Memanda Menteri, segera lengkapkan angkatan perang. Beta akan ke Padang Karbala untuk menolong saudara beta yang terkepung disana titah baginda.
Baiklah tuanku, patik akan kerahkan semuanya untuk bersiap.
Memanda Menteri pun menyiapkan angkatan perangnya. Setelah semuanya siap menteri itu me ngadap Maharaja Muhammad
Hanafiah.
Ampun tuanku, semua kelengkapan perang telah patik siapkan, sembahnya.
Bagus Memanda Menteri.
Dengan tergesa-gesa baginda masuk ke dalam istananya dan bersalin pakaian. Kemudian baginda keluar lagi ke balai penghadapan untuk mengarahkan askarnya bertolak ke tempat saudaranya yang terkepung itu.
Memanda, kita mulakan perjalanan.
Baginda berjalan mengetuai bala tenteranya. Setelah jauh berjalan baginda berhenti rehat.
Memanda Menteri, beta rasa letih sekali. Elok arahkan bala tentera kita mendirikan khemah di sini untuk berehat pada malam ini, katanya kepada Memanda Menteri. Kemudian baginda bertitah kepada adindanya, Saudara beta Ali Akhbar, kekanda berharap adinda mengetuai pasukan kawalan kita pada malam ini.
Baiklah kekanda yang maha mulia.
Keesokan harinya baginda pun bertolak menuju ke Padang Karbala. Sesampai baginda di situ, dilihatnya sudah tidak ada sesiapa lagi. Tanahnya telah menjadi merah. Kemudian baginda memerintah tenteranya mengubah haluan menuju ke Kota Madinah. Apabila sampai di pinggir Kota Madinah baginda berjumpa dengan beberapa orang penghuni kota Madinah.
Hai, saudaraku penghuni kota Madinah, apakah kota Madinah masih lagi makmur seperti zaman Rasulullah tanya baginda.
Siapakah tuan hamba ini Hamba lihat terlalu ramai sekali pengikut tuan hamba. Apakah tuan hamba juga ingin menyerang kota Madinah yang telah hancur itu
Apa Tuan hamba mengatakan kota Madinah telah hancur
Begitulah sebenarnya tuan hamba.
Siapakah yang berani menghancurkan kota kesayangan Rasulullah itu
Baginda Yazid!
Cis! Baginda Yazid - anak sumpahan Rasulullah!
Tapi siapakah sebenarnya tuan hamba ini, datang dengan bala tentera yang begini ramai
Hambalah Maharaja Muhammad Hanafiah, Raja negeri Buniara, saudara Saidina Husin dan Hasan serta anak baginda Ali.
Oh, tuan hambalah yang bernama Muhammad Hanafiah anak baginda Ali.
Kedatangan baginda itu sampai ke pengetahuan penghulu kota Madinah yang baru dilantik iaitu Panglima Utbah. Panglima Utbah mengumpulkan lapan ribu orang hulubalang untuk masuk ke tengah medan peperangan.
Mana dia Maharaja Muhammad Hanafah Keluarlah ke tengah medan kerana pedang hamba ini terlalu haus untuk meminum darah keturunan Ali, kata Panglima Utbah.
Segera dijawab oleh Maharaja Muhammad Hanafiah, Datanglah wahai Panglima Yazid. Inilah orangnya yang bernama Muhammad Hanafiah saudara Baginda Hasan dan Husin, akulah yang layak untuk memenggal leher rajamu itu.
Apabila didengarnya suara Muhammad Hanafiah, maka timbullah ketakutan di hati Panglima Utbah dan Panglima Walid.
Saudara sajalah yang keluar kerana hamba rasa Muhammad Hanafiah tidak dapat menandingi kebolehan hamba. Barangkali saudaralah tandingan Muhammad Hanafiah itu, kata Panglima Utbah.
Eh, saudara Utbah, janganlah pula hamba yang tuan hamba suruh keluar kerana Muhammad Hanafiah itu terlalu kuat, pasti hamba akan tewas di tangannya.
Saudara Walid takut pada Muhammad Hanafiah. Ha, baru kini hamba tahu bahawa saudara seorang panglima yang pengecut untuk menentang musuh, cabar Panglima Utbah.
Kalau hamba pengecut seperti kata tuan hamba itu, lebih baiklah tuan hamba yang keluar menentang Muhammad Hanafiah.
