Larian bermula dengan melintasi hutan paya bakau. Akar-akar pokoknya menjalar keluar dari tanah lumpur. Hutan paya bakau berada tepat di belakang pagar sekolah. Dari situ, biawak besar sering mencuri masuk ke perkarangan sekolah. Selain dihuni ular dan biawak, hutan bakau itu turut memiliki mitos hebat. Ia diceritakan sebagai tempat perkuburan askar Jepun dan rohnya bergen tayangan di perpustakaan sekolah, tingkat tiga. Guru pusat sumber pernah menjadi saksi tentang kerasnya kawasan perpustakaan. Lampu di syiling perpustakaan hidup dan mati sesuka hati, itu antara kisah yang pernah memanipulasi perbualan di kamar guru.
Kami melakukan senaman ringan. Semasa aksi menggelek pinggang ke kanan dan ke kiri, Fahmi dan Hakimi galak ketawa di baris belakang. Mereka mengajuk punggung Raziyah, murid perempuan besar tinggi di hadapan mereka. Pipi Raziyah yang putih bertukar merah jambu. Murid-murid perempuan lain yang bertubuh berisi mengalih tempat. Termasuk Wafa Thahirah, mereka berebutrebut untuk bersenam di kawasan terselindung. Melihat perbuatan itu, Cikgu Asmadi mengarahkan semua murid berdiri dalam bulatan. Tidak ada sesiapa yang boleh berdiri di baris belakang. Kami meneruskan sesi dengan tekan tubi dan lompat bintang.
Rekreasi diakhiri dengan telatah gadis-gadis kecil ini terkinja-kinja mengutip kerang jenis Cockle yang terbenam di pasir pantai. Kulit kerang berwarna putih kekuningan itu disimpan sekadar mendiami bekas pensil. Menemui kulit kerang yang cantik adalah perkara biasa. Namun begitu, kebanyakan kulit kerang yang meliputi pasir pantai adalah kerang jenis biasa seperti yang direbus untuk dijadikan santapan. Lambakan kerang menyebabkan salah satu kawasan di daerah ini digelar dengan panggilan Teluk Kerang, kerana pantainya dipenuhi hidupan air itu.
Aku lebih suka kepada penemuan siput kilah. Pada lubang besarnya akan ku rapatkan telinga, mendengar bu nyi ombak dan angin yang menderu tenang. Siput itu bagiku, seperti menyembunyikan rahsia dasar laut. Barangkali di sana ada gadis duyung, ada ikan biru yang cantik dan rumpai yang tumbuh subur seperti yang divisualkan di dalam kisah dongeng animasi.
Teman bilik darjahku teruja ke pantai ini. Ikan tembakul yang mencelah di balik lumpur kelabu pula menerima nasib sama seperti sejak sekian lama. Setiap yang muncul di permukaan lumpur menjadi mangsa lontaran batu oleh murid-murid lelaki yang tidak mengenal simpati.
Di tepian laut ini aku membesar. Di deretan kedai sana, salah satunya adalah kedai jahit ibuku. Kedai kecil yang dibangunkan MARA. Walaupun dikawal tembok rendah yang dibina lima belas kaki dari belakang kedai, kedai jahit itu tetap dipukul ombak, menyebabkan bajuku sering basah. Aku fikir jika tidak kerana tembok itu, tubuhku juga akan ditelan ombak.
Ombak yang menghempas tebing menyebabkan tembok itu rongak-rongak. Beberapa bahagiannya runtuh dan tanah terhakis. Apabila air surut, ombak itu meninggalkan isinya seperti sampah, ular dan yang aku minati adalah teritip.
Tubuh kecilku menjadikan tembok itu sebagai medan akrobatik. Berjalan di atasnya seolah-olah aku atlit yang mewakili Malaysia dalam acara mengimbangi badan di atas lenturan batang besi. Tidak banyak perkara yang boleh aku jadikan permainan jika ibu membawaku ke kedai jahitnya.
Kisahku di tembok itu ditemani teritip. Kumpulan ter
itip melekat di sebalik tembok hitam yang memisahkan antara laut dan kedai jahit ibu. Ia berada di situ sewaktu air surut. Ketika itu, akan terzahirlah batu-batu besar yang tajam di sepanjang bahagian bawah tembok.
