Sparta dan Rom boleh menjadi contoh yang baik. Sparta memelihara Athens dan Thebes dengan mendirikan oligarki walaupun keduadua kota tersebut akhirnya dirampas. Rom tidak kehilangan Capua, Carthage dan Numanzia kerana perpaduan penduduk di kota-kota tersebut diruntuhkan. Rom mahu menjaga Greek seperti Sparta, iaitu dengan membiarkan mereka bebas mengatur pemerintahan, tetapi tidak berjaya. Rom terpaksa membubarkan banyak kota untuk memelihara Greek.
Tiada cara yang benar-benar berkesan untuk mengekalkan sebuah kota melainkan dengan mengambil alih kuasa politik kota itu. Sesiapa menguasai kota yang dibiarkan hidup bebas di bawah undangundang dan tradisi mereka, akan mengambil risiko dimusnahkan oleh kebebasan tersebut sekiranya kebebasan itu tidak dihapuskan. Pemberontakan akan bangkit atas nama kemerdekaan dan hal ini tidak akan pernah dilupakan. Apa pun sistem yang ditetapkan oleh penguasa, selagi mana penduduk bersatu, mereka tidak akan lupakan nama kemerdekaan dan kebebasan. Hanya menunggu masa saja, mereka akan bangkit seperti yang berlaku ke atas Pisa setelah bertahun-tahun berada di bawah perhambaan Florentines.
Apabila suatu kota itu diperintah oleh penguasa yang kerabatnya telah dihapuskan, penduduknya akan terdorong untuk patuh kepada penguasa tersebut. Untuk sisi lain, apabila penguasa itu sudah tiada, mereka tidak akan bersetuju untuk melantik penguasa yang baru dalam kalangan mereka. Seterusnya, mereka hilang arah untuk memerintah kota mereka sendiri. Peperangan sesama mereka tidak mudah tercetus, seterusnya penguasa yang baru lebih mudah mengambil alih kuasa pemerintahan. Dalam Republik, pemerintahan akan dapat bertahan lebih lama, lebih banyak kebencian dan dendam. Seterusnya, rakyat Republik tidak akan terus membiarkan kemerdekaan terpadam. Maka, cara paling selamat untuk mengendalikan mereka adalah dengan mengambil alih kuasa politik mereka ataupun tinggal bersama mereka.