Lukisan Asmara 2 - 7
BAB 6

Nampaknya kini, masa yang ditunggu-tunggu oleh dua beranak itu hampir tiba. Setelah berbulan-bulan berada di negara orang, mereka bakal pulang jua akhirnya. Pagi itu, mereka diberitahu oleh doktor yang bertugas bahawa penyakit Mak Cik Markonah telah sembuh sepenuhnya, walaupun keadaan badannya masih lagi lemah. Kelemahan itu disebabkan oleh faktor keletihan ketika Mak Cik Markonah terpaksa menjalani rawatan terapi sebelum ini. Semalam pula, Doktor Imran memberitahu Elly yang Mak Cik Markonah akan dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi.

Alhamdulillah

Elly bersyukur kerana penderitaan ibunya bakal berakhir. Menurut doktor, kemungkinan untuk penyakit ibunya itu berulang kembali dalam masa lima tahun adalah amat tipis sekali. Namun, Mak Cik Markonah perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut sekembalinya ke Malaysia nanti. Menurut Doktor Imran, dia akan menghantar fail dan rekod Mak Cik Markonah kembali kepada Doktor Haris untuk urusan selanjutnya.

Betulkah adik Kita dah boleh baliklah, tak lama lagi tanya Mak Cik Markonah kegirangan.

Boleh, mak. Adik pun dah minta tolong pada Doktor Imran untuk bookkan tiket penerbangan kita. Tentu mak suka, kan

Mestilah mak suka. Dah lama sangat kita di sini. Mak rindu sangat pada kampung, rumah, tanam-tanaman dan saudara-mara kita semua. Mak yakin, adik pun tentu rindukan Alyssa, kan

Elly mengangguk setuju. Entah mengapa, perasaannya sedikit sebak bila nama Alyssa diperdengarkan kepadanya. Sampai bila-bila pun, budi dan jasa baik Alyssa tidak akan terbalas. Alyssalah penyelamat kesedihannya. Allah telah menurunkan rahmatnya melalui bantuan yang dihulurkan oleh Alyssa.

Tapi, mak jangan lupa. Walaupun dah balik ke Malaysia nanti, mak tetap kena teruskan rawatan susulan di sana. Mak kena pergi buat pemeriksaan di hospital pada tarikh-tarikh yang sudah ditetapkan. Mak tak boleh macam dulu lagi.

Mak Cik Markonah mulai mengerut dahinya. Dia kurang mengerti akan maksud yang cuba disampaikan oleh anak gadisnya itu. Hatinya tertanya-tanya, adakah itu satu sindiran atau sekadar satu peringatan.

Dulu, mak suka pakai undang-undang dan jadual sendiri. Ikut suka hati mak saja, bila nak pergi hospital untuk rawatan. Akhirnya, bila dapat tahu, penyakit dah kritikal. Nasib baiklah Allah tunjukkan jalan kepada kita. Kalau tidak, tak tahulah, bebel Elly.

Mak Cik Markonah hanya tersenyum. Dia sedikit pun tidak berkecil hati kerana ditegur oleh anaknya itu. Mak Cik Markonah sedar, dia jadi sakit sebegitu pun disebabkan kealpaan diri sendiri juga. Dulu, dia sering memandang dan mengambil ringan terhadap segala sakitnya. Mujurlah, Allah masih memanjangkan usianya untuk melihat dunia yang fana ini.

Adik nak ke mana pula tu tegur Mak Cik Markonah apabila mendapati Elly mula beredar dari biliknya itu.

Adik nak buat panggilan telefon ke Malaysia sekejap. Mak tunggu dulu, ya

Tanpa menunggu soal balas dari ibunya, Elly terus meluru keluar dari situ. Mak Cik Markonah kehairanan dan pelbagai persoalan mulai bermain di fikirannya.

Panggilan ke Malaysia Untuk siapa Untuk Alyssakah Biasanya, kalau Elly menghubungi Alyssa, dia tidak akan pergi jauh dari Mak Cik Markonah. Mereka pastinya akan bersembang di talian di hadapan Mak Cik Markonah, kerana selalunya Mak Cik Markonah akan meminta untuk berbicara seketika dengan Alyssa. Jadi, mengapa perlu Elly melarikan diri dari Mak Cik Markonah semata-mata hanya kerana satu panggilan jauh Namun begitu, seketika selepas itu, segala persoalan menjadi umpama satu jenaka yang mampu membuatkannya tersenyum. Mak Cik Markonah seperti sudah dapat mengagak, kepada siapakah anak gadisnya itu membuat panggilan.

Assalamualaikum, ucap si penerima sebaik saja mengangkat panggilan dari Elly itu.

Waalaikumsalam, jawab Elly pula, lembut.

Elly dapat merasakan yang orang yang dipanggilnya itu seperti sedang menunggu panggilan darinya. Boleh dikatakan semenjak mula tiba di bumi Jerman itu, mereka sering menghubungi antara satu lain. Dalam seminggu, lebih dua atau tiga kali mereka berhubungan di talian telefon.

Saya nak minta tolong sikit, boleh tak pinta Elly.

