PAHIT - 7
Kali pertama aku berjumpa dia di sebuah kafe ibubapaku. Pada waktu itu hujan renyai. Dia seorang jurufoto yang datang dari kota. Pada waktu itu dia kesejukan, kelaparan dan perlukan makanan untuk panaskan badannya. Katanya, dia mahu mengambil foto suasana di pekan kecil yang indah ini. Dia mahu siarkan dalam beberapa majalah pengembaraan.

Di sini ada hotel tanya dia.

Di pekan ini memang tiada hotel. Atas rasa prihatin, ibubapaku tawarkan dia untuk tinggal di rumah kami. Tetapi, akhirnya ibubapaku dapat pelajari satu pengajaran pahit bahawa kebaikan itu tidak selalunya dibalas baik.

****

Empat hari kemudian, dia menghilangkan diri. Tetapi, dia tidak tinggal tangan kosong. Dia menculik aku. Mak menjerit seperti orang gila melihat aku sudah hilang. Doktor terpaksa bagi Mak dadah untuk tenangkan Mak. Mak terlantar di atas katil berhari-hari kerana rasa berat kepala dan depressi. Ayah aku benar-benar berharap tragedi aku ini akan berakhir dengan kebahagiaan yang mana aku sudah berjaya dijumpai dan dia dapat peluk aku.

Tetapi Ayah telah lupa bahawa kadang-kadang itu Tuhan sukakan pengakhiran yang sedih. Orang yang menculik aku tidak dapat dijumpai dan aku tidak mampu untuk bernafas lagi. Pihak polis telah menjumpai mayatku, aku dirogol dengan ganas dan melecur teruk.

****

Umur aku baru sahaja mencecah 13 tahun tatkala nyawa aku diambil. Roh aku merewang-rewang di rumah di mana aku dibesarkan dan melepak dengan ibubapaku yang sayang aku sepenuh jiwa mereka.

Ibubapaku tidak dapat melihat aku. Ibubapaku tidak dapat mendengar suara aku. Tetapi aku tahu naluri mereka. Aku dapat dengar tangisan kesengsaraan mereka. Biasalah kalau si anak tanam ibubapanya, kata Mak.

Tapi keadaan ini di sebaliknya bila mana ibubapa terpaksa menanam anak mereka kesakitannya itu tidak dapat dinyatakan.

Mak sudah tidak percaya kepada Tuhan. Dia sudah tidak pergi ke gereja lagi. Paderi di gereja kami, Danny Fratine, datang ke rumah. Dia pujuk Mak untuk kembali datang ke gereja seperti sebelum ini.

Saya tak boleh sembah Tuhan yang telah mengambil anak saya seorang itu< jerit Mak.

Tuhan sudah tidak ada lagi dalam hati saya. Aku harap

Tuhan masuk neraka.

Mak pergi ambil penyapu dan halau Paderi Fratine keluar.

Tuhan musuh saya, jerit Mak lagi.

Kalau awak sayang sangat Tuhan tu, awak pun musuh saya juga. Dan musuh saya tidak boleh datang masuk ke rumah saya.

Mak telah menjadi wanita berjiwa pahit yang sentiasa menyumpah Tuhan dan sesiapa yang menyayangi Tuhan.

****

Keadaan Ayah tampak lebih teruk daripada Mak.

Polis dah buat silap, kata Ayah.

Mayat yang mereka jumpa tu bukannya anak saya. Mereka cuma mahu tutup kes secepat yang mungkin. Mereka tak kesah tentang keadilan pun.

Saya dah periksa. Kebanyakan pedofil bukannya pembunuh. Dia rogol anak perempuan saya dan kemungkinan besar, dia dah jual anak saya tu ke rumah pelacuran. Takkan dia ada hati untuk bunuh Malena

Pada satu pagi, aku dan mak tak dapat cari Ayah di manamana di dalam rumah. Kami jumpa sepucuk surat atas meja makan. Ayah beritahu yang dia telah ke kota untuk mencari aku, anak perempuan yang dia amat sayangi.

Saya akan pulang lepas saya jumpa anak kita, coret surat itu.

****

Enam bulan berlalu pergi. Tidak ada berita tentang Ayah. Aku telah hilang harapan untuk berjumpa Ayah lagi. Tapi, pada suatu petang, Ayah muncul di ruang tamu.

Saya gembira awak dah pulang, kata Mak sambil mendakap Ayah.

Aku kira usaha Ayah untuk mencari aku di beberapa rumah pelacuran adalah satu ide yang gila tetapi akhirnya dia terima hakikat yang pahit bahawa aku sudah tiada lagi. Tetapi, aku silap.

Saya jumpa Malena, kata Ayah.

Anak kita tak mati.

Aku terkejut apabila mendengar apa yang Ayah perkatakan. Tak mungkin aku masih hidup lagi.

Saya pergi dari atu rumah pelacuran ke satu rumah pelacuran untuk mencari anak kita, katanya.

