Mencari Kiblat Cinta - 61
Naufal dah bosan kak! Jerit Naufal seraya menghempas pintu di hadapannya sekuat hati.

Dia terduduk lemah. Kata-kata Naufal menjeruk perasaannya. Naufal, tidakkah Naufal mengerti perasaan kakak Istilah bosan atau kecewa takkan pernah ada dalam kamus hidup kakak selagi Naufal ada. Kakak hanya ada Naufal seorang, kakak tak boleh hidup tanpa Naufal. Dia mengesat airmata yang mengalir perlahan di cerun pipi.

Kenangan! Kenapa harus kembali jika kau tak mampu memulangkan kembali Naufal yang ku sayangi Hati Danira berbisik pilu.

Kakak nak minum apa Gadis remaja tadi kini sudah berada di hadapannya. Mata gadis itu berkerut sebaik menyedari pelupuk matanya kini bergenang air jernih. Menyedari keadaan itu, Danira pantas menyeka airmatanya sebelum memandang gadis di hadapannya.

Hmm bagi kakak sirap limau satu.

Makan

Danira menggeleng. Perutnya masih belum lapar. Gadis itu hendak kembali ke dalam, tapi jari jemari Danira lebih pantas memaut lengan si gadis.

Dik sekejap tahan Danira. Gadis itu menoleh.

Boleh kakak tahu Pak Maidin dengan Mak Minah ada lagi kat sini soalnya.

Gadis kecil itu menunjukkan wajah kaget.

Tok dengan Ucu ada kat rumah. Hari ni mereka tak datang sebab Tok tengah sakit. Jawab gadis kecil itu.

Danira tergaman. Panggilan Tok dan Ucu itu mengejutkannya.

Adik ni siapa dengan mereka Soal Danira ingin tahu.

Mereka datuk dengan nenek saya. Jawab gadis itu lagi.

Danira terdiam sejenak. Memang dia tahu Pak Maidin dan Mak Minah ada dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Barangkali memang gadis itu cucu pasangan suami isteri itu.

Nama adik siapa

Nina. Jawab bibir mungil itu.

Umur Nina berapa

Lima belas tahun kak. Jawab Nina.

Danira terdiam. Masih muda, tapi sudah pandai membantu di kedai. Kalaulah Naufal seperti Nina, tentu hatinya takkan segusar ini.

Kenapa kakak ni nampak sedih aje Kakak nangis Tanya Nina dengan wajah berkerut. Terkelip-kelip matanya memerhatikan ke arah Danira.

Danira memandang anak gadis itu sambil menggelengkan kepala. Kakak sudah puas menangis dik. Kakak sudah letih! Sepanjang hidup kakak, kakak menangis. Tapi anehnya air mata ini tidak pernah mahu kering! Bisik hati kecil Danira sebak.

Pak Maidin dengan Mak Minah masih tinggal di rumah lama mereka Soalnya lagi ingin tahu. Entah kenapa dia terlalu ingin menemui pasangan suami isteri itu. Rindunya pada pasangan yang menjaganya suatu ketika dahulu sering membuak-buak.

Ada kak, Tok dengan Ucu tak mahu pindah walaupun mak dah puas paksa. Kata Tok dengan Ucu, mereka nak tunggu anak angkat mereka balik. Beritahu Nina.

Danira tergaman. Anak angkat Apakah yang dimaksudkan anak gadis itu dirinya Apakah selama ini Pak Maidin dan Mak Minah sering menanti-nantikan kepulangannya

******

Seperti yang diduga, wanita tua itu terkejut besar apabila melihat dia terpacul di hadapan rumah. Danira cuba mengukir senyuman meskipun nampak kekok. Mak Minah menapak perlahan-lahan ke arahnya. Wajah wanita itu seolah kebingungan memandangnya.

Nira Danira.. Mak Minah bertanya sekadar mahu memastikan.

Danira mengangguk. Ini Nira, Mak Minah.

Sebaik mendengar kata-kata itu, Mak Minah terus meluru ke arah Danira. Tubuh gadis itu dirangkul erat. Air mata wanita tua itu merembes laju bagaikan air hujan. Danira membalas rangkulan wanita itu sekuat hatinya. Seperti Mak Minah, dia juga tidak mampu menahan sebaknya.

Kenapa baru sekarang Nira balik cari kami Kenapa Nira Tangis Mak Minah. Kesedihannya membuak-buak dengan kehadiran gadis itu.

Hati Danira tersentuh. Dia tidak mampu menjawab pertanyaan itu, lantaran perasaan bersalah menghantui dirinya kini.

Nira takut Mak Minah. Nira takut Mak Minah dan Pak Maidin tak sudi terima Nira lagi. Nira jahat! Nira dah susahkan Pak Maidin dengan Mak Minah. Bisiknya di telinga wanita itu.

Perlahan-lahan Mak Minah melonggarkan rangkulan. Wajah anak gadis itu diratah dalam-dalam. Danira tunduk ke bawah. Ada rasa sangsi yang tidak hilang dari lubuk hatinya.

Jari jemari Mak Minah bergerak ke bawah dagunya. Dia tergaman apabila menyedari wanita tua itu mengangkat dagunya.

Enam tahun kami tunggu Nira. Nira dah macam anak kami sendiri. Mustahil seorang ibu dan ayah akan membenci anaknya sendiri biar apa pun salahnya. Bisik Mak Minah tulus.

Danira terkedu. Gugur lagi airmata yang cuba ditahan. Sekali lagi bahu wanita itu menjadi sasaran lalu esakannya pecah.

Nira panggil satu suara. Serentak Danira dan Mak Minah berpaling. Melihat seorang lelaki tua bertongkat, muncul di muka pintu, Danira segera meluru lalu menyembah sujud di kaki lelaki itu.

Nira minta maaf Pak Maidin. Nira dah hampakan Pak Maidin. Tangis Danira dalam kesedihan. Dia memberanikan diri mendongak ke wajah lelaki tua itu. Pak Maidin hanya memandangnya dengan wajah sayu. Lelaki tua itu langsung tidak berkata apa-apa membuatkan hatinya tambah robek.

bersambung

Bab akan datang:

Apa yang telah dilakukan Danira sehingga dia meminta maaf pada Pak Maidin