Boleh, tak ada masalah. Cakap saja. Insya- Allah, saya akan bantu apa yang terdaya.

Begini, tak lama lagi, saya dan mak akan pulang semula ke Malaysia. Baru tadi, doktor yang merawat mak memberi pelepasan kepadanya untuk keluar dari hospital. Saya ingat, sampai saja di Malaysia, saya nak bawa mak saya berpindah ke Kuala Lumpur bersama saya. Boleh tak Doktor Haris tolong uruskan untuk pindahkan fail-fail perubatan mak saya ke hospital di Kuala Lumpur bicara Elly lagi.

Doktor Haris terkedu tidak terkata. Dia diam seketika, membiarkan Elly menunggu jawapan darinya. Memang benar, Doktor Haris dan Elly sudah mulai menjalin titian persahabatan yang agak akrab. Elly berasa agak selesa untuk berbicara dengan Doktor Haris kerana berasa dekat dengan doktor muda tersebut. Ditambah pula dengan perhatian khusus yang diberikan oleh Doktor Haris terhadap permasalahan Mak Cik Markonah, menyebabkan Elly berasa senang sekali dengan keprihatinannya.

Kenapa mesti pindah ke Kuala Lumpur Mengapa tak kekalkan Mak Cik Markonah di hospital tempat saya bertugas ini Bolehlah saya pantau keadaannya.

Saya terpaksalah, doktor. Saya tak ada pilihan lain. Saya perlu pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan saya. Saya perlu bekerja untuk menyara hidup saya dan mak. Di samping itu, saya juga perlu menjaga mak. Jadi, saya rasa inilah jalan yang terbaik buat saya, jawab Elly.

Tiada apa lagi yang dapat diperkatakan oleh Doktor Haris. Dia harus menerima keputusan Elly jika itulah kemahuannya. Nampaknya, selepas ini

Doktor Haris tidak dapat menemui Elly lagi kerana ibu Elly tidak akan berada di bawah pengawasannya. Dia berasa sungguh kecewa. Di kala perasaannya mula berbunga untuk dituai rasa, si bunga pujaan pula menjauhkan diri.

Syukur sangat-sangat. Akhirnya, kau pulang juga, Elly. Aku tak sabar sangat nak jumpa dengan kau. Bolehlah kau tengok perutku yang sudah memboyot ini. Dulu, kau yang berharap sangat nak tengok salah seorang dari kita hamil, kan

Alyssa baru sahaja mendapat panggilan dari sahabatnya untuk memaklumkan tentang kepulangannya. Alyssa berasa sangat gembira. Tidak lama lagi, kerinduannya terhadap Elly bakal terubat. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Elly. Terlalu banyak cerita yang telah ditinggalkan oleh Elly di sini. Mesti riuh mulut Elly bila melihat perubahan fizikal Alyssa yang nampak semakin kembang itu.

Alhamdulillah, bayi puan berada dalam keadaan yang memuaskan. Dia aktif dan saiznya pun okay. Kalau ikutkan perkiraan saya, usia janin puan sudah mencecah dua puluh lapan minggu. Tahniah, dengan izin Allah, kemungkinan besar puan akan menimang bayi lelaki, ujar Doktor Salleh, pakar perbidanan yang membuat imbasan janin ketika pemeriksaan kandungan Alyssa.

Alyssa yang datang dengan ditemani suaminya itu, sangat gembira dengan keadaan bayi dan kesihatan dirinya. Malahan Alyssa bersyukur, selama dia berbadan dua, dia tidak didatangi penyakit yang sering melanda ibu-ibu yang sedang mengandung, seperti darah tinggi dan kencing manis.

Alyssa risau bila sering mendengar kisah rakan-rakannya yang pernah mengandung dengan ditemani penyakit-penyakit tersebut. Mereka menghadapi masalah yang agak berat seperti keadaan janin yang terlalu besar, pendarahan semasa mengandung dan berbagai masalah lain lagi. Alyssa merasakan dirinya begitu bernasib baik kerana dia tidak melalui masalah-masalah itu semua.

Selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan kandungan pagi itu, Tuan Fahreen telah membawa Alyssa terus ke pejabatnya. Lagi pun, ada perkara yang mahu diperbincangkan oleh Alyssa bersama suaminya itu. Secara dasarnya, ianya adalah berkaitan dengan Elly, yang bakal kembali ke tanah air tidak lama lagi.

Seperti biasa, setibanya di pejabat Tuan Fahreen, Alyssa terpaksa menempuh pagar besi yang berkubu di hadapan bilik suaminya itu. Siapa lagi, kalau bukan Che Ros Tambahan pula kemarahan dan dendam Che Ros terhadap Alyssa masih lagi membara. Apa lagi bila dia melihat Alyssa yang sudah berbadan dua. Semakin bertambah benci dan meluatlah Che Ros, wanita yang kebal dengan sikap dengkinya itu.

Good morning, Che Ros. Che Ros macam mana hari ni Sihat tanya Alyssa, cuba untuk beramah mesra dengan pembantu peribadi suaminya itu.

