MIAH terus dilanda kegelisahan. Kelibat Pak Long Lateh tetap juga tidak kelihatan. Dia sudah menunggu di ambang pintu. Dia sudah menunggu di birai katil. Dia sudah menunggu di jenang tingkap. Malah, dia sudah menunggu sambil memegang parang di kepala tangga. Namun, lakinya tetap tidak kelihatan. Malam sudah semakin larut. Embun jantan juga sudah menitik jatuh ke atas bumbung dan tanah. Burung hantu yang galak berbunyi sebelum itu pun, seolah-olah sudah kembali ke bilik tidur. Cuma sayup-sayup kedengaran katak kaung menggaungkan suaranya yang besar dan nyaring, sekalipun badannya kecil dan garing.
Ke mana pula perginya jantan ni Kenapa sampai sekarang tak balik-balik lagi ni Dia tak tahu ke, beras dah habis. Gula dah habis. Garam pun dah habis. Nak mentekedaghah apa esok Beras cukup untuk malam ni saja.
Miah menumbuk-numbuk jenang beranda sambil pandangannya dilemparkan ke tengah-tengah halaman. Terbayang di matanya sengihan yang dihadiahkan oleh Pak Long Lateh setiap kali dia pulang dan kepulangannya dinantikan oleh Miah di beranda bersama-sama anak kecil mereka. Biarpun Pak Long Lateh samseng dan kahar di kampung tetapi di rumah, Pak Long Lateh adalah sebaik-baik laki sekalipun tidak begitu bertanggungjawab.
Nak mampus sungguh si Lateh ni.
Miah menggertapkan bibirnya. Marahnya semakin tidak tertahan. Kalaulah saat itu, Pak Long Lateh ada di hadapannya, sudah pastilah kepala Pak Long Lateh akan menjadi sasaran parang takuknya. Biar berlubang kepala lakinya itu dibelah dengan mata parang yang digunakan untuk memotong kayu api itu. Biar sampai nampak jalur-jalur otaknya. Biar meleleh darahnya. Miah tidak akan peduli. Setidak-tidaknya itu akan menjadi pengajaran kepada Pak Long Lateh agar tidak lagi mengulangi perangai tongong sebegitu rupa. Selewat-lewat mana sekalipun Pak Long Lateh tinggalkan rumah, dia tidak akan pergi begitu sahaja. Pak Long Lateh akan sentiasa memaklumkan kepada Miah terlebih dahulu sekalipun dia hendak berseronok-seronok di pekan sempadan. Miah tidak akan melarang walaupun pada masa yang sama, Miah akan membebel dan mengungkit-ungkit keturunan Pak Long Lateh. Sudah menjadi kebiasaan kepada Pak Long Lateh, kalau dia balik lewat, dia akan tinggalkan duit belanja, sekurang-kurangnya untuk tiga hari. Pak Long Lateh tidak akan tinggalkan rumah begitu sahaja dan tanpa bercakap. Miah sudah pun ke pondok kecil tempat Pak Long Lateh dan kawan-kawannya suka melepak di pinggir kebun getah Cik Kiah. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan Pak Long Lateh dan kawan-kawannya datang hari itu. Dia juga sudah ke tempat-tempat lain yang sering menjadi tumpuan Pak Long Lateh dan kawan-kawannya namun kelibat lakinya tetap juga tidak kelihatan. Entah ilmu pelimun apa yang dipakai oleh Pak Long Lateh pada hari itu, Miah tidak mampu meneka.
Isy... mana dia ni!
Miah menekan-nekan jenang tingkap. Anaknya sudah pun terkangkang di penjuru bilik. Barangkali terlalu letih dibawa ke sana sini oleh Miah, membuatkan dia tertidur awal sekalipun tadinya budak lelaki itu merengek-rengek kelaparan. Miah tidak peduli pun nyamuk-nyamuk lapar yang berterbangan di sekeliling kujur tubuh anak lelaki tunggalnya. Dia lebih sarat memikirkan tentang Pak Long Lateh. Perut Miah juga sebenarnya sudah berkeriau dan meminta diisikan makanan namun Miah terus menahan keinginannya itu. Dia mahu mengajar Pak Long Lateh terlebih dahulu.
Malam ni, kau tidurlah seorang diri di ruang tamu. Jangan harap kau boleh berkongsi katil dengan aku malam ni!