Mengutip teritip seolah-olah menjadi pekerjaan harian. Aku akan bersimpuh di atas tembok, membongkokkan badan dan menggerakkan turus vertebra sehingga tanganku dapat mencapai teritip yang melekat di sebalik tembok. Kepalaku tunduk seiring dengan merendahkan tulang bahu. Teritip itu aku cabut satu persatu, lalu aku lepaskan ke permukaan batu. Aku tidak pernah terfikir sama ada hobi mengganggu kehidupan teritip itu direstui alam atau tidak.
Suatu hari, ketika aku sedang mengutip teritip, aku terasa disergah dari belakang dan tubuhku tertolak menghadap laut. Perkara terakhir yang aku lihat adalah bucju batu-batu tajam merapat ke wajahku sepantas kilat. Kemudian, segala-galanya tiada lagi. Gelap.
Dalam kegelapan itu, aku mendengar esak tangis yang sangat kuat. Bau hanyir menusuk hidung. Perlahan, aku membuka kelopak mata. Aku terbaring di pangkuan ibu. Lemah. Pandanganku tertujah ke luar tingkap kereta, permandangan yang bertukar menjadi kabus.
Takdir itu menyebabkan kedua-dua tanganku patah dan meninggalkan kesan parut sehingga kini. Sedikit demi sedikit aku mendengar cerita. Aku jatuh kerana teman sepermainanku bergurau dengan menyergah dan menolak tubuhku tanpa sengaja. Temanku kemudian menjerit memanggil Pak Akob yang sedang memasang jaring di tengah laut. Pak Akob meredah selut dan lumpur mendapatkan aku di bawah tebing. Mendukung jasadku yang telah longlai untuk diserahkan kepada ibu. Bayangkan, wanita itu menjerit, menangis separuh nyawa. Seorang pekerja ibu malah tidak sanggup memegangku kerana khuatir bajunya akan dikotori darah.
Sekiranya aku jatuh ketika air pasang, aku berpotensi lemas. Aku juga tidak memilih untuk jatuh ketika air surut, kerana dahiku dijamah batu tajam. Namun, ingatan melihat batu tajam itu tidak dapat menandingi ingatan mendengar tangisan wanita yang bernama ibu. Engkau laut, telah menjadi saksi belas kasih seorang ibu.
Selain menjadi hero di perkampungan setinggan kami, coretan kehidupanku di sini juga sempat ku simpan ke dalam poket pengalaman. Abang-abang di daerah nostalgia ini gemar aktiviti berkayak. Mereka berkayak ke Pulau Kalimun, Tanjung Balai, Indonesia dari sini. Ada juga pertandingan gusti atas air. Peserta duduk di kayu balak yang terapung di atas laut dan bertumbuk menggunakan pemukul berbalut span. Kekalahan dikira pada peserta yang jatuh awal di dalam air.
Aku masih duduk di atas batu. Mengenang kehidupanku, dan melihat permandangan laut seluas mata memandang. Wafa Thahirah yang pasif, tidak mahu menyertai murid-murid lain mengutip kerang. Jauh sekali membaling batu ke arah ikan tembakul. Wafa Thahirah melabuhkan punggung di sisiku.
Kau pandang apa. Wafa Thahirah menoleh ke wajahku.
Lihat sana. Aku menunding jari ke tengah lautan.
Dahulu, setengah batu dari sini adalah tanah daratan tempat orang Cina menanam keledek. Tanah itu terhakis sedikit demi sedikit dek garangnya ombak. Kerana itu wujud tembok, mengawal sepanjang pantai ini. Ujarku menerangkan tentang tempat aku membesar.
Di penghujung permandangan laut, Pulau Pisang memerhatikan telatah tetamu pantai. Pulau Pisang mendiami Selat Melaka dengan jarak tujuh batu nautika dari kami.
Tu Pulau Pisang, kan Wafa Thahirah memuncungkan bibir ke arah pulau di hadapan.
Ya. Mengikut kata nelayan yang pernah tiba ke sana, sebenarnya Pulau Pisang adalah empat buah pulau yang saling berdekatan. Pulau Sauh, dua buah Pulau Kemudi dan Pulau Besar yang menerajui semua pulau tadi. Kiranya Pulau Besar tu macam ketua darjahlah. Pulau Pisang pula nama kelasnya. Aku cuma memahamkan gadis di sebelahku. Aku tahu dia agak lembab. Oleh itu, perumpamaan yang aku buat mesti sesuatu yang dekat dengan kami.
