MY PRETTY BOY - 69
SEPERTI biasa, dia menjadi penghuni tetap di perhentian bas setiap kali menjemput Qamra

Ain pulang dari hospital. Sementara menunggu, dibelek akaun twitternya yang mencecah sejuta lebih pengikut sejak mendaftar akaun sosial itu. Rata-rata pengikutnya terdiri daripada doktor-doktor, pelajar perubatan, ahli koporat malah tak ketinggalan juga kanak-kanak yang mengenalinya ketika bertugas di CHCC. Puas dia membelek, ada satu tweet yang menarik perhatiannya terletak di kolum Trend Terkini.

#DrInternTerlampauTHSC

Search#DrInternTerlampauTHSC

DIVA_HOTHSH

@girlinpink

Budak #DrInternTerlampauTHSC perasan bagus, memang tak sedar diri!

Budak #DrInternTerlampauTHSC perasan bagus Monolognya sendiri. Nalurinya kuat mengatakan budak yang dimaksudkan itu adalah Qamra Ain. Assalamualaikum jauh mengelamun Atau rindu kat saya Tegur Qamra Ain sambil mengawanggawang tangan yang masih berbalut di hadapan wajah kacak Tunku Hussein.

Hampir terlepas telefon dalam pegangan disebabkan terkejut. Keningnya berkerut dan anak mata tertancap terus ke arah tangan gadis itu.

Apa kena tangan awak Soal Tunku Hussein dengan raut wajah serius.

Ada havoc kat hospital semalam. Tak payah risaulah, dah okey pun.

Habis tu, ni masih berbalut, apa cerita Tunku Hussein memegang tangan Qamra Ain yang masih elok berbalut.

Saja nak tunjuk kat awak, ujar Qamra Ain nada manja.

Perasaan bimbang tadi terus luntur. Serta-merta dia tersenyum. Suka benar bila Qamra Ain bersikap tadi. Manja dan ayu.

Balik nanti tukar bandage. Kena lap kering luka setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya kering dan bersih sepanjang masa. Jangan garu luka walaupun ianya gatal takut masuk kuman, ada faham

Tercengang Qamra Ain sejenak. Begitu terperinci lelaki ini memberi ulasan. Lukanya hanya sedikit dan taklah rumit untuk dijaga seperti yang dinasihatkan oleh pemilik sepasang mata hazel ini.

Cara awak cakapkan, sebiji macam doktor. Mana awak tau semua ni, Sein

Sa saya baca bukulah. Takkanlah mat selekeh macam saya hanya tau bawa skuter aj

Dia nyaris-nyaris terperangkap dengan soalan Qamra Ain. Itu baru mukadimah. Kalau hendak dihuraikan lebih lanjut lagi mahu menitik peluh. Naluri sebagai doktor masih lagi kuat walaupun sekian lama tak menyarung kot putih kebanggaannya dulu. Tunku Hussein berhati-hati membuka balutan tangan. Selesai balutan dibuka, pembalut tadi digulung dan kemudian diberi kepada Qamra Ain.

Tengok tu, hitamnya! Awak buat apa kat hospital sampai hitam bandage awak kerjakan

Saya lap cermin dalam ladies tadi. Kotor benar. Sesekali bantu makcik cleaner tak salahkan Jawab Qamra Ain menyindir sinis.

Tunku Hussein terus ketawa besar bila melihat riak wajah Qamra Ain berubah. Sengaja dia mengusik kerana suka benar melihat Qamra Ain menarik muncung sedepa.

Janganlah marah, saya gurau aje. Sehari tak jumpa awak tentulah saya rindu nak usik awak, Qamra.

Sebenarnya aku cemburu gila tengok kau keluar dengan sepupu aku tadi! Grrrrrrr~

Lepas ambil wudu, saya ganti bandage baru. Lagipun, saya malas nak dengar bebelan tanpa henti si Tuan Raff. Rimas telinga saya tau. Dia yang tolong balutkan semalam, adu Qamra Ain sambil menunjukkan gaya mengorek telinga.