Miah bersuara geram. Miah tahu keputusannya itu pasti akan membuatkan Pak Long Lateh mengamuk tengah malam nanti. Pak Long Lateh mana boleh tidur seorang diri. Dia mesti berteman. Kalau tidak dibenarkan tidur sekali, Pak Long Lateh boleh bertukar menjadi raksasa berwajah buruk. Dia akan mengamuk tanpa sebarang sebab. Silap-silap Pak Long Lateh akan menendang dinding bilik tidur sampai terpokah. Bukan sekali dua Pak Long Lateh buat perangai sebegitu. Kalau terpaksa juga, Pak Long Lateh akan merungutJejawi Tua 15 rungut sepanjang malam dan ada kalanya santak pagi. Esoknya, Pak Long Lateh tidak akan keluar rumah. Pak Long Lateh akan melekap dengannya bagaikan belangkas buta sambil merengek-rengek mengalahkan budak kecil yang tidak dibenarkan makan ais krim. Masa dia dalam pantang, Pak Long Lateh jadi tidak tentu arah. Bukan Pak Long Lateh tidak cuba untuk tidur bersama-samanya tetapi Miah tidak benarkan langsung Pak Long Lateh menyentuh tubuhnya. Pak Long Lateh mengamuk sakan kerana kehendaknya tidak dipenuhi. Pak Long Lateh tendang tiang seri rumah. Bergegar-gegar rumah itu dibuatnya tetapi Miah tetap tidak melayan Pak Long Lateh. Pak Long Lateh tendang pula dinding di sebelah tempat Miah dan anaknya yang baru lahir berbaring.
Malangnya terjahan Pak Long Lateh tidak membuatkan dinding itu terpokah sebagaimana kebiasaan. Sebaliknya sebatang paku yang entah bagaimana boleh berada di papan dinding tersebut telah terbenam di dalam daging tapak kaki Pak Long Lateh. Pak Long Lateh melolong bagaikan anjing terpotong ekor. Mencuratcurat darah dari luka di tapak kakinya. Esoknya, Pak Long Lateh asyik mengaduh kesakitan dengan kakinya yang bengkak umpama orang kena penyakit sembab. Sepanjang hari, Pak Long Lateh mengerang-ngerang kesakitan. Kakinya pula dibalut besar. Pantang tersentuh sedikit, lolongan Pak Long Lateh mengalahkan orang gila tidak diberi duit. Tiga hari Pak Long Lateh tersadai di rumah sambil mengerling-ngerling Miah. Miah buat tidak peduli sahaja. Man Bewak jadi peneman Pak Long Lateh. Mat Ajib juga datang. Sesekali kedua-dua orang kawan baik Pak Long Lateh itu terbahak-bahak melihat reaksi Pak Long Lateh yang kesakitan tetapi apabila Pak Long Lateh merenung mereka dengan tajam, kedua-duanya akan menutup mulut dan cuba berlagak seolah-olah mereka sangat bersimpati dengan Pak Long Lateh. Baik sahaja daripada sakitnya, Pak Long Lateh tidak lekat di rumah lagi. Pak Long Lateh berterusterang yang dia hendak ke pekan sempadan. Miah tahu sangat apa yang hendak dilakukan oleh Pak Long Lateh kalau dia sudah beritahu hendak ke pekan di sempadan. Mengamuklah Miah sebab Pak Long Lateh hendak membazirkan duit. Namun apabila Pak Long Lateh menyerahkan empat keping not lima puluh kepadanya, Miah tutup mulut dan pejam mata.
Sepanjang dia berpantang, banyak sungguh perkara yang perlu dipantau. Paling utama adalah Pak Long Lateh sendiri. Pak Long Lateh hanya jadi kucing jinak apabila dibenarkan ke pekan di sempadan. Hendak diharapkan Pak Long Lateh menjaga dia dan anak mereka yang baru lahir bagaikan mengharapkan awan turun berarak di tanah. Pak Long Lateh langsung tidak peduli sakit dan lemahnya. Malah tidak secuit pun Pak Long Lateh sentuh anak mereka. Mujurlah ada Tok Melah, bini Tok Imam Tua. Wanita tua itulah yang datang menjenguk dan memasakkan makanan untuknya. Malah wanita tua itulah juga yang memandikan anak mereka. Pak Long Lateh hanya bermain-main dengan anak mereka sesudah budak itu berusia tiga bulan. Pun begitu, perhatiannya tidak berkekalan. Pak Long Lateh terlalu sibuk dengan kawan-kawannya yang lain terutama dengan Pak Su Cik Leh. Man Bewak dan Mat Ajib juga hampir setiap hari akan datang menjemput Pak Long Lateh dengan motosikal cabuk masing-masing. Bunyi enjin motosikal mendekati rumahnya, membuatkan lamunan panjang Miah hilang sertamerta. Dia terpandangkan cahaya lampu motosikal yang semakin mendekat. Daripada enjin motosikal tersebut, Miah sudah dapat meneka siapakah yang sedang menghala ke rumahnya.
