LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 61
Tidak berkumandang tengkingan Sang Perayu menyatakan rindu pada isi hempedu dan si pembulat sabit diam dalam gelora sumbang, hati tak tenteram dan penglipur lara menyorak padu dalam api membiru dan sayu

kerana habisan si penghentak batin tidak lagi berjunjung

nisannya tidak lagi diterkam bisa dalam gelombang jiwa saragila kerengkot malu dibawanya dan umpama azan dalam sahut syahadahmu yang baru lalu diterangkan satu-persatu... biar nampak mata berjeringai, biar hati sundal gerak dalam renyai, biar lecak seribu datang bederai, biar dusta si pengarut kekal dalam sungai, biarkan segalanya...

asal isi batin tidak berkocak, asal keringat pandunya sabut si selar, asal bahunya retak dan bergelora, asal ceritanya habis dirungkai, kerana jeritannya sudah mati dibawa desu-desu pengemis cinta cubaan membunuh dan bersangkal siam dan retak bahunya terus merangkak...

layu... bukan dalam senja tadi kamu mengadu