Itulah rutin hariannya semenjak bekerja di THSC. Disebabkan faktor usia, Makcik Zainab adakala mudah diserang tekanan darah tinggi lantaran kepenatan mengendali kaf seorang diri. Usai menjenguk, dia bergegas pergi ke perhentian bas menanti bas yang membawa haluan terus ke THSC.
Hari ini, hari ke-3 di THSC. Entah apa pula cabaran yang bakal ditempuh seharian nanti. Qamra Ain berdiri di depan pintu utama ke lobi. Sebelum masuk, dia mendepakan tangan sambil menghirup udara segar di luar.
Ya ALLAH! Nyaman sungguh pagi ni! Indah alam ciptaan Tuhan bagi mereka yang cinta padamu. Puji Qamra Ain mewangi di dalam hati. Dia melangkah ke dalam dengan semangat yang baru dan bersedia untuk menyahut cabaran seterusnya dari si egois itu.
Tiba di tengah lobi, tanpa dijangka sesuatu benda keras singgah di kepala. Bergegar rasa otak. Qamra Ain mengeleng-geleng kepala beberapa kali. Pandangannya berpinar-pinar sejenak. Sambil mengosok kepala, dia tunduk memandang ke bawah. Ada objek yang terletak elok di atas lantai lobi. Dia duduk bertinggung memungut objek itu.
Terbang dari mana benda ni
Dr. Qamra minta maaf! Ucap Luqman sambil memegang erat lengan makcik yang terlepas keluar seperti kelmarin.
Mainan Playskool yang berada di tangan direnung tanpa kelip. Tak semena-mena mainan tadi dirampas kasar dan sempat lagi wanita itu menoreh di belakang tangan Qamra Ain. Cecair darah pekat mula menitis hadlaju perlahan.
Berani kau ambil harta anak aku! Berani kau! Jerit wanita yang dijumpai kelmarin yang merenung tajam seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
Qamra Ain berbalas pandangan. Dari wajah menyinga wanita itu terus bertukar ketawa mengilaingilai sambil bermain dengan mainan tadi. Muncul 3 orang jururawat membantu Luqman membawa wanita itu pergi masuk semula ke dalam wad psikiatri.
Bagi balik anak aku! Bagi balik!! Jerit wanita tadi sambil diheret oleh jururawat tadi secara paksa.
Maya, ambilkan kit kecemasan di ER cepat! Dr.Qamra cedera! Arah Luqman cemas. Kalau tau dek Tunku Raffzul, habis satu Jabatan kena taichi nanti.
Eh! Tak payahlah, Dr. Luke. Sikit aje pun. I ada pesakit yang kena jenguk pagi ni. Itu pesakit yang terlepas tempoh hari, kan Sempat lagi dia bertanya tatkala menahan pedih dek hirisan kecil tadi.
Nasib baik memang ada handyplast tersedia di dalam beg galas. Handyplast ditempek pada torehan luka bagi menghentikan darah yang semakin banyak menitis keluar.
Semakin lama semakin serabut I jaga dia, Dr. Qamra. Macam mana kurung sekali pun terlepas juga makcik tu keluar. Penat kalau asyik nak maraton aje. Dah tu, suka sangat sepahkan lukisan dalam bilik. Penat juga nak mengemas, keluh Luqman.
Dr. Luke! Pesakit you pengsan! jerit salah seorang dari jururawat tadi di depan pintu bilik yang menempatkan wanita tadi.
Pengsan lagi Okeylah, Dr. Qamra I nak kena gerak dulu. Ada masa, kita lunch sekali, okey Terus dia bergegas lari sepantas yang boleh.
Lajunya Luke Skywalker tu lari! Makan pil apa mamat tu
I
MUNOPENDARFLOUR (IDIF) mengesahkan yang Salina positif TEN, perlahan suara Tunku
Raffzul menyatakan pada Rudy Armani yang tiba awal di wad ICU. Hanya tinggal Qamra Ain saja yang masih belum kelihatan.
