PANGGIL AKU MELAJU - 6
Ini kali kedua, Pengarah IMN tidak mempengerusikan mesyuarat tergempar. Mesyuarat itu bukanlah mesyuarat biasa, mingguan atau bulanan. Agenda mesyuarat kali ini berkisar tentang isu keselamatan sahaja. Sejauh mana selamatnya pesakit-pesakit mental di IMN. lni isu mustahak sekali. Tetapi, pengarah tidak juga hadir. Dulu-dulu, dia rajin sekali mengendalikan sebarang mesyuarat. Tidak kira besar atau kecil. Hinggakan mesyuarat Persatuan Rekreasi Kakitangan Am IMN pun dihadirinya. Maklumlah dia diminta menjadi penaung. Apalagi apabila Yang di-Pertuan Agong dijadualkan merasmikan bangunan IMN, setiap jenis mesyuarat dia ada. Hingga ke mesyuarat jawatankuasa kecil pun dia terlibat. Ada yang mengatakan dia mengejar gelaran. Memang benar pun, tidak lama selepas itu, pengarah pun bergelar Datuk. Tetapi, apabila terjadi tragedi di tingkat 14, semua urusan mesyuarat diserahkan kepada timbalannya.

Hanya Dr. Shukri seorang yang tahu sebab pengarah tidak dapat menghadirkan diri. Sukar bagi Dr. Shukri untuk membocorkan sebab sebenar kerana dia telah berjanji tidak akan memberitahu sesiapa. Pada mesyuarat pertama, dia mengatakan pengarah ada urusan peribadi yang penting. Ada staf senior yang menyoal dalam hati, apakah kejadian pembunuhan di wad D14S itu tidak lebih penting daripada kepentingan peribadi. Namun, soalan itu tidak muncul keluar dalam mesyuarat pertama dan kedua. Rasa hormat pada pengarah di luar kebiasaan. Hampir semua orang di IMN, pernah terhutang budi kepada keprihatinan pengarah. Baik dalam urusan naik pangkat, surat sokongan biasiswa pascasarjana, sampai kepada pelantikan pengarah-pengarah hospital mental di seluruh negara, pengarah pasti ikut terlibat.

Tempoh hari semasa Dr. Shukri membuat ronda klinikal bersamasama Dr. Bala dan Dr. Lufti, dia dipanggil pengarah ke pejabatnya. Dr. Shukri menunggu cukup lama sebelum pengarah memulakan perbualan. Dia tahu mesti ada perkara yang penting mahu dikatakan oleh pengarah. Tetapi, pengarah bertanya soalan-soalan yang tidak bersangkutan dengan sifat-sifat urgency; mengapa dia dipanggil ketika membuat ronda klinikal. Bagaimana anak anak Dia bertanya. Soalan-soalan pembuka bicara agak pelik-pelik. Hows life Hows your son doing Is he in Glasgow No, hes Liverpool, balas Dr. Shukri.

Pengarah tampaknya tenggelam punca. Semua pemula bicara tidak berkembang menjadi sembang yang diingini.

lm dying, you know, kata pengarah perlahan.

Apa, Datuk tanya Dr. Shukri menuntut kepastian.

Yes, Im dying.

Dr. Shukri tergamam. Cuba-cuba berfikir Datuk mungkin melawak. Tetapi, Datuk tidak tahu bergurau.

Ya ketanya Dr. Shukri dalam bahasa Inggeris.

Ya, saya menghidap Ca paru-paru.

Pasti Datuk

HPE dari sampel bronkoskopi mengesahkan Adeno-Ca.

Siapa pakar penyakit respiratori yang buat Skop

Datuk Dr. Rajan.

Tak minta pendapat kedua

Dah.

Datuk minta siapa yang baca semula HPE

Dr. Rafidah hantar sampel ke UMMC. Dia hantar satu sampel ke

Australia. Dua-dua beri keputusan yang sama.

Tiada metastasis lagi bukan

Ya, tapi hilar node ada aktiviti dengan MRl. Tiada bukti ada metastasis di bawah diagfram.

Jadi Datuk nak buat resection

Datuk Dr. Rajan nak buat ujian lanjut. Kerana dia suspek paru-paru kiri pun terlibat. Saya harap kau jangan beritahu sesiapa.

Bagaimana dengan Datin

Dia belum tahu. Dia tahu saya buat bronkoskopi, tapi saya kata Datuk Dr. Rajan beritahu tak ada apa-apa. Kaulah orang pertama saya beritahu.

