Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 7
BAB 7

BALIK dari pejabat Fariz, Felisha terus pulang ke rumah. Hati dah panas menggelegak. Kenapa la asyik jumpa mamat poyo tu! Dia jeling jam. Hampir tiga petang.

Aku belum solat lagi.. Felisha melangkah perlahan ke bilik air. Air mata yang sudah tumpah disapu perlahan.

Lama dia menatap dirinya di cermin besar dalam bilik air.

Siap kau mamat sentap! Aku akan buat kau tergila-gilakan aku! Dan lepas tu, aku akan tinggalkan kau! Felisha ketap bibir. Dia mula mengambil wudhuk.

Usai solat zuhur, Felisha melangkah ke ruang dapur. Dari tadi dia tak isi perut. Ingatkan dipelawa makan sekali dalam majlis kesyukuran tu. Hampeh

Hmm..masak lagi bagus. Senang hati aku, perut pun kenyang! Felisha mula buka peti sejuk.

Seekor ayam dari tempat beku dikeluarkan. Dia mencari pula rempah kuzi. Ayam masak kuzi yang sudah lama tidak dinikmati.

Kali ni aku nak buat ayam masak kuzi. Makan dengan roti jala best jugak ni! Felisha mengukir senyum.

Lincah tangannya memotong bahan-bahan untuk kuzi ayamnya nanti.

Siap masak, Felisha mula menikmati ayam kuzi yang dimasak. Dia masukkan ke dalam dua bekas Tupperware untuk mama dan papa. Itu juga makanan kegemaran mereka. Dua ketul ayam disimpan untuk teman serumah.

Laju kereta Honda Accord kelabu dipecut ke arah rumah orang tuanya di Damansara Heights.

PUAN BAINUN tersenyum manis sebaik melihat kereta anak gadisnya sudah mula memasuki laman rumah.

Sha, kedai bunga tutup ke Puan Bainun mula menegur.

Buka..Ainul yang jaga. Mama sihat Felisha cium tangan ibunya.

Puan Bainun angguk.

Papa mana

Laa..kerja la.

Felisha sengih. Lupa, waktu pejabat masih belum habis. Dia jeling jam. Hampir asar.

Ni, Sha masak kuzi ayam untuk mama. Felisha hulur bekas tadi. Bekas Tupperware bertukar tangan.

Hmmsedapnya bau. Banyak ni..kenapa tak bagi kat Fariz sikit Puan Bainun senyum.

Felisha mendongak. Fariz Apa ke jadah nak bagi kat mamat tu! Dah la aku fobia dengar nama dia tu!

Tak payah sebut nama dia la mama. Sakit hati! Felisha duduk di kerusi sebelah kolam ikan koi.

Kenapa ni Apa yang dah jadi Puan Bainun sentuh bahu Felisha yang dah muncung.

Entahlah mama..macam tak ada orang lain Sha jumpa. Asyik muka mamat tu je!

Puan Bainun geleng.

Mama..Sha nak pinjam duit sikit boleh tak Jualan bulan ni kuranglah mama. Felisha mula teringat ganti rugi yang terpaksa dibayar.

Hmm..nak tambah modal ke

Err..aamacam tulah. Permintaan bunga tulip makin tinggi. Bunga tu kan susah sikit nak dapat. Kadang-kadang Sha terpaksa order direct dari Holland. Kat Cameron Highlands tu tak banyak bunga tulip ni. Banyak bunga kekwa je. Boleh la mama.. Felisha peluk bahu Puan Bainun.

Hmm..baiklah. kalau betul untuk tambah modal, mama boleh bagi tapi kalau nak belanja shopping, jangan harap mama nak kasi.

Felisha sengih. Yes!!

Berapa nak

Sikit je.sepuluh ribu. Felisha senyum manja.

Hah Sepuluh ribu Mama mana ada duit banyak tu! Puan Bainun menelan liur.

Alah mama..boleh la. Mama pinjam la dengan papa. Kan tiap bulan, papa bagi mama tiga ribu. Nanti Sha gantilah balik duit mama tu.

Tolonglah mama! PleaseFelisha dah merayu-rayu. Kalau tak dapat, mampus aku nanti. Entah apa mamat tu nak buat kat aku!

Oh..jadi masak sedap-sedap macam ni, ada makna la ni. Pandai Sha rasuah mama ek Puan Bainun bergurau.

Alahbukan rasuah mama. Memang Sha nak masak kuzi ayam tu. Tak ada kena mengena pun dengan pinjam duit.. Felisha buat muka merajuk.

Ya la..sekejap. Puan Bainun menapak ke dalam rumah. Seketika kemudian dia kembali semula dengan sampul surat.

