Les Criaturas - 6
PRESENT 4

Dengar sini. Babah bukan nak belahkan sesiapa. Tapi, apa yang Iman buat tadi dah melampau. Babah tahu Iman nak protect bonda. Kita semua sayangkan bonda. Tapi, kamu tak boleh membunuh sesama adik-beradik.

Dia bukan kakak Iman.

Hafez menggelengkan kepala. Buntu dia memikirkan masalah anak-anak yang tidak pernah sebulu. Dia menggaru-garu kepala dan bawah ketiak dengan laju.

Babah, okay ke Babah dah start menggaru.

Babah tahu.

Hafez terus menggaru sampai ke celah peha. Semakin lama semakin parah. Dia menghentak dada menggunakan keduadua belah tangannya.

Babah, berhenti!

Iman memeluk Hafez dengan segera. Hafez meronta memusingkan badan ke kiri dan kanan. Kereta yang diparkir di halaman rumah mereka bergoyang-goyang. Semakin lama rontaan Hafez semakin berkurangan. Iman masih lagi memeluknya erat.

Babah minta maaf. Babah ada terpukul Iman ke Tak ada. Sipi-sipi je. Sorry. Iman tak bermaksud nak buat babah hilang kawalan macam tu tadi.

Salah babah juga. Babah dah lama tak lepaskan semua. Asyik terperap dalam rumah. Lama babah tak masuk hutan. Iman pun rasa macam tu. Lagi lagi bonda. Babah tak rasa bonda pun kena lepaskan juga

Tak perlu. Bonda masih boleh dikawal. Iman yang perlu kawal diri. Bab bonda biar babah uruskan. Sekarang babah nak Iman bagitahu bonda kenapa Iman ponteng kelas pergi merendek dengan Haikal. Hafez mengajak Iman turun dari kereta. Belum sempat mereka menjejakkan kaki ke halaman rumah, suara Dynah terlebih dahulu memecah kesunyian.

Iman! Nyaring suara Dynah memanggil anaknya.

Wajahnya kelihatan bengis.

Babah, tolong Iman.

Dynah menghampiri kereta. Wajahnya jelas menahan kemarahan. Dynah menampar bonet hadapan kereta dengan kuat.

Bam!

Terkocoh-kocoh Iman dan Hafez keluar dari kereta. Selina yang baru pulang dari kolej terus meluru masuk ke dalam rumah. Dia berhenti dan berpaling melihat Dynah, Hafez dan Iman yang membatukan diri. Matanya dihalakan ke arah bonet kereta.

Seriously, bonda Selina terus masuk ke dalam rumah. Dynah menghadap Iman yang masih membatukan diri. Dia sempat mengerling ke arah Hafez.

Abang dah marah Iman ke atau nak saya tambah lagi Abang dah nasihat dia. Nasib baik Haikal yang hantar dia

tadi dekat kedai. Dia kena serang dekat gym. Kena serang Dynah terkejut dan terus menghampiri Iman.

Bukan kena serang la. Eksiden kecik je. Jangan la dramatik sangat. Bonda jangan risau. Iman tak luka apa pun cuma

sakit sikit sebab kena current.

Mana Bagi bonda tengok. Dynah menyambar tangan Iman. Dia membelek hujung jari anaknya.

Iman okay la. Dia cuba menarik tangannya daripada pengangan Dynah.

Bagi bonda tengok!

Hafez dan Iman terdiam. Dynah seolah-olah hilang pertimbangan. Jeritannya tadi menyebabkan jiran-jiran yang lain perasan akan drama mereka sekeluarga. Ada yang cuba mengintai dari balik langsir rumah.

Sorry. Bonda tak boleh terima kalau apa-apa berlaku pada Iman. Bagi tangan tu biar bonda tengok. Iman menghulurkan jari kanannya. Dynah memeriksa sehingga ke lengan dan bawah ketiak. Dia mengulangi perbuatannya berkali-kali.

Iman malu la, bisiknya sambil memerhatikan sekeliling. Memang tugas bonda untuk jaga Iman. Tak kisah la orang cakap apa pun tapi bonda tetap akan jaga Iman sampai bila-bila, tegas Dynah.

Setelah diteliti, terdapat kesan gelembung kecil pada jari Iman. Dia mencium dan meniup jari Iman. Hafez cuma menggeleng dan tersenyum melihat gelagat Dynah.

Sakit tak Dynah masih lagi memegang jari Iman. Tadi je sakit sikit. Sekarang rasa malu bila bonda buat macam tu, jawab Iman seraya menarik jarinya daripada pegangan Dynah.

Jom. Kita masuk. Nanti bonda bagi ubat. Tapi, jangan ingat Iman terlepas. Iman still kena grounded sebab ponteng kelas.

Iman menghentakkan kakinya sebelum masuk ke dalam rumah. Hafez menggosok belakang badan Dynah perlahan. Dia mencium leher Dynah berulang kali dan mendekatkan bibirnya ke telinga kanan Dynah.

Awak memang seorang ibu sejati. Bangga saya ada bini macam awak. Mereka berpandangan dan tersenyum. Dynah mencium pipi Hafez sambil memeluk pinggang suaminya. Kalaulah mereka tahu yang kita sanggup buat apa sahaja untuk mereka. Kalaulah mudah untuk kita ceritakan kebenaran, Dynah melepaskan keluhan berat.

Dynah takkan berehat, bang. Sampai la keluarga kita selamat sepenuhnya, dia menyambung.

Pinjam phone kejap. Dynah menghulurkan tangannya ke arah Hafez.

Nak buat apa Tanya Hafez yang kehairanan. Nak telefon Haikal. Suruh dia datang sini. Saya nak masak special untuk dia.

Habis tu, kereta ni macam mana Nak biar macam ni je Hafez memegang bahagian bonet sambil memandang Dynah. Ala, bonet depan je pun. Tak payah risau. Orang tak perasan. Selamba Dynah meyakinkan Hafez.

Tak perasan Dynah cakap

Jom masuk. Abang still kena slow talk dengan anak perempuan kita pasal hal pagi tadi. Hal Iman tu Dynah dan settlekan.

Susah sangat ke Dynah nak... Hafez tidak sempat menyambung kata-katanya.

Nak apa, bang Selina benci Dynah. Perkahwinan kita bukan sekadar penyatuan dua jasad. Kita kena bertolak ansur dan bahagikan tugas sebagai ibu bapa. Dynah dah buat part Dynah. Selina tu part abang pula. Dynah mengenyitkan matanya.

Hafez menepuk kuat punggung Dynah. Mereka ketawa. Pintu rumah ditutup rapat. Seekor kucing datang menghampiri kereta Hafez. Kucing itu melompat dan merehatkan badan di atas bonet hadapan kereta. Tidak jauh dari tempat kucing itu merehatkan badan, ada satu lekuk terbentuk pada bonet hadapan kereta. Lekuk yang menyerupai tapak tangan manusia lengkap dengan lima jari.