Balik pun!
Miah menggertapkan bibirnya. Namun tekaannya tidak tepat. Apabila motosikal itu berhenti di halaman, kelibat Pak Long Lateh tidak kelihatan. Sebaliknya yang menunggang motosikal itu adalah Mat Ajib dan yang jadi pembonceng pula adalah Man Bewak. Mat Ajib tersengih seperti biasa apabila terpandang Miah di jenang tingkap.
Pak Long Lateh ada
sapa Mat Ajib sambil menanggalkan topi keledar yang menyerlum kepalanya. Matanya tidak lari dari wajah Miah. Pertanyaan Mat Ajib membuatkan Miah panik. Mat Ajib tidak mungkin bergurau.
Bukankah dia keluar dengan kau orang bertiga
Miah bertanya kembali.
Keluar dengan kami
Man Bewak yang bergigi jongang dan bermata kuyu berpandangan dengan Mat Ajib. Kemudian kembali melemparkan pandangan ke wajah Miah.
Mana ada. Kami dari pagi tadi lagi dah keluar ke pekan. Kami ada kerja di pekan tadi.
Kerja apa
Miah cuba menyindir sekali gus cuba menenangkan perasaannya sendiri.
Ada orang upah kami bersihkan longkang dan kawasan rumah.
Miah garu-garu pangkal dadanya yang mengkal dan menggelembung bagaikan belon yang dipenyekkan. Man Bewak yang merenung, menelan air liur. Manakala Mat Ajib pula tunduk memandang tanah.
Maksud kamu, Pak Long Lateh memang tidak ada dengan kamu
Miah cuba menahan kemarahannya daripada meletus dan menghambur.
Memang tak ada. Kami dah ajak dia pergi sekali tapi dia tak mahu. Katanya, dia tak biasa buat kerjakerja macam tu. Cuma dia pesan kalau kami dapat upah, dia nak pinjam sedikit. Itulah kami datang ni. Nak hantarkan duit yang dia nak pinjam,
beritahu Mat Ajib tanpa berselindung.
Ke mana pula dia pergi
Miah tidak mampu lagi menyekat kerisauannya. Kepalanya digaru-garu. Rambutnya yang mengerbang semula jadi, mula terurai dan terburai. Man Bewak dan Mat Ajib berpandangan sekali lagi. Mereka juga kehairanan.
Dia memang tak balik langsung ke dari pagi tadi
Mat Ajib cuba mendapatkan kepastian daripada Miah. Sedangkan Man Bewak pula terus-terusan menelan liur sambil pandangannya tidak lari langsung daripada Miah.
Tak.
Suara Miah sudah mula terganggu dengan getar tangis.
Pagi tadi...
Man Bewak teringatkan sesuatu.
Kami jumpa dia kat depan sana tu. Kami tanya dia, dia tak jawab. Dia senyum saja.
Depan mana
Kalut pertanyaan Miah.
Kat simpang ke pondok di pinggir kebun getah Cik Kiah.
Apa dia buat kat situ Dia dengan Pak Su Cik Leh
Dia seorang.
Dia nak ke Bukit Botak
Miah cuba mendapatkan kepastian daripada kedua-dua orang kawan rapat suaminya itu.
Bukit Botak Buat apa
Mat Ajib bertanya kembali.
Ada orang kata, kau orang nak ke Bukit Botak. Nak ambil harta karun.
Harta karun Di Bukit Botak Apa ada di Bukit Botak Hutan rimba adalah. Mana ada harta karun.
Miah begitu gelisah.
Boleh jadi dia di rumah Pak Su Cik Leh.