Sambil menjeling pula, Che Ros menjawab, Tentulah sihat. Kalau tak, tak adalah terpacak di pejabat ni. Nak buat macam mana, kita ni kan kuli. So, kenalah kerja untuk cari makan. Lainlah ada orang tu, jerat orang kaya untuk hidup senang. Jadi, tak perlulah nak bersusah payah kerja keras. Apa yang nak, semuanya dapat, kan

Saya pun masih bekerja, Che Ros. Cuma hari ini saja, saya cuti sebab ada medical check-up. Walaupun suami saya kaya-raya, saya tak mahu jadi parasit. Saya lebih senang berusaha dengan kederat dan kebolehan yang saya ada. Bukannya menumpang kesenangan orang, jawab Alyssa pula, tenang.

Che Ros rasa terpukul. Dalam tenang-tenangnya, Alyssa masih sempat menampan satu sindiran pedas padanya. Jelingan tajam Che Ros sudah cukup dimengertikan Alyssa. Dia tidak sanggup berdiri lama di situ lagi. Bimbang akan terus-terusan mendatangkan kebencian yang meluap-luap di jiwa Che Ros kepadanya.

Oh ya Che Ros, kalau niat kita tak ikhlas dalam menyayangi seseorang itu, Allah tak akan makbulkan kehendak kita, sindir Alyssa sebelum berlalu meninggalkan Che Ros untuk ke bilik Tuan Fahreen.

Celaka kau, Alyssa! Kau sindir aku, ya Tak apa, satu hari nanti, kau akan rasa padahnya. Aku sumpah engkau tak akan hidup bahagia. Sebelum sumpah ini menjadi kenyataan, lebih baik kau berhati-hati, ucap Che Ros yang geram, di dalam hatinya.

Kebencian Che Ros pada Alyssa, tidak pernah kenal erti pudar. Che Ros tidak berganjak dari kenyataannya dan menganggap Alyssa sudah merampas lelaki kesayangannya. Malahan, Che Ros berjanji pada dirinya yang dia akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kebahagiaan Alyssa bersama Tuan Fahreen akan terjejas. Biarlah satu dunia memarahinya ataupun mentertawakannya. Namun, benci dan dendam di hati tidak akan mudah untuk bertukar menjadi suka dan reda.

Jangan dilayan sangat Che Ros tu, sayang. Mulut dia tu tak ada insuran. Nanti, kalau dia laserkan sayang, sayang juga yang terasa dan sakit hati. Nanti, tak pasal-pasal, sayang benci pada dia.

Alyssa tidak menyangka yang suaminya sempat menghidu perang perasaan antaranya dan Che Ros ketika di luar bilik tadi. Alyssa terdiam lalu terus duduk di bangku berhadapan dengan Tuan Fahreen. Timbul pula rasa malu kerana mengekspresikan perasaan negatif terus ke pengetahuan suaminya itu.

Orang-orang tua ada berkata, kalau kita membenci seseorang ketika hamil, kelak bayi yang dikandung itu akan mirip dengan orang yang kita benci. Abang tak rela anak kita nanti mirip wajah dan perangai Che Ros tu.

Tuan Fahreen menegur dalam berseloroh. Dia sedar akan perangai buruk pembantunya itu, sehingga memecah-belah dan memporak-perandakan ramai orang. Tuan Fahreen tidak rela jika isterinya, Alyssa, turut menjadi mangsa onar Che Ros. Kerana itulah, dia tidak berapa suka setiap kali Alyssa cuba untuk bermanis mulut dengan Che Ros. Takut terkena badi hasutan, katanya.

Habis tu, kalau abang tak suka dengan perangai pembantu peribadi abang tu, kenapa masih disimpan tanya Alyssa cuba menguji Tuan Fahreen, namun tanpa niat apa-apa.

Sambil tersenyum, Tuan Fahreen menjawab, Sayang, syarikat ni ada undang-undang. Abang tak boleh buang dia begitu sahaja, tanpa sebab-sebab yang kukuh. Lagi pun, selama ni, kerja Che Ros tu tak ada masalah sangat. Kalau ada pun beberapa kesilapan tu, adatlah. Manusia biasa yang lemah dan tak sempurna.

Ha, tahu pun. Samalah juga dengan Lyssa. Takkanlah Lyssa sesuka hati saja nak menghukum Che Ros tu dengan membenci dia. Tuhan marah tau, kalau kita hidup dengan membenci orang lain. Che Ros tu pembantu abang. Sebab itulah Lyssa cuba nak berbaik-baik dengan dia. Lyssa rasa, itu tak salahkan

Hmmmemang tak salah, jawab Tuan Fahreen pula, menyindir.

Sebenarnya, Tuan Fahreen malas hendak berdebat dengan Alyssa soal Che Ros. Sejak akhir-akhir ini, Tuan Fahreen sendiri pun berasa sedikit tawar hati dengan pembantunya itu. Selain dari sering mendengar perbalahan buruk yang disebabkan oleh Che Ros, Tuan Fahreen pun sering menghadapi masalah akibat kerja Che Ros yang tidak berhati-hati itu.

Alyssa menyedari akan ketidak-selesaan suaminya itu. Dia cuba mengubah topik untuk menutup kebosanan Tuan Fahreen dalam mendengar kata-katanya. Sebenarnya, ada perkara yang lebih penting dan perlukan perhatian serta pendapat Tuan Fahreen untuk diperbincangkan.