Dr. Shukri tidak berkata apa-apa. Kelu. Apakah itu suatu penghormatan atau sekadar ingin mengurangkan tanggungan stres dan tidak bersedia membuat stresnya bertambah apabila seluruh keluarganya tahu. Dr. Shukri berasa dia perlu menjadi kusyen yang empuk untuk mengurangi magnitud stres itu. Barangkali impak stres boleh dikurangi dengan berkongsi derita dengan bercerita.

Pengarah mengatakan dia akan mengambil cuti panjang.Tetapi, sekali-sekala akan datang ke IMN. Dia mahu Dr. Shukri mengambil alih tugas, semasa dia bercuti untuk berubat.

Minggu lalu kita dah bincang, kata Dr. Roslan, Ketua Jabatan Psikiatri Kanak-Kanak.

Memang kita dah bincang. Tetapi, kita belum memperoleh input keseluruhan mengenai aspek keselamatan bangunan ini, mencelah Ketua Jabatan Pengimejan, Dr. Mahsur.

Biarlah polis menyelesaikannya, tambah Dr. Roslan lagi.

Justeru, pihak polis masih memerlukan maklumat lanjut tentang kemungkinan kebocoran sistem keselamatan, jelas Dr. Shukri.

Kita jangan lupa, di tingkat 15 kita ada banduan tegar, penjenayah psikopat dan pembunuh-pembunuh impulsif, tambah Puan Juwita, Ketua Jabatan Farmasi.

Memang benar. Tapi tingkat 15 itu diurus macam penjara. Mereka ditahan di situ untuk tempoh satu dua bulan atas perintah mahkamah. Tiap kali penjenayah dibawa keluar untuk pemeriksaan di aras lain, mereka digari dan ada warden penjara yang mengiringi. CCTV mengawasi pergerakan teliti semua pita pada hari kejadian, Malah, saya tunjukkan kesemua pita itu kepada ASP Dahlan dan spesialis imej digital dari Makmal Foto PDRM,mencelah Encik Ratnasigham, penyelia COOU (Criminals On Observation Unit). Encik Ratnasigham ialah pegawai penjara yang dipinjamkan kepada IMN.

Apakah mungkin disket digital tertentu boleh dipadam tanya Dr. Shukri.

Tak mungkin Dr. Shukri. Semua tersimpan dalam hard disc, balas Encik Ratnasingham.

Wakil UPUS tak ada datang tanya Encik Shahdan, pegawai pentadbir kanan.

Tidak, jawab Puan Wong, setiausaha pengarah.

Minggu lalu pun mereka tak hadir, respons Encik Shahdan lagi. Mesyuarat tampaknya tidak menurut kebiasaan. Masing-masing memberi pandangan secara bebas. ltu tidak pernah berlaku jika pengarah mengendalikan mesyuarat. Jika tidak diminta memberikan pandangan, tidak siapa yang membuka mulut. Tetapi, pengarah sentiasa memberikan peluang kepada mereka yang hadir untuk menyatakan pandangan tanpa kecuali. Namun, dalam mesyuarat kali ini, hanya setengah jam pertama sahaja berjalan seperti sepatutnya.

Apa yang hendak ditanya kepada mereka tanya Puan Wong.

Siapa tanya Dr. Mahsur sinis.

UPUSlah, jawab Puan Wong.

Kita memang tak boleh bertanya pada mereka, tapi mereka selalu mahu jawapan daripada kita, kata Dr. Roslan.

Tak gunalah berurusan dengan mereka. Tiap kali kita tanya, mereka sebut classified information tambah Dr. Mahsur Iagi.

Mereka buat IMN macam hotel mereka sahaja, mencelah Encik Shahdan.

Itu soal keselamatan negara. Mereka kononnya bertanggungjawab terhadap kesihatan jiwa rakyat demi menjamin keamanan dan ketenteraman awam. Di IMN, mereka dapat banyak keistimewaan. Mereka ada lif sendiri. Lif mereka tidak henti di tingkat-tingkat lain, kecuali dengan kod pas tertentu. Kita semua tak boleh guna lif mereka, kata Dr. Rostan.

Mereka tak ganggu kita. Kita pun tak ganggu mereka, ujar Dr. Shukri yang cuba mengurangkan sentimen yang sedang meluapluap terhadap pegawai-pegawai UPUS.

Tapi mereka tetap ganggu kita. Kadang-kadang mereka ganggu kita juga. Bila pakar psikiatri mereka nak pakai fMRl atau poligraf, semua staf kita diusir luar, jelas Dr. Mahsur.