Kau pasti, Raff
Aku rasa bersalah sebab menolak keras diagnosis Dr. Qamra. Diagnosisnya tepat. Cuma aku yang silap tak dengar dulu penjelasan dia. Kalau tak kerana ego aku Ah! Apa aku nak jawab dengan Tuan Harith nanti
Mereka juga turut terlibat sama meskipun kesilapan bukan datang dari mereka berdua atau pun Qamra Ain. Rudy Armani teragak-agak menyentuh bahu Tunku Raffzul dengan tujuan menenangkan emosi lelaki itu.
Kau tak perlu rasa bersalah. Kitakan satu team.
Kita yang harus sama-sama hadapi. Belum terlewat untuk kita cari penawar yang bersesuaian dengan TEN. Aku yakin, doktor yang sehebat kau juga akan buat perkara yang sama.
Qamra Ain pula, sesudah keluar dari lif terus bergegas menuju ke wad ICU. Di masa itulah dia mencuri dengar perbincangan mereka berdua di luar wad. Dia yang ketika itu berdiri di belakang Rudy Armani.
Biasalah, Tuan Raff. Sesiapa pun tak boleh lari dari kesilapan. Mengaku dan kaji di mana silapnya. Bukan nak tunjuk pandai, celah Qamra Ain yang berdiri tercegat bersebelahan dengan Rudy Armani.
Tunku Raffzul terasa Qamra Ain seperti menyindirnya. Entah bila gadis itu muncul mereka tak pasti. Mungkin sewaktu mereka sedang ralit berbincang tadi.
Aku tau result pasal IDIF malam semalam. Aku dan Azmeer terus bagi Imunoglobulin (IVIG). Pagi tadi aku pantau kulit Salina pun semakin pulih. Kau tak perlu risau, Raff, terang Rudy Armani. Kini, mereka berasa lega sudah kerana akhirnya dapat menemui penyelesaian kes Salina.
Raff, ada sesuatu tentang Salina dalam laporan ultrasound semalam, Azmeer yang baru tiba dari bilik ultra bunyi. iPad Air yang berada di tangan diserahkan ke tangan Tunku Raffzul. Dia membaca laporan dari dalam tablet dengan teliti. Usai membaca dia menoleh ke arah Salina dan kemudian memandang ke arah mereka bertiga silih berganti dan berakhir pada Azmeer.
Biar betul, Azmeer. Kau pasti Tunku Raffzul menyerahkan semula tablet tadi ke tangan Azmeer.
Kita kesuntukan masa. Kau perlu bagitau dia, Raff. Cadang Azmeer.
Tunku Raffzul berkira-kira untuk mengangguk. Baru saja hendak berlapang dada kerana kes Salina dianggap selesai, timbul pula diagnosis baru selepas membaca laporan Azmeer.
Biar aku yang masuk, yang lain tunggu di luar. HKetua Doktor yang kendalikan kes kamu. I, SALINA. Saya Dr. Tunku Raffzul selaku
You can call me, Dr. Raff. How is your condition now Feeling better Tanya Tunku Raffzul sambil menarik kerusi lalu berlabuh duduk berdekatan dengan katil Salina.
Sepasang bebola hazel itu melihat berseliratnya wayar yang menyambung mesin pengukur denyutan jantung. Dia meneliti pula keadaan Salina yang semakin pulih walaupun belum pulih sepenuhnya. Jika ikut pengiraan, proses membaik pulih jaringan kulit mengambil masa 3 ke 4 minggu jika mengikut saranan doktor dari segi pemakanan dan preskripsi ubat yang diberikan.
Ada rasa baik sikit, Dr. Raff. Kulit saya pun dah semakin baik. Dr. Rudy kata, saya boleh discharge dalam seminggu dua lagi, ujar Salina. Meskipun dalam keadaan sakit masih lagi mampu mengukir segaris senyuman pada doktor kacak itu.
Tunku Raffzul berbalas senyuman. Senyuman yang tersembunyi rasa kecewa.
Salina, berat hati hendak saya hendak bagitau kamu tapi sebagai seorang doktor, saya terpaksa maklumkan yang Dr. Azmeer menemui tumor di dalam hati kamu. Team saya perlu lakukan biopsi pada hati kamu untuk mengesahkan adakah tumor biasa atau kanser.
