Lama dia mengucup dahi Puan Hanim yang kelihatan tenang menutup matanya. Wanita itu seolaholah sedang lena di dalam tidurnya.
Maafkan Ris, Umi. Maafkan Ris, pintanya sendiri. Air matanya mula lebat menuruni pipi. Cepat-cepat disekanya dan untuk kali ketiga dia mengucup lama dahi wanita itu.
Perlahan-lahan dia mundur ke belakang apabila Hakimi pula mahu melakukan perkara yang sama. Arissa segera mendapatkan Shima dan Mak Cik Ruhaya.
Kau nampak penat sangat Ris. Elok kau berehat, bisik Shima sambil menepuk bahu temannya yang sudah meletak kepala di bahunya.
Ya, memang dia penat sangat. Penat yang amat penat. Penat menahan tangis. Dadanya begitu sebak sebaik melihat jenazah Puan Hanim tadi. Melihat Encik Razali teresak-esak dalam pelukan Hakimi, dadanya panas membahang semacam menahan rasa di hati. Tidak tahu mengapa.
Begitulah dia 19 tahun yang lalu ketika menatap kedua orang tuanya yang pergi sekaligus. Apa yang difikirkan ketika itu, di mana dia harus tinggal. Bagaimana dia harus hidup Ketika itu dia berkata, Ris nak ikut ibu dan Ayah sekali.
Kembali dia mengesat air matanya.
Sabarlah, pujuk Mak Cik Ruhaya lembut sambil mengurut tangan Arissa.
Dia dah maafkan Ris ke Perlahan dia bertanya.
Dah... jangan fikir pasal tu. Mak Cik Ruhaya terus memujuk. Dia tahu, Arissa penat, dengan perjalanan yang jauh tambahan gadis itu sedang mengandung.
Usai solat jenazah mereka terus membawa ke tanah perkuburan. Memang Encik Razali mahu menyegerakan jenazah isterinya. Tidak perlu menunggu Hazami yang hanya akan tiba pada pukul 12.00 tengah malam nanti. Mahupun abangnya, Dato Azizan yang akan tiba selepas isyak.
Selesai talkin dibaca, ramai yang beransur pulang. Tinggal keluarga Encik Razali, teman-teman rapat dan beberapa orang kakitangan penting dari Hotel Sweet Arena di situ. Lama Arissa berdiri memandang pusara yang sudah bertanda.
Arissa, panggil Mak Cik Ruhaya dari arah belakang. Lengan Arissa dipegang lembut.
Arissa menoleh sambil mengesat air matanya.
Dah, jom balik. Tak elok lama-lama di sini. Arissa mengandung. Mak Cik Ruhaya menarik tangan gadis itu.
Saya tumpang rumah Mak Cik boleh ke Arissa memandang Mak Cik Ruhaya.
Tu... Mak Cik Ruhaya menuding jarinya kearah Hakimi yang sedang memandang mereka.
Saya tak boleh masuk rumah tu.
Dah... tak ada apa-apa. Semua itu hanya salah faham je. Tak baik... kesian kat Kimi tu. Dia tengah sedih. Dia perlukan Arissa. Diusap lengan Arissa.
Sekali lagi Arissa memandang Hakimi. Dia pula rasa serba salah.
Betul tu Ris. Maaflah apa pun, suami isteri memanglah macam tu. Sedangkan lidah lagi kan tergigit... inikah kau dan Encik Kimi. Aku pun kena minta maaf pada dia. Shima mengeluh pula.
Apa pasal pula Arissa memandang Shima. Begitu juga dengan Mak Cik Ruhaya.
Shima sengih. Kau punya pasallah. Sebab sayang kaulah aku jadi tak siuman pagi tadi tahu tak!
Apa halnya! Geram pula Arissa bila soalannya tidak berjawab.
Apa halnya Shima Mak Cik Ruhaya pula bertanya.
Aku lempang laki kau!
Astaghfirullah al azim, Shima! Spontan jari Mak Cik Ruhaya mencubit lengan gadis itu.
Aduh, sakitlah Mak Cik. Shima mengaduh.
Dah-dah... pergi ikut Kimi balik. Mak Cik Ruhaya menggamit Hakimi yang masih memandang mereka.
Cepat sahaja lelaki itu melangkah mendapatkan mereka bertiga.
Mak Cik nak balik dengan Shima. Insya-Allah, esok Mak Cik datang. Hazami sampai pukul berapa soalnya ingin tahu.
Malam ni. Pukul 12.00 lebih, jawab Hakimi sebaik menghampiri mereka. Jom, Shima.
Mak Cik Ruhaya menarik tangan Shima yang masih hendak bercakap dengan Arissa.
Jom sayang. Beg semua Bad dah letak dalam kereta. Hakimi memegang tangan Arissa walaupun dia tidak pasti pada mulanya.
Arissa senyap namun dituruti langkah Hakimi menuju ke kereta yang sering dipakai oleh lelaki itu untuk ke pejabat.