Pertengkaran itu didengar oleh seorang hulubalangnya yang berada tidak jauh dari mereka berdua. Hulubalang itu terus keluar ke tengah medan untuk menentang Muhammad Hanafiah. Mereka pun berlawan. Kaki kanan hulubalang itu dapat disambar oleh Muhammad Hanafiah lalu dihempaskannya ke bumi. Matilah pahlawan itu di situ.
Dengan itu berlakulah peperangan. Banyak askar Panglima Walid yang tewas di tangan askar Muhammad Hanafiah. Apabila dilihat Oleh Ali Akhbar, segera dia masuk ke tengah medan untuk membantu saudaranya.
Apabila Panglima Utbah dan Panglima Walid melihat banyak askarnya mati dibunuh segera dia menyuruh orang memalu gendang sebagai tanda berhenti berperang. Masing-masing pun baliklah ke tempat mereka untuk berehat.
Bagaimana saudaraku, Walid. Nampaknya banyak askar kita yang telah tewas. Kalau lebih lama lagi akan kalahlah kita, ujar Panglima Utbah.
Hamba rasa lebih baik saudaraku tulis surat kepada Baginda Yazid minta bantuan tentera.
Betul seperti kata tuan hamba itu, kiranya lebih lama lagi kita dalam keadaan begini tanpa bantuan kita akan kalah teruk.
Panglima Utbah segera menulis sepucuk surat kepada Baginda Yazid. Setelah selesai menulisnya, surat itu diserahkan kepada utusan untuk dibawa ke Damsyik.
Utusan yang membawa surat itu, setelah lima hari lima malam berjalan, sampailah ke kota Damsyik. Kemudian dia memberitahu pengawal tentang kedatangannya membawa sepucuk surat daripada penghulu kota Madinah.
Semasa kedatangan utusan itu, Baginda Yazid sedang dihadapi oleh keluarga Rasulullah yang ditawannya. Pengawal tadi masuk dengan tergopoh-gapah untuk memberitahu baginda tentang kedatangan utusan dari Madinah itu.
Tuanku, ada seorang utusan ingin masuk menghadap membawa surat daripada penghulu tuanku yang berada di kota Madinah. Dari kota Madinah Benarkan dia masuk menghadap, pengawal.
Baiklah tuanku.
Utusan Panglima Utbah itu pun masuk menghadap Baginda Yazid. Dia termengah-mengah kerana perjalanan jauh dan sukar pula. Duduklah utusan itu untuk menghilangkan letihnya. Apabila terasa letihnya sudah hilang mulalah dia mengangkat sembah.
Ampun tuanku, hamba diperintahkan oleh penghulu hamba, Utbah untuk menyampaikan surat ini. Beliau juga meminta supaya tuanku membalas surat ini secepat mungkin.
Memanda Menteri, bacakan surat penghulu Madinah itu, agar dapat beta memahami kehendaknya.
Memanda Menteri mengambil surat dari tangan utusan itu dan terus dibuka serta dibacanya dengan suara nyaring.
Sementara itu keluarga Rasulullah sedang menggali sebuah telaga yang amat dalam. Penggalian itu dijalankan oleh Zainal Abidin atas perintah Baginda Yazid. Oleh sebab tempat mereka menggali telaga itu tidak jauh, maka surat yang dibaca oleh Memanda Menteri itu didengar oleh mereka.
Setelah selesai Memanda Menteri membacanya, Baginda Yazid begitu terkejut sekali mendengarnya.
Apa! Maharaja Muhammad Hanafiah kini sedang berada di Madinah tanyanya dengan terkejut.
Memang benar tuanku, banyaklah sudah bala tentera kita yang telah tewas kerana menentangnya.
Muka Baginda Yazid pucat kerana ketakutan. Badannya menggeletar apabila mendengar nama Muhammad Hanafiah yang disebut oleh utusan itu. Baginda terus berpaling pada Memanda Menterinya.
Bagaimana fikiran Mamanda Menteri, apakah tindakan yang seharusnya kita ambil untuk menahan serangan dari Maharaja Muhammad Hanafiah itu. tanya Baginda Yazid.
Begini sajalah tuanku, pertamanya biarlah kita masukkan tawanan yang sedia ada ke dalam penjara kerana tidak baik kita mengeluarkan pendapat dalam majlis yang ada musuh kita.
Betul juga kata Memanda Menteri itu. Pengawal! Arahkan mereka semua masuk ke dalam penjara.
Baiklah tuanku!
Kemudian pengawal itu mengarahkan semua keluarga Rasulullah masuk ke dalam penjara yang khas disediakan. Masuklah mereka sebelum selesai menggali telaga itu.