Shuhada pergi jalan-jalan
Kata Alias sambil mengusap rambut isterinya yang sedang tidur. Shuhada baru sahaja sembuh daripada demam panasnya. Sebaik Shuhada mendengar perlawaan itu, dicapai terus tualanya di tepi tandas dan selang beberapa saat, kedengaran bunyi pintu bilik air ditutup.
---
Tiba-tiba pintu tandas diketuk.
Ya Abang
Abang nak mandi dengan Shuhada boleh
Shuhada mengizinkan. Pintu tandas dibuka.
---
Alias membawa Shuhada berjalan ke KLCC. Sepanjang mereka berkahwin ini merupakan kali pertama Alias membawa Shuhada bersiar bersamanya. Niat Alias untuk memberi peluang kepada Shuhada untuk mencuci mata melihat barangan kemas dan pakaian di sana.
Tangan Shuhada digenggam oleh suaminya dengan erat, dicium-cium tangan tersebut sambil memandang ke wajah isterinya. Inilah kali pertama dia melihat isterinya tersenyum, dan dia yakin senyuman itu hanya pura-pura.
Ini untuk Shu
Alias mengeluarkan sebuah kotak berwarna biru tua. Dihulurkan kepada Shuhada.
Apa ni Abang
Bukalah sayang kata Alias lembut. Shuhada menurut kata suaminya. Kotak biru tua itu dibuka perlahan-lahan. Alangkah terperanjat Shuhada rupanya kotak itu berisi sepasang barang kemas HABIB jewels. Setiap barangan kemas tersebut bertahtakan berlian dan mutiara. Shuhada menutup kotak tersebut. Diletakkan semula di atas meja.
Abang, Shu tak perlukan ini. Shu cuma perlukan kebahagiaan,
Shu tak bahagia dengan Abang
Bukan macam tu, perkahwinan kita bukan kerana harta jadi mengapa perlu Shu mengharapkan ini dari Abang, kan
Perkahwinan kita juga bukan kerana cinta, kata Alias yang tiba-tiba bernada serius.
Digenggam kuat tangan Shuhada.
Sampai rumah nanti, siap kau kata Alias perlahan. Shuhada hanya tunduk. Hatinya mengeluh. Kepalanya digelengkan perlahan. Saat yang sepatutnya romantik bertukar menjadi tegang dan hambar, tanpa gelak tawa mahupun kata-kata cinta. Yang ada hanya jelingan Alias yang penuh kebencian.
Hati Shuhada berdebar-debar, trauma lepas masih belum pulih kini suaminya sudah mula berang kembali.
Ya Allah, lembutkan hati suamiku ini ya Allah. Sekurang-kurangnya berikan dia sedikit akal supaya mengerti yang ini bukanlah masa yang sesuai untuk aku
didera,
Makanan yang dihidangkan di atas meja dimakan perlahan-lahan. Tangan Shuhada menggigil. Mungkin kerana terlalu takut. Alias yang melihat keadaan Shuhada tibatiba terasa simpati, lantas ditarik tangan Shuhada, sambil menatap wajah isterinya itu
Alias berkata,
Abang janji takkan sakitkan Shuhada, makanlah.
Shuhada memejamkan matanya. Untuk melihat wajah suami sendiri pun Shuhada mulai takut. Namun digagahkan juga, matanya dibuka perlahan-lahan ditatap wajah suaminya itu,
Terima kasih abang. kata Shuhada sambil tersenyum.