Aku dah ke sana. Tak ada sesiapa pun.
Sudin
Pun tak ada.
Dia kerjalah tu. Takkan Pak Syuaib bagi dia balik awal.
Mungkin tapi....
Beginilah.
Mat Ajib memberi kata putus.
Ambil duit ni dulu buat belanja. Kami tahu, Pak Long Lateh memang tak berduit langsung. Sementara tu, biar kami cari dia sampai jumpa. Dia tak ke mana-mana tu. Masih ada di kampung ni lagi.
Keyakinan yang diberikan oleh Mat Ajib masih tidak dapat melarikan Miah daripada kegelisahan dan kebimbangan. Kemarahan yang bersarang, surut secara tiba-tiba. Kebosanan dan keinginan untuk membalas dendam dengan menggunakan tubuhnya, terus hilang bagaikan embun meruap ditelan panas cahaya matahari pagi. Mat Ajib menadah tangannya kepada Man Bewak. Man Bewak seluk kocek bajunya kelam-kabut kemudian mengeluarkan beberapa lembar wang kertas dan diserahkan kepada Mat Ajib. Mat Ajib meraba kocek seluarnya dan turut mengeluarkan segumpal wang kertas yang kelihatan renyuk. Wang kertas itu disusun dan kemudian diserahkan kepada Miah yang tidak berganjak langsung dari muka tingkap. Miah menyambut huluran Mat Ajib. Tatkala mengambil duit yang ingin dipinjam oleh Pak Long Lateh itu, tangan Miah tersentuh tangan Mat Ajib. Miah sempat merenung muka Mat Ajib. Mat Ajib juga sempat renung mata Miah. Bibir kedua-duanya bergerak kecil. Namun Mat Ajib kembali tunduk dan berjalan ke arah motosikalnya. Man Bewak pula berdiri di tepi motosikal itu sambil matanya tidak lekang-lekang merenung dada Miah yang kelihatan terdedah kerana leher bajunya yang besar.
Kami balik dululah. Nanti kami cari Pak Long Lateh. Jumpa Pak Su Cik Leh, jumpalah Pak Long Lateh.
Mat Ajib kelihatan begitu yakin dengan katakatanya sendiri. Miah sekadar mengangguk-angguk kecil.
Kalau ada apa-apa masalah, jangan lupa bagitahu kami. Kalau Pak Long Lateh balik, suruh dia tunggu di rumah. Pagi-pagi nanti kami datang lagi,
beritahu Mat Ajib. Miah sekadar mengangguk dengan wajah rusuh. Pun begitu duit yang diberikan oleh Mat Ajib sebentar tadi, segera dimasukkan ke celah dadanya. Tatkala motosikal Mat Ajib meninggalkan halaman rumah Pak Long Lateh, pandangan Miah langsung tidak berganjak. Man Bewak yang menjadi pembonceng bagaikan sedar lemparan pandangan Miah. Dia berpaling dan sempat melambai ke arah Miah dengan sengihan yang tidak mungkin dapat dilihat oleh Miah kerana terlindung dek kelam malam. Semakin lama bunyi enjin motosikal Mat Ajib semakin menjauh. Miah masih tidak berganjak dari tingkap itu. Hanya setelah menyedari Pak Long Lateh tidak mungkin akan balik dalam tempoh terdekat, ditambah pula dengan perutnya yang sedang berkeroncong, Miah menutup daun jendela. Parang yang dipegangnya tadi dan disandarkan ke dinding di tepi kaki, diambil dan dia menuju ke dapur. Pun begitu, sebelum dia keluar dari bilik tersebut, sempat jugalah Miah menjenguk nyamuk yang cuba mencuri darah anaknya. Dalam melangkah, Miah sempat mengira duit yang diberikan oleh Mat Ajib sebentar tadi. Bibir Miah mengelebek dengan senyuman.
Tak apalah kalau tak nak balik pun. Yang penting, ada duit untuk aku.