Apa ni mama

Tanya lagi budak ni, tadi kata nak pinjam sepuluh ribu!

Felisha pandang mama tak berkelip. Dia buka sampul surat perlahan-lahan. Memang ada sepuluh ribu.

Tadi..mama kata tak ada Felisha berkerut kening.

Abang Fakrul yang bagi kat mama. Katanya duit separuh gajinya masih banyak lagi. Tambah lagi duit biasiswa belajar pun banyak lagi. Hah..hujung tahun ni, abang Fakrul nak balik Malaysia dengan kak Arini. Kak Arini tu dah pregnant tau! Puan Bainun senyum bangga, tak lama lagi dapat cucu. Menantunya dah mula hamil.

Ya ke mama Eii! Bestnya dapat anak sedara! Felisha peluk mama erat.

Sha bila lagi

Felisha menelan liur. Ke situ pulak mama aku ni. Tak ada dalam otak lagi nak fikir bab boyfriend ni, apa lagi soal nikah!

Mulalah buat muka macam tu, Sha tu perempuan. Kalau lambat nikah, tak elok. Jadi andartu. Semalam, kawan mama tanya lagi. Puan Bainun teringat perbualannya dengan Puan Akma tentang Tajdid yang dah mula sukakan Felisha.

Maksud mama, Tajdid Felisha membuntang.

Puan Bainun angguk.

MamaSha tak ada perasaan pun kat dia tu. Lagipun Sha kan muda lagi. Baru 25 tahun. Target Sha nak nikah, lepas dua puluh lima tahun. Felisha muncung.

Sha..kita ni perempuan. Fitnah perempuan ni lebih besar dari lelaki. Kita kena ingat, bila dah ada orang berkenan pada seseorang perempuan, dan lelaki tu cukup segala-galanya, baik, ada ilmu agama, cukup hartanya, maka eloklah si perempuan terima pinangan lelaki tu. Mama tengok Tajdid tu ada semua tu.

Memanglah dia baik mama tapi hati Sha belum terbuka untuk dia. Macam mana nak hidup berdua nanti, kalau tak ada perasaan. Nanti jadi macam tunggul. Felisha tunduk. Jelas mama lebih suka mamat lulusan dari universiti Jordan tu.

AtauSha dah suka kat Fariz tak Puan Bainun mengusik. Cuba meneka.

Hish! Mama ni! Fariz tu jauh bezanya dengan Tajdid! Berlagak tak kena tempat! Tapi kan mama..Sha rasa, Sha nak pikat dia. Biar dia tahu langit tinggi rendah. Lelaki macam dia tu kena ajar sikit. Felisha senyum. Rancangannya mesti dijalankan!

Apa Sha cakap ni Mama tak faham.. Puan Bainun berkerut kening.

Mama akan faham satu hari nanti. Err..Sha balik dulu ya. Nak singgah kedai sekejap. Felisha cium tangan mama.

Hati-hati bawa kereta! Laung Puan Bainun sebaik Felisha masuk ke dalam kereta.

SAMPAI di kedai, Felisha terus ke bilik pejabatnya. Dia lihat jam. Hampir pukul lima setengah.

Aku belum solat asar lagi ni. Bergegas Felisha ke bilik air.

Ainul yang dari tadi sibuk menyusun bunga tersenyum melihat bos mudanya tak pernah tinggal solat. Tolak seminggu waktu bulan mengambang. Itu semua perempuan pun mengalaminya. Pernah kak Sha menegurnya yang asyik solat di hujung waktu sehingga hampir terbabas. Sejak bekerja di kedai bunga ni, aku dah banyak berubah. Kak Sha banyak beri tunjuk ajar walaupun tak rasmi.

Err..kak Sha..macam mana majlis tadi Ainul teringat pesanan tadi.

Felisha lipat telekung dan diletak dalam laci meja. Dia senyum hambar.

Sakit hati..tapi tak apa. Sekurang-kurangnya kita dapat sales banyak hari ni. Felisha keluarkan sekeping cek yang diterima masa mula sampai di pejabat Fariz tadi.

Kenapa kak Apa yang dia orang dah buat kat akak Ainul duduk di kerusi berhadapan dengan Felisha.

Tak ada apa..tapi kan orang yang buat pesanan kat kita tu..sutun la! Felisha terbayang wajah Cik Hani.

Maksud akak..cik Hani Ainul dah berkerut kening.

Felisha angguk. Dia ketawa mengekek.

Patutlah..masa dia call Ainul pagi tadi, suara dia macam garau tapi dia kenalkan diri dia cik Hani..blur sekejap dibuatnya.. Ainul turut senyum.

