MY PRETTY BOY - 66
NAMPAKNYA, Tuan Hardie dah tunjuk tanda-tanda positif. Saya harap jugaagar dia berterusan menjalani rawatan rutin di THSC, terang Prof. Rahman selaku perunding rawatan fisioterapi.

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH SWT. Lega Mbak mendengar berita ni, doktor. Kalau Pak Tunku tau, tentu khabaran ni gembirakan hatinya, tak tergambar betapa gembiranya mendengar kata-kata Prof. Rahman yang merupakan sahabat baik kepada Tun Tunku Harith.

Tunku Hardie hanya mendengar sepi di atas kerusi roda.

Tanda positif Apa yang dikatakan oleh Prof. Rahman tu Apa yang positifnya Hanya sebab dapat mengangkat sedikit kaki yang tak lebih dari sekaki tinggi, itu dikatakan positif Aku mahu yang lain! Aku mahu berjalan semula selepas makan bertahun duduk di atas kerusi roda!

Dia tak bergantung harap agar dapat berjalan semula. 7 tahun dia cuba dan terus mencuba malah hasilnya tetap sama. Masih lagi perlukan kerusi roda untuk bergerak. Dia nekad untuk mencari Qamra Ain walaupun terpaksa mengengsot keluar dari Villa sekali pun.

Hanya gerakan jari dan tangan belum cukup menjamin dia boleh bangun dan berjalan seperti sediakala. Dia mahukan itu! Berjalan dan berlari! Dia mahu cari Qamra Ain semula! Dia harus terus mencari dan mencari untuk memohon maaf segala kesilapan yang lepas. Namun, kedua-dua kakinya masih kaku dari sebarang gerak balas. Selebihnya, duduk di tepi jendela meratap nasib sambil melihat gelagat Turbo pemberian Qamra Ain di dalam kandang bertentangan dengan jendela biliknya di Villa.

Di mana kau, Qamra Di mana kau, cayunk

Kalau tak ada apa-apa lagi, kita jumpa lagi di temujanji bulan depan. Nanti ambil ubat kat farmasi depan sana, Prof. Rahman mencatit sesuatu di atas kertas sebesar B4 beberapa senarai nama ubatan dan kemudian diserahkan ke tangan Mbak Dewi.

Mbak Dewi menolak kerusi roda Tunku Hardie keluar daripada bilik Prof. Rahman. Sekilas itu dia ternampak 2 orang doktor sedang berborak sesama sendiri. Dia tersenyum sendiri. Kagum di zaman begini, ramai sudah anak bangsa semuda itu dilahirkan sebagai doktor dan ada juga yang berjaya menjadi doktor pakar dalam usia yang masih hijau.

Dia kagum juga dengan kejayaan anak-anak Tun Tunku Harith yang mewarisi bakat menjadi seorang doktor. Cuma Tunku Hazreen yang menyimpang jauh dari landasan harapan Papanya yang lebih suka ikut kemahuan sendiri.

Selepas mengucapkan terima kasih pada Prof. Rahman, Mbak Dewi berlalu pergi menolak kerusi roda Tunku Hardie di sepanjang koridor itu dan meninggalkan 2 orang doktor yang sesekali terdengar gelak ketawa mereka.

Qamra, di mana kau sayang! Jerit relung hati Tunku Hardie yang semakin dihimpit rasa rindu yang teramat pada Qamra Ain.

Y

OU panggil I ke tadi Soal Qamra Ain. Masih tergiang-giang di telinga seperti seseorang menyebut namanya sejenak tadi.

I kan sebelah you aje. Lainlah I kat sana jerit nama you. Perasaan you aje kut atau you terbayangkan Tuan Raff yang kacak bergaya tu Sempat lagi Luqman mengusik. Tiada pula respon Qamra Ain. Baru dia perasan yang gadis itu sedang asyik merenung ke arah koridor.

You tengok apa, Qamra Luqman juga turut memerhati.

I tengok anak makcik tu lumpuh. Kesian, kan

Dah dekat tujuh tahun juga dia ulang alik buat treatment di sini, tapi macam tu juga. Actually, lelaki lumpuh tu bukan anak dia. Makcik tu orang gajinya.

Tujuh tahun Lama juga ya. Takkan tak ada cara rawatan lain

Qamra, kalau hanya rawatan fisioterapi aje tak cukup kalau tak ada disusuli dengan sokongan rohani. Contohnya, Makcik Zara. Setiap hari dia tak henti-henti bertanyakan tentang anaknya pada I sedangkan tiada seorang pun anak mahu pun sedara mara yang datang melawat. Dia jadi begini, mungkin terlalu ingatkan anaknya. Ibu kehilangan anak, tentu you dapat rasakan Sedangkan ibu ayam pun melesang kalau kita kacau anaknya, inikan pula anak orang, celoteh Luqman panjang.

Qamra Ain mengerut dahi. Dia menoleh semula memandang ke arah Zara Hani yang terjaga dari tidur. Golongan seperti ini ketandusan kasih sayang, Qamra. Hanya kasih sayang aje yang boleh bangkitkan semangat mereka untuk terus hidup. Okeylah Makcik Zara pun dah terjaga. I nak bagi dia makan ubat. Lepas tu, nak bawa ambil angin kejap kat luar. See you later.

Luqman menolak pintu bilik dan terus merapati katil Zara Hani. Begitulah rutinnya setiap waktu petang. Membawa wanita itu keluar ke taman. Qamra Ain yang masih lagi tak berganjak dari situ. Zara Hani pula terpandang ke arahnya yang berdiri di sebalik cermin. Kini, pandangan mereka bertentangan. Qamra Ain terasa seperti ada suatu aura meresap dalam dirinya. Aura ceritera hidup mereka yang hampir sama!