Tiada Tajuk - 7
Bab 7

Kena tunggu orang reda sikit. Baru dia boleh masuk ke kedai itu. Lebih sedikit orang yang nampak lebih baik. Kalau boleh dia tak mahu ada orang yang perasan langsung.

Rasa letih meruntun kakinya untuk berhenti dan duduk di atas sebuah bangku kayu di tengah keramaian. Zack mengambil kesempatan itu untuk memerhatikan sekeliling. Lebih tepat memerhatikan orang yang lalu-lalang. Dia ingin memeriksa sesuatu.

Kali terakhir ianya berlaku adalah dua minggu lepas. Bila Zack melihat seseorang itu tidak berwajah. Sudah agak lama ianya berlarutan. Lebih setahun. Malah Zack pernah mendapatkan nasihat dari seorang doktor pakar psikologi. Doktor itu membuat andaian bahawa ianya ada kena mengena dengan penyakit kemurungan yang Zack alami.

"Orang lain pun mengalami kemurungan. Tapi kenapa aku sampai tak dapat melihat wajah seseorang..."

Bagaimanapun, Zack terus optimis. Ubat yang diberi terus diambil dan nasihat doktor juga diikuti. Antaranya adalah mencatat di dalam buku nota kecil apabila setiap kali perkara itu berlaku. Bila setiap kali dia melihat seseorang itu tidak mempunyai wajah.

Zack cepat-cepat mengeluarkan buku nota kecil dari poket seluarnya. Dia mencatatkan tarikh hari itu, tempat dan juga waktu. Lalu di bawahnya dicatitkan,

Lelaki. Lewat dua puluhan. Sedang berjalan dengan isteri dan dua orang anak. Memakai baju T-Shirt merah dan seluar jeans hitam. Semua dapat dilihat dengan jelas. Tapi muka kosong. Tak ada kening, mata, hidung ataupun mulut. Hanya kulit.

Sebelum menyimpan kembali nota tersebut, Zack melihat-lihat dulu catitan-catitan sebelum ini. Kini sudah mencecah angka lapan puluh tujuh semuanya. Lapan puluh tujuh individu tidak berwajah yang Zack jumpa dimana-mana tak mengira tempat dan masa. Semuanya bermula, lebih setahun yang lepas.

Sesampainya dia di balai, Munir disambut oleh wajah seorang rakan setugas yang sedang melengung di hadapan pintu balai sambil merokok. Dia hanya mengangkat kening sebagai sapaan untuk Munir. Munir ikut duduk di sebelahnya. Zaiful mempelawa sebatang rokok untuknya, namun Munir menolak. Sebaliknya dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar.

"Aku punya lagi canggih..." kata Munir.

"Eleh tak main la vaporizer.... Dah la perasa stoberi..."

"Strawberry okey.... Oh My English sikit..." Munir membetulkan.

Zaiful diam. Lawak Munir diabaikannya. Otaknya sedang dihuni sesuatu yang mengganggu sejak semalam.

"Kau kenapa" tanya Munir.

"Tak ada. Cuma tengah fikir. Ada lead baru dalam kes Batik Biru. Kami baru perasan sejak kes yang ketiga ni. Ada kaitan baru yang kita jumpa dalam modus operandi pembunuh. Kaitan berkenaan dengan mangsa-mangsa dari ketiga-tiga kes."

"Apa dia"

"Kisah..." jawab Zaiful.

"Kisah apa"

"Macam... cerita pendek. Apa tu Cerpen..."

Zaiful menghirup sedas asap pembunuh paru-paru sekali lagi sebelum menyambung.

"Dekat lokasi-lokasi pembunuhan, kami ada jumpa cerita-cerita pendek yang dipercayai ditulis oleh ketiga-tiga mangsa. Sebelum ni kami ingat tak ada kena-mengena. Tapi bila mangsa ketiga pun ada menyimpan satu dokumen berisi sebuah cerita pendek dengan cara tulisan dan format yang sama, kami mula syak yang ianya ada kaitan."

"Apa kaitannya"

Zaiful menggeleng.

"Tak pasti. Tapi kajian awal menunjukkan, ada beberapa persamaan yang ketara antara cerita-cerita pendek yang dijumpai di rumah ketiga-tiga mangsa. Semuanya mesti bermula dengan 'Kisah' pada pangkal cerita. Mangsa pertama, 'Kisah 1'. Mangsa kedua, 'Kisah 2'. Mangsa ketiga, 'Kisah 3'..."

"Kau ada cerita-cerita tu sekarang" tanya Munir.

"Kat dalam. Atas meja aku..."

Munir melompat bangun. Terus menyerang meja Zaiful. Meja yang hanya patut didekati oleh orang-orang yang berani saja kerana keadaannya yang membuatkan hutan belantara pun jadi malu. Bersepah dengan dokumen-dokumen yang tidak terurus.

Setelah menyelam selama beberapa minit di dalam kawasan itu, akhirnya Munir berjaya menjumpai kertas-kertas yang dimaksudkan. Munir membawa kertas-kertas tersebut ke mejanya. Dan mula membaca cerita yang dipercayai ditulis oleh mangsa pertama Pembunuh Batik Biru.

Kisah 1

Transformasi Tanpa Sempadan

"Kau rasa apa jadi dekat dia eh"

"Siapa"

"Siapa lagi... Azim la!"

"Entah."

"Kau tak pelik Dia hilang macam tu je."

"Memang la pelik. Tapi nak buat macam mana..."

"Macam mana pulak dengan apa yang orang nampak dekat rumah kau malam tu Masa majlis harijadi kau tu..."

"Apa yang orang nampak"

"Kau jangan buat-buat bodoh la Elmira..."

"Yang kau sibuk sangat ni kenapa Kau rindu dekat Azim eh..." leret Elmira seolah menyakat Nisa.

"Kau jangan buat lawak boleh tak Ini benda serius tau. Semua orang yang pergi majlis harijadi kau masa tu kecoh. Sampai sekarang pun dia orang masih bercakap pasal tu tau. Kau tak peduli"

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Elmira mangambil peduli tentang apa yang orang lain kata