Saya tak dapat jumpa dia. Saya rasa seperti sudah putus asa. Saya mengalah. Saya merasa seperti ak bunuh diri. Tapi bunuh diri sendiri bukan kerja mudah. Ia perlu kekuatan yang kental untuk tari nyawa sendiri. Saya duduk di pinggir jalan, menangis sampai separuh nyawa. Tibatiba Tuhan berikan pengampunanNya. Tuhan tunjukkan kekuasaanNya. Saya nampak anak kita di seberang jalan, merayu-rayu. Saya lari ke arah dia. Saya peluk dia. Saya bisik ke telinga dia Aku tak akan lepaskan kau pergi.

Melihat reaksi Mak, Ayah berkata: Saya tahu awak tak percaya saya. Mari saya buktikan kepada awak yang anak kita Malena masih hidup.

Ayah pangil nama saya. Seorang budak perempuanmuncul di hadapan Mak. Dia nampak seperti saya. Dia berpakaian seperti saya. Tetapi dia bukan saya. Dengan perlahan Mak menghampiri budak itu. Mak peluk budak itu. Mak menangis.

Ayah kau hero, kata Mak ke budak itu.

Ayah kau telah jumpa kau. Anak aku masih hidup anak aku hidup anak aku masih hidup.

****

Budak itu sanggup menggunakan nama saya. Budak itu sanggup pakai baju kepunyaan saya. Budak itu sanggup ikat rambut macam saya. Budak itu menjadi saya. Budak itu tak kesah pun yang dia tidak mempunyai identitinya sendiri. Aku jangka hidup dia di kaki lima itu melarat sangat. Di rumah aku ni, dia ada makanan untuk dimakan, baju untuk dipakai, katil untuk tidur dan kasih sayang daripada ibubapa. Rumah aku menjadi syurga untuk dia. Dan kebanyakan daripada kita memang pilih syurga berbanding neraka.

****

Mak mahu bertaubat. Dia mahu membalas balik tentang apa yang dia sudah perkatakan fasal Tuhan tatkala aku hilang.

Tuhan telah memulangkan anak saya balik, ujar Mak.

Tuhan telah berbuat baik kepada saya. Saya perlu bersyukur.

Menjelang Ahad, Mak dan Ayah pergi ke gereja bersamasama anaknya yang baru. Aku pasti orang kampung tidak dapat menerima realiti itu Aku pasti yang orang kampung dengan senonongnya beritahu Mak dan Ayah yang budak itu bukannya aku Aku pasti yang orang kampung akan beritahu kebenaran pahit yang aku sebenarnya sudah mati.

Tetapi aku silap. Sama seperti Mak dan Ayah, seluruh kampong jadi gila. Mereka dapat lihat apa yang mereka mahu lihat. Mereka dapat dengar apa yang mereka mahu dengar. Mereka hidu apa yang mereka mahu hidu. Mereka percaya apa yang mereka mahu percayakan. Kebenaran pahit tidak penting buat mereka.

Mereka peluk Mak dan Ayah. Mereka juga peluk budak prempuan yang sepatutnya aku itu. Mereka semua gembira mendapat tahu yang aku sudah pulang. Melihat Mak dan Ayah bersama orang kampung bergembira seperti menonton kegilaan orang kalah menyorak sokong kumpulan menang. Aku tak mampu untuk melihat kegilaan seperti ini. Aku jerit terus-menerus: Korang ni dah gila ke apa Budak tu bukannya aku budak tu bukannya aku.budak tu bukannya aku. Tidak ada seorang yang dapat mendengar aku.

Aku kira Paderi Danny Fratine di gereja ini akan menenangkan tempik-sorak di kampung iniAku kira Paderi Danny Fratine dapat redakan kegilaan yang meletus kampung ini. Tetapi tidak. Dia pun sekali jadi gila macam orang kampung semua.

Semasa berucap, Paderi Danny Fratine kata: Tuhan bekerja dalam gerakan yang amat misteri. Tuhan telah kembalikan Malena kepada kita semua. Apa yang Tuhan telah lakukan adalah satu keajaiban dan kita harus sentiasa bersyukur kepada Tuhan atas keajaiban ini.

****

Dua tahun berlalu pergi. Pda mulanya aku bengang sebab Mak dan Ayah dan seluruh orang kampong dengan senang-senang gantikan aku dengan budak perempuan yang Ayah jumpa merewang di tepi jalan. Aku ak mahu digantikan. Aku tak mahu ada orang yang mempermainkan aku. Aku nak mereka semua sedih atas pemergian aku. Aku nak mereka merindui aku. Aku tak mahu dilupakan.

Sekarang, aku tidak lagi merasa bengang. Aku sudah belajar untuk menghadam kegilaan mereka aku sudah belajar bagaimana rasanya untuk berhadapan dengan keadaan hiduk-pikuk yang mengelilingi hidup aku. Aku lihat Mak dan Ayah bersama-sama orang kampong dengan pandangan kesedihan dan bukan lagi dengan kemarahan.

Mereka semua ini datang dari kampong yang tidak pernah berhadapan dengan keadaan yang teruk. Dan mereka tidak lagi mahu menjadi pahit. Mereka mahu bahagia. Mereka mahu harapan. Mereka mahu tragedy aku ini berakhir dengan kebahagiaan. Mereka mahu aku hidup. Kegilaan adalah penting apabila kamu tidak mampu untuk berhadapan dengan kebenaran.