MY PRETTY BOY - 68
TUNKU HARDIE menebarkan pandangan luas ke arah luar. Jendela bilik yang separuh terbuka itu dibiarkan angin lalu masuk di segenap ruang. Itu pun dia minta Mbak Dewi yang bukakan untuknya.

Masa yang ada dihabiskan bersendirian di dalam bilik. Seperti biasa, di waktu begini memang dia di sini. Duduk di kerusi roda meratap nasib malang yang entah bila bakal berakhir. Setiap detik dia teringatkan Qamra Ain. Sepanjang tempoh itu juga, tak pernah putus harapan agar terbuka hati Qamra Ain datang dan menemuinya semula.

Dia cuba mengangkat tangan sedaya mungkin. Selepas insiden pertengkaran dengan Maria, kesihatannya terganggu. Terus diarahkan oleh Tun Tunku Harith menjalani rawatan terapi fisiologi di THSC. Syukur, sepanjang sesi dia dapat mengerakkan kedua-dua belah tangan. Hanya jari-jarinya masih tak dapat mengenggam sesuatu dengan kuat. Dia juga sudah boleh bertutur satu-satu perkataan selepas mengalami trauma kesan dari gangguan emosi dari arwah bekas isterinya.

Kedua-dua belah kaki juga menunjukkan pergerakan positif cuma masih belum berupaya sepenuhnya untuk berdiri. Masih perlu bantuan tongkat ketiak atau pun Mbak Dewi untuk bergerak dari kerusi roda ke katil. Menurut Prof. Rahman, kecederaan saraf tunjangnya taklah di tahap serius. Jika dia berusaha lebih gigih dan bertatih jalan sendiri, peluang amat cerah untuk berjalan seperti biasa semula.

Lagu nyanyian Iklim - Hakikat Sebuah Cinta berkumandang sayu di segenap ruang bilik yang 2 kali ganda besar dapur di tingkat bawah. Lirikan mata dikalihkan ke arah Sony Mini Hi-Fi System yang terletak di meja sebelah hujung kepala katil. DJ Sinar. fm yang bertugas bagaikan memahami perasaannya di kala ini.

Sewaktu debar cintamu, terasa melanda,

Bangkit rinduku padamu di ketika itu,

Lalu tersentak diriku, sedari lamunan, Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan.

Air matanya menitis ke pipi diseka dengan belakang tangan. Setiap baris lirik lagu itu mengimbas kisah cintanya pada Qamra Ain. Selepas sedar dari koma hanya satu nama yang melekat di ingatannya. Qamra Ain! Sejak dari hari itu hanya pemilik nama itu saja pemangkin semangat teruskan hidup.

Pernah terlintas di fikiran, apalah gunanya hidup ini. Biarlah dia mati dari meratap nasib entah akan berakhir. Biarlah nyawanya diambil bersama cinta suci Qamra Ain yang tersemat kemas di relung hati. Kalau ditakdirkan dapat berjumpa Qamra Ain semula, belum tentu lagi gadis itu menyintai seperti dulu dan seikhlas hati menerimanya dalam keadaan tragik begini.

Tunku Hardie memusingkan kerusi roda menuju ke kepala katil. Tangannya memaut pada kepala besi dan perlahan-lahan bangun beralih duduk di atas katil. Kedua-dua tangannya mengangkat kaki lalu dilunjurkan ke depan. Ditarik pula comforter hingga ke paras pinggang.

Dia membuka laci meja dan mengeluarkan sesuatu. Sebingkai gambar berukir yang ada senyuman seseorang yang dirindui terabadi di situ. Senyuman Qamra Ain yang pernah menjadi igauan setiap masa, yang ada sepasang lekuk di pipi yang serupa. Inilah gambar terakhir yang sempat diabadikan bersama Qamra Ain. Sewaktu meraikan majlis konvokesyen sempena tamat pengajian di A-AH.

Pada awal perancangan, selepas tahun kedua di A-AH dia berhasrat untuk menyambung pengajian di Rusia di universiti yang sama dengan Tunku Raffzul. Namun, hasratnya dibatalkan setelah hatinya terpaut pada freshie yang ayu bertudung mendaftar masuk waktu itu.

Qamra, di mana kau sayang Aku rindu setengah mati pada kau! Maafkan aku kerana mengingkari janji untuk bersama dengan kau hingga ke akhirnya. Maafkan aku, Qamra! Air mata jatuh menitis di atas bingkai dikesat dengan hujung jari telunjuk. Setiap kali gambar itu ditatapi, setiap kali terasa rindu yang semakin hari semakin menebal. Tak rela lagi hatinya menanggung rindu yang teramat pada Qamra Ain.

Ya ALLAH, temukanlah aku dengan Qamra, sesungguhnya aku rindukan dia!

Kedengaran pintu bilik diketuk beberapa kali. Cepat-cepat dia menyorokkan bingkai gambar tadi di bawah bantal. Air mata diseka dengan pantas dan terus memandang ke arah pintu yang ditolak ke dalam. Tun Tunku Harith melangkah masuk.

Macam mana fisioterapi tadi Papa dengar ada berita baik dari Prof. Rahman.

Tun Tunku Harith yang baru terasa sihat selepas berehat panjang di bilik. Sejak dari insiden rebah di lobi dia dinasihatkan supaya melepaskan tanggungjawab sebagai MD buat sementara waktu.

Tun Tunku Harith berlabuh duduk di tepi kepala katil seraya mengelus penuh kasih rambut Tunku Hardie yang jatuh ke dahi ke belakang. Dicium dengan penuh rasa sayang. Tunku Hardie membatu tanpa sepatah jawapan. Tun Tunku Harith melepaskan keluhan dalam. Setiap hari, dan setiap kali di dalam solat dia berdoa agar anak terunanya dikembalikan semula kehidupan yang dulu dan menemui semula cinta hatinya, Qamra Ain.