Kau ni, takkan pulau pun ada ketua darjah. Wafa Thahirah ketawa kecil.
Aku bagi contoh, bodoh. Meninggikan suara, marah.
Yelah, aku tahu aku tak sepandai kau dan Anne. Wafa Thahirah tunduk.
Asahlah otak kau dengan pengasah pensil. Mana tau berkesan. Aku tidak mempamer simpati.
Pulau tu ada orang duduk. Wafa Thahirah bersuara, perlahan.
Duduk tak ada, berdiri pun tak ada.
Habis ada apa, hantu
Aku diam. Aku tidak terfikir tentang penghuni yang satu itu. Wafa Thahirah menyambung, Aku ingat hantu ada kat sebelah aku ni je.
Tiba pula giliran aku menjadi bebal.
Betul ke Kau boleh nampak Aku panik. Punggungku terangkat sedikit. Soalan itu aku tuju bertubi-tubi.
Nampak. Eh, aku main-main je. Tak ada lah. Wafa panik.
Aku jadi keliru dan duduk tegak semula. Merapu pula budak ni. Fikirku.
Aku termenung sebentar, kemudian ku balas soalan gadis sawo matang di sebelahku,
Di Pulau Besarlah terletaknya rumah api. Tidak ada perkampungan di kepulauan tersebut. Namun ada nelayan yang menjadikan tanah di situ sebagai kebun durian, pelam dan pisang. Seperti Negeri Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei yang digelar sebagai Borneo, begitulah Pulau Sauh, dua buah Pulau Kemudi dan Pulau Besar yang digelar sebagai Pulau Pisang. Aku tidak tahu sama ada Wafa Thahirah pernah mendengar perkataan Borneo. Aku cuma menyebut supaya gadis itu lebih luas pengetahuannya.
Wafa Thahirah terus duduk diam di sampingku. Dari sini, aku melihat Pulau Pisang seperti gunung ganang yang timbul di permukaan laut, tugasnya menelan matahari senja. Ketika malam, pulau itu membuktikan kewujudan-
nya dengan kerlipan cahaya dari rumah api yang dijaga pihak Singapura. Kerlipan cahaya itu bagai sihir yang memanggil-manggil naluriku untuk menjelajah tubuhnya. Pulau itu mampu membuat aku melafaz janji, suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke pasirmu, berteduh di bawah pohon yang subur di bumimu dan melihat permandangan bandar Pontian dari tanahmu!.
Dewasa nanti, aku akan bawa kau ke situ. Ucapku.
Wafa Thahirah terkebil-kebil, mendengar aku melafaz janji.
kita sama-sama naik bot. Ucapku lagi, yakin.
Buat apa.
Aku tinggalkan kau di situ, kemudian aku balik.
Aku bergurau.
Wafa Thahirah bangun, meninggalkan aku.
Betullah, suatu hari nanti aku akan bawa kau ke situ. Thahi!. Aku menjerit ke arah Wafa Thahirah yang telah berlalu pergi.
Tipu! Jerit gadis itu, tanpa menoleh kembali.
Betullah, bodoh. Ku lafaz perlahan. Aku berjanji, sendiri.
Ku tatap semula permandangan Pulau Pisang yang berbalam-balam.
Oi..taknak balik ke Sergah Fahmi.
Kau nak Cikgu Normah buat kelas di sini juga ke Sambung Hakimi, celupar.
Aku bangun, mengejar Wafa Thahirah yang telah jauh di hadapan. Gadis itu berjalan terkedek-kedek, lambat.
Aku menghentikan larian apabila tiba di sisinya. Tha
hi, bila besar nanti kita berdua ke sana tau. Kali ini aku bertutur lembut. Mohon Wafa Thahirah mengikat janji, melafaz intergrasi.
Jangan panggil aku Thahi. Wafa meletak syarat.
Thahi..
Wafa serius. Pura-pura tidak mendengar. Wafa Thahirah Ahmad Kamil.. Wafa Thahirah senyum.
Dewasa nanti, sudikah tuan hamba mengikut hamba ke pulau sana
Aku memandang wajahnya, menunggu ikrar. Wafa Thahirah senyum lagi. Aku terpinga-pinga sendiri.
Sekali dihempas ombak,sekali pantai berubah..