Walid mana Matanya tercari-cari bapa mentuanya.
Hakimi senyum. Begitulah Arissa begitu mengambil berat akan kedua orang tuanya yang tidak pernah dilakukan selama ini. Tiba-tiba dia merasa kesal sangat. Benarlah, hilang separuh daripada keberkatan hidup ini setelah pemergian seorang ibu yang dipanggil Umi.
Bad dah bawa dia balik sekejap tadi dengan kereta abang.
Dia terpaksa menggunakan sebuah lagi kereta hotel memandangkan Toyota Harriernya remuk teruk dalam kemalangan tadi.
Umi... Baru dia teringat. Puan Hanim sudah tiada. Air matanya kembali mengairi pipi. Ya Allah... bisiknya.
Hakimi menoleh. Ditarik tubuh Arissa dan dipeluk tubuh itu dengan erat. Dia faham.
Kita kena terima yang Umi dah tak ada. Dalam suara Hakimi memujuk Arissa. Walaupun sukar mereka terpaksa menerimanya dan redha dengan pemergian Puan Hanim.
Arissa senyap dan terus melayan esakannya. Tak sangka, beberapa hari yang lalu wanita itu begitu kuat mengangkat begnya dan kini wanita itu sudah tiada. Begitu pantas masa meragut.
Dah... jom balik. Sayang kena berehat. Makan pun belumkan Hakimi mengusap lembut belakang Arissa sebagai menguatkan semangat isterinya.
Sekejap lagi budak-budak dari kitchen nak hantar makanan kat rumah.
Pihak hotel dari bahagian kitchen bermurah hati menyediakan hidangan untuk mereka dan akan menghantar juadah ke masjid yang mengadakan tahlil untuk Puan Hanim malam nanti dan dua malam lagi.
Tak apa ke Arissa masih tidak pasti dengan apa yang berlaku tempoh hari. Dikesat air mata yang masih berbaki di tepi mata.
Itukan rumah kita. Dah... semua tu salah faham je. Dia tidak mahu mengungkit perkara yang terjadi lagipun Puan Hanim baru sahaja pergi meninggalkan mereka.
Arissa tidak bersuara. Akur dengan kata-kata Hakimi. Seketika mereka sudah pun berada di jalan raya menuju ke Seri Tanjung Pinang. Dari cermin pandang belakang dia dapat melihat tanah perkuburan itu semakin jauh dan semakin sepi di rembang senja yang mula merangka menjadi malam.
Harap Umi tenang di sana, ya. Insya-Allah, Ris akan sentiasa berdoa untuk Umi. Seperti ibu dan Ayah, ungkap hatinya sendiri dan itulah janjinya.
HAKIMI meletak telefon bimbitnya sebaik memutuskan talian. Dia memandang jam dipergelangan tangan. Sudah menghampiri pukul 12.45 pagi. Badrul masih belum pulang dari mengambil Hazami di Lapangan Terbang.
Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri katilnya sambil memandang Arissa yang sudah lena. Isterinya kelihatan begitu penat sekali. Selepas makan malam dan bersolat isyak, Arissa terus tidur.
Dibetulkan selimut yang menyelimuti isterinya.
Lama dia memandang isterinya. Diusap lembut rambut isterinya dan sekali lagi dia meletak ciuman di dahi Arissa.
Jaga Arissa elok-elok. Jaga cucu Umi tu elok-elok.
Terngiang-ngiang pesanan terakhir Puan Hanim untuknya pagi semalam. Tidak disangka itulah tanda yang wanita itu akan meninggalkan mereka semua untuk selama-lamanya. Begitu sekejap masa meragut kenangan itu dan kini dia tidak akan melihat wanita itu lagi. Segalanya hanya kenangan yang hanya untuk dikenang.
Kembali rasa sebak di hatinya. Cuba ditahannya tidak mahu air matanya tumpah lagi. Dia kena kuat untuk meneruskan hidupnya bersama isteri, bakal anak yang lahir dan seorang bapa yang masih dalam kesedihan. Mereka semua bergantung harap darinya.
Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam sebagai menenangkan hatinya. Dia melangkah ke pintu dan keluar menuju ke tingkat bawah. Terpandang bilik Puan Hanim terang benderang. Laju kakinya melangkah ke situ.
Walid!
Kelihatan Encik Razali yang sedang membelek barangan arwah isterinya menoleh dengan senyuman.
Hakimi menghampiri lelaki itu.
Apa Walid buat Sangkaannya lelaki itu sudah tidur tadi. Selalunya apabila sudah memakan ubat Encik Razali akan tidur nyenyak sehingga pagi.
Kemas barang-barang Uminya.
Hakimi melihat suasana sedikit berselerak.
Biarlah Mak Cik yang buat.
Tak apalah... biar Walid buat. Dah Walid suami dia. Ini baru barang-barang kat sini. Dekat Shah Alam tu lagi banyak. Dekat Damansara lagi. Penat nak mengemas ni. Dia sudah bercadang hendak menjual rumah di Shah Alam dan Damansara.