Jika mereka menggunakan kemudahan di sini mereka dan pesakit mereka juga boleh jadi suspek, kata Encik Shahdan.

Pesakit mereka Atau mangsa mereka tanya Dr. Mahsur sinis.

Awak kenal pakar psikiatri mereka tanya Dr. Roslan kepada Encik Ratnasingham. Beliau seorang bekas tentera. Berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia selama tiga belas tahun sebelum masuk Jabatan Penjara.

Saya tak kenal. Tapi saya dengar mereka doktor tentera, balas Encik Ratnasingham.

Mengapa mereka tak pindah saja ke Hospital Angkatan Tentera tanya Dr. Siew yang sejak tadi mendiamkan diri.

Mereka menganggap bangunan ini hadiah mereka kepada IMN, kata Dr. Mahsur.

Awak tahu program mereka soal Dr. Roslan kepada Dr. Mahsur secara bersahaja. Mereka saling kenal. Dia kenal Mahsur sejak di universiti lagi.

Dr. Shukri tahu barangkali mencelah Dr. Siew bertanya.

Saya tak tahu apa-apa. Hanya Datuk Pengarah sahaja yang tahu.

Dr. Shukri tak pernah tanya kepada Datuk Pengarahtanya Dr. Roslan.

Tanya apa Dr. Shukri tampak mengelak. Apa sahaja mengenai pengarah akan disembunyikan. Termasuk mengenai penyakit yang dideritai oleh pengarahnya.

Mengenai kegiatan UPUS tanya Dr. Siew.

Tidak ada.

Betul ketanya Dr. Roslan.

Kalau saya tahu, saya beritahu. Tapi apa yang saya tahu pun dianggap classified. Terikat dengan sumpah OSA. Begitu juga anda semua. Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa, jawab Dr. Shukri. Ramai yang hadir kurang percaya. Apa yang mereka dengar hanya gosip dan berita angin.

Saya tak suka mereka. Lagaknya macam Gestapo Hitler, kata Dr. Mahsur.

UPUS itu apa maknanya tanya Encik Kahar, Ketua JPM yang selalu dikelirukan sebagai Ketua Jabatan Perdana Menteri. Padahal dia hanya Ketua Jabatan Penyajian Makanan. Sejak awal mesyuarat, Encik Kahar menyuarakan kebimbangan pekerja-pekerja kontrak pembekal makanan mempunyai akses ke aras-aras lain, tanpa melalui saringan imbasan sidik jari. Namun, pengurus syarikat kawalan, Encik Karim memberikan jaminan akan menempatkan seorang pengawal sepanjang masa sehingga pemasangan pengimbas dilakukan. Juga dia menjamin akan memberikan perhatian kepada cadangan Dr. Jayabalan, Ketua Jabatan Rawatan Penagihan Dadah. Menurut beliau, di klinik pesakit luar, penagih-penagih yang datang untuk menerima rawatan Subitex dan Methadone, serta mengutip jarum dan kondom percuma sebagai program mengawal penularan HIV-AIDS melalui kawalan kesan buruk. Kawalan kesan buruk melalui penyediaan jarum dan kondom percuma, menurut sesetengah pihak, sebagai penghalalan suntikan dadah dan zina. Pada suatu pihak seolah-olah mengizinkan suntikan dadah sebagai menghormati hak peribadi sedangkan di mata undang-undang, perbuatan yang sama dapat memperosokkan pelaku ke dalam penjara sampai dua tahun. Kalau penjara lagi kosong. Umumnya, penjara tidak pernah kosong. Kalau berduit, boleh memfailkan penundaan hukum penjara. Pengurangan kesan buruk sudah pasti merupakan isu yang kontroversi. Begitu juga dengan pemberian kondom percuma. Isu itu juga dikerumuni kontroversi. Kalau ia digunakan untuk hubungan jenis dengan pasangan yang sah di sisi undang-undang syariah dan sivil, tidak mengapalah. Tetapi, jika digunakan untuk kegiatan pelacuran atau hubungan jenis tidak sah, maka pemberian kondom percuma boleh dilihat sebagai bersubahat membenarkan zina dan persetubuhan di luar nikah. Jika ditelusuri sebenarnya ada dua kementerian yang terlibat. Satu kementerian menghalalkan pemberian jarum kondom percuma dan satu kementerian lagi memastikan penguatkuasaan undangundang terhadap penagih-penagih yang menggunakan jarum untuk menyuntik dadah. Kedua-dua kementerian yang berkaitan, ternyata mempunyai induk kuasa yang sama, iaitu kerajaan. Tidak ramai dalam kalangan oknum yang terlibat, melihatnya suatu pembaziran. Yang jelas kemudiannya sebuah syarikat dua ringgit akan mendapat kontrak membekalkan jarum dan kondom pada harga inflasi. Kadang-kadang memerlukan masa setengah dekad untuk Ketua Audit Negara mengesan penyelewengan itu.

