SAMPUL coklat yang diterima pagi tadi dibuka perlahan. Lama Daniel meneliti isi kandungan sampul itu. Semua foto di dalam sampul itu turut diteliti.
Hmm...jadi memang betul selama ini Sherry jadi talibarut Sharif dan Datuk Mustafa. So, tak salah aku pecat dia. Nampaknya Tan Sri belum kenal siapa Datuk Mustafa.. Daniel senyum. Dengan maklumat yang diterima itu, dia akan gunakan untuk menentang Tan Sri Johari nanti. Sudah jelas dalam maklumat itu, Datuk Mustafa ada agenda tersendiri mengaut keuntungan dari Tan Sri Johari.
Kasihan.. Daniel ketawa sendiri.
Tuk! Tuk! Tuk!
Masuk!
Hey! Zarul!! Daniel bingkas bangun dan segera menapak ke sofa. Zarul sudah menapak ke situ.
So, whats up dude Daniel sengih.
Good! Very good! Zarul senyum lebar.
Thats my friend! Daniel mula serius. Zarul mula berubah riak.
Zarul..come on. Be strong! Aku akan tolong kau. Buat masa ni, aku ingat kau pindah ke Kuantan. Kau jaga company aku di sana.
Once kau dah settle kat sana, aku akan hantar kau outstation kat Jerman, macam yang aku cakap hari tu. So, kau dan Nelissa selamat kat sana. Pujuk Daniel.
Kau macam mana Zarul mendongak.
Apa maksud kau
Kau kan nak bernikah. Aku bimbang, the same thing happen to Arissa. Zarul sudah gelisah. Dia dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.
Jangan bimbang. Tahulah aku nak buat apa nanti. Daniel turut berubah riak. Mungkin juga apa yang Zarul cakap sebentar tadi turut berlaku padanya. Tidak mustahil Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa siasat hal ini. Siapa tidak kenal Tan Sri Johari Nasir! Satu Malaysia ni dia ada kuncu di mana-mana!
Just be careful Daniel. Sejak aku balik dua hari lepas, aku rasa ada orang ikut aku. Aku tak sedap hati. Zarul sandar tubuhnya di sofa.
Kau jangan bimbang. Lepas rancangan kita berjaya, aku nak kau pindah ke Kuantan bersama Nelissa. Aku dah siapkan appointment letter untuk kau bekerja di sana. Kau pergi saja ke sana. Ill arrange a new job for you in Frankfurt. Daniel pujuk lagi.
So, bila kau nak bernikah Zarul mula ubah topik.
Insya Allah, dua minggu lagi. Daniel senyum.
Well, aku harap kau dapat bahagiakan Arissa. Aku kagum dengan dia yang begitu tabah dengan kehidupan yang dilaluinya. Banyak cabaran dan dugaan. Dia hanya seorang perempuan lemah tapi cekal menghadapi semua ni. Tak macam aku, mudah ikut perasaan. Aku rosakkan Nelissa, aku dendam dengan Tan Sri dan sekarang ni entahlah, aku akan larikan anak dia pula. Aku rasa dah tak betul. Zarul mengeluh lagi.
Zarul..itu semua kehendak Allah. Kita tak boleh tolak takdir Allah. Aku rasa itu semua berlaku ada hikmahnya. Kau sudah berubah baik. Nelissa pula berhak pilih siapa suaminya. Hal Arissa pula... Daniel diam seketika. Dia tunduk. Dia jeling Zarul. Kata-kata Zarul tadi seolah Zarul tahu apa yang telah terjadi. Kalulah Zarul tahu, entah apa anggapan Zarul nanti..
Kenapa dengan dia Zarul mendongak.
Aku sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan. Arissa tidak pernah cintakan aku.. Daniel berterus terang.
Hah
Daniel mengangguk lemah.
Then, why are you still insist to marry her Zarul pandang Daniel tidak berkelip.
Daniel masih diam. Tidak mungkin dia bongkarkan sebab sebenar mengapa dia ingin bernikah dengan Arissa. Zarul adalah kawan Arissa ketika di universiti dulu walaupun tidak begitu rapat. Gaya dan cara Zarul bercakap tentang Arissa, seolah Zarul begitu menghormati gadis itu. Gila aku nak cerita yang aku dah perangkap Arissa!
Kenapa kau diam
Aku terlalu cintakan Arissa..aku tak boleh hidup tanpa dia. Jika aku tak jadi bernikah dengan Arissa, aku akan bawa diri jauh dari sini. Aku tak sanggup lihat dia jadi milik orang lain. Suara Daniel sudah berubah nada.
Oh... Zarul turut mengeluh.
Daniel masih melayan perasaannya sendiri.
Kalau Arissa tidak cintakan kau, mengapa dia terima lamaran kau Zarul berkerut dahi. Tidak faham dengan situasi Daniel dan Arissa sekarang ini.
Pada mulanya, memang dia tak terima aku. Tiga kali aku lamar dia, semua ditolak. Kali ke empat, mak dia terus setuju. Masa tu, aku rasa sangsi. Kenapa tiba-tiba mak dia setuju. Aku cuba cari jawapan. Rupanya Arissa yang beritahu ibunya yang dia akan terima aku tapi ada syarat.. Daniel menundukkan wajah. Sugul.