Termangu Salina mendengar. Baru saja mendapat khabaran berita dari Dr. Rudy Armani pagi tadi, timbul pula khabaran yang merundum terus semangat untuk bertahan di wad ICU. Hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk dia tampil membuat persembahan di IB. Dia tak mahu ketinggalan dan dibuang daripada menjadi salah seorang penari gamelan di situ.
Saya mohon maaf bagi pihak team saya kerana tak selidik terlebih dahulu yang kamu punyai alahan autoimun. Sebab itu, kulit kamu jadi begini atas kesilapan diagnosis saya, teragak-agak dia memberitahu. Kalau tak kerana kesilapan dia, sudah pasti Salina tak sederita begini.
Ada apa-apa lagi yang doktor nak bagitau saya Keluhan berat dilepaskan.
Hanya tu setakat ni. Dua jam dari sekarang kamu perlu bersedia untuk dibawa ke OT. Team saya yang akan uruskan, pesan Tunku Raffzul tersenyum kelat namun masih terlihat lekuk di pipi.
Salina membalas senyuman. Tak menyangka, doktor sekacak itu yang merawat selama dia berada di sini. Yang hanya dia kenal, cuma Dr. Rudy, Dr. Azmeer dan Dr. Qamra. Rupanya, ada seorang lagi doktor yang tampil menjenguk pagi ini. Kacak bergaya pula tu!
Baru dia terasa lega selepas memohon maaf secara terbuka pada Salina. Jika perkara ini sampai ke telinga MD, dia sudah bersedia. Selama 3 tahun menyandang jawatan VP, inilah kali pertama dia akui kesilapan diagnosis. Yang pasti, berdas-das sindiran sinis yang bakal diterima jika kes ini sampai ke telinga Tun Tunku Harith kelak.
Ini semua gara-gara doktor pelatih bernama Qamra Ain. Keberanian gadis itu memberi satu tamparan yang hebat selama menyandang jawatan VP. Satu-satunya doktor pelatih yang berani bersuara lantang, yang berani menyangkal diagnosisnya, lebih berani dari segala keberanian yang ada.
Tunku Raffzul melangkah longlai keluar dari wad ICU. Pandangan dihalakan terhadap Qamra Ain yang menunggu respon darinya. Gadis itu sedang bersandar di tepi cermin kaca pemisah sambil memandang ke arah Salina yang tunduk menangis teresak-esak.
Dorang berdua ke TED, ada kecemasan. Tuan Raff, okey Berkerut-kerut wajah Qamra Ain menahan pedih luka di belakang tangan.
Seperti kamu katakan akui kesilapan dan jangan tunjuk pandai, jawabnya perlahan serta tersenyum kelat. Beralih renungan Tunku Raffzul ke arah kot putih Qamra Ain yang nampak seperti tompokan hitam.
What is that Soal Tunku Raffzul sambil jari telunjuk lurus menuding ke arah kot putih. Qamra Ain turut tunduk melihat. Anak matanya buntang. Tak sedar langsung bila masa kot putih itu terkena titisan darah.
Sirap tertumpah tadi, Tu Tuan Raff, jawab Qamra Ain teragak-agak.
Ini bukan sirap, ni darah! Apa terjadi pada kamu Someone hurt you, Dr. Qamra
Bertalu-talu soalan diajukan dan tak tahu mana satu yang harus dijawab dulu. Jelas sungguh riak kerisauan di wajah Tunku Raffzul. Tanpa segan silu dia memegang tangan yang disorok ke belakang. Handyplast yang ditempek tadi sudah tak berdaya lagi untuk menampung darah yang semakin galak keluar di celahannya.
Kamu tunggu saya di pantri kat hujung sana. Saya nak pergi cari kit kecemasan kejap. Tunggu sampai saya datang! Arahnya tegas dan terus berlari masuk ke dalam OT yang terletak di depan dengan wad ICU.