Menurut Dr. Jayabalan, penagih-penagih yang datang mendapat rawatan Subitex, Methadone atau mengambil jarum kondom percuma, dapat pergi ke aras lain melalui tangga kecemasan. Dia mengetengahkan satu kebocoran keselamatan yang telah lama disedarinya. Kadang-kadang pelaksanaan suatu sistem yang canggih berakhir dengan status sekadar kita juga ada. Keberadaannya itu bagaikan hanya suatu pertunjukan yang kita pun mampu miliki. Kita pun ada kadang-kadang lebih penting daripada keberkesanan pemilikan itu atau fungsi sistem tersebut. Sekadar ada, sekadar pak turut pada kecanggihan yang tidak berfungsi sepenuhnya.

Sebagai respons terhadap makluman balas Dr. Jayabalan, Encik Karim menyatakan kesukaran kerana Jabatan Bomba mahu pintu dan tangga kecemasan tidak boleh dikunci. Encik Karim kemudian berjanji akan berbincang dengan perunding pakar keselamatan agar memasang kunci kawalan yang beroperasi apabila penggera diaktifkan.

Unit Perang Urat Saraf, Majlis Keselamatan Negara. Akhirnya soalan Encik Kahar dijawab Encik Shahdan.

Apa hal mereka buat di sini tanya Encik Kahar. Dia baru mengambil alih jawatan Ketua JPM.

Pager Dr. Siew berbunyi. Dia menerima panggilan daripada pengendali SOS (Suicide-prevention On-line Service) yang meminta dia datang ke konti kerana pemanggil tidak dapat berbahasa Inggeris atau Melayu. Pengendali memerlukan mereka yang boleh bercakap Mandarin. Dr. Siew boleh bercakap sedikit Mandarin. Dia selalu menyesali tidak berpeluang belajar bahasa ibundanya semasa di bangku sekolah. Tetapi, akhir-akhir ini bahasa Mandarinnya bertambah baik.

Dr. Siew meninggalkan bilik mesyuarat setelah meminta kebenaran secara bahasa isyarat kepada Dr. Shukri.

Kononnya mereka menggunakan tingkat 17 sebagai Bilik Gerakan Perang Urat Saraf bagi kebaikan rakyat Malaysia, kata Dr. Mahsur. Jangan-jangan mereka macam operasi CIA. Menghantar gelombang psikotik mikro ke penduduk Tahiti supaya bangun melawan pemerintah, mencelah Encik Kahar.

Operasi UPUS bukan macam itulah. Mereka merangka programprogram psikogenik. Apabila dilaksanakan rakyat kampung, kaum petani, nelayan, kaum buruh, pekerja kilang dan para mahasiswa, jadi jinak dan tidak menentang pemerintah. Pendekatan mereka menyisip mesej indoktrinasi ke alam subsedar untuk menanamkan kekuatan toleransi, mematikan fikiran negatif dan kontra agar pengikut dan penurut akan menggembleng nilai positif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Manipulasi sebegini baik untuk diterapkan terhadap kalangan mahasiswa mahupun kaum marhaen. Segala radikalisme, ekstremisme dan fanatikisme tak menjadi opsyen mereka sama sekali. Mereka akan tolak mentahmentah jihad melalui keganasan dan membentuk mereka menjadi penurut dan pengikut dalam apa sekalipun keadaan, jelas Dr. Shemelin, Ketua IMCU (Intensive Mental Care Unit) dan juga seorang pakar psikiatri forensik yang sejak tadi menjadi pendengar yang rajin.

Jadi mereka brainwash penentang tanya Dr. Roslan.

Ya, jawab Dr. Shemelin.

Eh, bagaimana kau lebih tahu daripada orang-orang OPUS. Janganjangan dia ini under-cover tak kata Dr. Mahsur.

Jangan lupa, jika tidak kerana UPUS MKN, IMN tidak bakal memiliki bangunan secantik ini, mencelah Puan Wong. Kita dulu cuma Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur.

Saya kira mereka juga melakukan konversi terhadap ketua-ketua mahasiswa yang radikal. Apabila mahasiswa-mahasiswa itu balik ke kampus, mereka jadi alim dan pematuh yang tulen.Tak lagi mengapi-apikan mahasiswa-mahasiswa lain dengan isu-isu politik. Mereka juga mengkonversi kalangan militan agama kembali kepada amalan agama masing-masing, kata Dr. Shemelin.