Syarat
Aku boleh nikah dengan dia tapi aku tak boleh sentuh dia.. Daniel meraup muka.
Hah Gila ke apa So, whats marriage for, if you cant do that thing Zarul mula bingung.
Salah aku...
What do you mean Zarul cuba cari riak Daniel yang mula kecewa.
Daniel mendongak dan menoleh ke arah Zarul. Serba salah untuk beritahu Zarul hal yang sebenar.
Bukan masanya lagi aku cerita kat kau tapi aku akan teruskan pernikahan ini. Aku yakin Arissa telah ditentukan oleh Allah untuk jadi isteri aku. Pertama kali aku pandang dia, hati aku berkata yang dialah gadis itu. Aku tenang melihat dia. And until now, Im still in love with her. I dont know why..makin kuat cinta aku pada dia. Tanpa malu, Daniel berterus terang kisah hatinya pada Zarul.
So, kau rasa perkahwinan kau nanti akan bahagia Soal Zarul, masih tidak puas hati.
I dont know. Daniel jongket bahu.
Daniel..kau jangan putus asa. Berdoalah semoga Allah bukakan hati Arissa untuk kau. Aku pasti selepas dia jadi isteri kau nanti, dia akan berubah. Syurga bagi seorang isteri adalah bila dia mentaati suami selagi suami itu mentaati Allah. Aku yakin, kau seorang yang taat pada Allah. Malah kau lebih baik dari aku sebenarnya. Kau rajin beribadah dan rajin belajar. Aku malu pada kau. Aku pun akan sama-sma belajar agama dengan Nelissa nanti. Zarul mula beri semangat pada Daniel.
Alhamdulillah..Im happy for you my friend! Daniel peluk Zarul yang mula menitiskan air mata.
So, buat masa ni, aku rasa kita kena perlu berhati-hati. Kita tak payah berjumpa buat sementara waktu. Aku juga dapat rasa mereka sedang memerhati kita. Daniel kembali ke topik asal.
Hmm...thats true. Kita kena buat tak kenal selepas ni. Jadi, aku tak boleh hadir hari pernikahan kau dengan Arissa la ni Zarul senyum.
Sort of.. Daniel turut senyum.
Kalau macam tu, aku nak ucap Selamat Pengantin Baru in advance! Zarul hulur tangan untuk berjabat.
Thanks! Daniel sekali lagi melemparkan senyuman.
Aku doakan kau bahagia dengan Arissa nanti.
Daniel mengangguk lemah.
Zarul mula tepuk bahu Daniel.
LAMA Daniel termenung di meja pejabatnya. Zarul sudah satu jam beredar dari situ. Segala perbualannya dengan Zarul tadi berputar kembali di ruang otak.
Bahagiakah aku nanti
Telefon berdering kuat. Gagang telefon diangkat perlahan. Lama dia berbual. Gagang diletakkan semula.
Hmm...Zaki dah aturkan semuanya. Bersediakah aku Daniel bersandar sekali lagi dikerusi. Berfikir apa kan bakal berlaku setelah selamat bernikah.
Foto Arissa dan mendiang ayahnya ditatap buat ke sekian kalinya. Kasih dan sayangnya pada kedua insan itu begitu tebal.
Arissa...please..love me... Daniel pejam mata.
Telefon berdering sekali lagi.
Boss, Arissa from JN Bioetch is on the line. Suara Sophie jelas di hujung talian.
Arissa Daniel senyum lebar. Rasa nak lompat tembus ke siling.
Okey! Laju Daniel menjawab. Segera butang berkelip pada nombor telefon itu ditekan.
Assalamualaikum. Lembut suara Daniel beri salam pada tunang tersayang.
Waalaikumussalam.
Daniel senyum. Walaupun suara Arissa agak kasar, sekurang-kurangnya hilang rasa rindunya pada gadis itu.
Awak sihat Daniel semakin lembut menutur. Hati berbunga riang. Panggilan itulah yang selalu dinantikan olehnya.
Saya nak beritahu encik. Hasil analisa ke atas produk encik ada masalah. Keputusan bilangan bakteria melebihi spesifikasi. So, encik nak kami buat cross check ke atau hantar produk lain dari batch yang sama untuk re analyzed
Daniel diam seketika. Suara tegas Arissa di hujung talian jelas kedengaran. Jelas Arissa memanggilnya dengan nama encik. Ah!
Terlalu berprotokol! Ingatkan gadis itu hendak cerita kisah hati atau hal nikah mereka berdua. Hampa..
Sir, are you there
Err...yes.. Daniel kembali tersedar. Tadi sempat dia mengelamun.
So, what is your decision
Decision Daniel berkerut kening. Apa yang Arissa tanya tadi Adoi!!
Encik dengar ke tak apa yang saya cakap tadi Suara Arissa di hujung talian sudah mula tinggi.
Daniel jauhkan sedikit gagang telefon. Huih! Garangnya bakal bini aku ni!
