JAGUH DEKLAMASI - 7
Seperti yang selalu ditekankan, aspek tema memainkan peranan yang penting dalam deklamasi. Untuk persembahan baca puisi secara biasa (bukan sayembara), perhatian audiens akan lebih bertumpu sekiranya tema yang diungkapkan adalah berkaitan isu-isu semasa dan dekat dengan jiwa mereka.

Misalnya, jika isu hangat ialah tentang banjir atau pesawat Malaysia yang terhempas, deklamator yang mempersembahkan puisi tema tersebut tentulah akan lebih mendapat perhatian khalayak.

Aspek tema juga sangat penting bagi mengaitkan dengan emosi. Puisi tema sedih mestilah dipersembahkan dengan emosi sedih dan sebaliknya.