Zaki : Aku dekat bilik lagi. Awat
Aku : Aku on the way pergi Dewan Zaba ni. Aku nak set up meja dulu. Kau pun datang cepat sikit tau.
Zaki : Okay-okay. Kejap lagi aku datang
Aku : Jangan lambat. Lagi satu, jangan lupa barang untuk pameran tu. Kalau kau lupa, lutut kau aku buat pameran nanti.
Zaki : Haa, okay bos =)
Hari ni kami ada Pameran Anatomi dan Fisiologi. Untuk kumpulan aku, kami pilih untuk buat bahagian lutut. Selain Zaki, Qiu jugak teammate aku untuk pameran ni. Booth aku memang strategik. Terletak dekat tengah-tengah laluan pelajar. Selain ada kipas, dekat sini jugak ada plug. Penting tau benda ni. Kalau takde plug, macam mana nak on laptop. Kalau tak on laptop, macam mana nak online. Itulah niat aku sebenarnya. Mula-mula memang excited. Tapi nanti lama-lama mesti bosan. Jadi, kalau boleh online, taklah bosan sangat. Lagi satu, booth aku ni dekat jugak dengan tandas. Jadi, senanglah kalau ada panggilan alam.
Lepas set up semua bahan pameran, aku pun jalan-jalanlah pergi booth orang lain. Ada yang buat model kaki, tangan, jantung, kulit, dan sistem saraf. Tapi apa yang paling aku tertarik, ada kumpulan yang buat pameran tentang sistem pencernaan. Memang cool gila. Setiap bahagian tu ada butang yang tersendiri. Daripada mulut, sampailah bahagian yang terakhir iaitu anus. Dan bila kita tekan salah satu butang tu, akan ada lampu yang akan menyala. Contohnya, kalau kita tekan butang perut, lampu akan menyala di bahagian perut. Memang cool gila. Cantik. Aku salute dekat diorang ni. Aku suka.
Ada macam-macam aktiviti selain pameran. Ada demontrasi dari pihak ISN, ada booth mengurut oleh golongan kelainan upaya. Tapi yang paling aku tunggu-tunggu ialah booth derma darah yang dikendalikan oleh PPUM. Sebenarnya dekat kolej ni baru aku berpeluang untuk derma darah. Dulu masa zaman sekolah, pendedahan yang aku terima kurang. Selain tu, peluang nak derma darah pun takde. Aku tak tahu bagaimana dan macam mana. Bila dah ada peluang derma darah, aku pun tak lepaskan peluang ni. Aku ajak roommate aku derma sekali.
Wey, jomlah pergi derma. Sementara belum ramai tu. Nanti dah ramai, sesaklah pulak. Booth kau tu suruhlah classmate kau cover kejap Aku
Ha, jomlah. Tapi aku tak bawak buku derma darah ni Aan
La, takkan mak cik jururawat tu tak bagi kau derma darah semata-mata kau tak tak bawak buku derma darah tu Aku
Yela-yela, jom Aan
Lepas buat check up bagai, kitorang pun landinglah atas katil yang disediakan. Takut Aku taklah takut sangat. Sebab aku dah biasa. Malah aku rasa bangga. Sebab aku dapat selamatkan nyawa orang. Aku kesian jugak dekat kawan-kawan aku. Ramai jugak yang nak derma darah tapi tak layak. Ada yang tak cukup tidur, ada yang tekanan darah rendahlah. Kalau nak derma darah jugak, takut akan menjejaskan kesihatan diorang. Aku harap ramai yang akan ikut jejak langkah aku ni. Bukan nak bangga tapi bukankah menderma darah tu amalan mulia
Baru cakap, ada sorang yang pengsan lepas derma darah. Aku tak pasti siapa tapi yang penting dia budak batch aku. Tak cukup tidurlah tu. Semalam sibuk siapkan bahan pameran. Aku tengok paramedik sibuk uruskan dia. Ceh, paramedik konon. Macam cedera parah je. Aku nampak student IPBA datang. Rajin pulak diorang ni datang kolej aku semata-mata untuk pameran. Atas jemputanlah ni. Ah, biarlah mereka. Asalkan mereka bahagia dengan keluarga mereka. Roommate aku keluarkan blackberry dia. Ada mesej.
Eh dah alang-alang kau keluarkan bb ni, amiklah gambar. Bukan senang nak bergambar dengan roommate ni Aku
Haa, okay jugak Aan
Jangan lupa tweet terus. Haa. Apa salahnya nak show off sikit. Haa. Kurang sikit pahala Aku
Sengal unta Aan
Lamalah jugak masa untuk derma darah ni. Tengok tekanan darah. Kalau tekanan tinggi, lajulah darah keluar. Kalau tekanan rendah, lambatlah sikit darah keluar. Mengantuk pulak atas katil ni. Dengan air cond dewan lagi. Aku toleh kiri, aku nampak orang tengah mengurut. Aku toleh kanan, pintu masuk utama dewan. Ada CapitalM. Berderau terus jantung aku. Agaknya macam ni lah rasanya bila kita nampak crush kita. Menggelitat tak tentu pasal. Aku tarik nafas panjang. Redakan debaran. Aku tak naklah darah aku keluar cepat sangat. Aku nak duduk lama-lama dekat sini. Aku nak tengok CapitalM. Dasar miang.