Bila pula kamu jadi jurucakap UPUS tanya Dr. Mahsur bergurau. Mereka dah tak ada. Saya cakap apa sahaja yang saya tahu, balas Dr. Shemelin.

Sahlah kamu ini ejen rahsia UPUS, kata Dr Mahsur.

Saya merawat kes-kes mental akut. Termasuk peserta reorientasi UPUS yang terpaksa dirujuk pada saya untuk dirawat.

Kita ni mesyuarat mengenai kes pembunuhan itu, atau mengenai aktiviti UPUS tanya Dr. Shukri.

Tiba-tiba Pintu bilik mesyuarat diketuk. Encik Hashim, ketua pembantu perubatan masuk dengan wajah seribu pertanyaan dalam fikiran ahli-ahli mesyuarat. Dia kelihatan cemas semacam mahu memberitahu anak Dr. Shukri terlibat kemalangan. Dia terus berbisik kepada Dr. Shukri. Sambil berbisik, Encik Hashim sekalisekali memandang kepada ahli-ahli mesyuarat yang pandangan masing-masing menumpu ke arahnya. Dr. Shukri kembali bertanya dengan suara perlahan. Sukar didengar oleh ahli-ahli mesyuarat meskipun telah mencupingkan pendengaran mereka. Beberapa kali, Encik Hashim membalas dengan bisikan-bisikan yang mengundang keinginan mendalam untuk segera mengetahui apa yang terburuburu dilaporkan oleh Encik Hashim. Mungkinkah Dr.Shukri akan membungkam apa yang dia tahu

Terima kasih. Terdengar Dr. Shukri mengucapkannya kuat sebelum Encik Hashim beredar keluar dari bilik mesyuarat itu.

Dr. Shukri kembali menghadapi mata ahli-ahli mesyuarat yang tampaknya seolah-olah seperti kalangan remaja program realiti TV yang dahagakan gosip penyanyi popular.

Telah terjadi satu lagi pembunuhan di ION. Seorang pesakit Cervix Ca telah dibunuh dengan kejam subuh tadi. Ada saksi nampak seorang lelaki mengenakan seragam IMN meninggalkan tempat kejadian dan berlari menuju ke arah bangunan IMN. Leher mangsa dikelar, puting teteknya diambil sebagai trofi.

Semua tubuh tersandar. Pembunuhan bersiri telah bermula lagi. Dulu KL pernah digemparkan dengan pembunuhan bersiri. Berbulan-bulan berita pembunuhan bersiri menghantui wanitawanita berkerjaya yang tinggal bersendirian di kondo-kondo mewah di sekitar KL. Tetapi, mereka semuanya diperkosa dulu sebelum dibunuh dengan kejam. Berbeza dengan pembunuhan bersiri yang lalu, pemangsa memperlihatkan penyimpangan. Pemangsa memotong puting mangsa sebagai trofi. Ciri-ciri ini menjurus kepada pembunuh psikopat. Di IMN memang ada jaguh profiling psikopat. Dr. Shemelin beberapa kali berjaya memberi klu kepada pihak polis sehingga tertangkapnya pembunuh-pembunuh psikopat. Yang terkenal mendapat julukan The Lady Executive Rapist, The Taxi Driver Rapist dan The Maintenence Man Rapist.

Dari kejauhan tampaknya seperti kabus yang menyelubungi Kuala Lumpur. Pencakar-pencakar langit KL seolah-olah hilang daripada pandangan. Jika berkabus, bangunan-bangunan masih kelihatan di celah-celah arakan awan. Nyatanya, bangunan-bangunan kebanggaan penduduk kota metropolitan itu hilang daripada pemandangan dan tiada kelihatan lagi dari segenap penjuru. Bandar raya itu ibarat ditelan warna putih kelabu yang memuramkan rasa. Pemandangan KL bagaikan tidak bermaya; mematikan setiap naluri yang mahu memutikkan keceriaan. Namun, ia sebenarnya ialah cengkaman jerebu yang merangkul bandar raya itu tenggelam dalam kekaburan. Semuanya pudar ditelan jerebu kelabu gelap bersamasama bau hangit dan terbakar. Akibat serangan jerebu itu, sang mentari seolah-olah lesu bersinar. Keceriaan sirna paginya yang selalunya gagah, dan gah itu telah menghilang. Mata-mata telanjang mampu merenung langsung ke arah matahari yang muram lagi sayu. Ia tidak lagi menjadi mata untuk hari itu kerana kemunculan yang seketika lama semakin pudar apabila hari meningkat dewasa. Kebakaran hutan di beberapa lokasi di Sumatera menjadi paparan di surat-surat khabar yang merupakan acara tahunan; menyalahkan pihak berkuasa di seberang yang gagal mengawal pembakaran terbuka.