APA!!! Raff yang balutkan untuk awak!

Dari hari tu saya dengar awak sebut Raff Raff, awak kenal ke dia

A awak salah dengar ni! Saya sebut Raphael Lauren tadi ha, betul tak Saya terbaca kat papan tanda atas tu. Mesti mahalkan minyak wangi tu, kan Saya pernah tengok ada jual kat Jusco Midvalley, Tingkat 2 tau. Aduhai taktik membongak datang menerjah lagi.

Nasib baik kebetulan papan tanda tadi ada perkataan yang disebut. Penat sudah rasa asyik terpaksa menipu Qamra Ain. Naik semput hingga terasa ke hulu hati.

Awak okey tak ni

Ala, sikit aje. Jauh dari perut. Saya masih boleh suap pakai tangan lagi. Tak usah risaulah, pujuk Qamra Ain sambil buat gaya suapan nasi.

Ni yang saya risau, Qamra. Baru sehari tak jumpa, tangan dah kena berbalut. Lepas ni Apa pula Kaki Kepala Lutut Kuku Saya kalau boleh nak ada di sisi awak 24/7. Lepas dari hari ni, saya akan lindungi awak setiap saat dan waktu. Kalau awak benci saya sekali pun, saya tetap jaga awak.

Atas sebab apa saya perlu benci kat awak

Kita tak tau apa yang bakal terjadi esok dan harihari seterusnya. Mungkin hari ini kita jadi kawan, esok lusa mungkin kita jadi musuh. Mana tau, kan

Boleh tak awak jangan merepek

Qamra, kalau saya ada berbuat sesuatu yang melukakan hati awak adakah awak terus benci saya

Walaupun saya jauh di mata namun awak tetap di hati saya, di sini. Saya sayangkan awak, Sein dan jangan buat sesuatu yang boleh mengubah sayang saya bertukar benci.

Saya juga sayangkan awak, melebihi sayang awak pada saya, ujar Tunku Hussein sambil meletakkan tangan Qamra Ain di atas jaket hitam dekat di dada.

Di situ, Qamra Ain dapat merasa dengupan kencang jantung si kacak bergaya itu malam ini.

Lajunya dengupan jantung awak. Macam nak tercabut! usik Qamra Ain. Segaris senyuman dihadiahkan buat Tunku Hussein.

Itulah namanya cinta, wahai Dr. Qamra. Tapi, adakah kau boleh terima cinta aku selepas kau tau yang aku adik Tunku Hardie Tunku Hussein terlirik ke arah jam jenama Guess di pergelangan tangan Qamra Ain. Ada sejam lagi untuk sampai ke Villa Tun Tunku Harith. Perlahan-lahan tangan Qamra Ain dilepaskan.

Qamra, malam ni saya tak boleh lama sebab ada family dinner di Villa Papa saya. Jom, saya hantar awak balik.

Lega hati saya bila keluarga awak dah berbaik semula. Tak apa, saya boleh balik sendiri. Dekat aje pun. Bukannya jauh benar.

Saya takkan rasa tenteram selagi tak nampak depan mata yang awak selamat masuk ke dalam rumah. Kan bagus awak tinggal di kondo depan sana Kenapa nak pindah ke rumah kedai tu Keadaan kawasan itu merisaukan saya tau.

Itu aje yang saya mampu sewa, Sein. Sampai bila saya harus bergantung harap dengan bantuan orang lain Saya hargai bantuan sahabat saya di kondo itu. Dia tak pernah minta sesen pun dari saya. Tapi, sampai bila Sejak tahun pertama saya di A-AH lagi dia bantu saya. Dah tiba masa untuk saya belajar berdikari. Itu tak bermakna, saya lupakan dia. Ada juga sesekali saya pergi ke kaf dia di hujung lorong sana. Nanti saya kenalkan awak dengan dia, okey Jelas Qamra Ain panjang lebar.

