KARKUMA - 6
AWAL pagi itu, ketika Karkuma sibuk melayan pokok-pokok bunga di halaman rumah, dia asyik teringatkan Ketua Labot.

Sudah tiga bulan Karkuma diberhentikan kerja sebagai tukang kebun di Bangkir Ghadabi. Sebagai penganut ajaran Huku, Karkuma dan isterinya, Sirehpani setia berulang alik ke Bangkir Ghadabi pada setiap Sabtu menunaikan johong duyun atau melawat Ketua Labot. Ketua Labot kini berusia 80 tahun, tidak pernah berkahwin. Bagi Ketua Labot, selama mengenali Karkuma, dia melayani Karkuma seperti anak sendiri.

Pagi itu, walaupun Karkuma leka melayan pokok-pokok bunga di laman rumahnya, hatinya tergerak mendesak dia pergi melawat Ketua Labot di bangkir pada pagi itu juga. Mungkin dia rindukan Ketua Labot, kerana sudah lama tidak bertemu. Kali terakhir mereka bertemu enam minggu lalu semasa Ketua Labot meminta Karkuma memanggilnya ayah.

Karkuma sangat terharu dan berasa kekok untuk melafazkannya, namun di dalam hati sememangnya Ketua Labot dianggap seperti ayah sendiri.

Sejak Jameng ambil alih jawatan Ketua Warak lima minggu lalu dan Ketua Labot dilantik menjadi Penasihat Warak, Karkuma tidak lagi berjumpa Ketua Labot.

Ketua Jameng sentiasa memberi alasan setiap kali Ketua Labot ingin bertemu Karkuma. Ternyata Ketua Jameng jadikan pelantikan Ketua Labot hanya sebagai boneka. Banyak undang-undang tatasusila di bangkir sudah diubah suai oleh Ketua Jameng demi mengikut kehendaknya. Orang awam tidak dibenarkan melawat bangkir sewenang-wenangnya kecuali atas urusan johong duyun atau johong wisata.

Setiap kali Karkuma ke bangkir untuk urusan johong, dia tercari-cari Ketua Labot,tetapi tidak pernah ternampak atau terserempak orang tua itu. Ada dia mendapat berita Ketua Labot sakit, tetapi hairannya selama beberapa kali upacara johong duyun diadakan, Ketua Labot tidak pernah sekali pun kelihatan.

Mentak berat sakitnya Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran Karkuma pagi itu, tetapi dia masih sibuk dengan pokok-pokok bunganya, asyik berbual-bual dengan pokok-pokok bunga di halaman rumahnya.

Aduhai!

Jari Karkuma tercucuk duri mawar. Tidak semena-mena seluruh tubuhnya terasa kebas. Jarinya dipicit-picit, menitis darah keluar. Disedutnya darah, penglihatannya seakan kabur. Digenyeh-genyeh matanya, suara Ketua Labot terngiang-ngiang di telinga. Jantungnya berdegup kencang dan hatinya berbisik, Daku harus cepat jumpa ayah.

Karkuma mengulum jarinya menyedut keluar bisa duri pokok mawar. Karkuma yakin perasaannya yang bercampur baur tadi ialah satu petanda, menggerak dia supaya melawat Ketua Labot dengan segera. Karkuma merenung ke langit melihat kedudukan matahari.

Mmmmasih tegak, nanti saja daku pergi. Karkuma kembali melayan pokok-pokok bunga, walaupun hatinya terus menerus mendesak dia menziarahi Ketua Labot. Yang membuat dia berat untuk pergi adalah kerana di waktu tengah hari Ketua Labot selalunya berehat lelapkan mata. Lagi pun pantang kaum Nabui melawat orang sakit pada waktu matahari tegak di atas kepala.

Apabila matahari menurun, menandakan hari sudah petang, baharu Karkuma bergegas menuju ke Bangkir Ghadabi. Sirehpani ternampak Karkuma laju melangkah tinggalkan halaman rumah. Dia hairan, tetapi apakan daya, pantang kaum Nabui si isteri menyimpan prasangka terhadap suami. Sirehpani berharap suaminya akan ceritakan kepadanya apa yang berlaku bila pulang ke rumah nanti.

Di depan pintu gerbang bangkir, Karkuma termengah-mengah berhenti ambil nafas sebelum berjalan memasuki bangkir. Perasaan bercampur baur dalam hatinya, hairan dan sedih. Hairan melihat suasana yang sunyi sepi, langsung tidak ada manusia. Walaupun bukan hari Sabtu, tetapi tiap-tiap hari pasti ada orang berkunjung ke bangkir menunaikan johong wisata.