Begitu jugalah suasana yang menyelubungi Kompleks HKL. Wajah-wajah suram masih kelihatan di sebalik topeng putih yang menutupi mulut dan hidung. Suatu fenomena yang saban tahun berulang warga KL kembali mengenakan topeng sebagai suatu keperluan aksesori pakaian. Tanpanya tiada siapa yang berani menghirup udara berasap tercemar jerebu. Ramai yang jatuh sakit. Mereka membanjiri Jabatan Pesakit Luar HKL dengan pelbagai manifestasi penyakit respiratori; daripada seringan-ringannya selesema hinggalah sepayah-payahnya kesukaran bernafas dalam serangan asma. Dengan bermacam-macam kebimbangan ancaman kesihatan yang terpapar di dada akhbar, daripada avian flu, demam denggi, SARS hinggalah kepada HFMD yang agen musuhnya tidak kelihatan. Tetapi, serangan jerebu menampakkan jelmaan gejalagejala yang segera sifatnya.

Namun, di Institut Onkologi Negara terasa sekali, suatu kemuraman yang berganda menyelubunginya di sebalik kegawatan serangan jerebu. Dulunya ION dikenali sebagai Institut Barah Negara. Entah mengapa mereka menukamya, tiada siapa yang tahu. Barangkali nama baru itu lebih glamor. Di ION, wajah-wajah muram menghiasi penceria-penceria yang selalu menaikkan semangat pesakit-pesakit barah. Penderita-penderita penyakit barah kerap menghitung harihari terakhir mereka. Kematian terjadi di hadapan mata mereka. Rakan-rakan seperjuangan gugur setiap minggu. Kadang-kadang dua malam berturut-turut ada kematian di setiap wad. Mereka kerap menyoal bila pula giliran mereka, ketika jenazah rakan ditolak ke rumah mayat. Setiap petugas ION apabila melepaskan pandangan melalui jendela ke arah utara akan menghukum bangunan IMN dan segala isi kandungannya. Mereka melihat bangunan itu dengan penuh kebencian. Di sana berlindung seorang pembunuh yang meragut nyawa pesakit, sebelum barah yang dideritainya menamatkan riwayat yang tersisa. Mereka dan pesakit itu samasama juang bermati-matian untuk menghalang barah daripada merebak ke seluruh badan. Tetapi malapetaka datang dari seberang bangunan; bukan musuh dari dalam diri pesakit barah itu sendiri. Memang ada banyak cerita daripada pekerja-pekerja ION yang bertugas malam. Suara-suara mengilai sering terdengar datang dari bangunan IMN, terutama pada dini pagi. Apalagi ketika bulan mengambang penuh, suara-suara seram menggema dari gedung itu. Yang berjiwa lemah pasti bulu roma menegak di kuduk yang tiba-tiba mengembang besar. Bercucuran pula peluh dingin, membuatkan tubuh menjadi basah, sehingga ada yang menggigil dan terkencing ketakutan. Tidak hairan kejadian kejahatan dikaitkan dengan kewujudan bangunan IMN dan penghuninya.

Bangunan IMN juga menyambut matahari suram dalam kemuraman yang serupa. Setiap pesakit di situ boleh dicurigai sebagai suspek pembunuh. Ada yang membela sambil mengatakan, mungkin sahaja orang lain yang memakai seragam pesakit IMN dan melakukan jenayah terkutuk itu. Semua kemungkinan boleh terjadi. Termasuk, dalam kelam subuh itu petugas ION tidak mampu mengenali seragam dan warna baju suspek yang melarikan diri kononnya ke arah IMN. Setiap insan di IMN, malah di seluruh Kompleks HKL membuat andaian masing-masing.

