Les Criaturas - 7
PRESENT 5

Selina duduk di birai katil. Dia membelek-belek telefon pintar miliknya. Tertera nama Mastura pada skrin telefon. Dia menekan punat call dan menunggu panggilannya bersambut. Talian diputuskan. Dia mencuba sekali lagi namun gagal. Selina bingkas bangun dan meletakkan telefonnya di atas novel cinta kegemarannya Patah Sayapku Patah Kau Kesah

Payah sangat ke nak angkat call aku Atau dia terasa pasal Cheryl

Selina menanggalkan pakaiannya satu persatu. Dia mencapai tuala pada penyangkut dinding dan diletakkan di bahu kiri. Pili air dibuka sehingga air hampir memenuhi bathtub. Sabun Lux liquid dituang dan buih-buih kecil mula terbit.

Kring! Kring!

Selina berlari-lari anak keluar dari bilik air dan mencapai telefon. Nama Mastura tertera sebagai pemanggil.

Hai!

Hai, Lina. Sorry tadi Mas sibuk kat dapur. Tu pun tak

habis lagi basuh pinggan.

Its okay. Lina dah makan brownies tadi. Sedap gila. Next time please buat banyak sikit. Kedengaran tawa Selina di hujung talian.

Hehe. Mas tahu, Lina mesti suka. Sebab Mas letak extra choc kisses dalam tu. Mas sengaja buat kenyal-kenyal macam overload cookies. Sebab kalau buat lembut sangat jadi macam kek

pula rasanya..

Tut! Tut!

Selina melihat skrin telefon pintar. Ada satu lagi panggilan yang cuba masuk. Nama Cheryl keluar sebagai pemanggil. Selina menghembuskan nafas bosan. Dia kembali berborak dengan Mastura.

Sorry. Ada incoming call pulak.

La, Mas bebel sorang la tadi Jahatnya! By the way siapa

yang call

Cheryl.

Oh. Mastura kehilangan kata-kata. Nada suaranya yang ceria bertukar suram. Dia mendiamkan diri. Selina merasai perubahan mood Mastura. Dia cuba menceriakan keadaan.

Jangan risau. Tak ada apa la. Kita bukannya couple. Lina dah anggap Mas macam best friend Lina. Cheryl ni terlalu

overprotective. Bosan betul. Mengalahkan

Tut! Tut!

Selina sekali lagi melihat skrin telefon pintarnya. Nama Cheryl masih tertera.

Lina, tak apa. Next time kita sembang lagi okay Cheryl

mesti nak something daripada Lina tu.

Cemburu sangat sampai rimas Lina tau.

Dah, pergi switch caller. Nanti perang besar lagi. Hehe. Thanks. Nanti Lina call lagi okay Bye. Mastura mematikan talian.

Tut!

Dah puas borak dengan Mastura Perli Cheryl. Apa you ni I cuma call nak ucap terima kasih sebab bagi brownies tadi. Boleh tak jangan fikir bukan-bukan I call you dua kali baru you nak switch caller. Dua kali! Apa penting sangat terima kasih you tu kat Mastura Cheryl sengaja memanaskan keadaan.

I dah bosan dengan sikap you. You terlalu nak kongkong I! You ni dah macam anjing yang tak betul you tahu tak! Jerit Selina.

Cantik bahasa you Hey, you dengar sini..

Belum sempat Cheryl menghabiskan ayatnya, Selina menekan punat off. Dia menggaru-garu kepala dan mengusutkan rambutnya. Dia bangun dan berjalan menuju ke bilik air. Air sudah hampir penuh.

Selina memasukkan kakinya ke dalam bathtub. Serentak itu, buih-buih kecil dan cahaya kuning keemasan terbit. Selina tersenyum.

Ah, leganya.

*****

Mastura mengelap kedua-dua belah tangan yang basah. Dia sudah selesai membasuh pinggan. Pinggan tersebut disusun cermat sementara menunggu kering. Dia mendapatkan telefon bimbit di atas meja makan dan mendail nombor seseorang. Panggilannya bersambut.

Bibik. Suaranya kedengan sayu.

Ya, nak. Mengapa

Bibik rasa Mas ni mampu ke untuk bercinta Untuk

dicintai Sebab zahir Mas..

Zahir atau batin bukan ukuran, anakku. Sesiapa saja boleh bercinta. Cinta itu kan luas artinya. Sama macam cinta yang bawa kamu ke sana. Sama macam cinta yang buat kamu bertahan daripada terus mengamuk dan membunuh, ujar Bibik yang cuba menyedapkan hati Mastura.

Mana bibik tahu..

Cukup dengan lakonanmu. Bibik tahu ini pastinya soal hati kamu yang sentiasa rawan itu kan Tentang manusia ketiga yang kamu mahu bunuh itu

Tapi bik, Lina dah bagitahu yang Mas cuma kawan rapat dia, bukannya cinta..

Kamu perlu sadar juga yang mereka itu sifatnya lain. Api

dan tanah, udara dan air. Kamu ngerti

Mas faham. Tapi, Mas tak boleh terus macam ni. Sampai

bila Mas kena ada kat sini

Sampai kamu tahu apa artinya seorang manusia. Sampai kamu tahu apa artinya segala yang berlaku. Baru kamu boleh pulang. Kamu mahu segala yang kamu lalui ini sia-sia Ada sebab mengapa bibik hantar kamu ke sana. Percayalah. Tiada apa yang lebih bibik banggakan daripada melihat kamu menolong merawat dua hati yang terluka, lembut suara bibik memenuhi gegendang telinga Mastura. Mastura mendiamkan diri. Dia menyeka air matanya yang tumpah. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mulai faham tugasnya yang sebenar.

Terima kasih sebab sedarkan Mas. Mereka dah sampai

kat sini ke

Rasanya sudah. Apa kamu tidak dapat merasai kehadiran jasad mereka Bibik tidak dapat menilik dari sini. Kawah kuasa di sana terlalu kebal untuk bibik ceroboh.

Nanti Mas siasat. Bibik jangan risau. Amanat bibik akan Mas tunaikan. Ini janji kita. Sebelum Mas boleh pergi dengan aman.

Talian dimatikan. Mastura berjalan perlahan melalui ruang tamu rumah melintasi cermin besar yang terletak di dinding. Dia berhenti betul-betul di depan cermin tetapi pantulan imejnya tidak kelihatan. Mastura seolah-olah tidak berada di situ. Dia menyentuh cermin tersebut.

Macam mana agaknya rupa aku yang sebenar