Kesedihan melanda perasaannya apabila melihat bangkir kering kontang, tiada lagi kehijauan dedaun dan warna-warni bunga menghiasi laman seperti dahulu. Namun, Karkuma tidak mahu melayan perasaannya. Dia terus menuju ke bangunan bangkir menunaikan niatnya berjumpa Ketua Labot tanpa peduli sama ada Ketua Jameng melarangnya.

Baharu setapak Karkuma melangkah menaiki anak tangga bangkir, dia terdengar suara menegah, Berhenti! Keras bunyi suara itu.

Langkah Karkuma terhenti, terkejut dia melihat Jameng berdiri di muka pintu utama bangkir, seakan-akan sudah tahu tujuan kehadirannya di situ.

Udah ku jangka mika akan datang! Kata Jameng keras sambil melangkah turun tangga.

Mika mau hadap si kawak Labot, ya

Ya! Jawab Karkuma mengangguk, kemudian memberanikan dirinya bertanya; Dikara penaka tau saja tujuan hamba.

Ketua Labot ada cakap, sebelum beliau mati. Selamba sahaja Jameng sampaikan berita itu pada Karkuma.

Aaark! Karkuma sungguh terkejut, suaranya tersekat-sekat. Kalau tadi jarinya berdarah ditusuk duri mawar, sekarang jiwanya berdarah ditikam onak keadaan. Karkuma terduduk, air matanya merembes menyimbah tubuhnya, lemah dimamah kekesalan.

Bila gamaknya Ketua Labot mati Tanya Karkuma teresak.

Kejap tadi, tatkala matahari tegak berdiri, Jameng tersengih memandang Karkuma tanpa sedikit pun berasa sedih atau simpati.

Aaaarghhh! Karkuma tertekan, mulutnya ternganga luas melontar perasaan yang hancur lebur. Tiada gunanya menangis meraung hingga runtuh bangunan hingga keluar air mata darah sekali pun kerana Labot pergi tidak akan kembali. Kekesalannya umpama merobek-robek jiwa raganya. Dia menyesal kerana tidak sempat bersama orang tua itu untuk memanggilnya ayah.

Ketika Jameng hendak beredar dari situ, Karkuma memaut kakinya sambil meratap, Izin akanlah hamba menatap jasad Ketua Labot buat sedetik.

Apa bagak mika inen! Marah Jameng. Pantang turun-temurun ajaran Huku, sorang kebanyak menatap jasad sorang Ketua Warak, selain penaknya, atawa golongan warak semata! Jameng menengking, dan menengking lagi, Sedarlah yang mika utu ghair bangsat lata!

Kejam sungguh Jameng menghina Karkuma tetapi Karkuma sudah tidak kisah pantang larang itu semua. Dia tidak putus asa, asalkan dapat bertemu jenazah Ketua Labot untuk mengubat kekesalan di hatinya.

Ketua Labot udah anggap hamba penaka anaknya. Hamba rayu, berilah hamba izin menatap jasadnya, Karkuma merayu pertimbangan Jameng namun Jameng tetap berkeras, malah ditendang terajangnya Karkuma hingga tersungkur di tangga.

Mika tengok di keliling bangkir inen. Senyap sunyi, ya Dak ada sorang pun yang menunaikan johong wisata sebab dema tau pantang larang ajaran Huku. Apa dongok mika inen! Jameng menempelak dan meludah Karkuma.

Hey, asu kahang! Nuju berambus mika dari sini!!!

Puas sungguh hati Jameng, sudah lama dia menunggu peluang untuk menghina dan mencaci Karkuma sebegitu rupa. Jameng memanggil dua kuli bangkir untuk mengusir Karkuma dan pastikan tidak curi-curi masuk melihat jenazah Labot.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Karkuma dirundung kesedihan dan kekesalan tidak terhingga. Banyak persoalan meradak fikirannya. Kesedihan yang ditanggung ketika itu sama seperti dia meratapi kematian ayahnya, Gatha Uda dan ibunya, Wanis.

Karkuma terfikir, mungkin hari itu apabila mendiang Ketua Labot meminta supaya dia memanggilnya ayah, beliau seperti telah merasai ajalnya sudah dekat dan mengharapkan Karkuma berada bersama jenazahnya kelak. Tetapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur.

Memang hakikat dalam ajaran Huku, orang awam tidak dibenarkan menziarah jenazah Ketua Warak Huku. Tujuannya supaya Ketua Warak Huku tidak dilupakan dan sentiasa dianggap masih hidup. Mayat mereka dibakar dan abunya disimpan di bangkir. Kaum keluarga pun tidak dibenar menyimpan abu mayat Ketua Warak Huku. Begitulah berpengaruhnya seorang ketua warak. Patutlah Jameng beria-ia hendak jadi ketua warak hingga tergamak membunuh orang tua Labot.