Di wad SU 11, tuk batin membuat come back. Kemerdekaannya hanyalah sementara. Dia sebenarnya dikejar oleh hanya beberapa orang pengawal keselamatan. Tetapi, dia berasa bagaikan dikejar oleh seluruh penduduk KL. Dalam panik, dia berlari mencari anjingnya yang hilang. Tiba-tiba anjing kesayangannya itu muncul dalam halusinasinya. Dia perlu menyelamatkan anjing itu daripada ditembak pembunuh anjing. Pengawal-pengawal keselamatan itu hairan dari mana datang tenaga seorang warga emas yang mampu berlari sekuat dan selama pengejaran itu. Tetapi, selepas dia berjaya diberkas, tuk batin mengalami keletihan yang teruk sehingga terpaksa dipasang drip glukosa dan saline. Pengetahuan itu tidak pernah digunakan untuk melahirkan pelari pecut yang boleh meningkatkan imej pencapaian sukan tanah air. Memang psikologi, apalagi psikiatri jarang-jarang sekali digunakan untuk memartabatkan kegiatan sukan dalam pencapaian pingat melalui psikologi sukan. Tetapi, kejadian-kejadian ledakan tenaga boleh dipelajari di IMN.Tidak siapa yang ambil peduli.

Kembalinya tuk batin disambut oleh beberapa pesakit yang menunjukkan paras kewarasan yang membaik akibat pengaruh dan kesan daripada rawatan farmakoterapi. Pak Cik Omar masih juga mendendangkan rima-rima yang inkoheren dan kacau-bilau maknanya. Sementara, Mr. X belum ada pengunjung yang mahu mengaku waris. Dia kembali berlagak seperti orang yang meninjauninjau pada suatu kejauhan. Sekejap-kejap dia mendongak ke siling seolah-olah memerhatikan sesuatu yang jauh menembus ke bumbung. Berbeza daripada Pak Cik Omar yang bergurindam seloka yang tidak keruan namun demikian dia masih berbicara, biarpun menurut caranya sendiri.

Wad SU 11 menerima beberapa pesakit baru. Macam-macam ada, kata Pak Cik Omar. Ada gila bahasa, ada gila sastera, ada gila asmara, ada gila cinta, ada gila berniaga, ada gila kaya, ada gila papa, ada gila janda, ada gila duda, ada gila senjata, ada gila siswa, ada gila tiada kerja, ada gila senja, ada gila pil kuda, ada gila ganja, ada gila da-daa, ada gila semua. Semua orang gila,jerit Pak Cik Omar.

Pak Cik Omar kaya kata-kata. Tidak henti-henti dia mengadunkan rima-rima perkataan Melayu yang berakar umbi di organ bahasanya. Sedangkan, Mr. X bisu kata, tetapi kaya gerak laku dan gerimas muka. Pantomimisme melakar gerakan penuh aksi di pentas Mr. X. Sekali-sekala tempiknya tercetus dalam hanya satu patah kata. Biasanya sumpahan keramat lantang dilontar dari halkumnya. Sepenuh-penuhnya emosi. Ketika itu segenap penghuni wad SU 11 terdiam bagaikan mereka bertafakur menghening cipta kepada suatu kata sumpahan.

Salah seorang pesakit baru yang menghuni wad SU 11 merupakan seorang mahasiswa IPTA dengan pengkhususan dalam bidang nuklear fizik. Kerana tekanan-tekanan pembelajaran dan peperiksaan di kampus, dia mengalami gangguan jiwa yang mendadak. Waham kebesaran telah menguasai benaknya. Dia yakin penuh percaya yang kononnya dia berjaya mencipta zarah supranuklear yang lebih kuat daripada tenaga nuklear yang dimiliki Barat. Zarahzarah supranuklear itu mampu mengalahkan bom-bom dan peluru berpandu nuklear yang dimiliki tentera Amerika. Jadi, dia terus menyembunyikan buku catatan yang mengandungi rahsia formula untuk penjanaan tenaga supranuklear melalui teori superstringnya. Dia terus memperlihatkan wajah penuh curiga pada setiap orang yang cuba menghampirinya, meskipun secara tidak sengaja. Petugas yang menghantar makanan pun disyaki ejen CIA yang ingin mencuri formula itu. Dia hanya mahu menunjukkan formula itu kepada Pak Lah sahaja.Tetapi, ketika dia mahu menyerahkan penemuannya kepada Perdana Menteri, dia mengomel bahawa Tuhan itu pemuzik yang menggetarkan semesta. Tanpa sempat mengutarakan teori superstringnya kepada Pak Lah, dia segera ditahan pegawai polis yang mengawal Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Di tengah-tengah keriuhan mahasiswa berwaham kebesaran itu sedang bergelut dengan petugas SCS yang mahu membersihkan lokarnya, seorang lagi pesakit baru membuat kerenah. Seorang lebai mengaku dia seorang nabi. Dia bergaduh dengan pengawal kerana mahu melepasi pintu keselamatan. Baginya dia tidak layak berada di wad. Tempatnya hanya di syurga. Apabila percubaannya gagal, dia terus berkhutbah mengenai agama baru penyelamat manusia pada penghujung zaman.