Entah kenapa dia mengikut saja Tunku Raffzul. Ringan kakinya melangkah pergi mencari pantri yang dikatakan tadi. Sesudah sampai di sana, dia duduk menunggu sebentar. Tak lama kemudian, muncul Tunku Raffzul bersama sekotak kit kecemasan di tangan. Lelaki itu menarik kerusi lalu duduk mengadap di depan Qamra Ain, agak rapat kedudukan mereka berdua. Kedua-dua lututnya berada di tengah antara lutut lelaki itu. Tunku Raffzul menyinsingkan keduadua lengan kot putih hingga ke paras siku.
Kenapa sampai jadi begini Kalau stress kerja dengan saya sekali pun, jangan sampai nak toreh tangan bagai. Pertama kali doktor intern bawah team saya buat gimik tahap Gaban macam ni, leter Tunku Raffzul panjang. Qamra Ain hanya tersenyum kelat.
Gimik kata kau Meh sini aku toreh tangan kau pula! Gimik ke tak Ooo ada hati lembut rupanya, si arrogant ni! Ah! Fokus Qamra Ain, fokus! Kedengaran satu keluhan dilepaskan oleh Tunku Raffzul. Lantas dia membuka kit kecemasan dan mengambil beberapa perkakas yang diperlukan untuk membasuh luka.
Qamra Ain membiarkan doktor tampan itu merawat luka tangannya. Hakikatnya, dia merasa pedih yang teramat. Mungkin torehan tak sengaja itu tertusuk terus ke lapisan dermis.
Tengok, kuku pun panjang. Kamu tau etika THSC Dilarang menyimpan kuku lebih dari paras hujung jari, dikuatiri mengganggu kerja seharian. Kamu tak baca ke Leter Tunku Raffzul lagi sambil mengelenggeleng kepala.
Bi... bila masa saya nak baca, Tuan Raff Baru 3 hari saya di THSC. Nak baca pun tak sempat, jawab Qamra Ain tersekat-sekat.
Takut diherdik lagi seperti semalam. Cukup-cukup sudah pedih gegendang telinga mendengar. Hari pertama kena cekik, hari kedua kena taichi, pagi tadi Kena toreh dekat tangan. Entah apa lagi yang bakal diterima di hari-hari yang berikut selepas ini.
Nampak macam kesan parut jahitan. Ibu jari kiri pula tu. Pengguna tangan kidal rupanya kamu ni.
Oh parut luka lama. Terkena cermin kaca masa nak rescue ouch!! Sakit!
Kalau macam ni pun tak tahan, macam mana kamu nak pegang scalpel kat meja bedah Cuba tahan sikit
Tunku Raffzul menarik handyplast perlahan-lahan dan berhati-hati. Takut tertarik sekali dengan lapisan kulit. Berkerut-kerut muka Qamra Ain menahan perit. Sesudah itu, dia menuang sedikit Antiseptic Dettol ke dalam air suam. Kapas diambil lalu dicecah ke dalam bekas air tadi.
Tahan ya, pedih sikit perlahan-lahan Tunku Raffzul membersihkan di atas keseluruhan belakang tangan.
Sesekali Qamra Ain menarik tangan bila terasa pedih. Air suam yang jernih tadi bertukar menjadi keruh. Kemudian dia mengambil pula beberapa keping tisu swab untuk membersih dan melegakan pedih luka.
Baru dia perasan yang rambut Tunku Raffzul lain benar penampilan pagi ini. Tak seperti 2 hari lepas, serabai tanpa perapi rambut. Rambutnya tampak bersinar dan keperang-perangan. Gaya rambut juga lain, style slicked back. Sama seperti Tunku Hussein yang gilakan gaya rambut yang sama. Pelik juga, sempat si Gabanto tampan ini mendandan rambutnya.
Tunku Raffzul leka membersihkan luka yang hampir siap sedangkan dia mengamati dengan redup mata VP muda itu melakukan kerjanya dengan penuh teliti. So adorable!
Okay, done! Tunku Raffzul menyimpan semula peralatan yang siap dibasuh menggunakan air suam ke dalam kotak kits kecemasan sebelum menutup dengan rapat. Teguran sejenak tadi serta-merta menyedarkan Qamra Ain dari lamunan. Sedar-sedar belakang tangannya sudah siap berbalut kemas.
