Segalanya bermula daripada rancangan realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995 yang dijuarai oleh Shamsul Ghau Ghau dan naib johan oleh Mazlan Pet Pet. Kumpulan Senario pada asalnya dianggotai oleh 7 orang peserta rancangan tersebut iaitu Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussein, Wahid, Ilya, Hamdan, Azlee dan Mazlan namun gandingan ini tidak kekal lama.
Selepas keluarnya Farouk Hussein dan Shamsul Ghau Ghau dari Senario, mereka- kekal berlima dan mula meraih populariti apabila diberi peluang menjayakan sitkom di TV3 pada Jun 1996. Selain menjayakan sitkom, Senario turut mengembangkan bakat ke bidang nyanyian dan telah mengeluarkan beberapa buah album dengan lagulagu yang mesra radio dan lirik yang kelakar. Sedang nama mereka meniti di bibir setiap orang, Ilya dan Hamdan pula meninggalkan Senario.
Kekosongan itu diisi dengan kemasukan awal Saiful Apek dan Yassin kemudiannya. Barisan ini merupakan barisan Senario yang paling ideal dan paling berjaya.
Setelah berjaya membawakan sitkom, Senario mencuba angin pergi ke bidang perfileman. Pada tahun 1999, filem pertama Senario dengan tajuk Senario The Movie ditayangkan dan mendapat sambutan hangat. Selepas beberapa lama mengecap kepopularitian, Yassin dan Saiful Apek keluar dari Senario.
Senario kekal bertiga sehinggalah sekarang. Trio yang juga ahli asal Senario ini semakin lama semakin hilang taring dan semakin nampak bangang apabila membuat lawak. Sitkom Senario akhirnya ditamatkan apabila mendapat tontonan yang sangat rendah dan dalam masa yang sama filem-filem yang diterajui Senario sangatlah mengecewakan dan rasa mahu menangis kalau tertengok.
Nama Senario diilhamkan Farouk Hussein daripada perkataan Senang Riuh. Terdapat sesetengah orang Melayu yang menyebut Senario dengan sebutan sinario.