DARI KLCC KE TANJUNG MALIM - 7
Dalam banyak-banyak port tuang puasa yang aku pernah tahu, takde satu port pun yang aku rasa rare atau unik menurut pandangan mata kasar.

Belakang almari, atas tangki air asrama, menyorok dalam bilik beg, pura-pura sakit dan melepak dalam bilik sakit, masuk kedai mamak ikut pintu belakang, masak Maggi dalam bilik, menyorok dalam tandas, makan nasi bungkus belakang lorong gelap, masuk kedai makan Cina, atau kalau banyak duit sikit masuk restoran Jepun, sembunyi belakang peti ais. Paling biasa alasan uzur. Ini perempuan punya kerja.

Semua ni klise dan tak rare.

Sampailah semalam bila aku berborak dengan adik aku, Brader Farmasi yang balik berbuka puasa di Tanjung Malim, pandangan aku sedikit berubah.

Adik aku ni kerja farmasi di Hospital Besar Ipoh. Menurut dia, dekat Hospital Ipoh ada port ponteng puasa yang rare. Ramai dah cuba dan berpuas hati. Tempatnya selamat dan sangat tenang.

Aku cuba membayangkan apakah lokasi rare yang boleh dicuba di sana Dalam stor Dalam wad Belakang kantin Dalam tandas klinik

Berbekalkan kepercayaan bahawa syaitan, iblis, hantu, jin dan segala jenis makhluk halus dirantai sepanjang bulan puasa, aku pun ajukan soalan yang sepatutnya aku tanya sejak awal-awal tadi.

Hah kat mana

Maka jawab Brader Farmasi dengan spontan namun ikhlas, Bilik Mayat!

Aku mengangguk tanda setuju.

Sebagai kesimpulan, bulan puasa ni mengajar kita satu perkara asas yang senang. Brader yang tak takut tuhan, bagi Lailatulqadar depan muka pun dia tetap tak takut tuhan.

Jadi amacam Berani ke tak berani nak join geng Hospital Ipoh