Abang, macam mana dengan soal yang kita bincangkan semalam Abang dah bincangkan dengan Encik Kamalkah

No worry sayang. Pagi-pagi lagi abang dah telefon Kamal. Dia pun tak ada masalah kalau kita sama-sama setuju. Lagi pun, posisi pegawai perkhidmatan tu, masih lagi kosong. Soalnya, bila dia boleh mula

Alyssa sebenarnya cuba mencadangkan kepada Tuan Fahreen dan Kamal untuk mengambil Elly bekerja di Wadi Afzan. Alyssa kasihankan Elly yang tidak mempunyai pekerjaan untuk menampung kehidupannya bersama ibunya, sekembalinya ke tanah air tidak lama lagi. Elly juga merupakan salah seorang pekerja cemerlang semasa berkhidmat di Tajul Holdings dulu. Kerana itulah, Tuan Fahreen tahu kecenderungan sahabat baik Alyssa itu. Kalau tidak kerana salah faham tempoh hari, tentu Tuan Fahreen tidak membenarkan Elly berhenti dari Tajul Holdings. Mungkin dia akan memberikan cuti selama beberapa bulan kepada Elly, sementara menjaga ibunya yang sedang sakit.

Tak lama lagi, baliklah tu. Kelmarin, dia cakap nak balik dalam minggu ni. Kita tunggu sajalah, beritahu Alyssa.

Baguslah kalau Elly dah boleh mula bekerja semula. Wadi Afzan sememangnya memerlukan seorang pekerja untuk menyelia operasi hariannya. Selama ini, ia banyak menumpang operasi Tajul Holdings. Bila Wadi Afzan sudah mempunyai staffnya sendiri, senang sikitlah urusannya nanti. Tetapi, kalau Elly nak kembali bekerja di Tajul Holdings pun, abang tak ada masalah. Kami akan menerimanya dengan hati terbuka.

Lyssa tak ada masalah kalau Elly nak bekerja semula di Tajul Holdings. Cuma, Lyssa bimbang dengan mulut orang-orang di sini, terutama sekali pembantu peribadi abang tu. Lyssa tak mahulah Elly tertekan, selepas segala masalah yang dia hadapi sebelum ini. Kalau boleh, biarlah selepas ini, dia dapat mencari rezeki dengan tenang demi menjaga ibunya yang satu tu, terang Alyssa sambil diperhatikan dengan senyuman suaminya yang memukau nalurinya.

Tuan Fahreen pun tidak kisah di mana sahaja Elly mahu bekerja selepas ini. Dia juga mempunyai pengharapan yang sama seperti Alyssa, yang mahukan kesejahteraan hidup Elly bersama ibunya. Elly merupakan sahabat Alyssa dan secara tidak langsung merupakan sahabatnya juga. Maka Tuan Fahreen berasa sama-sama bertanggungjawab untuk membantu Elly.

Alyssa kepada sahabatnya itu. Jauh di sudut hatinya, Tuan Fahreen mendoakan semoga persahabatan yang terjalin antara Alyssa dan Elly bakal berkekalan, sama seperti persahabatannya dengan Kamal. Hanya manusia yang bersahabat sahaja yang memahami maksud hati terhadap seorang sahabat.

Manusia yang tidak pernah kenal erti kesetiaan dan kasih sayang dalam persahabatan ialah Che Ros. Ini adalah kerana Che Ros terlalu kebal dengan sikap cemburu buta dan busuk hatinya. Selama ini pun, Che Ros tidak punya sahabat sejati dalam hidupnya. Kawan, datang dan pergi serta silih berganti dalam hidupnya. Tiada siapa yang sudi berkawan dengannya kerana sifat negatif yang dimilikinya, boleh menjatuhkan sesiapa sahaja yang mendampinginya. Baik di pejabat maupun di rumah, orang yang rapat dengannya, sekadar berkawan dan tidak sudi untuk lebih dari itu.

Malahan, dalam diri Che Ros sendiri mengatakan bahawa dia tidak perlukan seorang sahabat baik. Che Ros hanya perlukan seorang lelaki kaya dan berkuasa yang mampu berikan apa sahaja yang dia mahu. Lelaki yang mampu membuatnya rasa terpelihara dan terkenal. Lelaki yang akan menyerahkan mahkota kekayaannya kepada Che Ros untuk dinikmati dalam pelbagai cara, semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri. Dan, kategori lelaki idaman itu ada pada diri Tuan Fahreen, majikan yang digilainya sejak bertahun-tahun lamanya.

Pernikahan Tuan Fahreen dan Alyssa membuahkan dendam yang melukai benak Che Ros. Che Ros telah berjanji pada dirinya yang dia akan melakukan apa sahaja demi memisahkan pasangan bahagia itu. Apa pun jua keadaannya, dendam tetap harus dimeterai walaupun dalam keadaan Alyssa yang sedang berbadan dua itu. Bagi Che Ros, keadaan Alyssa yang sedang hamil itu sebenarnya lebih memudahkannya untuk menabur benih-benih fitnah. Dalam keadaan itu, fizikal dan mental Alyssa amat lemah dan mudah diperdaya. Che Ros harus memanfaatkan kekurangan tersebut.

