SAYA BUKAN FANATIK - 6
Saya teringat semasa kecil dahulu arwah nenek selalu cakap yang saya ni degil macam lembu. Memang tak dinafikan semasa kecil dahulu memang saya amatlah degil. Saya akan hanya buat apa yang dimahukan dan bukan apa yang disuruh. Tak hairanlah I was not amongst the favorite with the uncles and aunties!

Kadangkala, kalau saya lalu depan uncle atau aunty saya, mereka akan mengucap Auzubillah Minasyaitan Nirajeem. Begitu nakal sekali saya semasa kecil. Kenapa saya degil sangat

Well, Wise Owl selalu berkata bahawa setiap dari kita harus membuat post-mortem hidup setiap hari. Ini supaya kita boleh menilai dan mengetahui kesalahan yang telah dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak. Tapi, biasalah. Lumrah manusia, kata-kata Wise Owl tu kadang-kadang masuk telinga kanan keluar telinga kiri!

Tetapi akhirnya, saya akur dengan nasihat Wise Owl dan membuat post-mortem terhadap sikap dan kehidupan saya selama ini. Ya Allah! Memang saya tak suka dengan keputusan dan rumusan yang dibuat.

Saya sedar bahawa sikap degil itu sebenarnya kerana merasakan diri selalu betul dan orang lain salah. Perasaan itu sebenarnya ada nama lain untuknya. Ia dipanggil angkuh atau riak. Keduadua perasaan ini amat merbahaya untuk dimiliki oleh sesiapa pun. Ianya merupakan satu penyakit di dalam hati yang boleh menular atau merebak seperti kanser.

Kadangkala kita tak sedar telah berkelakuan angkuh atau mempunyai perasaan riak di dalam hati. Saya pernah terbaca di dalam sebuah buku bahawa para ulamak pada zaman dahulu amat takut kepada perasaan angkuh atau riak dalam hati mereka sehingga jika terasa setitik perasaan tersebut, mereka akan mencuci tandas masjid untuk menghilangkannya. Subhanallah! Bayangkanlah!

Perasaan angkuh dan riak boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Ia boleh terjadi kerana kita bangga mempunyai pengetahuan yang luas dan kelayakan tinggi seperti Phd, LLB dan lain-lain. Ia mungkin juga boleh terjadi kerana kita mempunyai harta yang melimpah dan mampu untuk hidup mewah. Mungkin juga kita merasakan diri kita hebat kerana mempunyai suami atau isteri yang handsome dan lawa.

Walau apa pun faktor yang menyebabkan perasaan angkuh atau riak itu timbul di dalam hati, kita mesti berusaha untuk menghilangkannya.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.

Surah An-Nisa 4:36

Perasaan angkuh, sombong, takabur dan riak itu sebenarnya sifat-sifat syaitan kerana keangkuhan syaitanlah yang meyebabkan ia dihalau keluar dari syurga. Adakah kita telah lupa dengan apa yang telah terjadi

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Surah Al-Baqarah 2:34

(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh hingga ke hari masa yang termaklum. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.

Surah Al-Hijr 15:30-40

Betapa beratnya kesan perasaan angkuh dan riak dalam hati manusia. Bahkan sekiranya terdapat sebesar zarah pun perasaan tersebut dalam hati kita, besar kemungkinan ia menghalang kita daripada menjejakkan kaki ke syurga.

Dari Abdullah Bin Masud RA dari Nabi SAW, sabdanya: Tidak dapat masuk syurga seorang yang dalam hatinya ada sifat kesombongannya seberat debu. Kemudian ada orang berkata: Sesungguhnya seorang itu ada yang senang jikalau pakaiannya itu baik dan terompahnya pun baik. Beliau SAW lalu bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan orang banyak.

Riwayat Muslim

Astaghfirullahalazim! Barulah saya sedar betapa angkuhnya saya dahulu. Saya berdoa agar Allah SWT ampunkan zaman kejahilan saya ketika itu. Selepas itu, ada jugalah beberapa insiden yang mengajar saya erti humility. Kadangkala terasa ditampar oleh malaikat pun ada tapi tak apalah. Saya rela ditampar banyak kali oleh malaikat daripada hanyut dalam kesombongan. Walaupun separuh daripada pelajaran yang dilalui amat pahit untuk ditelan, namun, ianya terpahat di dalam memori saya dan mustahil untuk dilupakan.