Miah segera ke dapur. Dia perlu menyediakan makanan malam dengan secepat mungkin. Pedulikanlah kalau Pak Long Lateh mengamuk apabila dia pulang nanti. Miah tidak peduli lagi. Kalau apa yang dimasaknya tidak kena dengan tekak lakinya, Pak Long Lateh boleh berpuasa sampai pagi esok. Mujurnya, nasi telah ditanak. Miah cuma perlu membersihkan ikan bilis. Miah cuma perlu menghiris bawang putih dan bawang merah serta beberapa biji cili api. Kemudian, ikan bilis itu serta hirisan bawang putih dan bawang merah serta cili api di dalam kuali yang telah dipanaskan minyaknya. Apabila sudah kelihatan garing, Miah hanya perlu tuang sedikit kicap dan cuka. Biarpun ringkas tetapi hidangan sebegitu enak terutama apabila dimakan bersama-sama nasi panas. Kalau ada lagi telur ayam, Miah akan dadar dicampur sedikit serbuk kari. Makanan sebegitu sudah cukup untuknya. Pak Long Lateh pula biasanya tidak akan merungut dengan hidangan sebegitu kecuali kalau dia mempunyai wang. Kalau Pak Long Lateh ada wang lebih, dia mulalah berlagak. Mula hendak makan yang bukan-bukan. Hendak makan ketam masak berempahlah. Hendak makan sambal tumis udanglah atau masak lemak cili api sotong yang bertelur. Atau paling tidak pun, rendang daging atau ayam goreng masak berlada. Pun begitu, makanan mewah sebegitu tidak selalu diperolehi.
Pak Long Lateh yang kurang bekerja sebaliknya hanya mengharapkan kawan-kawannya, jarang sangat memperolehi wang yang banyak. Cuma kalau ada tuah daripada permainan judinya dan dia pula bermain di pekan bersama-sama Pak Su Cik Leh, Mat Ajib dan Man Bewak, adalah tujuh lapan ratus duit yang dibawanya balik. Esoknya, dengan duit sebanyak itu, Pak Long Lateh akan ke kedai bersamasamanya dan mereka mula membeli-belah. Sudah lama dia tidak memegang duit yang banyak. Sudah hampir tujuh tahun mereka berkahwin. Pak Long Lateh adalah pilihannya sendiri. Sememangnya Miah sedar, dia telah membuat pilihan yang sangat salah. Dia tidak sepatutnya terpedaya dengan janjijanji manis Pak Long Lateh sebelum mereka berkahwin dahulu. Dia tidak seharusnya berangan-angan untuk menjadi kaya dengan judi kerana tiada sesiapa pun yang pernah menjadi kaya hanya dengan bermain judi. Sebaliknya lebih ramai yang jatuh papa kedana akibat ketagihan judi. Namun, dia sudah terlanjur jauh. Dia sudah terlalu membanggakan Pak Long Lateh yang tua dua puluh tahun daripadanya. Nasihat ibu bapa dan kaum keluarganya tidak dihiraukan. Apatah lagi pada ketika itu, Pak Long Lateh baru sahaja mewarisi beberapa bidang tanah arwah ibu dan bapanya. Pak Long Lateh adalah anak tunggal, sekali gus menyaksikan dia menjadi pewaris tunggal. Seharusnya dengan tanah-tanah yang diwarisi oleh Pak Long Lateh, hidup mereka tidaklah sesusah mana. Ada kebun getah. Ada dusun. Ada bekas bendang. Ada tanah hutan. Setidak-tidaknya kebun getah dan dusun boleh menjamin pendapatan mereka setiap bulan. Namun Pak Long Lateh lebih memikirkan keuntungan cepat. Dia menjual tanah-tanah itu kerana dia tidak mahu mengerjakannya. Kononnya duit hasil jualan tanah tersebut akan digunakan untuk membangunkan sebuah perniagaan.
