Rudy, kau tengok 1 cm ke kanan. Nampak seperti tumor, panggilnya sambil menunjuk pada Rudy Armani apa terpampang di skrin monitor.
Kemudian perlahan-lahan Azmeer memasukkan jarum halus untuk mendapatkan sample tumor. Usai berjaya, tiba-tiba mesin defibrillator bergema dengan kuat menimbulkan kelang-kabut di dalam bilik OT. Mereka berdua tergamam, berpandangan sesama sendiri.
Thats not a good rhythm! Keluarkan tiub cepat! Arah Rudy Armani.
Azmeer tanpa berlengah menarik perlahan-lahan tiub dari belakang leher. Dia mengalih pandang semula ke mesin defibrilator.
Tiada catatan elektrokardiogram (EKG). Rudy! You need to do CPR now! bunyi defibrillator yang selalu didengar tak menyenangkan mereka berdua di waktu begini. Bunyi yang mengerunkan di dalam ER Resus.
Dia alami kontraksi injap trikuspid (TV). Kau pergi ambil defibrillator automatik (AED) cepat!
Hanya mereka berdua saja yang berada di OT. Kalau ada Qamra Ain, boleh di arah gadis itu minta bantuan kecemasan di TED. Walau apa pun berlaku, Salina perlu diselamatkan. Rudy Armani terpaksa membuka beberapa butang baju Salina hingga paras dada. Dalam keadaan darurat, dia tiada pilihan lain. Kalau ada Qamra Ain, adalah lebih baik doktor pelatih itu yang lakukan.
Rudy Armani meletakkan pad elektrod ke dada Salina. Azmeer pula meneliti bacaan AED yang disambung pada pad elektrod menganalisa denyutan jantung dan menunggu AED menentukan kadar kejutan yang perlu mereka lakukan.
Bunyi seperti alarm dari AED memberitahu mereka perlu lakukan kejutan berdasarkan bacaan denyutan jantung Salina di waktu ini. Rudy Armani mengarahkan Azmeer menekan butang. Kejutan jantung dibuat. Rudy Armani berhenti seketika melihat jika ada tindak balas dari mesin bacaan AED. Azmeer menggeleng laju dengan riak wajah yang cemas.
Masih tak ada denyutan! Buat lagi sekali!!
Ready 1 2 3! Rudy Armani melakukan kejutan jantung untuk kali yang kedua.
Akhirnya, jantung Salina kembali berdenyut. Bacaan AED kembali normal. Rudy Armani memeriksa pernafasan dan nadi Salina.
We did it, buddy ucap Rudy Armani perlahan serta merangkak longlai lalu bersandar di tepi dinding.
Di situ, dia menghela nafas lega.
Azmeer mengangkat ibu jari kanan sebagai tanda syabas kepada Rudy Armani kerana berjaya menyelamatkan Salina dalam keadaan kritikal begini. Lapang sudah hati mereka di situasi kelam kelibut tadi. Azmeer mencatit bacaan EKG. Semakin hari semakin rumit kes Penari Gamelan ini. Kalaulah orang tahu disebabkan tarian dapat penyakit seperti ini, sah-sah tak ada orang yang akan menari di lantai dansa lagi.
Qamra Ain yang baru tiba di OT tergamam seketika bila melihat kedua-dua doktor mengadap Salina di atas katil. Kebetulan pula, Rudy Armani sedang membutangkan semula baju Salina. Timbul kesangsian dalam hati Qamra Ain.
You jangan nak fikir merapu. Salina alami kejutan kontraksi TV tadi.
I tak cakap apa-apa pun, sangkal Qamra Ain walhal memang dia terfikir sesuatu bila melihat keadaan mereka bertiga yang kusut serabai.
Tengok riak wajah pelik you, I dapat baca apa yang ada terlintas dalam kepala you. Tak payah nak corner cerita, ok! Azmeer pula mencelah perbualan.
