalau Faliq tak masuk campur. They still love each other and you just ruined everything. Farhan turut berhujah.

Abang, dengar dulu. Faliq cuba mencari ruang untuk membela diri. Dia mahu abangnya tahu alasan sebenarnya dia memilih untuk masuk campur. Tahun ni sahaja, 3 kali Puan Liana dimasukkan ke hospital. Tapi, disebabkan dia dirawat di hospital milik kawan Encik Hisham, laporan polis tidak dibuat. Satu-satunya alasan kenapa hal rumah tangga dia orang dibawa ke mahkamah adalah sebab dia tinggalkan Puan Liana dekat lebuhraya sorang-sorang lepas teruk membelasah isterinya. Faliq rasa abang lebih dari tahu dengan situasi family tu, kenapa abang tetap mahu dia orang bersatu balik Soal Faliq.

Encik Hisham dah berjanji untuk bertaubat dan dia dah yakinkan isteri dia yang dia akan berubah. Itu sahaja yang kita mahu. Selagi hubungan dia orang boleh diselamatkan, selagi itulah abang akan berusaha. Itu tugas abang sebagai peguam yang mewakili Encik Hisham. Client abang dah bertaubat dan dia mahu bina balik rumah tangga dia yang rosak. Sebab tu abang sokong dia.

Taubat, my foot! Taubat lelaki macam tu abang ingat boleh pakai ke Faliq naik angin.

Hujah abangnya ini langsung tidak boleh diterimanya. Dia paling pantang bila ada lelaki yang kurang ajar seperti Encik Hisham di muka bumi ini.

Lelaki yang boleh membelasah isteri sendiri seolah-olah seperti punching bag takkan bertaubatlah, bang. Kalau dia buat benda macam tu sekali lepas tu bertaubat, Faliq boleh terima. Tapi, dia dah melampaui batas. Encik Hisham tak sepatutnya cari kita untuk perbaiki rumah tangga dia. Dia sepatutnya cari doktor jiwa. Orang psiko macam dia tak perlukan peguam, dia perlukan doktor psikiatri dan ubat. Itu je yang boleh tolong dia dalam masalah ni.

Faliq langsung tak menyesal pun dengan apa yang Faliq buat Farhan mencelah.

No. Faliq tak menyesal langsung. Jawab Faliq sebal. Belum habis pun dia berhujah, abangnya sudah memotong.

Faliq bukan Tuhan nak hukum dia macam tu dan Faliq bukan hakim nak buat keputusan. Tugas kita di firma ni adalah untuk menyuarakan dan membela hak client yang kita wakili. Farhan bersyarah pada adiknya. Apa yang abang marah sangat adalah sebab Faliq bukan baru sebulan dua dalam bidang ni, dah bertahun-tahun. Abang hairan betul bila Faliq tiba-tiba masuk campur. Selama ni Faliq tak pernah buat macam ni tau. Tambahnya lagi.

Faliq masih dengan riak tidak puas hatinya.

Atas alasan itulah sekarang ni, apa yang abang putuskan tadi akan terlaksana. Faliq duduklah bertapa dekat tingkat 10 rumah Faliq tu dan fikirkan balik apa yang Faliq dah buat. Gesa Farhan. Muhasabah diri banyak-banyak. Lepas dua minggu datang balik ke sini! Ketegasan Farhan terserlah kini. Dia perlu bertegas dengan Faliq jika tidak mahu kepalanya dipijak lagi.

Faliq tetap tak puas hati dengan keputusan abang!

Faliq jangan risau. Baju raya Faliq tahun ni abang belikan.

Abang ingat Faliq ni budak-budak ke, senangsenang nak kena sogok pakai baju raya.

Habis tu Tadi Faliq cakap yang Faliq nak guna duit gaji yang abang potong tu untuk beli baju raya. Tak payah risau, abang belikan. Usik Farhan. Dia sempat ketawa mengejek apabila Faliq membuat muka toya.

Kurang asam betul lah abang ni! Faliq keluar dulu lah kalau macam tu. Faliq mengatur langkahnya untuk keluar. Dia sudah pasrah menerima hukuman dari abangnya.

Farhan masih dengan sisa ketawanya memerhatikan langkah Faliq.

Abang! Panggil Faliq sebelum dia bertapak ke luar.

Apa

Jangan cakap apa-apa dekat Abah tau. Faliq memberi peringatan buat abangnya. Penat dia mendengar syarahan abangnya dan dia tidak mahu syarahan itu bertambah panjang jika Abahnya tahu apa terjadi.

Dah terlambat. Sorry. Lagipun Abah pesan dekat abang semalam, kalau Faliq kena gantung tugasan, Abah sedia nak terima Faliq jadi tukang kebun dekat rumah dia sempena hari raya yang bakal menjelma ni. Dia sememangnya sudah berbincang dengan Abahnya mengenai hukuman yang bakal dikenakan buat Faliq.

Jika di ikutkan dengan kesalahan yang dibuat, hukuman setegas itu sebenarnya tidak perlu namun Farhan hanya cuba memenuhi permintaan ibunya yang sudah berbulan tidak bertemu adiknya ini. Hanya cuti secara paksa begini mampu membuatkan Faliq berehat seketika. Faliq terlalu leka dengan tugasannya sehingga lupa diri. Risau pula ibu bapanya dengan kerenah Faliq. Farhan hanya membuka ruang supaya Faliq meluangkan waktu untuk dirinya sendiri dan ibu bapanya.

Lecehlah abang ni. Kalah budak-budak. Semua benda nak cakap dekat Abah. Rungut Faliq dengan nada merajuk.

Abah kan penasihat firma ni, kalau tak bincang dengan dia, abang nak berbincang dengan siapa lagi Sesuai sangatlah dengan kesalahan yang Faliq dah buat. Ketawa Farhan yang cuba ditahan sejak tadi pecah jua untuk kesekian kalinya. Dia seakan-akan mengejek apabila melihat wajah Faliq berubah kelat.

Faliq menghentakkan kakinya.

Faliq Helmi Mazlan! Laung Farhan tiba-tiba. Oh, Mama ada pesan, dia suruh Faliq balik Johor Bharu hari ni juga. Dah berbulan Faliq tak balik JB katanya.

Abang berpakat dengan Mama ke ni

Mana ada. Sangkal Farhan dengan nada tegas.

Ye lah orang balik. Faliq akhirnya akur juga. Suka atau tidak keputusan sudah pun dibuat oleh abangnya.

Itulah nasib Faliq Helmi Mazlan. Dia terpaksa mengalah namun tiada sesalan yang bersarang dibenaknya. Jika ada lagi sepuluh pasangan pun yang nak bercerai atas alasan sebegitu, dia tetap akan mengambil tindakan yang sama. Niatnya untuk berbuat baik akhirnya menyebabkan dia digantung tugas. Tapi benar juga kata abangnya, jika tidak kerana dia adik kepada pemilik firma, rasanya sudah lama dia menganggur.