Walau bagaimanapun, duitduit tersebut hanya digunakan untuk bermain dan dihabiskan di meja judi. Akhirnya tinggallah tapak rumah itu yang seluas dua ekar. Itu sahajalah yang tinggal daripada sekian banyak tanah yang ditinggalkan oleh ibu bapa mertuanya. Sedangkan dari pihaknya pula, dia telah disingkirkan dari keluarga apabila terus berkeras untuk berkahwin dengan Pak Long Lateh yang dianggap akan dapat membahagiakannya sampai ke hari tua. Apa boleh dibuat lagi. Terlajak perahu boleh ditolak ke belakang. Terlajak perbuatan, terpaksalah ditanggung bebannya seumur hidup. Cuma satu sahaja yang menyenangkannya, Pak Long Lateh belum pernah naik tangan atau kaki ke badannya. Biarpun mereka sering bergaduh dan bertekak, dia sahaja yang menang manakala Pak Long Lateh pula sekadar menendang dinding atau tiang rumah dan selepas itu tercengkot-cengkot kesakitan. Mujur jugalah perkahwinan mereka hanya dikurniakan seorang anak. Kalaulah setiap tahun dia meneran anak semenjak mula perkahwinan mereka, Miah tidak dapat membayangkan bagaimana hendak memberi makan atau menyediakan pakaian, terutama dengan sikap Pak Long Lateh yang benar-benar lepas tangan. Anehnya, Pak Long Lateh sentiasa mendapat bantuan daripada kawan-kawannya. Entah apa janji yang dibuatnya dengan mereka, Miah tidak pernah hiraukan. Paling penting baginya ialah wang ada di tangan. Dia tidak mahu tong beras di rumah kosong. Dia tidak mahu bekas gula, langsung kosong. Terlebih penting, dia tidak mahu balang garam di rumahnya tidak berisi lagi gara-gara ketiadaan wang. Disebabkan itulah, dia sentiasa memaksa Pak Long Lateh agar menyerahkan sejumlah wang kepadanya pada setiap hujung minggu. Kalau tidak, dia akan maki hamun Pak Long Lateh sampai Pak Long Lateh tarik muka masam.
Tok Ngah Darus buat cerita tentang laki aku, ya
Miah bersuara perlahan. Pertanyaan yang sebenarnya mengingatkan dirinya sendiri. Pertanyaan yang memarakkan kemarahannya kepada Tok Ngah Darus. Kata-kata Tok Ngah Darus ketika dia mengamuk di halaman rumah Tok Melah, masih terngiangngiang di telinganya. Kata-kata Tok Ngah Darus itu satu persatu bagaikan kerikil yang terhimpun untuk dijadikan peluru lastik.
Dia tak mahu aku duduk lama-lama di rumah Tok Melah, dia buat cerita, ya
Miah cuba mengumpul kemarahan di dadanya.
Dia bodoh-bodohkan aku macamlah aku ni Angah Soyah.
Miah menyiapkan makan malamnya. Sambil memasak, Miah kembali mengingati apa yang berlaku di pekarangan rumah Tok Melah. Dia tahu, ramai jiran tetangga yang suka mendengar leteran mahupun amukannya. Itulah sebabnya, setiap kali dia mengamuk jiran tetangga akan berkumpul dan menjadi penonton. Kalau ada sesiapa yang cuba menyabarkannya, Miah akan menggertak mereka. Biasanya orang kampung takut dengan gertakannya dan cuba mengelak daripada menjadi penasihat atau masuk campur dalam urusan rumah tangganya. Bunyi dan bau masakan, boleh jadi mengejutkan anak lelakinya. Budak lelaki itu terpacul di dapur sambil tersengih-sengih.
Anak mak dah lapar
tanya Miah dengan lembut. Budak lelaki itu mengangguk.
Mak sendukkan nasi, ya
Ayah mana, mak
Ayah tak balik, nak.
Ayah ada kat pokok jejawi tu, kan
Miah tenung muka anaknya dalam-dalam. Tajam sungguh. Jejawi tua yang disebut oleh anaknya, terpampang dalam benaknya. Cerita-cerita tentang jejawi tua, kembali berkitar-kitar dalam kepalanya. Miah tidak jadi menyenduk nasi sebaliknya merapati anak lelakinya.
Pokok jejawi Apa yang anak mak cakapkan ni
tanya Miah dengan suara yang berpura-pura lembut.
Alah, pokok jejawi tua yang berhantu tu lah. Ayah ada kat situ, kan
budak lelaki itu ternyata tidak memahami apa sebenarnya maksud pertanyaan Miah. Dia tidak faham isyarat Miah agar mulutnya ditutup dan persoalan tentang jejawi tua itu tidak diperkatakan.
Buat apa ayah kat situ Ayah kan bekerja.
Ayah ada kat situ. Ayah dah jumpa kawannya di situ. Ayah tak mahu balik lagi.
Miah cuba menguntumkan senyuman.
Anak mak mengigau tadi, ya
Taklah... ayah yang datang bagitahu. Dia kata, dia sibuk kat pokok jejawi tu. Dia tak mahu balik lagi. Kat situ, dia ada ramai kawan-kawan.
