RETRO BOLA SEPAK - 60
Messi perlu kekal dalam skuad kebangsaan. Dia akan ke Russia dalam prestasi yang baik untuk muncul juara dunia. Beliau perlu harapkan bantuan rakan-rakan lain yang sedia pacu kemaraan Argentina. Yang tidak sanggup boleh angkat kaki. Mereka yang suruh Messi bersara sebenarnya mahu lihat Argentina jatuh. Saya terkilan dengan apa yang jadi dengan bola sepak Argentina kendalian

Argentine Football

Association (AFA). Kita sudah jatuh, terperosok di bawah, Pujuk legenda, Diego Maradona pada

Lionel Messi.

Pilu pula bila menatap imej Messi yang menanggung pilu, tewas dalam Final Copa America.

Wajah simpan 1,001 kekecewaan yang pikul harapan tidak terlunas jutaan rakyatnya.

Sebegini grand pemain ini di peringkat dunia khususnya bersama kelabnya, tetap sayu, pilu dan sedih bilamana gagalkan bawa piala untuk negaranya.

Sebabnya dia pikul maruah negara.

Beza sesetengah orang lain, sudah lah kalah dibelasah langsung sombong membongkak, pada peminat pun pandang tak hendak.

Buat Messi dan rakan-rakan...

Kalau jatuh bangun lah...

Kalau luka sembuh lah...

Kalau duka ceriakan lah...

Kalau sakit pulihkan lah...

Kalau gagal iktibarkan lah..

Macam selalu RBS bilang dahulu, kalian bukan gagal, cuma kejayaan sahaja yang tertangguh.