Arissa Daniel - 63
BAB 63

ZAKI senyum melihat Daniel terkial-kial mengikat kain samping yang diajar semalam. Dari pagi tadi lagi, Daniel begitu teruja mencuba memakai samping stail panglima zaman kesultanan Melaka dulu.

Hmm...dah jadi tu. Zaki senyum lagi. Dia turut membantu Daniel memakai pula tanjak di kepala. Lama dia perhatikan Daniel yang berdiri di depan cermin besar. Segak dan kacak.

Okey tak Zaki Daniel menoleh ke arah Zaki yang tersenyum dari tadi.

Okey, bos pakai apa pun nampak segak. Zaki memuji bos mudanya.

Daniel hanya senyum. Suit kot berona firus sepadan dengan gaun Arissa juga turut ditempah untuk majlis bergambar nanti.

Esok, macam mana bos Zaki betulkan tanjak di kepala Daniel.

Pukul berapa akad nikah

Pukul sepuluh pagi esok. Zaki senyum lagi. Jelas di wajah Daniel ada sinar ceria. Yalah..siapa yang tidak ceria dan teruja bila gadis yang dicintai selama ini hampir dimiliki.

Okey... Daniel mula tanggalkan kain samping yang dipakai tadi.

Bos, kalau ada apa-apa nanti, panggil saya ya. Saya nak ke bilik sekejap. Zaki minta diri ke biliknya. Sudah empat hari dia tinggal di rumah Daniel setelah seminggu lebih dia bersama keluarga baru ayahnya di Kelana Jaya.

Daniel masih di bilik mengemas dan menyusun baju yang ditempah. Telefonnya berdering kuat.

Siapa pula yang hantar mesej Daniel menapak ke meja kecil sebelah katil. Skrin telefon bimbitnya dipandang seketika. Mesej itu dibaca.

You are mine

Daniel berkerut kening. Siapa

Daniel mundar-mandir di bilik. Mesej yang diterima tadi cukup membuatkan hatinya tidak tenang. Mesej itu jelas datangnya dari seorang perempuan. Mungkin salah seorang teman wanitanya dulu atau mungkin juga musuh Arissa. Siapa tahu Ah! Serabut! Belum habis dengan Sharif, timbul pula musuh lain!

Daniel genggam kedua tangannya. Sekali lagi dia mundar mandir. Pantas Gagak dan Robin dihubungi. Dia perlu berhati-hati. Mesej itu tidak boleh dipandang sepi.

Telefon dilempar atas katil. Daniel duduk di birai katil. Kepala menunduk ke lantai. Serabut!!

Bos, kenapa ni Zaki menghampiri Daniel yang sudah tunduk menekup muka.

Tak..tak ada apa. Saya hanya gelisah saja. Esok kan saya nak nikah.. Daniel cuba menyedapkan hati sendiri.

Hmm..bos kena banyak berehat. Esok hari penting bos dan Arissa. Zaki senyum. Namun dia boleh rasa, ada sesuatu yang tidak kena dengan Daniel. Riak Daniel tadi seperti ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuannya.

Err..ni hadiah dari saya.. Zaki hulur sebuah nota kecil kepada Daniel.

Apa ni

Bos bacalah bila ada masa terluang.. Zaki senyum. Dia mula minta diri ke biliknya semula.

MALAM itu tidak lena tidur Daniel. Fikirannya masih pada teks mesej yang diterima tadi. Dia bangun dan melangkah perlahan ke arah balkoni bilik. Langit yang diterangi dengan bintang dilihat sungguh indah. Hatinya sedikit terubat melihat keindahan ciptaan Allah.

Pejam celik sudah hampir enam bulan dia bergelar seorang muslim. Masih banyak yang perlu dipelajari. Biarlah dia merangkak belajar semua itu asalkan apa yang dipelajari dipraktikan sekali. Itu juga nasihat Ustaz Hakimi dan Zaki, biar sedikit asalkan istiqamah dan ikhlas kerana Allah.

Daniel tunduk sambil meraup muka. Perasaannya kian terasa berat bila memikirkan Arissa yang masih membencinya sehingga ke hari ini.

Arissa...salahkah aku cintakan kau Daniel mendongak ke langit semula melihat keindahan bintang berkerlipan di atas sana. Cintanya pada Arissa seperti kerlipan bintang itu yang bersinar di malam hari.

Daniel menapak lemah ke katil. Nota yang diberi Zaki tadi dibelek perlahan.

Hmm..tips perkahwinan..Daniel senyum.

Daniel senyum lebar. Nota tadi diletakkan atas meja kecil sebelah katil. Lama dia berfikir tips perkahwinan yang dibaca dari nota tadi.

Bolehkah dia bersama mengharungi alam rumahtangga bersama Arissa nanti Suka dan duka bersama-sama...haih...

Walau apa pun, esok dia perlu bersedia. Bersedia segalanya!