Aku nampak dia stay je depan dewan tu. Macam nak derma darah tapi dia tak daftar pun. Aku pandang je dia. Setakat ni dia tak tahu lagi aku crush dengan dia. Bunga yang dia terima hari tu pun dia belum tahu siapa yang bagi. Selama ni pun, aku usha dia dari jauh. Belum masanya aku nak melamar dia. Tunggu aku betul-betul sedia. Dia pergi tengok pameran. Aku tengok je dia. tapi dia tak perasan aku. Kenal aku pun tidak. Ala nama pun crush. Tak semestinya aku kena meluahkan. Tapi aku suka tengok dia. Comel. Bertudung litup. Dah lama aku usha dia. Tapi tak sampai seru lagi. Mungkin dah sampai masa aku meluahkan kot Kalau tak, sampai bila aku nak bermimpi tentang dia je
Nurse ni dah kemas darah aku. Dia dah cabut jarum dekat lengan aku. Tapi dia tak bagi aku bangun lagi. Dia suruh tunggu dalam lima minit lagi, baru bangun. Takut aku pengsan. Sebenarnya kepala aku pun dah pening sikit. Mata aku berpinar. Semalam pun aku tidur lambat sebenarnya. Nak siapkan model punya pasal. Tapi aku tipu masa check up tadi. Kalau aku tak tipu, aku tak dapatlah derma darah. Aku nampak CapitalM datang ke arah aku. Ceh, perasan. Dia pergi dekat kawan dia sebenarnya. Kawan dia pun ada derma darah jugak. Berdebar-debar bila dia dekat dengan aku. Kalaulah dia tahu apa yang aku rasa sekarang.
Aku bangun. Kepala memang pening. Mata berpinar. Tapi so far, aku kuat lagi. Lepas amik milo, biskut dengan sijil, aku terus pergi ke booth aku. Milo dengan biskut tu memang disediakan. Penambah nutrient dalam badan lepas banyak darah dah keluar. Sijil tu pulak tanda penghargaan dari pihak PPUM.
Aku pening wey Aku
Kau duduk jelah. Rehat. Jangan banyak berjalan Aan
Lepas duduk booth, aku terus online. Nasib baik tak ramai pelawat. Kalau tak, jenuh jugak aku nak melayan. Kadang-kadang, diorang ni bukan nak tahu apa-apa maklumat. Tapi saja nak kacau-kacau.
Aku nampak CapitalM. Lupa pulak aku tentang dia. dia berjalan tengok booth yang ada. Tapi sampai booth aku, dia tak jenguk. Segankah dia dengan aku Atau dia dah tahu yang aku crush dengan dia. Aku rasa aku kena melamarlah. Kalau tak, melepas nanti. Aku jugak yang rugi. Tapi aku tak boleh nak gelojoh. Aku kena bagi hint dulu dekat dia. Aku koyakkan kertas. Aku tulis sesuatu. Kebetulan Amir pun ada. Aku pun panggil dia datang ke booth aku.
Amir, tolong bagi dekat dia Aku
Amboi kau ni pun, sempat lagi eh Haa Amir
Lepas aku pass nota tu, aku terus tak nampak dia. Mungkin ada kelas kot. Biarlah. Berdebar jugak aku. Harap dia tak salah faham. Kawan-kawan dulu pun, aku rasa okaylah. Pameran tu sampai petang. Lepas kemas booth, aku terus gerak balik bilik. Dalam pukul 4.30 macam tu. Penat siot.
Malam tu Amir datang bilik aku. Ni mesti tentang CapitalM,
Fiz, kau ada masalah besar ni. Haa Amir
Kau gelak kenapa Apa masalahnya Aku
Apa kau bagi dekat dia pagi tadi Amir
Nota. Sebagai salam pengenalan. Haa Aku
Aku rasa dia dah salah anggap tu. Baik kau terangkan betul-betul dekat dia. Aku takut nanti kau terus tak dapat dia Amir
Apa yang salah anggapnya Aku
Entahlah. Dia cakap dia perempuan. Takkan dia yang nak mulakan dulu. Lagipun dia takut dia perasan, syok sendiri Amir
La, aku takde niat pun nak anggap dia macam tu. Nota tu salam pengenalan je. Aku takut nanti aku nampak macam desperate sangat Aku
Haa, itu kau kena bincang dengan dia. Dia dah salah faham tu. Kau kenalah betulkan. Nanti melepas, baru tahu Amir
Hm baiklah. Nanti aku fikirkan macam mana. Thanks Mir sebab beritahu Aku
Dia pun baru beritahu dekat facebook tadi. Dia tak bagi aku beritahu kau. Tapi aku beritahu jugak. Tak nak kau melepas. Okaylah, aku balik bilik dulu. Ada kerja yang tak selesai lagi Amir
Okay-okay. Thanks wey Aku
Runsing. Dia dah salam faham nota yang aku bagi tu.
Aku tak mencari, aku menunggu. Aku menunggu, yang mencari aku
Maksud aku, aku menunggu dia. Nota ni sebagai hint untuk dia je. Nampaknya aku kena berterus-terang dekat dia. Sebelum keadaan jadi rumit, baik aku melamar dia. Tapi dia dah berpunya. Ah, persetankan. Aku kena cuba. Kalau aku tak cuba, mana aku tahu. Ya, Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ni