Sein, saya nak tanya sesuatu yang dah lama saya nak tanya pada awak. Kenapa, awak ambil berat tentang saya

Sebab saya

Deringan SG N5 mengganggu perbualan mereka. Tunku Hussein merungut perlahan. Setiap kali mahu berterus-terang, setiap kali itulah ada saja yang menganggu. Lagu nada dering Here Come The Horns yang di bahagian chorus menarik perhatian Qamra Ain. Dia menyeluk poket jaket hitam dan terus menilik dari permukaan poket. Takut ternampak oleh Qamra Ain di kala nama Tunku Raffzul terpampang penuh di skrin sesentuh itu.

Qamra, excuse me for a while, Tunku Hussein berganjak sedikit jauh dari Qamra Ain sambil menjawab panggilan tadi.

Kau sabar boleh tak Jap lagi aku sampai, terus dimatikan talian.

Tak menyempat-yempat, ingat Nissan GT-R aku ni ada button sayap ke, boleh terbang terus ambik kau kat Midvalley

Baik awak pergi, Sein, pujuk Qamra Ain lirih.

Hakikatnya, dia terasa kosong bila jejaka itu berbicara tentang keluarganya di malam ini. Ya, jejaka berwajah mirip penyanyi Lee Minwoo itu beruntung punyai keluarga yang kembali bersatu yang sekian lama retak.

Tidak pada dia, hanya sendiri. Ibunya Entah di mana, dia tak tahu. Entah hidup, entahkan mati. Mujurlah ada Makcik Zainab yang membuka kedai makan di bawah rumah sewa. Taklah terasa bersendirian sejak pindah keluar dari kondo Tunku Hazreen. Dapatlah juga dia menumpang kasih.

Saya nak pastikan awak selamat masuk rumah sebelum saya pergi, please rayu Tunku Hussien. Redup mata merenung tepat ke wajah Qamra Ain.

Saya balik dulu. Sein, jaga diri baik-baik. Jangan merempit pula nanti. Kalau saya tau, saya pancit tayar skuter awak! Qamra Ain memberi amaran dan hanya dibalas dengan senyum senget Tunku Hussein. Diperhatikan gadis itu menapak naik anak tangga. Selepas memastikan lampu di ruang tamu rumah sewa Qamra Ain menyala, didail semula nombor talian Tunku Raffzul.

Kau ambik aku sekarang, depan banglo aku. Kau fetch aku sekarang! Jangan melawan, Raff!

Kereta aku Saiful dah bawa balik ke Villa!

Aku tak kira! Kau call Saiful fetch kau dan aku cepat! Nissan GT-R aku dah tidur! Talian dimatikan sekali lagi di waktu Tunku Raffzul masih lagi kedengaran suaranya membebel di corong telefon.

Macam perempuan, bebel tak habis-habis! Semak telinga aku aje!

T

UN TUNKU HARITH memandang wajah-wajah kesayangannya di meja makan utama silih berganti dan diakhiri dengan Tunku Hazreen. Lama benar tak mengikuti perkembangan Mels E sejak diterajui oleh Tunku Hussein. Walaupun usia masih lagi hijau untuk menyandang jawatan CEO, dia tahu kepimpinan anak lelaki bongsunya dikagumi oleh barisan MC di situ.

Tunku Hussein menjalankan tanggungjawab tanpa sebarang masalah yang timbul. Sejak diterajui, tak pernah sekali pun mendengar apa-apa masalah yang timbul dari Mels E. Selalu juga dia bertanyakan pada Saiful. Hanya berita positif yang diterima malahan perkhidmatan Mels E menjadi permintaan yang paling tinggi dalam industri penghantaran mel. Cuma, dia diberitahu oleh Saiful yang Tunku Hussein tak duduk di pejabat tapi di area pengasingan mel Apa yang dia buat di situ Asingkan Mel Jadi budak despatch

Dia berpaling muka ke arah Tunku Hardie yang menguis-guis nasi di pinggan. Sejak tadi sebutir nasi pun tak disuapkan ke mulut. Disebabkan masih tak berupaya untuk memegang sudu sendiri dibiarkan saja Tunku Hardie menyuap mengunakan tangan, salah satu terapi untuk menguatkan otot-otot jarinya.