DI RUMAH ARISSA, sudah ramai tetamu yang hadir seawal sembilan pagi. Imam Ismail belum lagi sampai. Arissa masih berada di dalam bilik. Nelissa setia menemaninya dari tadi.

"Arissa, dah la tu. Tak baik kau menangis. Hari ni kan hari bahagia kau.." Nelissa sapu air mata Arissa.

Arissa tunduk. Dia terima Daniel pun kerana ibu. Selepas ibunya dibenarkan keluar dari hospital, dia seboleh mungkin ingin mengambil hati ibu walau hati sendiri terluka. Biarlah dia mengalah asalkan ibunya gembira.

DANIEL dan Zaki masih menunggu di ruang tengah bersama tetamu yang lain. Keluarga baru Zaki turut hadir meraikan majlis pernikahan Daniel. Zaki hanya senyum melihat Daniel yang mula resah. Sekejap dia senyum, sekejap dia menundukkan wajah. Daniel segak dengan baju melayu berwarna putih.

Err..maaf, pukul berapa akad nikah akan bermula Johan mula berbisik pada Zaki. Dia perasan dari tadi, tok kadi masih belum tiba.

Pukul sepuluh ayah. Sekejap lagi sampailah tok kadi tu. Zaki turut berbisik. Matanya sempat menjeling Daniel yang kelihatan gelisah.

Bos..kenapa ni Zaki berbisik pula pada Daniel yang hanya duduk di sebelahnya.

Err..tak ada apa..mungkin saya gugup sedikit.. Daniel cuba kawal perasaan. Dia jenguk ke arah pintu masuk rumah. Gagak ada di situ segak berbaju melayu. Malam tadi dia sudah arahkan Gagak turut sama hadir dalam majlis akad nikahnya. Mesej yang diterima semalam tidak boleh dibuat sambil lewa.

Tu tok kadi sudah sampai! Puan Hidayah tuding ke arah seorang lelaki yang agak berumur yang berjubah putih yang mula memasuki ruang tamu.

Arissa pula mula disuruh keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu sebelah pihak perempuan. Memang dia asingkan kedudukan tetamu perempuan dan tetamu lelaki. Tidak bercampur. Semua mata menala ke arah Arissa. Daniel melihat Arissa tidak berkelip.

Terpegun seketika. Arissa sungguh anggun dan cantik dengan jubah putih dihias dengan manik kecil yang dijahit memenuhi lengan dan tepi jubah.

Nampaknya pengantin perempuan pun dah bersedia. Bolehlah kita mula. Ustaz Hakimi mencelah. Senyum melihat Arissa dan ibunya sudah mula duduk di tempat yang telah disediakan untuk kaum wanita.

Imam Ismail, tok kadi yang baru sampai tadi masih membelek beberapa keping dokumen nikah. Wali pengantin perempuan sudah ada

Saya ustaz. Zaki senyum.

Baiklah, saksi pun sudah cukup. Imam Ismail senyum sambil melihat kepada tetamu lelaki yang hadir. Dia menghulurkan sekeping borang untuk ditandatangani oleh Arissa.

Cik Arissa Lee Badlisha Abdullah Johari, kamu bersetuju untuk dinikahkan dengan Adam Daniel Brandon Abdullah

Arissa mendongak. Adam Matanya menala ke arah Daniel yang dari tadi asyik memandangnya. Dia hilang kata-kata.

Cik Arissa

Arissa tersedar. Dia hanya angguk. Dia mula tandatangan borang yang dihulur imam tadi.

Mana pengantin lelaki Imam Ismail bertanya pula tentang Daniel.

Saya ustaz.. Daniel tersenyum malu.

Sudah bersedia Imam Ismail senyum. Dia melihat wajah Daniel agak pucat. Kelihatan gugup. Biasalah tu...

Boleh kita mulakan Imam Ismail melihat kepada tetamu yang lain.

Semua tetamu mengangguk.

Baiklah..pengantin lelaki duduk dekat sikit ya..jangan takut.. Imam Ismail senyum lebar.

Zaki mula berbisik pada Daniel supaya duduk dekat dengan Imam Ismail. Malam tadi dia sudah ajar Daniel tentang semua itu.

Khutbah nikah mula dibaca oleh Imam Ismail sebelum majlis akad nikah bermula. Usai membaca khutbah, Imam Ismail terus mulakan majlis akad nikah. Tangannya menjabat tangan Daniel dengan kemas. Terasa sejuk. Dia senyum.

Aku nikahkan dikau dengan Arissa Lee Badlisha Abdullah Johari dengan mas kahwin sebanyak lapan puluh ringgit tunai Tangan dihenjut kuat.

Aku terima..

Tunggu!! Pernikahan ni tidak boleh diteruskan!

Semua mata menala ke arah pintu rumah. Suara kuat tadi telah menyebabkan lafaz Daniel tadi terhenti.

Daniel berpaling. Membuntang melihat susuk tubuh itu. Dia menelan liur.

Arissa turut mendongak. Tergamam.

Majlis senyap seketika. Masing-masing bingung dengan apa yang terjadi.