Mencari Kiblat Cinta - 67
Hmmm sedap bubur pulut hitam tu, tapi Nira dah kenyanglah kak. Badan pun letih sangat. Terima kasih ajelah kak. Lain kali Nira rasa bubur yang kakak masak tu. Danira menolak.

Hmm kalau macam tu, esok kakak bawakan bubur tu ke mari. Tak apalah, Nira pergilah berehat. Kakak pun dah nak balik ni. Anak sulung kakak baru balik dari asrama petang tadi. Ujar Kamila seraya mula menyusun langkah. Namun belum sempat sampai ke muka pintu, Kamila menoleh semula.

Nira, Filman ada telefon Nira tak Soal Kamila tiba-tiba.

Danira tercengang. Kenapa pulak lelaki itu mahu menelefonnya Untuk apa Namun tak terluah pertanyaan itu dari mulutnya.

Filman ada call kakak tadi. Katanya tak ada orang angkat call dia di rumah ni. Itu sebab kakak datang ke mari. Ingatkan Nira dah balik. Jelas Kamila.

Kenapa kak Dahi Danira berkerut.

Filman kata harijadi Melly dua hari lagi. Diaorang nak buat sambutan hari jadi kat taska ni. Dia nak minta kita semua tolong uruskan. Beritahu Kamila.

Danira mengangguk. Tidak ada masalah kalau harijadi anak kecil itu mahu disambut di sini. Dia sendiri bukannya ada banyak kerja sangat di taska itu.

Filman kena pergi oustation esok, jadi dia tak sempat nak siapkan apa-apa. Dia minta Nira tolong dia siapkan apa-apa yang patut. Semua perbelanjaan dia akan tanggung. Jelas Kamila.

Habis dia balik tak hari jadi anak dia Tanya Danira.

Kamila sekadar menjongketkan bahu. Dia sendiri tidak tahu.

Danira mengeluh kecil. Tak apalah kak, nanti Nira tolong apa-apa yang patut. Lagipun majlis hari jadi Melly patut kita raikan dengan anak-anak yang lain. Nanti Nira buatkan kek untuk Melly. Usulnya lagi.

Eh tak payahlah, Filman suruh kita beli saja atau tempah di Secret Recipe. Dia tak mahu menyusahkan kita. Dia cuma mahu kita tolong aturkan majlis tu. Itu aje! Tingkah Kamila pantas.

Danira terdiam. Orang zaman sekarang semuanya nak senang. Kek yang hanya makan masa tak sampai sejam membuatnya tu pun masih lagi nak membeli yang dijual di kedai. Tapi mungkin yang dibuat di kedai lebih sedap dan menggunakan bahan-bahan yang lebih mahal! Danira hanya mampu tersenyum.

Hah yang senyum-senyum ni kenapa pulak Ingatkan Filmanlah tu. Usik Kamila tak disangka-sangka. Danira terkedu. Terpisat-pisat dia dibuatnya memandang Kamila yang tersengih-sengih.

Kakak gurau ajelah Nira, janganlah buat muka blur macam tu. Usik Kamila lalu ketawa besar. Lucu melihat wajah anak gadis itu merah padam.

******

Danira diam membisu. Hatinya entah kenapa gementar mendengar kata-kata Kamila kali ini. Kenapa Kak Mila sampai boleh menyangka dia teringatkan Filman Malunya! Tentu ini ada kaitan dengan pelawaan Filman tempohari! Sesiapa pun pasti akan merasa pelik melihat dirinya yang tidak ada kena mengena, dibawa keluar berkelah tempohari.

Dahlah, kakak nak balik dulu. Jangan lupa kunci pintu ni baik-baik tahu. Kalau ada apa-apa call kakak. Pesan Kamila sebelum menghilang.

Danira menghembus nafas gusar. Aduh! Segannya dia mahu berbalas pandang dengan Kamila kali ini. Tapi yang aku diam sahaja kenapa Kenapa tidak dinafikan sahaja apa yang berputik di fikiran wanita itu

Dia melangkah longlai, menuju ke arah anak tangga yang mengunjur ke atas. Niat hatinya ingin tidur sahaja. Hari ni dia rasa sangat terbeban dengan pelbagai perkara yang tak diundang. Dia benar-benar letih memikirkan apa yang berlaku di hospital tadi. Namun belum sempat kakinya mahu memijak anak tangga pertama, telinganya terlebih dahulu mendengar bunyi deringan telefon. Pantas kakinya beralih arah, lalu beredar ke arah telefon yang terletak di penjuru sudut.

Sebaik dia memasang telinga di talian, wajahnya segera berubah riang. Pak Maidin! Orang tua itu tidak berbual panjang, hanya meminta alamat taska Sissy Kindergarden.

Pak Maidin nak hantar barang-barang Nira. Lagipun barang-barang tu agak berat. Kebetulan malam ini, anak Pak Maidin ada di rumah. Nanti Pak Maidin datang ke situ hantar barang-barang tu.

Tak menyusahkan Pak Maidin ke Entah kenapa dia serba-salah.

Tak susah mana pun. Kamu belum tidur kan Kejap lagi Pak Maidin sampai. Ujar orang tua itu sebelum meletakkan gagang telefon.

Danira menarik nafas panjang. Walaupun baru sebentar tadi badannya keletihan, namun sebaik dia mendengar Pak Maidin mahu membawa barang-barang miliknya yang ditinggalkannya di rumah lama, tubuhnya yang letih terus segar bugar. Dia sudah tidak sabar menanti kedatangan Pak Maidin.

Selepas balik dari makan malam bersama temannya di sebuah restoran, entah kenapa dia memandu ke situ. Keretanya diparkir di seberang jalan, berhadapan dengan taska itu. Lima belas minit lamanya dia duduk diam di dalam kereta tanpa berbuat apa-apa pun.

bersambung

Bab akan datang:

Apa yang dia buat dalam kereta tersebut