Bukan macam tu maksud Ame, Win.
Apa jadi dengan cinta mati Ame enam tahun yang paling innocent dan descent tu
Aku pernah dengar Ustaz cakap pasal perempuan baik untuk lelaki baik, perempuan jahat untuk lelaki jahat. Aku terus berkerut tak setuju. Terus tutup TV.
Kalau diharapkan perempuan yang baik untuk lelaki baik, maka jahanamlah semua perempuan jahat sebab tak diberi peluang untuk jumpa lelaki baik dan jadi baik. Kalau bapak aku jahat, Mak pula baik, macam mana Oh, thats crap.
Di setiap kejatuhan dalam hidup yang tak pernah dibela, 2012 adalah tahun yang paling mematikan sebahagian roh. Jasad serupa langsuir tak bertuan tiap-tiap hari. Bulat-bulat aku letakkan salah pada ayah, lagi-lagi bila Mak menangis dan sebut, Ini semua balasan apa ayah kau buat pada anak orang.
Setiap hari pada tahun 2012 itu umpama racun yang memakan hidup aku setiap saat, sehingga hari bertemu Abdullah. Aku ingatkan kehadiran dia sama macam lelaki-lelaki lain yang datang-pergi menyinggah untuk hidup dalam kotak memori atau pengajaran. Rupanya, dua-dua sekali.
Seperti malam-malam biasa, kami lepak di Nasi Lemak Cinta Sayang. Dia akan bawa beg buruknya yang dah bocor itu ke mana sahaja. Setiap kali lepak, dia tetap akan mengusik. Walaupun aku tahu, itu memang cara dia dengan semua orang, aku tetap rasa, aku istimewa.
I ada buku untuk you baca.
I dont read books doh.
Tak, yang ini sesuai untuk you. Bila you ada masa, bacalah.
I selalu ngantuk bila start baca.
Then baguslah, you kan selalu tidur tiga kali seminggu.
Aku terkena. Langsi betul mamat ni.
Buku ni buruk sikit, tapi dalam dia bagus.
Tengoklah, kalau ada masa I baca
Buku lusuh warna merah jambu itu aku campak terus ke dalam beg pusher. It is going to be another book dalam koleksi hasil baucer buku 1Malaysia aku yang menimbun banyaknya tapi sekali pun tak pernah dibelek.
Hari itu, hari Rabu, hari dimana seharian tak ada kelas. Selalunya, masa akan dihabiskan dengan tengok YouTube dan berkurung dalam bilik. Sewaktu aku selongkar beg untuk ambil rokok, aku terpandang buku buruk itu.
Kenapa dia nak sangat aku baca buku ni
Belek punya belek, lepas itu berhenti di mukasurat yang membuatkan aku rasa mahu membelek lagi. Ia sebuah buku Bahasa Inggeris ditulis oleh perempuan Melayu yang pernah tinggal di luar negara. Gaya tulisannya biasa-biasa sahaja. Tapi pengisiannya membuatkan kita mahukan lebih dan lebih lagi.
Kalau ditanya pendapat aku sebagai pembikin cover buku independent, muka depan buku itu akan dapat setengah bintang dari sepuluh. Hanya buku kanak-kanak yang akan guna Comic Sans sebagai tulisan default buku. Tapi, buku itu ada sesuatu.
Ditulis oleh Zabrina Abu Bakar, pengisiannya penuh dengan hadith dan ayat-ayat dari ahli falsafah yang selalu kita dengar. Cara dia mengaitkan rutin hariannya dengan betapa kasihnya Tuhan dengan manusia, buatkan jiwa kosong aku terisi dan rasa amarah menjadi reda. Aku tak perasan selepas seharian menghabiskan buku buruk itu, ia telah mengangkat separuh dari diri ini yang jatuh.
The book was so inspiring. It was written by an ordinary woman yang bagi aku seperti ada magik macam Yasmin Ahmad juga. It was given by a guy yang buat aku nampak istimewa pada matanya. Buat kita rasa dekat dengan penulisnya. Buat manusia ingat akan penciptanya.
I know, you dont get me. But the feeling was so real. Buku itulah titik permulaan dimana aku berhenti mencari manusia untuk dicinta dan mula mencari diri sendiri. Buku itulah yang buat aku bangun menangis hampir setiap hari jam tiga pagi untuk mengadap-Nya.
***
Time goes by, I almost gave up. But to know I have a lot of motherfuckers for me to prove them wrong, aku bangkit. Salah satu sebab kenapa harapan masih ada ialah pensyarah course. Aku patut berterima kasih kerana dia tolak borang permohonan berhenti belajar sewaktu semester lima dulu. Dia tandatangan semua borang baitulmal untuk pastikan proses belajar terus bersambung. Waktu dipanggil ke pentas untuk Anugerah Dekan, dia juga yang menghulurkan sijil pada dekan dengan wajah bangga, Youll make your mom proud. Aku tak pernah rasa dibanggakan macam tu. Walaupun sejak darjah satu menerima anugerah cemerlang, walaupun antara top 10 UPSR sekolah, tetap tak rasa membanggakan sesiapa, and that was my first.
Kejatuhan buat kita belajar mencintai diri sendiri lebih dari segala-galanya. Kejatuhan juga buat kita berdiri di bumi nyata. Kejatuhan buat kita kenal siapa kawan, siapa puaka.
Setiap hari, aku masih simpan sisa harapan yang dia akan balik walaupun setiap zahirnya sudah dilepaskan. Jadi setiap lima waktu, aku akan doa; Ya Allah ya Tuhanku, kalau salah betulkan aku. Kalau betul, kuatkan aku. Kalau dia untukku, dekatkanlah dia, kalau dia bukan untukku, jauhkanlah dia. November 2012.
90 hari yang sudah lepas itu ibarat neraka. Aku yakin sudah laksanakan apa yang wajib. Sesi bercakap dengan Tuhan menjadi semakin pasif setiap hari. Aku marah dengan Tuhan, keliru dengan mimpi yang datang setiap kali berjaya tidur. Apa kau nak lagi Tuhanku Sampai satu detik, kenyataan betul-betul menampar muka. Sebenarnya Tuhan dah lama kabulkan doa itu. Kalau dia untukku, dekatkanlah dia. Kalau bukan, jauhkanlah dia..
Jadi jawapannya, bukan.
Ya, Tuhan