Saya be betul-betul mati ke tergagap-gagap Salina bertanya. Hakikatnya, selepas mendengar penerangan tentang prosedur ini dia terasa amat takut dan tertekan.
Azmeer sibuk membuat persediaan dan meneliti sesuatu di skrin monitor terhenti seketika. Dia menoleh ke arah Salina yang terbaring di atas katil beroda seraya mengukir senyuman walhal mereka sendiri juga bergantung harap pada doa dan tawakkal kepada ALLAH SWT agar prosedur ini berjalan dengan lancar.
Jantung kamu dihentikan seminit. Selepas kami jalankan biopsi ke atas jantung kamu terus kami hidupkan denyutan jantung kamu semula, Rudy Armani yang lengkap berpakaian hijau menerangkan secara terperinci mengapa biopsi ini dibuat. Tugas mereka ialah menyakinkan pada pesakit dan memberi semangat agar mereka berani menghadapi saat sukar.
Dia perlu yakin seyakinnya agar biopsi ini berjalan dengan lancar bersama dengan Rudy Armani. Salina ditolak segera masuk ke dalam terowong MRI. Azmeer mula mengawal MRI daripada skrin monitor sambil diperhatikan oleh Rudy Armani di sebelah.
Atrium kiri, okey. Arteri koronari juga, okey.
Cepat, Azmeer. Kita ada setengah minit aje lagi ni! Kau jangan terhegeh-hegeh!
Chordae tendineae, okey. Artium kanan, okey.
Rudy Armani semakin resah menunggu. Masa hanya tinggal seminit lagi untuk hidupkan semula denyutan jantung Salina. Azmeer pula masih leka meneliti terperinci lagi imej yang terpampang MRI skrin monitor.
Time out, Azmeer! Kita kena hidupkan jantung dia balik! Kau dengar tak! jerit Rudy Armani di telinga Azmeer sambil mengoncang-goncang kuat bahu lelaki itu.
Wait! Aku tak jumpa apa-apa lagi ni! Giliran Azmeer pula menjerit nyaring serta menepis kuat tangan Rudy Armani yang mendarat di bahu.
Azmeer, its over now! seminit aje! We have to stop!!
Rudy Armani tak pedulikan kehendak Azmeer. Terus dia berlari mendekati terowong MRI. Apa yang penting, Salina harus dihidupkan denyutan jantung serta-merta.
Rudy! Aku nampak sesuatu di aorta! Jerit Azmeer. Sekilas Rudy Armani memandang ke arah skrin monitor yang terpampang di sudut atas.
Mana! Aku tak nampak apa-apa pun! Anak matanya dikecilkan mencari sesuatu yang dikatakan oleh Azmeer tadi.
Bayangan 2 sentimeter dari aorta! Ditto! Finally we found something! Jerit Azmeer kegembiraan dan kemudian berlari pergi mendapatkan Rudy Armani di terowong MRI.
Kau ni memang gila, Azmeer. Cepat ke sini! Kita hidupkan dia balik!
Nasib baik TH tak ada sekali, kalau tak dengan aku sekali join gila macam kau, Azmeer!