Mencari Kiblat Cinta - 60
Sengaja dia tidak masuk ke dalam meskipun dia sampai awal ke situ. Dia risau, jika dia masuk ke dalam dan menemui Wirda, hatinya yang rapuh akan terluka lagi.

Cukuplah sekali Wirda melukainya! Dia tidak sanggup lagi menderita seperti dahulu. Lagipun dia tahu tujuan Wirda mahu menemuinya hanya kerana Melia Alina. Perbincangan mereka beberapa hari yang lalu tidak selesai lagi. Keinginan wanita itu untuk membawa Melia Alina ke Milan benar-benar tidak dipersetujuinya.

Ragam anak-anak yang sedang bermain di taman permainan di halaman taska itu mengundang senyumannya. Kebanyakannya berusia antara 4 6 tahun. Ada yang bermain buaian dan ada yang bermain jongkang-jongket. Ada juga yang berlari-lari, saling kejar-mengejar di sekeliling buaian tersebut.

Sudah lama dia berdiri di tepi pagar. Sekadar memerhatikan kanak-kanak itu, hatinya cukup gembira. Namun mata sedang mencari-cari suatu wajah yang ingin ditatap. Wajah yang ingin dibelai dan dikucup. Di rumah Filman dia tidak mampu melakukannya. Melia juga seakan-akan takut untuk mendekatinya. Hatinya sebak bila mengenangkan anak sendiri langsung tidak mengenalinya. Malah Tengku Saida dan Filman sendiri tidak memperkenalkannya sebagai mama Melia.

Sedang dia melamun sejenak, telinganya tiba-tiba menangkap suatu suara. Dia menoleh lalu terpandang seraut wajah manis yang sedang dipimpin seorang anak gadis bertudung. Hati Wirda bergetar. Melly!

Ingin rasanya dia menerpa ke arah anak itu dan mengaku dirinya di hadapan Melia. Dia sudah tidak sabar mahu memeluk anak itu. Namun tindakannya tiba-tiba terhenti. Apa yang dilihatnya membuatkan dia tergaman.

Kucupan yang diidaminya kini mendarat di permukaan pipi gadis bertudung itu. Gadis itu tertawa diperlakukan begitu. Tubuh Melia segera dirangkul dalam pelukan, membuatkan anak kecil itu ketawa senang. Wirda membalikkan tubuhnya. Fikirannya keliru sekaligus rungsing.

SENYAP-SENYAP kakinya diatur ke arah warung kecil yang dipenuhi ramai pelanggan. Melihat ada meja kosong di suatu sudut, dia segera menempati meja tersebut. Matanya melilau memerhatikan suasana warung yang sudah semakin banyak berubah.

Seorang remaja perempuan berusia dalam lingkungan belasan tahun sedang mengelap meja berhampiran dengannya. Matanya ralit memerhatikan anak gadis itu. Melihat anak gadis itu, entah kenapa dia teringatkan dirinya suatu ketika dahulu. Suatu waktu dulu, begitulah dia berusaha membanting tulang empat keratnya. Dan duit itu sangat bererti buatnya bagi menampung perbelanjaannya.

Setelah selesai menduduki peperiksaan SPM, dia terus membantu Pak Maidin dan Mak Minah di warung tersebut. Kadangkala sehingga ke malam dia masih berada di warung. Sedikit sebanyak tumpuannya terhadap Naufal semakin berkurangan. Mungkin itulah sebabnya Naufal semakin hanyut. Anak muda itu juga sudah pandai ponteng sekolah. Cakap-cakapnya juga sudah tidak berguna di telinga Naufal.

Naufal, kakak nak cakap sikit dengan Naufal Dia menegur ketika berselisih dengan anak muda itu.

Naufal sibuk kak, kita cakap esok aje. Naufal mahu beredar. Tapi tangannya lebih pantas menghalang. Anak muda itu berpaling ke arahnya. Mata itu kelihatan dingin tidak beremosi.

Saiful datang tadi. Dia menyebut tentang anak jiran mereka yang menjadi teman sekelas Naufal di sekolah.

Dia nak apa Soal Naufal selamba.

Dia bawa surat dari Cikgu Jamilah. Betul ke Naufal ponteng sekolah dah dekat seminggu Soalnya. Nada suaranya jelas hampa.

Kalau ya kenapa Ini mesti Saiful yang mengadu pada cikgu. Bedebah betul si Saiful ni. Rengus Naufal seraya mengepal-gepal penumbuknya.

******

Dia tersentak. Kata-kata Naufal yang agak kasar membuatkan dia kecewa. Sungguh dia tidak menyangka begini reaksi anak muda itu.

Naufal jangan nak salahkan Saiful. Dia cuma bawa surat dari sekolah. Apa nak jadi dengan Naufal ni Kenapa Naufal ponteng sekolah Bersusah payah kakak kerja cari duit siang malam, semuanya untuk tanggung duit sekolah Naufal, tapi ini balasan Naufal pada kakak Herdiknya mulai hilang sabar.

Naufal tak minta kakak buat semua itu. Jawab anak muda itu selamba.

Dia tersentak. Hatinya hancur luluh mendengar tutur kata Naufal yang tidak beralas. Ya ALLAH! Kenapa Naufal jadi begini

Betul Naufal tak minta kakak buat semua tu. Tapi kakak lakukan semua ini kerana kakak sayangkan Naufal. Kakak nak Naufal berjaya dalam hidup. Kita hanya berdua Naufal. Ayah dan umi dah tak ada, kalau kita tak jaga satu sama lain siapa lagi Tuturnya sebak.

Naufal tak perlukan kakak untuk jaga Naufal. Naufal boleh jaga diri sendiri, kakak tak payah risau. Pintas anak muda itu dingin.

Naufal! Herdiknya berang.

Naufal memandangnya tidak berkelip. Kakak ingat Naufal tak tahu yang kakak menyesal sebab terpaksa berhenti belajar Jangan sebab kakak tak boleh lanjutkan pelajaran, kakak nak seret Naufal supaya jadi macam kakak. Naufal dah bosan pergi sekolah! Naufal dah bosan tengok hidup kita macam ni.

bersambung

Bab akan datang:

Kenapa dengan Naufal Mengapa dia berperangai sebegitu