Qamra Ain buat muka selamba. Dia berjalan mendekati katil Salina dan membantu apa-apa yang patut. Rudy Armani dan Azmeer pula berbincang sesama sendiri sambil Azmeer mencatat sesuatu di atas kertas. Lepas waktu luncheon, mereka bercadang untuk maklumkan pada Tunku Raffzul.
R
UDY Armani dan Qamra Ain menolak katil beroda keluar dari bilik OT dan menghantar semula Salina masuk ke wad ICU semula. Azmeer pula beredar pergi ke makmal untuk menguji sample tumor yang diambil dari hati Salina.
I ada lunch date. You lunch dengan siapa
I ingat nak ajak Yoona lunch kat kedai makan seberang sana. Masak lemak cili api Perghh! Terbaik tau! Bila sebut masak lemak, mulutnya rasa terliur.
Kaf di THSC, lauk-pauk yang disediakan tak menepati piawaian tekaknya. Tiada sambal sotong! Ah, rindunya masakan arwah Babah!
Kalau begitu, I gerak dulu. Jumpa after lunch. Rudy Armani beredar pergi meninggalkan Qamra Ain di wad ICU.
Qamra Ain memandang sayu ke wajah Salina yang tidur lena dan disokong dengan mesin ventilator. Pelbagai ujian telah dilakukan namun masih lagi gagal mengenal pasti punca penyakit sebenar yang dialami oleh penari gamelan ini.
Apa yang you tenungkan tu Tegur Yoonaniza yang entah bila sudah berdiri tercegat di sebelah Qamra Ain.
Dalam usia yang masih muda, dia perlu lalui dugaan sehebat ni. Baru I perasan, sejak Salina admitted tak nampak pun ahli keluarganya datang melawat.
Oh, I dah inform keluarga Salina. Next week dia orang fly dari New York.
Syukurlah. At least dia tak keseorangan melawan penyakitkan
I tanya guru tarian dia. Katanya, Salina bekas pelajarnya yang menetap di New York. Disebabkan ada pertunjukan di IB, dia fly ke Malaysia last week.
Qamra Ain mengangguk. Sebelum beredar, ada beberapa perkara yang perlu dia periksa. Dia memeriksa bekalan IV yang disambungkan terus ke branula.
Jom lunch, ajak Yoonaniza selepas memastikan keadaan Salina.
Usai menulis sesuatu di atas kertas rekod perubatan, diletakkan semula ke tempat asal.
Masa lemak cili api, nak cadang Qamra Ain. Yoonaniza mengangguk setuju.
Mereka berdua menghayunkan langkah menuju ke pintu. Belum lagi jari Qamra Ain mendarat atas butang automatik, pintu kaca itu terbuka dahulu. Ada seseorang yang sedang berdiri tercegat di depan muka pintu. Berdiri bertentangan dengan mereka.
Tuan Raff ucap mereka serentak seraya beri tunduk hormat pada lelaki itu.
Saya terserempak dengan Rudy dalam lif tadi. Katanya, kamu ada di sini. So, how is your hand Spontan dia bertanya pada Qamra Ain.
Yoonaniza yang berdiri bersebelahan tergaman seketika. Bukan kerana soalan yang ditanya tapi redup pandangan Tunku Raffzul pada Qamra Ain menimbulkan kemusykilan. Satu lagi, tiba-tiba dia tanya pasal balutan tangan Qamra Ain. Ada apa-apa yang aku terlepas pandang ke pagi tadi
Semakin baik, Tuan Raff. Terima kasih.
Thats good news. Oh ya kamu berdua nak ke mana Tanya Tunku Raffzul memandang ke arah mereka berdua silih berganti.
Kami nak keluar lunch kejap, Tuan Raff, jawab Yoonaniza cepat sambil menyiku tangan Qamra Ain.
Jom lunch dengan saya. Yoona, kamu ikut sekali. Saya bawa kamu berdua ke suatu tempat. Takut timbul gosip kalau mereka nampak kita bertiga lunch kat sini.