Jameng memang kejam dan jahat orangnya. Tiba-tiba air mata Karkuma mengalir, terbayang-bayang di matanya betapa keji dan hina layanan Jameng padanya di bangkir tadi. Tidak disangka Jameng membencinya begitu sekali. Tetapi mengapa

Kali ini Karkuma tidak berdiam diri. Dia bertekad mencari jawapan kepada semua persoalan yang melakar dalam fikirannya.

Jameng bermaharajalela setelah matinya Labot. Dia berasa dirinya bebas seperti burung. Bebas menukar segala undang-undang bangkir tanpa persetujuan dari warak-warak lain. Puas hatinya melihat Labot mati, hingga abu mayat Labot tidak dibenarkan di simpan dalam bangkir.

Jameng arahkan supaya abu mayat Labot diletak di atas para dalam kandang lembu di belakang bangunan Bangkir Ghadabi. Ada beberapa warak tidak setuju abu mayat Labot diletakan di tempat bukan sepatutnya, tetapi Ketua Jameng tetap berkeras dengan arahannya itu. Dan tiada sesiapa pun berani menasihati dia.

Ramai tidak tahu beberapa minggu sebelum kematiannya, Jameng mengurung orang tua itu. Jameng memaksa Labot menurunkan ilmu ghaib padanya tetapi Labot cekal dan tekad untuk tidak memberi ilmu itu pada Jameng.

Biar nyawa hilang dari badan, idak mentak daku turun akan ilmu utu buat dikau! Itulah kata-kata akhir Labot kepada Jameng.

Dan keesokannya Labot ditemui mati. Bukan kerana teh beracun tetapi akibat tikaman sebilah keris pandak diperut oleh Jameng.

Beberapa bulan selepas Jameng menjadi ketua warak di bangkir, Warak Petawali menarik diri.

Petawali tidak tahan dengan kerenah Jameng yang keterlaluan. Peristiwa Petawali tarik diri sangat memalukan Jameng. Akhirnya Petawali disumpah menjadi baghal seperti tukang kebun Hakap.

Dua bulan kemudian Warak Saldi disingkirkan dari bangkir kerana ingkar kehendak Jameng supaya Berhala Dewata Garuda Chandi dialihkan tempat. Baharu beberapa bulan Jameng memimpin Bangkir Ghadabi, dia sudah kehilangan dua orang warak.

Untuk tidak menimbulkan persoalan dari maharaja Sutan Lembayung, Jameng dinasihati oleh ayahnya, Lukut Daksingga, supaya Warak Saldi diterima kembali berkhidmat di Bangkir Ghadabi.

Lukut Daksingga ialah Datuan Tinggi Pulau Nabui iaitu Perdana Menteri. Jahat sungguh Jameng mengambil kesempatan sebagai anak Perdana Menteri Pulau Nabui, untuk kepentingan diri. Dan dia sendiri melantik dirinya sebagai Ketua Warak Negeri, satu-satunya jawatan yang boleh menegur Maharaja Pulau Nabui iaitu Sutan Lembayung. Patutlah bersungguh-sungguh benar Jameng hendak mengangkat dirinya menjadi Ketua Warak Negeri.

Sekarang cuma tinggal lima warak termasuk dirinya. Empat warak lain ialah Warak Tinggi Langkus, Warak Dongga, Warak Gebang dan Warak Saldi yang telah diterima semula bertugas di Bangkir Ghadabi. Empat warak ini sangat setia dan takut pada Ketua Jameng yang memiliki ilmu sihir menyumpah manusia biasa kepada manusia jadi-jadian.

Keadaan di Bangkir Ghadabi semakin membimbangkan rakyat jelata tetapi tiada siapa yang berani membangkitkan atau bertanyakan hal itu Meskipun demikian, setiap kali upacara johong duyung tiba ramai rakyat hadir ke Bangkir Ghadabi. Adakah itu kerana ramai rakyat miskin datang untuk makan atau ikhlas untuk bersembahyang Begitu pun juga, masih ramai orang Nabui biasa dan Nabui Hakir datang menunaikan johong wisata di Bangkir Ghadabi setiap hari.

Makin ramai rakyat rajin bersembahyang barangkali disebabkan ingin memohon perlindungan dewata daripada pemerintahan kuku besi Maharaja Sutan Lembayung dan juga Ketua Warak Negeri yang kejam iaitu Jameng Lukut.

Sejak pemergian Ketua Labot, masyarakat mulai sedar mereka sedang berdepan dengan perubahan ketara di Bangkir Ghadabi. Masyarakat tidak lagi bebas untuk keluar dan masuk ke bangkir. Itu satu hal, bangkir pula seakan-akan sudah menjadi rumah Ketua Warak Jameng. Di sebalik sikap negatif orang bangsa Nabui, mereka mempunyai sikap positif yang harus dibanggakan, mereka setia kepada raja, bangsa dan negara.