Hai, you ni, office mate Alyssa, kan

Che Ros terkejut. Siapa pula yang berani menyapanya dalam keadaan dirinya sedang kusut sebegitu Ternyata sekali, Che Ros langsung tidak mengenali orang tersebut.

Excuse me, bukan office mate, ya Ex-office mate. Sekarang ni, Alyssa bukan lagi staff Tajul Holdings, dan dia tak ada kena-mengena dengan saya. By the way, you ni siapa Do we know each other

Wanita itu duduk semeja dengan Che Ros tanpa sebarang undangan. Pada ketika itu, Che Ros sedang asyik menikmati minuman teh tarik di kedai mamak berhampiran dengan pejabatnya. Seperti biasalah, dia pastinya keseorangan. Tiada siapa sudi menemaninya. Malahan, Che Ros sendiri tidak sudi ditemani oleh seseorang yang dianggap tidak setaraf dengannya.

Namun, kehadiran seorang perempuan misteri yang menegurnya itu, menghujani seribu macam kemusykilan yang bertanda di hatinya. Siapakah pula wanita itu dan bagaimana dia boleh mengenali Che Ros Siapakah pula Alyssa kepadanya Bersungguh benar dia menyebut nama Alyssa di hadapan Che Ros.

Im sorry, tapi seems like we dont know each other. I tak pernah jumpa you, sebelum ini, beritahu Che Ros, masih musykil.

Memang cik tak kenal I. Tapi, I tahu yang cik ini adalah salah seorang kenalan pejabat Alyssa. I pernah terserempak dengan cik ketika program hari keluarga Tajul Holdings, beberapa bulan lalu. Melihatkan cara cik, I dapat meneka yang cik ni tidak senang dengan Alyssa, kan By the way, my name is Nisya.

Nisya Wanita itu muncul lagi. Seorang lagi perempuan yang begitu dengkikan Alyssa. Sejak mula mengenali Alyssa lagi, perempuan itu telah mencuba pelbagai cara untuk menjahanamkan hidup Alyssa. Namun, setiap kali, ada sahaja halangan yang membentengi niat jahatnya.

Seperti Che Ros, Nisya juga cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh Alyssa. Alyssa amat disenangi oleh ramai kenalan lelaki Nisya ketika di pub atau kelab dahulu. Boleh dikatakan ramai lelaki yang mendekati Nisya pada saat itu, semata-mata untuk merisik perihal Alyssa. Itu yang membuatkan Nisya tambah bengang. Kehadiran Alyssa sudah menenggelamkan kepopularitiannya di kelab tempat dia sering melepak.

Aku yang vogue ni, mereka tak pandang. Alih-alih, perempuan naif tu yang mereka gila-gilakan. Mereka fikir, Alyssa tu lebih hebat dari akukah Hei, ini Nisyalah. Gadis ranggi paling bergaya di KL ni. Tiada siapa pun yang dapat menggugat kedudukan aku, getus Nisya pada dirinya suatu ketika dahulu.

Namun, igauan buruk menerjah perasaan jahatnya. Dahulu, Nisya pernah membuat angkara bersama Fir untuk menghancurkan kehidupan Alyssa. Namun, rencana mereka gagal, setelah hero Alyssa muncul menyelamatkannya. Mulai dari hari itulah, Nisya tahu akan hubungan sebenar Alyssa dengan Tuan Fahreen.

Semenjak itu jugalah, Fir mula menjauhkan dirinya dan terus hilang tanpa jejak. Dia takutkan ugutan yang dikenakan Tuan Fahreen ke atasnya. Jika kegiatan jahatnya terbongkar, akan jahanamlah hidup Fir selama-lamanya. Silap-silap, hidupnya bakal berakhir di tali gantung. Nisya sendiri tidak pasti sama ada Fir sudah melarikan diri ke luar negeri, ataupun sudah tertangkap dengan polis di mana-mana negara. Itu tidak mustahil, memandangkan perniagaan yang dilakukan Fir itu benar-benar menyalahi undang-undang di mana-mana negara sekali pun.

Sekarang, Nisya benar-benar sudah terputus hubungan dengan Fir. Namun, niat dan rancangan untuk menghancurkan Alyssa masih terpahat dalam hatinya. Boleh dikatakan, pertemuan hari itu adalah pertemuan antara dua musuh ketat Alyssa.

I 3mkan Alyssa sebab ambil Tuan Fahreen dari I, apa ada kena-mengena dengan you You bolehkah bantu I untuk rampas Tuan Fahreen semula dari Alyssa soal Che Ros, cuba menduga.

Itulah kekurangan you. You hanya pandai memendam perasaan, tapi tak pandai nak merealisasikannya. Malu tau, sebab you telah tewas dengan wanita senaif Alyssa tu. Kalau Ilah, tak berani rasanya nak berjalan di tengah bandar ni dengan muka terbuka. Semua orang akan mentertawakan, sebab mereka tahu tentang perasaan itu, sindir Nisya.

