Rata-rata aktiviti yang dimainkan di dalam hujan ini bukanlah tidak boleh dimainkan tanpa hujan. Ianya adalah lebih kepada keterujaan dan penjiwaan terhadap titis-titis air hujan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam hujan adalah:
Mandi hujan
Main bola sepak
Main kapal kertas di dalam longkang
Main daun letak ubat gigi
Mandi sungai
Mandi air turun dari bumbung
Ya, penjiwaan terhadap kesejukan titis-titis air hujan yang sampai ke kulit. Menjadi bukti keagungan ciptaan awan di atas yang datang asalnya dari bawah. Tapi kalau time guruh kilat pun nak menjiwa juga, memang berbiratlah belakang betis.