Miah tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Anaknya masih kecil tetapi anak kecil jarang berbohong. Mereka juga tidak akan menapis cakapcakap mereka.
Ayah balik
Aah... ayah balik. Ayah pakai baju dan kain putih. Ayah yang kejutkan abang. Lepas tu, ayah pergi. Lepas ayah pergi, abang datang jumpa mak kat dapur.
Miah hilang kata-kata. Apa maksud anaknya itu Bagaimana pula anaknya tahu tentang hantu di jejawi tua itu Dia tidak pernah menceritakan kepada anaknya. Malah dia tidak pernah menunjukkan jejawi tua itu kepada anaknya. Jangankan anaknya, dia sendiri sudah lama tidak melewati jejawi tua itu, terutama selepas jalan utama dilencongkan ke tempat lain dan tidak lagi perlu melintasi jejawi tua yang terlalu banyak menimbulkan pelbagai cerita yang tidak sedap untuk didengar. Budak lelaki itu begitu teruja bercerita tentang ayahnya yang dikatakan baru balik sebentar tadi. Sedangkan Miah pula beranggapan anak lelakinya itu masih terpengaruh dengan mimpinya.
Ni... ayah bagi kat mak.
Budak lelaki itu menghulurkan sesuatu kepada Miah. Miah kerutkan dahinya. Uncang menggunakan kain putih yang comot yang berada di tangan anaknya, diperhatikan terlebih dahulu. Entah mengapa, hatinya mendesak agar dia tidak menyentuh uncang tersebut. Pun begitu, budak lelaki itu tetap mengunjukkan uncang itu kepada Miah.
Abang dapat kat mana ni
Miah sudah mula rasa seram sejuk.
Ayah yang bagi.
Ayah bagi
Ya, tadi... masa mak ke dapur nak memasak. Ayah balik dan bagi uncang ini kat abang. Lepas tulah ayah kata, ayah tak mahu balik lagi. Dia nak duduk kat pokok jejawi tu sebab kat sana lebih seronok dan di sana ada ramai kawan-kawan.
Cerita yang sama dan diulang-ulang bagaikan hendak menegaskan kepada ibunya bahawa dia tidak mereka-reka cerita tentang kepulangan ayahnya sebentar tadi. Dan kalaupun tidak kerana cerita anaknya, Miah tetap akan mencapai uncang yang diunjukkan kepadanya. Budak lelaki itu sekadar merenung ibunya tanpa sebarang perasaan pada wajahnya. Uncang berkain putih comot benar-benar meruntunnya.
Ayah kata, nanti ayah hantar lagi.
Miah sama seperti tadi. Cuba mencari jawapan kepada permasalahan yang sedang melanda benaknya daripada air muka jernih anak lelakinya. Namun jawapan yang dicarinya tetap tidak bertemu. Sebaliknya kepastian bahawa anaknya sedang bercakap benar pula yang mengetuk hatinya.
Apa benda ni
Miah cuba melupakan tentang suaminya yang dikatakan balik menghantar uncang berkain putih comot itu. Tangan Miah sebenarnya menggeletar tatkala dia membuka uncang kain putih comot itu biarpun pada masa yang sama, dia sebenarnya sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui isi kandungan uncang tersebut. Seandainya memang benar uncang kecil itu dihantar oleh suaminya, pastinya ia sesuatu yang menguntungkan. Cuma satu sahaja masalah yang mengusutkan fikirannya. Mengapa pula Pak Long Lateh tidak mahu bertemunya tetapi terus meninggalkan rumah itu dengan pesanan yang aneh.
Hah!
Mulut Miah ternganga luas. Kalau ada lalat yang berterbangan, sudah pasti serangga tersebut tersilap sangka dan menganggap mulut Miah adalah tempat persembunyian terbaik untuk bertelur dan seterusnya BAB KETUJUH beranak pinak. Dan bukan Miah, sesiapa sahaja yang melihat isi kandungan uncang berkain putih comot itu juga akan terbeliak dan ternganga lebar.