Che Ros mulai panas hati. Perempuan yang sedang duduk di hadapannya sengaja mahu mencurah minyak ke dada panasnya. Kalau terbakar, Nisyalah yang terlebih dahulu akan terkena semburan marak itu. Berani sungguh dia bermain dengan kata-kata yang menjengkelkan, fikir Che Ros.

Hei perempuan, cakap tu baik-baik sikit. Aku tak tahu, dari mana datangnya engkau. Tiba-tiba saja muncul depan aku, semata-mata nak mengutuk aku macam ni. Apa hubungan engkau dengan aku, dan apa hak engkau nak mengata aku macam ni Baik engkau berambus dari sini, sebelum panas hati aku ni naik ke kepala.

Namun, jauh di sudut hatinya, Che Ros tertanya-tanya dan terdesak ingin tahu. Apa sebenarnya tujuan Nisya datang berjumpa dengannya dan menegurnya seperti itu Che Ros mula mengesyaki bahawa ini semua adalah angkara Alyssa. Alyssa telah membawa mulut bercerita perihalnya kepada orang lain.

Relaxlah, sis. Tak perlulah marah-marah macam ni. I datang sebagai kawan, bukannya musuh. I tahu di mana kelemahan Alyssa. I boleh tolong you untuk pisahkan Alyssa dari Tuan Fahreen. Itu pun, kalau you nak usaha lebih sikitlah. Kalau tidak, nampaknya, berputih mata sajalah you ni, terang Nisya pula.

Nisya sudah mulai menghidu ketidak-selesaan Che Ros. Namun, dia yang memulakannya. Maka, dialah yang harus membuatkan Che Ros faham akan niat kedatangannya itu.

Okay, kalau you pandai sangat, apa kelemahan yang ada pada perempuan itu soal Che Ros pula.

Tuan Fahreen, jawab Nisya selamba.

Che Ros menggeleng, tidak mengerti. Sesungguhnya, apa yang diberitahu oleh Nisya itu langsung tidak terlintas di fikirannya. Selama ini, Che Ros fikir Alyssalah yang telah mempergunakan Tuan Fahreen demi kesenangannya. Dan Alyssa, merupakan satu kelemahan kepada Tuan Fahreen. Tetapi, mengapakah Nisya mengatakan yang sebaliknya

Cik Nisya, apa yang you cakap ni, tidak membawa pengertian apa-apa. Alyssa tu yang jahat. Dia yang pengaruhi Tuan Fahreen untuk jatuh ke tangannya, tegas Che Ros

Betullah you ni tak kenal siapa Alyssa tu. Walaupun I ni tak lama berkawan dengan dia, tapi I boleh tangkap perangai Alyssa yang sebenarnya. Alyssa sememangnya naif. Her experience in our world Is zero. Tak ada apa yang dia perlukan. Hanya kasih sayang dari seorang lelaki yang begitu mengambil berat akan dirinya. Alyssa pernah tengelam dalam mencari dirinya, suatu ketika dahulu. Tetapi, Tuan Fahreen telah datang memberikan cahaya dalam kegelapannya. Kalau you nak tahu, Tuan Fahreen adalah satu-satunya lelaki yang sedang bertakhta di hati Alyssa sekarang. Thats mean, shell do anything for him. Andainya sampai ada perkara tidak baik yang terjadi pada Tuan Fahreen, pasti akan lebih mengecewakannya. Orang seperti Alyssa akan mudah hancur apabila dia kecewa.

Sekali lagi, Che Ros terdiam. Firasat Nisya tentang Alyssa, mungkin ada benarnya. Lama juga Che Ros cuba merungkai maksud yang cuba disampaikan oleh Nisya itu. Sedikit demi sedikit Che Ros mulai sedar akan kebenarannya.

You can use anything, yang dapat menghancurkan kepercayannya kepada Tuan Fahreen. You boleh buat cerita tak baik ataupun mencipta fitnah supaya hati Alyssa jadi hancur. You boleh sebarkan apa sahaja koleksi peribadi you untuk menutup kebaikan Tuan Fahreen di mata Alyssa. I rasa, you tak punya masalah untuk itu, kerana you ada banyak masa bersama dengan Tuan Fahreen, kan

Maksud you, I kena reka satu cerita untuk membuatkan Alyssa percaya yang suaminya itu curang kepada dia tanya Che Ros.

Exactly, jawab Nisya, ringkas.

Che Ros yang masih ragu-ragu, bertanya lagi, Tapi, bolehkah Alyssa percaya Why not, the other way round Kita buat supaya Tuan Fahreen yang percaya bahawa Alyssa itu curang kepadanya. Dengan cara itu, kita dapat pisahkan mereka dan I punya peluang untuk mendekati Tuan Fahreen semula.

Nisya ketawa kecil, menyindir. Dalam egonya mempertahankan kebijakannya, ada juga ruang lopong yang mempamerkan kebodohannya. Itulah Che Ros. Pandangannya kadangkala agak sempit dan primitif.