Im your client, remember Daniel senyum.
So, the results are out of specification. Whats your plan Suara Arissa mula rendah.
Hmm..what is your suggestion Daniel tanya balik Arissa.
I think, its better to check on new sample for the same batch. If you agree, then we hold this results first until we get the new results for that products. Panjang lebar Arissa menerangkan kepada Daniel.
Hmm..macam mana boleh jadi macam tu All the while, my products are ok. Theres no problem with that. Are you sure you do the right thing Sengaja Daniel tanya.
Sir, all the results that obtained from the analysis have been verified and valid based on our standard method. FYI, our
microbiologists are all competent to do the analysis. Well trained. Ive check all the probability for this kind of results. We did double check. So, our last check is..to do cross check or retesting on new sampel.
Daniel senyum. Arissa beria menerangkan kepadanya tentang keputusan analisa ke atas produk kosmetiknya.
Okey...saya akan hantar produk dari batch yang sama kepada awak secepat mungkin. May I know what do you mean by cross check
Oh..that cross check, we send your products to other lab for the same testing. This is just to makesure that there is no any bias. So, we compare the results obtained from the both laboratory.
Daniel senyum lagi. Jelas Arissa sungguh arif tentang semua itu. Dari cara Arissa bercakap juga menunjukkan Arissa seorang yang bertanggungjawab.
Okay, I got that. Nanti saya hantar sampel baru. Err..Arissa, boleh saya jumpa awak Suara Daniel mula perlahan.
Talian putus.
Haih...aku ajak jumpa sikit, terus dia letak telefon.. Daniel sandar lagi di kerusi. Namun senyumannya sudah sampai ke telinga. Rindunya pada Arissa sedikit terubat.
ARISSA mengetap bibir. Dia jeling sekali lagi telefon di atas meja.
Nak jumpa buat apa Cebik Arissa lagi.
Kak, macam mana
Arissa mendongak. Suzana sudah tercegat di muka pintu.
Akak dah call client tadi. Nanti dia hantar produk yang baru dari batch yang sama. Arissa senyum.
Okey. Suzana senyum. Dia mula beredar dari situ.
Arissa menyambung semula kerjanya. Semalam, Syed Faizal sudah tanya mengenai projek CLOSED FILE. Menurut Syed Faizal, Tan Sri hendak projek itu dibuat secepat mungkin.
Aduh..pening aku. Bukan senang nak harvest bakteria ni semua. Kalau dia nak hidup,hiduplah dia..kalau nak mati, apa aku boleh buat. Haih... Arissa mengeluh. Membebel hal projek yang masih dalam proses. Bukan senang untuk membiakkan bakteria kalau tak kena caranya dan kaedah yang betul. Silap haribulan, bakteria yang dikultur itu tidak tulin. Banyak yang ada kontaminasi dengan bakteria lain.
Suzana! Mari sini kejap! Laung Arissa dari dalam bilik pejabat.
Ya kak
Peti sejuk dah sampai Arissa teringat peti sejuk beku yang dipesan dari pembekal dua minggu lepas.
Saya dah call supplier, dia orang kata esok baru sampai. Suzana senyum.
Ok, thanks.Arissa turut senyum.
Dia menyambung semula meneliti kaedah yang paling sesuai untuk pengkulturan bakteria. Peti sejuk beku itu akan digunakan untuk membuat bacteria preservation pada suhu bawah kosong darjah celcius. Menurut kaedah yang dibaca dan yang pernah dipelajari dulu, dia kena guna suhu -80C untuk projek itu.
Hmm..kalau okey kaedah ni, mudahlah sikit aku nak buat preservation. Kalau jual ni..untung banyak. Patutlah Tan Sri beria nak teruskan projek ni. Projek rawatan air sungai dulu pun masih mendapat permintaan tinggi dari pelanggan. Arissa senyum. Dia akan pastikan projek yang ini juga berjaya seperti projek dulu.
Telefon berdering kuat mematikan lamunan Arissa sebentar tadi.
Gagang telefon diangkat malas. Mana tahu Daniel yang menelefonnya lagi. Mungkin tak puas hati dengan tindakannya tadi mematikan talian.
Hello! Ya saya. Baiklah. Gagang telefon diletakkan kembali.
Hmm...Tan Sri nak laporan Nak lapor apa Projek pun belum mula lagi ni. Esok, fridge tu baru sampai. Arissa sudah pening. Tadi Syed Faizal mengingatkannya tentang laporan yang Tan Sri Johari minta.
Terpaksa Arissa membuat laporan pengenalan untuk projek terbaharu itu. Projek usahasama dengan Kementerian Kesihatan tentang penyakit kencing tikus sudah pun berjalan lancar. Laporan tentang projek itu sudah lama dihantar kepada Tan Sri Jamaluddin.
Aku harap..dapat la aku siapkan laporan ni. Banyak kerja nak buat ni.. Arissa garu kepala. Sampai saat ini, dia tidak beritahu sesiapa tentang hal pernikahannya. Hanya jiran tetangga sahaja yang dijemput. Borang cuti baharu saja dihantar semalam.