UNTUK HUJAN DAN ANGIN YANG MEMELUK TIAP MALAM YANG PANJANG - 6
Matanya yang penuh dengan darah korporat dan dosa-dosa media itu melutut di kaki pelobi yang sedang duduk di atas kerusi empuk yang diperbuat dari senjata api. Di belakangnya, fasis-fasis Fesbuk yang kepenatan berperang Like dan imperialis Twitter yang mabuk perang RT sedang menunggu arahan seterusnya dari badut politik berbibir pink ini. Kata pelobi, hari dah pagi, esok datang lagi.

Seperti pagi, aku mencintaimu setiap hari, tanpa jemu dan seperti senja, harapan ialah rindu-rindu yang meninggalkan kita, tanpa jemu.

Jangan berkorban kerana Cinta. Cinta mencipta perhambaan. Cinta ialah tali-tali yang mengikat. Cinta ialah tembok besar kepada kebebasan.