Salah satu bahaya yang tersembunyi ialah bila kita merasakan diri lebih baik dari orang lain. Kita enggan belajar dari orang yang dirasakan lebih rendah kelayakan atau statusnya dari kita. Kita memandang rendah terhadap golongan yang dirasakan tidak layak untuk mengajar kita. Itu sebenarnya adalah setulen-tulen perasaan angkuh.

Adakah kita lupa bahawa Nabi kesayangan kita iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang buta huruf Baginda tiada kelulusan ijazah atau diploma dari mana-mana kolej atau universiti, akan tetapi baginda merupakan guru yang paling terbaik.

Jika difikirkan, Tuhan boleh mengurniakan Nabi SAW dengan pengiktirafan dari mana-mana institusi yang terunggul atau cendekiawan pada zaman itu tetapi Tuhan tidak berbuat demikian. Kenapa Bagi saya, kerana Allah SWT mahu menunjukkan kepada manusia bahawa Dia boleh memberikan pengetahuan dan understanding kepada sesiapa yang Dia pilih. Orang itu boleh juga merupakan seorang anak yatim yang miskin.

Jadi, nasihat saya, jangan memperlekeh atau memandang hina sesiapa yang cuba untuk berkongsi ilmu dengan kita selagi ilmu itu adalah ilmu yang baik. Kalau orang itu nak berkongsi ilmu hitam, saya nasihatkan agar lari jauh-jauh, jangan pandang belakang!

Berkongsi ilmu ini adalah sunnah tetapi ada caranya.

Dari Abdullah Bin Amr RA, dari Nabi SAW, sabdanya: Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dariku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) dari hal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.

Riwayat Bukhari dan Tirmizi

Daripada Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesunguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.

Riwayat Tirmizi

Akan tetapi, saya bukan berkata bahawa kita tidak boleh belajar dari guru-guru yang bertauliah atau kelayakan tinggi. The point Im trying to make is, jangan memandang rendah kepada mereka yang tiada kelayakan tinggi.

Jangan hadkan pembelajaran kita kepada golongan yang tertentu sahaja. Kadangkala, paper qualification tidak semestinya bermaksud orang itu mempunyai understanding terhadap apa yang di ajar. Seseorang itu boleh menghafal segalanya dan lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang tanpa memahami apa yang dihafal.

Guru yang baik ialah seseorang yang boleh membuat pelajarnya faham apa yang diajar dan berupaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa mereka.

Jangan terlalu cepat menilai bahawa orang yang miskin tidak boleh mengajar kita apa-apa. Seorang nelayan yang miskin boleh mengajar kita untuk memancing atau mengail ikan. Kita mungkin menjadi nelayan yang terbaik dari ilmunya itu. Ilmu yang diajarnya bukanlah dipelajari dari mana-mana kolej atau universiti tetapi dari pengalaman yang bertahun.

Saya dapati bahawa kebanyakan ilmu kehidupan yang baik adalah dari orang yang kurang bernasib baik. Yang paling mulianya, walaupun serba kekurangan dari segi kewangan dan kemewahan, mereka tidak kedekut ilmu dan sebenarnya kaya dengan pengetahuan.

Kepada mereka yang telah dikurniakan oleh Allah SWT pengetahuan dan ilmu, janganlah sombong. Juga jangan lupa obligasi kita untuk berkongsi ilmu tersebut. Janganlah kita enggan berkongsi ilmu yang ada hanya kerana orang itu tidak mampu untuk membayar yuran kita terutamanya ilmu agama.

Pada saya, ilmu agama adalah wajib dikongsi

oleh semua umat Islam. Ingat! Kita akan disoal di akhirat nanti kenapa kita gagal berkongsi ilmu syariah dengan orang lain. Adakah kita berani untuk menjawab pada ketika itu, Ya Allah, saya tidak berkongsi ilmuMu kerana si polan tidak mampu membayar yuran saya! Hhhmm rasanya, memang confirmlah pintu neraka akan terbuka luas untuk kita!

Barangsiapa mengetahui sesuatu ilmu lalu menyembunyikannya, maka dia (akan) dikenakan kekang oleh Allah dengan kekang api neraka pada hari kiamat.

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

Kalau betul tak nak berkongsi ilmu, jangan pula halang niat murni orang lain yang ingin berbuat demikian. Jangan persendakan mereka dengan komen-komen yang tak masuk akal atau menyakitkan.

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.

Riwayat Bukhari