Emas
Miah terlupa siapa dia dan di mana dia berada. Ketulan emas yang bersinar-sinar di dalam uncang itu, diperhatikan dan diteliti dengan sebaik mungkin. Dia tidak pernah melihat emas telerang. Dia pernah melihat emas urai tetapi ketulan emas bagaikan kerikil yang dicat itulah kali pertamanya. Emas itu membuatkan Miah hilang rasa marahnya. Emas itu juga membuatkan Miah terlupa bahawa dia mempunyai seorang suami dan suaminya masih belum pulang sekalipun telah menghantar uncang berisi emas itu menerusi anak lelaki mereka. Malah emas itu membuatkan senyumannya melebar dan segala kebimbangan yang bersarang, terus mereput dan hilang seumpama kesan najis disimbah air yang laju.
Emak, abang laparlah!
Miah tidak mendengar suaranya. Emas telerang itu ditimang-timang. Kain putih yang menjadi uncang, dicampakkan ke atas lantai.
Emak, abang laparlah!
budak lelaki itu meninggikan suara. Boleh jadi tersinggung dengan nada tinggi anaknya, Miah terus berpaling dan menampar anaknya sekuatkuat hati. Tamparannya itu membuatkan anaknya terdorong dan terjatuh. Lebih malang, tamparan Miah yang agak kuat, membuatkan kepala budak itu terhentak ke lantai. Bunyi kepala budak itu terhentak ke lantai, membuatkan Miah berpaling dan ternganga. Dia cuba menyelamatkan anaknya tetapi jatuhan badan anaknya jauh lebih laju berbanding Miah yang enggan melepaskan ketulan emas di tangannya. Dan sebaik-baik sahaja kepala budak itu terhentak, budak lelaki itu menggelupur bagaikan ayam disembelih. Miah jadi kelam-kabut. Ketulan emas segera dimasukkan ke celah dada.
Anak mak!
Miah segera memegang kepala anaknya. Dari mulut anak lelakinya itu keluar buih putih. Matanya pula terbelalak bagaikan mata orang kena sawan. Badannya merenjas-renjas bagaikan ikan keli diketuk kepalanya.
Anak mak!
Tadinya Miah terpukau dengan emas yang baru diterimanya. Sekarang, Miah terpukau dengan nasib malang yang menimpa anak lelakinya. Miah meriba, mengelus dan meraba muka anaknya namun itu hanyalah tindakan sementara sebelum Miah mula didatangi perasaan panik. Miah menangis dan menggoncang-goncang tubuh anaknya apabila budak lelaki itu langsung tidak bergerak lagi.
Anak mak!
Miah menangis sekuat-kuat hati. Malah jauh lebih kuat berbanding ketika dia meraung kehilangan Pak Long Lateh di halaman rumah Tok Melah. Anaknya digolek-golek ke kiri dan kanan. Buih putih yang keluar dari mulut anaknya itu sudah pun digantikan dengan darah. Jalur-jalur urat halus pada matanya yang terbelalak, sudah bertukar menjadi merah.
Anak mak!
Miah meraung dan melaung sekuatkuat hati. Tangisnya mengongoi. Miah menampar-nampar mukanya. Miah tariktarik rambutnya sendiri. Miah kesal sekesal-kesalnya kerana menampar anaknya sendiri hanya semata-mata kerana anak lelakinya yang baru bangun tidur itu meminta makanan.
Mak salah, nak! Mak salah! Ampunkan mak! Bangunlah nak!
Miah tidak mampu menahan perasaannya lagi. Saat itu, Miah teringatkan seseorang. Anaknya yang terkejang dengan biji mata merah dan darah yang mengalir dari mulut, dibetulkan kedudukannya. Kemudian Miah berlari turun dari rumah dan berlari ke rumah Tok Melah. Dia perlu mendapatkan pertolongan buat anak lelaki kesayangannya. Dia perlu membawa anak tunggalnya itu ke hospital untuk mendapat rawatan segera. Kebimbangan dan kerisauannya telah menyebabkan Miah terlupa tentang ketulan emas yang terselit di celah dadanya. Miah hanya ingat anaknya. Kelam malam tidak menyukarkan larian Miah. Miah berlari sekuat-kuat hati. Miah sedikit pun tidak takut dengan gelap malam. Miah sedikit pun tidak risau pokok dan tumbuhan yang mungkin akan dirempuhnya kerana malam membungkus alam. Miah juga tidak peduli seandainya ada hantu yang tiba-tiba tercokoh dan cuba mengusiknya. Miah hanya pedulikan nasib anak lelaki kesayangannya.