Kemudian mahu membeli sebuah rumah di Pulau Langkawi memandangkan pusara Puan Hanim berada di sini. Jadi dekat sedikit dan memudahkan dia selalu menziarahi isterinya kelak. Itulah rancangannya sekejap tadi ketika mata hendak terlena. Sangkaannya dia yang akan pergi dahulu tetapi...
Walid.
Hakimi memegang tangan lelaki itu. Dia faham, Encik Razali masih tidak dapat menerima pemergian Puan Hanim lagi. Yalah, segalanya berlaku begitu pantas. Semasa Encik Razali ke Pulau Langkawi Puan Hanim kelihatan sihat seperti tidak akan terjadi apaapa. Tetapi itulah rahsia Allah.
Encik Razali kembali teresak-esak.
Walid tak sempat nak minta maaf pada dia, Kimi. Walid selalu sangat marah-marah dengan dia. Walid marah tanda Walid sayang. Siapa yang tak sayang isteri. Perkara itulah yang membuat dia benar-benar ralat. Bagaimana dia hendak memohon maaf dari isterinya yang sudah tiada.
Hakimi senyap. Erat dia memeluk tubuh Encik Razali yang terhinggut-hinggut menangis. Diusap dengan lembut belakang lelaki itu. Faham dengan rasa sedih lelaki itu.
Kesedihannya juga sukar diungkap apabila melihat bagaimana keadaan Puan Hanim tadi. Menurut doktor, berlakunya pendarahan dalaman yang teruk di kepala Puan Hanim. Semasa dia tiba di tempat kemalangan dan memanggil wanita itu, Puan Hanim tidak menyahut sehinggalah doktor mengesahkan kematian wanita itu. Tiada kata-kata terakhir dari wanita itu.
Sabarlah Walid... Umi tu tahu Walid sayang dia. Memang sikap Umi tu macam tu. Marah tetapi dia sayangkan kita semua. Hakimi terus memujuk. Mungkin begitulah cara Puan Hanim menunjukkan rasa kasih dan sayangnya kepada mereka yang disayangi.
Encik Razali terus melayan esakannya.
Sabar Walid. Sekali Hakimi memujuk dengan pelukan yang begitu erat. Walid patut berehat. Mesti penatkan.
Ya, pasti lelaki itu penat. Bertukar-tukar kenderaan untuk pulang ke sini untuk menatap Puan Hanim untuk kali terakhir mereka.
Arissa dah tidur Encik Razali mengesat air matanya setelah sedikit tenang.
Dah.
Penat sangat tu. Kesian cucu Walid dalam tu. Dari Pantai Cenang naik van, lepas tu naik feri lagi. Lepas tu naik teksi sampai ke sini. Manalah Arissa dan budak dalam perut tu tak penat. Encik Razali ketawa kecil.
Hakimi senyum yang dibuat-buat. Perlahan-lahan dia membantu Encik Razali bangun seketika kedua mereka keluar dari bilik Puan Hanim.
Walid nak tunggu Alongnya. Encik Razali sudah melangkah ke ruang keluarga.
Elok Walid tidur. Esok pun boleh jumpa, desak Hakimi.
Apa yang dibimbangkan adalah kesihatan lelaki itu. Lusa dia kena bawa Encik Razali bertemu dengan doktor tempat lelaki itu selalu membuat pemeriksaan rutin, itu adalah cadangan Arissa.
Yalah.
Encik Razali terpaksa akur. Memang dia penat dan masih sedih dengan pemergian isterinya. Perlahanlahan lelaki itu melangkah menuju ke biliknya semula.
Hakimi hanya memandang pintu bilik itu ditutup rapat dari dalam. Dia kembali semula ke ruang keluarga namun terhenti sebaik terdengar bunyi telefon bimbit. Siapa punya telefon bimbit, bisiknya lalu masuk ke dalam bilik yang pernah diduduki oleh arwah Uminya.
Assalammualaikum Uncle.
Waalaikumussalam... Walidnya dah tidur ke soal Dato Azizan di sebelah sana.
Dah, baru masuk tidur. Lelaki itu datang ke situ terus dari lapangan terbang untuk menjenguk mereka sebelum ke Penthouse di hotel mereka untuk menginap di sana.
Kenapa Uncle Hakimi menyoal setelah tiada suara dari Dato Azizan.
Lepas satu, satu si Naim ni buat Kimi. Dia kena tangkap basah kat hotel kita di KL. Kedengaran keluhan Dato Azizan di sebelah sana.
Ooo... dengan siapa Walaupun perkara itu sudah dimaklumkan oleh temannya di sana sekejap tadi.
Wafa. Katanya budak dari management office Sekali lagi dia dapat mendengar keluhan panjang lelaki itu.
Hakimi senyap.
Tak apalah Kimi... Insya-Allah esok pagi Uncle ke rumah Kimi.
Yalah, terima kasih Uncle.
Hakimi senyum sinis. Padan dengan muka kau Naim!