Kita ke mana, Tuan Raff tanya Yoonaniza menambahkan lagi kemusykilannya.
Qamra Ain siang-siang sudah memaut lengan Yoonaniza.
Tunggu saya di parkir. Depan kereta BMW M7 GTR hitam. Saya nak naik atas, ambil kunci kereta, pesan Tunku Raffzul dan kemudian bergegas lari menuju ke lif.
Selepas membolos masuk ke dalam lif menuju ke tingkat 2, giliran mereka pula menunggu lif yang membawa mereka turun ke lobi dan seterusnya menuju ke parkir yang dikatakan oleh lelaki tampan itu.
Mimpi apa VP kita tu Pertama kali tau dia nak join makan dengan staff macam kita ni, soal Yoonaniza semasa berada di dalam lif yang hanya ada mereka berdua.
Qamra Ain hanya menjungkit bahu serta berkalih wajah ke arah tangan yang berbalut.
H
ELLO, cayunk! Lama tunggu
Kenapa kau tak datang esok aje, bro
Janganlah marah, TH. Kerja dengan sepupu kau tu rasa macam kerja dengan Haji Bakhil Bin Kedekut. Ada aje yang tak kena. Tapi, sejak ada doktor intern join team DMD, naik sikit semangat aku nak pergi kerja, bro! Cerita Rudy Armani dengan hati yang berbunga-bunga.
Tunku Hussein mencebik bibir. Mahu saja diluku kepala Rudy Armani. Dari zaman universiti sampailah sekarang, masih tak berubah perangai. Dia tahu doktor yang dimaksudkan itu adalah Qamra Ain.
Kau bila lagi Takkan nak buat pekasam kut whitecoat dalam almari Jomlah kita havoc macam dulu, di CHLA. Rindu siut nak tumpang sekaki. Tengok awek kiri kanan berbaris depan lobi tunggu kau sambil pegang sepanduk, sengih Rudy Armani sambil mengangkat-angkat keningnya yang lebat.
Rudy, kalau suruh cerita pasal awek, memang hidup!
Raffkan ada, biarlah dia yang uruskan.
Sebut pasal Raff, aku perhati cousin kau yang kekwat tu lain macam aje sejak doktor intern join team aku.
Maksud kau Tunku Hussein berminat ingin tahu padahal relung hati mula rasa cemburu dengan keakraban Qamra Ain dengan sepupunya.
Aku serius ni. Aku rasa Raff dilamun cinta. Hebat betul aura white dia. Shake, shake you all!
Tunku Hussein yang baru mahu mencecah gelas ke bibir terhenti di situ. Lirikan tajamnya mengerling ke arah Rudy Armani yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut.
Lelaki hot temper macam Raff tu tau ke nak bercinta Nonsense! Tunku Hussein menyambung kembali meneguk fresh orange hingga habis. Sekadar menyedapkan hati walhal rasa hendak gugur jantung bila Rudy Armani berkata begitu.
Kau kata mengarut Yang tu apa Kau buka mata luas-luas terus pandang ke luar. Apa yang kau nampak Rapunzel with The Arrogant Prince Charming. Nampak secocok sangat! What! Yoona pun mengekor sekali
Tunku Hussein memandang ke luar. Gelas tadi habis terlepas pegangan. Terasa luruh jantung bila melihat Tunku Raffzul yang ditemani oleh Qamra Ain dan Yoonaniza sedang berjalan beriringan melewati Mels Kaf.
Betul tak aku cakap, cousin kau dah berubah dalam masa 3 hari aje, bro. Lepas kena taichi dengan doktor intern yang kau tengok tadi.
Dia hanya mendengar sepi. Tentang hubungan rapatnya dengan Qamra Ain biarlah menjadi rahsia hati dari diketahui oleh Rudy Armani. Apa yang pasti, dia harus mengawal perasaan cemburu sebaik mungkin dari dikesan oleh Rudy Armani yang sibuk menjamah menu tanpa menoleh kiri kanan.
Huh! Macam tak makan seminggu!