Tunku Raffzul bangkit dari kerusi seraya mengangkat besen yang berisi tisu kotor tadi dibawa terus ke sinki. Tisu-tisu kotor dibuang ke dalam tong sampah manakala besen tadi dibasuh dan disusun semula ke tempat asal. Kemudian dia mengambil 2 gelas kaca dari dalam almari lalu ditadah air dari Penapis Air Elken. Segelas dihulurkan ke tangan Qamra Ain.
Terima kasih, Tuan Raff.
Apa yang terjadi sebenarnya Sementara menanti jawapan, dia meneguk air dan dibiarkan tinggal separuh.
Luka sikit aje, Tuan. Tak tak ada apalah. Salah saya sebab cuai.
Dari sinar mata kamu saya nampak kamu berbohong, Dr. Qamra. Tell me the truth please, intonasi Tunku Raffzul berubah sedikit serius.
Qamra Ain tiada pilihan lain dari terpaksa ceritakan perkara yang sebenar.
Sebenarnya saya teragak-agak untuk dia mulakan bercerita.
S
EMUA warga kerja kecut perut bila mendengar VP turun ke PD pagi ini. Kalau tak sebab sesuatu kejadian berlaku, jangan mimpi Tunku Raffzul jejak kaki ke Jabatan mereka. Kalau VP terdahulu, sesibuk mana sekali pun nampak juga batang hidungnya meskipun sebulan sekali melawat mereka. Panggil Dr. Zarul sekarang! jerkah Tunku Raffzul di depan meja kaunter sambil mencekak pinggang.
Jururawat yang bertugas di kaunter ketakutan apatah lagi melihat wajah tampan Tunku Raffzul yang bertukar ke wajah yang menyeramkan menanti ketua jabatan mereka muncul. Sela beberapa minit, Dr. Zarulazmi muncul di depan kaunter.
YM Tuan Raffzul ada apa yang boleh saya bantu
Kamu tau apa yang berlaku pagi tadi Doktor intern DMD saya diserang dengan scalpel oleh pesakit kamu! Macam mana kamu boleh biarkan scalpel letak merata-rata berdekatan dengan pesakit
Maafkan saya, Tuan Raffzul. Saya tak dimaklumkan mengenai perkara ni. Sekejap Suzi, panggil Dr. Luke ke sini. Katakan, VP nak jumpa, arah Dr. Zarulazmi tenang.
Suzi mengangguk faham dan terus bergegas pergi menuju ke bilik pesakit yang membuat onar pagi tadi mencari Luqman. Sela beberapa minit kelihatan Luqman sedang berjalan beriringan dengan Suzi menuju ke kaunter.
Bawa bertenang, Tuan Raff. Memang salah pihak kami. Bukan kami yang bagi dia scalpel tu, kami Luqman cuba menerangkan perkara yang sebenar namun belum habis lagi berkata-kata Tunku Raffzul memotong cakapnya.
Kalau pesakit kamu rodok perut ke apa bukan ke timbul kes di THSC nanti! Cukup! Saya tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Kali ini saya lepaskan kamu semua. Kalau terjadi lagi, siap kamu! Marahnya sambil menuding jari telunjuk ke arah seorang demi seorang dan berakhir dengan Luqman.
And for you, Luke! This time, I lepaskan you.
Tunku Raffzul terus berlalu pergi. Panas sungguh
hati mendengar penjelasan Qamra Ain setelah didesak berkali-kali. Dia tak mahu timbul apa-apa kekecohan dalam THSC. Masak dia nak menjawab dengan Tun Tunku Harith nanti. Nasib baik tangan, kalau perut atau kena tempat yang bukan-bukan Tak ke naya anak orang
Baru 3 hari Qamra Ain bekerja di bawah pasukan DMD, dia akui ada sesuatu aura yang mula menjalar sedikit demi sedikit di segenap urat neuronnya. Tunku Raffzul berhenti lalu bersandar sejenak di suatu sudut yang jauh dari pandangan orang.
Dia melekapkan telapak tangan di atas dada.
Kenapa dada aku berdegup kencang ni!