Kesihatan pemimpin mereka sentiasa menjadi tanggungjawab rakyat. Suatu petang, Ketua Jameng memanggil semua warak-warak ke bilik mesyuarat bagaimanapun ketika mesyuarat berlangsung separuh jalan, alangkah terperanjatnya warak berempat itu apabila mendapati Ketua Jameng pengsan di lantai bilik mesyuarat.

Ketua Jameng! Jerit Langkus bergegas mendapatkan Jameng. Yang lain memerhati dengan rasa cemas.

Ketua Jameng, bangun, bangun! Langkus menggerak-gerakkan Jameng di atas ribaannya. Ketua Jameng!

Jameng buka mata, warak-warak lega. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu di ketuk dari luar. Warak Dongga membuka pintu. Kuli Jianok muncul untuk hantar minuman Ketua Jameng. Perlahan-lahan kuli Jianok berjalan masuk membawa dulang berisi secawan teh.

Henti dikau dekat sana! Dongga menempik. Kuli Jianok terhenti serta-merta. Dia ketakutan. Dongga bertanya, Inen teh untuk Ketua Jameng, ya Ya, kata kuli Jianok dengan yakin.

Dari mana dikau dapat teh utu Tanya Dongga lagi.

Dari dapur... Jawab kuli Jianok terketar-ketar sambil menundukkan kepala, tidak berani bertentang mata dengan Dongga.

Suasana senyap seketika. Dongga serius berfikir sesuatu. Yang lain hanya menunggu apa yang hendak Dongga perkatakan. Tiba-tiba Dongga menepis dulang di tangan kuli Jianok. Pranggg! Berkecai dan bertaburan kaca cawan dan teko di lantai. Kuli Jianok terduduk ketakutan.

Ada apa Semua bertanya ke arah Dongga.

Mengkema dak usah dekat! Jerit Dongga mengarahkan Petawali dan Gebang supaya tidak mengikutnya. Dongga merangkul lengan kuli Jianok diheret ke ruang dapur.

Di ribaan Langkus, Ketua Jameng kembali memejamkan mata. Mereka di bilik mesyuarat, kebimbangan. Masing-masing bertanya antara satu sama lain, apa perlu dibuat dan ke mana Dongga

Tidak lama kemudian Dongga muncul, di tangannya memegang guni serbuk teh.

Langkus, tengok nen! Dongga menunjukkan guni berisi serbuk teh pada Langkus. Terlintas sesuatu di dalam fikiran Langkus dan dia terus memberi isyarat mata pada Dongga supaya Dongga jangan berkata apa-apa.

Saldi! Gebang! Mengkema boleh pergi! Langkus mengarahkan mereka keluar dari bilik mesyuarat.

Tapi Ketua Jameng sedang gering. Kami ingin... Belum habis Gebang bercakap, Langkus memintas.

Dikau bangkang daku Tempik Langkus. Saldi dan Gebang terpaksa akur meskipun mereka tidak puas hati. Dongga segera menutup pintu bilik mesyuarat. Saldi dan Gebang menyimpan rasa curiga.

Mereka curi-curi dengar di luar pintu bilik mesyuarat itu. Selama inen Ketua Jameng telah minum teh beracun yang dulunya diminum Ketua Labot. Daku sangka udah dikau humban teh beracun utu, kata Dongga menghulurkan guni serbuk teh.

Masih terngiang-ngiang telinga Langkus memendam rasa kemarahannya.

Dikau mau mengaji akan daku, Dongga Tapi inen beban dikau! Tingkah Langkus.

Celaka datang sebab dikau yang arah akan kuli Jianok menjamu teh inen ghair untuk Ketua Warak saja. Si tongong utu dak peduli sapa, asal ketua warak, maka dijamunya. Dongga beri penjelasan supaya Langkus ikut bertenang.

Syyuss! Langkus perhatikan Jameng sudah terlena diribanya. Dia mahu pastikan Jameng tidak mendengar perbualan mereka.

Rahsia akanlah hal inen, bersumpahlah. Bejat hidup kami kelak kalu ketua Jameng dapat tau.

Apa patut dibuat Bisik Dongga pada Langkus.

Nujulah dikau ambil akan penawar racun teh inen daripada Nanang. Akan ku demah tubuh Ketua Jameng. Sakibaki teh utu, dikau humban jauh-jauh, Langkus berhati-hati memeberi arahan kepada Dongga dengan nada perlahan.

Di luar bilik mesyuarat, Saldi dan Gebang lari menyembunyikan diri apabila mendengar Dongga keluar.

Langkus melihat Jameng di atas ribanya, masih tidak sedarkan diri. Entah kenapa Langkus berangan-angan bahawa dirinya boleh menjadi bakal pengganti Ketua Jameng sekiranya Ketua Besar Bangkir Ghadabi itu mati.

Misalan Ketua Jameng mati, daku-lah galang gantinya..mm. Bisik hati Langkus.