Dalam apa pun keributan yang terjadi di Wad SU11 itu, Mr.X tetap dengan pantomimismenya. Daripada gerakan-gerakannya, agak sukar untuk menerka apa yang sedang berlegar di benak kacaunya. Pemutusan hubungan benak itu dengan realiti semasa dan persekitarannya meyakini para doktor yang merawatnya bahawa dia masih membina tembok psikologi. Tembok itu setakat ini telah berjaya menghalang mereka, meskipun mahir dan pakar, daripada memahami psikodinamika yang mampu menghuraikan kemelut kejiwaan yang ditanggung Mr. X. Selagi latar belakang identitinya masih belum menemui jawapan, tafsiran rambang merupakan tekaan melulu sahaja. Namun, dia terus berada dan kekal di dunia Iain. Dunia Iainnya itu penuh gerak-geri, gerak laku dan gerak lakon. Kebanyakan ketika, dunianya tanpa kata-kata, kecuali sumpahan keramat yang sekali-sekala tertempik keluar. Dia seolaholah seorang pelakon sebuah epik pengembaraan yang panjang. Ketika pesakit-pesakit Iain tidur di bawah pengaruh ubat hipnotik, dia terus berjaga menyambungi epiknya sehingga kesan ubat tidur itu mengalahkan kekuatan kesiagaannya. Adakalanya, dia kelihatan seperti membelai sesuatu yang lembut. Gerak lakonnya lemah gemalai laksana mengusap sesuatu yang licin dan mulus. Seketika lama, dia tampak menghela syahdu seakan-akan bersanggama dalam pelukan berahi. Namun, tiada mata merakamkan gerakan-gerakan pinggul yang bertubi-tubi melayani Iara di puncak orgasma. Tidak siapa yang peduli kerana dia kaya dengan gerak-geri, gerak laku dan gerak lakon. Selesai satu episod, dia sambung dengan babak yang lain. Berakhir babak yang baru bersilih ganti dengan adegan demi adegan. Dia seakan-akan pelakon yang tidak kenal letih. Dialah dramatis pantomim dan aktor bisu dalam pentas mayanya sendiri. Dalam dirinya, dialah sutradara yang tidak perlu memberi syarat mula dan akhir untuk setiap adegan. Dia terus berlakon, dalam siaga mahupun mimpi.Tiada beza antara tidur dengan jaga.

Bagi ASP Dahlan, dengan klu baru yang diterimanya, semua pesakit di IMN mampu menjadi suspek kes pembunuhan di ION itu. Dia dan anak-anak buah, Cif Inspektor Borhan berhari-hari menemu bual pesakit-pesakit IMN. Tiada pakar psikiatri di IMN yang berani memberitahu pihak polis bahawa usaha mereka tidak bakal membuahkan hasil dan tentunya membuang masa sahaja. Pesakitpesakit mental itu tidak boleh keluar dari wad masing-masing. Pihak IMN yakin dengan sistem kawalan pesakitnya, tetapi pihak polis belum yakin sepenuhnya sistem mereka kalis bocor. Sekiranya, pihak polis bertanya pada pakar-pakar psikiatri IMN yang tidak terlibat dalam pengurusan pentadbiran, mereka akan menunjuk ke UPUS. Mereka sendiri berasa curiga dengan kehadiran UPUS di tengah-tengah mereka. UPUS di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti juga PDRM. Untuk menyiasat kakitangan dan kegiatan UPUS yang merupakan salah sebuah agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara. Dalam hierarki di KDN, Majlis Keselamatan Negara merupakan penasihat yang sentiasa dipatuhi. Apa pun kegiatankegiatan perang urat saraf di UPUS mendapat restu dan kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara. Lantaran itu, pakar-pakar psikiatri itu percaya, polis sedang mencari bukti-bukti di tempat yang salah. Namun, mereka juga menyedari UPUS ialah daerah peka yang tidak boleh disentuh.Tingkat 17 yang menempatkan UPUS, kuasa polis di peringkat bandar raya mungkin tidak cukup kuat untuk memaksa kakitangan UPUS membuka pintu mereka untuk digeledah dan di periksa. Hanya barangkali kuasa polis di Bukit Aman, setelah merujuk Kementerian Dalam Negeri, barulah MKN boleh memberikan kebenaran kepada orang luar memasuki UPUS.