Nama penuh dia Hanifah! Ketawa Felisha dah mula pecah.

Laa..ya ke Ainul turut ketawa.

Ehem!!

Serentak Ainul dan Felisha menoleh.

Errawak Felisha menelan liur.

Ainul minta diri ke rak bunga semula.

Assalamualaikum.

Wa..waalaikumussalam.. Felisha tunduk.

Awak sihat Tajdid senyum.

Sihat..err..awak dari mana Felisha pandang Tajdid yang segak dengan kemeja lengan pendek dan seluar jeans hitam. Huihdah makin bergaya mamat ni.

Saya dari kolej tadi. Kebetulan lalu area sini, saya singgah la sekejap. Awak free ke Tajdid senyum lagi. Entah kenapa sejak pertama kali jumpa Felisha hatinya dah mula suka.

Free Felisha mendongak.

Kalau awak sibuk tak apa la..mungkin lain kali saya ajak awak makan.. Tajdid tunduk. Malunya aku..

Err..bukan macam tu. Saya dah kenyang. Ha..kebetulan saya ada bawa sedikit lauk ni. Nah! Felisha hulur bekas ayam kuzi kepada Tajdid.

Oh ya Mesti sedap ni.. Tajdid sambut bekas dari tangan Felisha.

Biasa je.. Felisha dah malu.

Dah nak tutup kedai ke Tajdid pandang ke arah Ainul yang mula mengemas bunga dan meja.

Felisha angguk. Hari ni saya tutup awal sikit. Selalunya lepas maghrib baru saya tutup.

Ohesok macam mana

Macam mana apa Felisha berkerut kening. Soalan tergantung mamat ni!

Boleh temankan saya makan

Oh Felisha senyum kelat. Teman makan Haihaku dah la tak berapa gemar dating-dating ni. Takkan mamat lulusan agama ni nak ajak aku dating Dia tak tahu ke hukum keluar berdua ni Atauentah-entah dia saja nak uji aku

Boleh ke Tanya Tajdid lagi.

Err..kita berdua je ke Felisha dah gelisah.

Kita bukan berdua. Ada adik saya yang temankan sekali. Macam mana Tajdid renung Felisha yang dah serba salah.

Adik Err.. Felisha garu kepala.

Kalau awak sudi, esok tengah hari saya ambil awak kat sini. Kalau awak segan, awak boleh bawa sekali pembantu awak tu. Tajdid pandang pula ke arah Ainul.

Ehmana boleh. Nanti kedai tak ada orang jaga. Waktu makan selalunya saya bergilir jaga dengan Ainul. Felisha dah menggelabah.

Ohtak apalah. Nampaknya awak tak sudi. Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Tajdid mula melangkah keluar dari kedai bunga.

Tunggu!

Tajdid menoleh. Felisha dah menapak ke arahnya.

Err..baiklah. Esok tengah hari pukul dua belas. Felisha cuba mengukir senyum. Ambil hati.

Tajdid senyum. Terima kasih tapi kalau awak rasa terpaksa, tak payahlah awak paksa diri awak. Saya tak kisah pun. Itu hak awak.

Oh..tak apa. Kalau awak merajuk, susah pulak saya nak pujuk. Saya memang tak reti bab pujuk memujuk ni. Felisha sengih.

Tajdid ketawa kecil. Dia mula minta diri. Felisha hanya memerhati Tajdid meninggalkan kedainya menuju ke tempat letak kereta.

Hmmapa aku nak buat ni Dia ni macam suka kat aku.. Felisha sedikit mengeluh. Kalau selalu aku layan dia macam ni, mahunya dia ingat aku ni dah suka kat dia. Hmm..kali ni je Felisha, lain kali kau tak boleh dah terima pelawaan Tajdid tu! Kalau dah terhutang budi nanti susah!

Nak balas dengan apa Body Eii..nauzubillah!

Felisha pandang skrin telefon bimbitnya. Ada teks mesej.

Saya nak jumpa esok. Invois repair kereta dah ada.

Hish! Cepatnya kereta dia siap Ni betul-betul ke tipu Tak sabar-sabar la tu nak duit sepuluh ribu tu! Felisha mengetap bibir. Dah la tak bagi tahu kat mana nak jumpa! Geram aku! Mesej dibalas segera.

Jumpa kat mana Masjid

Pedas mesej awak

Dah makan cili, memanglah pedas!

Kata awak tu lagi pedas dari cili

Eh mamat ni! Bukan nak jawab elok-elok! Aku tak pergi karang! Felisha mengetap bibir. Dia balas semula. Lama Felisha tunggu balasan Fariz.

Lantak kaulah!