Its not going to work, Che Ros. Takkanlah, dah bertahun-tahun bekerja dengan Tuan Fahreen, you masih tak boleh baca pendirian bos you tu Pendirian Tuan Fahreen cukup teguh. Dia tak akan mudah percaya pada sesuatu perkara itu, jika tiada bukti yang kukuh. Lagi pun, Tuan Fahreen punya ramai kaki untuk mencari kesahihan cerita yang disampaikan kepadanya. Silap-silap, ianya akan memakan diri you balik, Che Ros. I takut tak pasal-pasal, you pula yang kena sumbat dalam penjara.

Benar sekali kata-kata Nisya itu. Tuan Fahreen tidak akan mudah percaya kepada perkara yang remeh-temeh. Terutama sekali, apabila ianya melibatkan Alyssa. Lagi pun, sejak akhir-akhir ini, Che Ros sedar yang kepercayaan bosnya itu terhdap dirinya seakan semakin terhakis. Ada saja perkara yang tidak memuaskan hati Tuan Fahreen, setiap kali memberikan komen terhadap prestasi kerja Che Ros. Akhirnya, Che Ros terpaksa berdiam diri sahaja kerana nyata sekali dia tidak punya idea yang bernas untuk menghancurkan hubungan Tuan Fahreen dan Alyssa.

Che Ros, I think you know apa yang perlu you buat. Just do it. As long, perkara itu bakal menghancurkan kepercayaan Alyssa terhadap suaminya itu, sambung Nisya.

Pasti sekali. Che Ros bertekad yang dia pasti akan melakukannya. Kini fikirannya, bagai sudah dihasut syaitan untuk menghancurkan kehidupan orang lain gara-gara cemburu dan dendam. Apa lagi, apabila dihasut oleh anasir jahat seperti Nisya. Walaupun, Nisya tidak dikenalinya, namun hasutan perempuan iblis itu menguatkan lagi niat jahatnya untuk terus bertindak.

Tapi, kenapa you bersungguh-sungguh nak suruh I hancurkan Alyssa Kenapa you sendiri tak lakukannya

Sebab Alyssa pernah hancurkan hidup I!

Che Ros tersentak. Namun, dia tidak berniat untuk bertanya kerana Nisya kelihatan agak berat untuk menceritakannya. Apa yang penting sekarang, adalah hasratnya sendiri.

Che Ros, I tak boleh lakukan apa-apa, sebab Tuan Fahreen telah meletakkan ancaman terhadap I. Tetapi you, punya kesempatan terbaik untuk bertindak. Lebih baik you berputih tulang, daripada berputih mata, ungkap Nisya, terus-terusan memberikan dorongan jahat kepada Che Ros.

Pertemuan dengan Nisya petang itu, benar-benar menaikkan semangat Che Ros untuk bertindak mengikut kata hatinya. Umpan sudah pun berada di tangan. Mengapa perlu disia-siakan dengan satu sifat ketakutan yang melemahkan Siapapun sahaja Tuan Fahreen, dia tidak berhak untuk mengenepikan perasaan Che Ros. Kerana perasaan yang terpendam dan tersemat itu adalah untuk Tuan Fahreen sendiri.

Aku cintakan kau, tahu tak Tergamak kau melukakan hati aku, semata-mata kerana perempuan itu. Butakah kau dalam melihat cintaku Matikah hati kau dalam menilai erti kasih sayang yang tulus dariku Hancur hatiku bila kau memamah sekeping cintaku dengan lahap sekali. Tidak sekali pun, engkau memberi peluang untuk aku buktikan cintaku kepadamu.

Tiba-tiba, tangannya menggenggam pisau yang digunakan untuk memotong epal ketika sedang berangan-angan tadi. Entah apalah nasib Alyssa, jika dia berada di hadapan mata Che Ros sekarang ni. Mungkin hancur wajah Alyssa yang cantik gebu itu, ditoreh oleh pisau kemarahan Che Ros itu. Mungkin robek perutnya, dirodok pisau kebencian Che Ros itu. Mungkin juga hilang nyawanya, dicabut pisau dendam Che Ros itu. Segala macam kehancuran boleh terjadi kepada Alyssa di dalam dunia cinta korup Che Ros.

Tanpa Che Ros sedari, teman serumahnya Wani, baru saja pulang dari tempat kerjanya. Wani yang kepenatan kerana terpaksa bekerja lebih masa hari itu, langsung ke dapur sejurus tiba di rumah itu. Tekak yang kering perlu dibasahkan. Namun, di pintu dapur, dia terkejut melihat keadaan Che Ros yang sedang asyik membelai pisau.

Lalu, kebimbangan mula berkumpul di hati Wani. Apalah pula masalah teman serumahnya kali ini, sehingga bermain-main dengan pisau tajam itu. Pada hal, Che Ros sendiri tahu bagaimana bahayanya pisau itu jika berjaya menyebabkan jari terluka. Wani tahu, dia perlu mencari sebabnya. Mengapakah Che Ros berkelakuan aneh sedemikian. Walaupun disulam perasaan takut, Wani menggagahkan hatinya untuk mendekati rakan serumahnya itu. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku sebelum dia berikhtiar menanganinya.

