TORA DATANG LAGI - 66
Dragon Ball mula dikenali dan diminati ramai apabila komik Dragon Ball dijadikan diterjemah ke bahasa Melayu dengan judul Mutiara Naga. Walaupun ianya keluar agak lewat dari pasaran Jepun, ianya tidak langsung menjadi satu masalah besar kepada kanak-kanak ketika itu. Kanak-kanak juga lebih gemar menyebut Dragon Ball dari menyebut Mutiara Naga yang kedengaran sangat manja.

Dragon Ball merupakan kisah seorang makhluk asing dari planet Saiya, Kakarot yang dihantar ke planet Bumi dan dibela manusia, Son Gohan dan diberi nama manusia, Son Goku. Ianya mengisahkan tentang pengembaraan Son Goku dan sahabat-sahabatnya mencari dan mengumpul 7 biji Dragon Ball. Sepanjang pengembaraan mencari Dragon Ball, pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi Son Goku dan sahabat-sahabatnya.

Perjalanan cerita Dragon Ball ini bermula dengan kisah Son Goku yang masih kecil sehinggalah dia menjadi lelaki dewasa, berkahwin dan beranak pinak. Pelbagai musuh yang perlu ditentang Son Goku, daripada manusia biasa, raksasa, makhluk asing, android, dewa dan bermacam-macam lagi musuh yang tidak masuk akal.

Dragon Ball menjadi fenomena dan kegilaan kepada semua kanak-kanak yang sedang membesar ketika itu. Antara perangai dan kesan Dragon Ball ke atas kanak-kanak ketika itu adalah:

Semua kanak-kanak mahu menjadi Son Goku (Son Gokou), Bezita (Vegeta), Pikor (Picollo), Kurin (Killin) dan lain-lain watak di dalam Dragon Ball.

Semua kanak-kanak akan menggayakan gaya tangan Kamehameha ketika bergambar.

Semua kanak-kanak akan melukis watak Dragon Ball di dalam subjek Pendidikan Seni.

Semua kanak-kanak mahu menggayakan rambut terpacak seperti orang Saiya.

Semua kanak-kanak percaya manusia boleh terapung, mengecaj tenaga dalaman, mengeluarkan qi dari tapak tangan