Dia mengambil Qamra Ain sebagai doktor pelatih bukan sekadar kewibawaan gadis itu tapi kerana Tunku Hardie. Mujurlah gadis itu mencari Tunku Hazreen semula selepas menghilangkan diri dengan bantuan Reza Rizman. Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk hati seorang gadis yang lara dan yatim piatu itu. Dia nekad, Qamra Ain harus dilindungi dan diawasi selalu secara rahsia.

Disebabkan Tunku Hardie, kehidupan gadis itu diwarnai dengan kesengsaraan. Apatah lagi selepas mendapat tahu ayah gadis malang itu meninggal dunia pada hari yang sama dia dan Tunku Hardie ditimpa kemalangan di malam hujan petus itu.

Prof. Rahman Facetime dengan Papa tadi. Katanya, kamu mula tunjuk tanda positif. Alhamdulillah. Dont lose hope, Hardie. Tun Tunku Harith menepuk perlahan belakang anaknya.

Tunku Hardie hanya memandang sepi tanpa sebarang respon pada wajah berusia setengah abad itu. Ayah mana yang tak sayangkan anak-anak apatah lagi seorang ayah tunggal sepertinya. Yang gigih membesarkan anak-anak tanpa pelengkap rusuk kiri di sisi. Lebih besar lagi tanggungjawab kerana mengambil alih menjaga Tunku Raffzul, amanat terakhir adiknya sebelum pergi buat selama-lamanya.

Dia akui selama ini dia melebihi Tunku Hardie dan Tunku Raffzul dalam segala hal. Akibatnya, Tunku Hazreen dan Tunku Hussein terasa hati. Hubungan mereka juga semakin jauh setelah anak kembarnya meningkat remaja. Lebih parah lagi, mereka dijadikan tempat melempiaskan kemarahan setiap kali teringatkan arwah isterinya.

Jahil benar dia. Menidakkan takdir yang tertulis yang isteri hanyalah pinjamanan sementara oleh ALLAH SWT. Toh Ungku Safrina menghembuskan nafas yang terakhir di atas pangkuannya. Anak yang diharapkan menerajui THSC pula disahkan lumpuh. Disebabkan Tunku Hussein masih dalam pengajian di CA, dilantik Tunku Raffzul menggantikan Tunku Hardie sebagai VP di THSC.

Adik-adik kamu balik ke Villa malam ni, Papa ajak dinner bersama. Papa nak pulihkan hubungan keluarga kita. Hubungan Papa, Rein dan Sein, entah kali ke berapa dia bercerita tentang hasratnya pada Tunku Hardie tanpa jemu. Biarlah hanya jawapan sepi dari Tunku Hardie asalkan dapat dilepaskan rasa kekesalan di hati mengabaikan mereka berdua selama ini.

Apa faedah yang dia dapat dari bermusuhan dengan anak sendiri. Dia bukan hidup menongkat langit. Usia semakin merangkak senja apatah lagi penyakit asma yang acap kali menyerang berbanding dulu. Bila-bila saja malaikat yang diutuskan oleh Yang Maha Kuasa datang mengambil nyawa di waktu dia belum bersedia. Banyak perkara yang masih lagi belum usai terutama hasrat untuk berjumpa semula dengan guardian misteri itu.

Tentang anak-anak kembarnya, dia sendiri yang hubungi mereka mengajak makan malam di Villa malam ini. Tunku Raffzul memang menetap di Villa bersamanya. Kadangkala Tunku Raffzul bermalam di banglo Tunku Hussein yang dirahsiakan lokasi dari pengetahuannya. Dia tak terasa hati jika Tunku Hussein bertindak demikian. Duduk berasing sama seperti Tunku Hazreen.

Biar apa pun yang Tunku Hussein lakukan, yang penting anaknya itu sudah terbuka hati untuk menerimanya semula. Begitu juga dengan Tunku Hazreen. Mula kerap datang menjenguk di Villa. Mujurlah kehadiran satu-satu anak perempuannya itu sedikit menghiburkan hati Tunku Hardie. Taklah meroyan sekerap dulu. Di waktu kelapangan yang ada, Tunku Hazreen membawa keluar bersiar di taman luar. Menjenguk Turbo, arnab pemberian Qamra Ain di dalam kandang.

Kedengaran pintu yang sedia terbuka diketuk beberapa kali. Lamunan yang panjang terus terhenti. Tun Tunku Harith baru menyedari yang Tunku Hardie sudah terlena di atas katil. Dia menoleh ke arah muka pintu yang berdiri tercegat Tunku Raffzul di situ.

Ternampak Papa tadi, Raff singgah kejap, dia yang baru keluar dari bilik yang bersebelahan dengan bilik Tunku Hardie terhenti langkah bila sekilas ternampak kelibat Tun Tunku Harith di dalam bilik.

Raff nak keluar jumpa kawan. Malam nanti kita jumpa.

Tunku Raffzul beredar turun. Tun Tunku Harith menoleh semula ke arah Tunku Hardie. Ditarik comforter menutupi paras dada. Dia mengelus rambut Tunku Hardie serta mencium dahi. Rapat sungguh kelopak matanya terpejam. Lampu meja dimalapkan sedikit kemudian dia bangun dari katil dan terus menuju ke muka pintu. Tunku Hardie diperhatikan dari situ sebelum menutup pintu serapatnya.

Di atas katil, Tunku Hardie berkalih tidur mengerekot ke arah jendela. Air matanya mengalir sekali lagi. Menitis perlahan membasahi bantal.

Maafkan Hardie Papa!