Kenapa dengan kau ni, Che Ros. Kau sedarkah kau sedang bermain dengan apa tu Kerana kesilapan kecil, engkau bakal terluka dengan pisau tajam tu. Tak takutkah engkau pada kelukaan yang menyakitkan

Hati aku sudah lama terluka. Jiwa aku pula, sudah lama memendam kesakitan. Aku sudah tidak hairan dengan apa-apa kesakitan sekalipun. Aku sudah jadi lali terhadapnya.

Wani mengerut dahi. Dalam sekali maksud kata-kata Che Ros itu. Seaneh-aneh kelakuan Che Ros yang pernah disaksikannya sebelum ini, tidak serumit keanehannya pada malam itu. Wani tahu, ada perkara yang didendami Che Ros. Tetapi, janganlah sampai bermain dengan pisau atau benda-benda tajam yang boleh membawa padah yang lebih parah.

Aku mengerti, engkau patah hati. Tetapi, perkara tersebut sudah berlaku dan kau takkan mungkin dapat undurkan masa. Terimalah suratan yang kau dan Tuan Fahreen memang tiada jodoh. Jangalah kau seksa diri kau sebegini lagi, nasihat Wani.

Che Ros merenung Wani dengan satu pandangan yang menggerunkan. Wani berasa seram sejuk, ketakutan dengan ancaman tenungan itu. Walau bagaimanapun, Wani sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Jika Che Ros bertindak dalam keadaan tidak waras, Wani sudah punya pelindung yang tersorok di dalam beg tangannya. Pelindung yang selalu dibawanya ke mana sahaja dia pergi, untuk membantu menjaga keselamatannya. Ketika berhadapan dengan Che Ros itu, tangannya sentiasa berada disisi beg tangan, berhampiran tempat letaknya pelindungnya itu, supaya mudah untuk dicapai. Apa-apa pun, dia harus memikirkan yang buruk terlebih dahulu.

Cinta itu memang aneh. Tetapi, jangan biarkan ianya terus-terusan menguasai diri engkau. Ramai lagi lelaki dalam dunia ini. Kenapa engkau tak beri peluang pada mereka dan diri kau sendiri

Aku tahu. Tetapi, lelaki-lelaki itu semua, bukannya Tuan Fahreen!

Apalah istimewanya sangat Tuan Fahreen tu, selain dari harta kekayaannya. Kalau dia miskin, papa kedana, engkau mahukah pada dia Jangan hipokrit dalam cintalah, Che Ros, tegah Wani, agak tinggi.

Sekali lagi, Wani direnung tajam oleh Che Ros, lalu mendekatinya. Dia mempamerkan pisau dipegangnya di hadapan mata Wani dengan angkuhnya. Kebimbangan mulai menyelubungi Wani sekali lagi.

Kau tahu kan, betapa tajamnya pisau ini Setajam itulah hirisan kalbu dan perasaan yang akan aku lakukan terhadap hubungan mereka. Aku tak peduli, apa saja gelaran kau pada aku. Yang pastinya, aku tak akan membiarkan mereka bersuka ria di atas derita yang mereka palitkan pada aku. Itu sumpah aku!

Wani menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia kesal kerana Che Ros masih gagal menerima kenyataan hidupnya. Lebih baik menasihati dan membimbing murid-murid di sekolah tadika, daripada bertegang urat tetapi tidak memberikan manfaat kepada manusia seperti Che Ros.

Kita orang Islam, Che Ros. Jangan suka sangat bermain dengan sumpah. Diri kita dan seisi dunia ini adalah milik Allah. Jangan bersumpah atas sesuatu perkara atau masa depan yang bukan milik kita. Kalau Allah murka, hancur hidup kita.

Aku tak peduli! Kau tak perlulah nak nasihatkan aku. Ini masalah aku, kau jangan masuk campur. Selagi nyawa di kandung badan, matlamat aku hanya satu. Aku mahu hidup di samping Tuan Fahreen dan tiada sesiapapun yang dapat menghalang aku.

Keangkuhan Che Ros terserlah lagi melalui kata-katanya. Wani mati kata-kata bila berhadapan dengan wanita pendendam seperti itu. Apa lagi yang mampu dilakukannya, jika sang empunya diri sudah

mengkebalkan dirinya dari menerima nasihat orang lain.

Suka hati kaulah. Aku tak boleh kata apa-apa lagi. Itu semua pilihan engkau. Cuma, satu saja pesanan aku. Kalau kau fikir yang baik, maka baiklah hidup engkau. Tetapi, jika sebaliknya, engkau tunggulah natijahnya. Jangan terlalu menongkat langit.

Wani berlalu meninggalkan Che Ros keseorangan. Dia percaya, Che Ros sudah cukup dewasa untuk memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya. Yang pentingnya, Wani tahu, Che Ros tidak suka orang terlalu mencampuri urusannya. Walaupun mereka serumah, tetapi Che Ros lebih gemar menyimpan rahsianya sendiri dan menyelesaikan tanpa bantuan Wani. Biarlah dia terus terjun dengan labu-labunya. Kalau nasibnya baik, timbullah dia. Tetapi, kalau Allah tidak izinkan, tenggelamlah dia dengan labu-labunya. Hanya satu kejatuhan yang mampu menyedarkan kedegilannya.