7 TAHUN 7 HARI - 7
Zine Tentang tersebar di Twitter dan masuk ke universiti apabila Terfaktab Media mula buat car boot sale. Aku cuma tolong boss jual buku, jauh sekali menumpang publisiti. Sebelum ini, aku pernah juga buka booth menjual baju yang Mak jahitkan. Jadi, tak kisah bila orang pandang sebagai muka berniaga di kafeteria universiti. Selling a ten bucks zine wont make me any richer pun. Tapi, tetap kena cari duit juga. Bila kawan-kawan sekelas jumpa untuk beli Tentang, mesti aku cakap dah habis dijual. Sebenarnya, dah segan tahap cipan. Lagi, minta tandatangan Terus aku lari cakap tak ada pen.

Dah la perlu melayan pesanan melalui emel yang masuk setiap hari, penat pula kerana berkejar-kejar menguruskan Tentang seorang diri. Pergerakan pula terbatas kerana tak ada pengangkutan sendiri untuk ke Pejabat Pos dan kedai printing. Tapi syukurlah, ia mampu hasilkan RM2000 untuk jualan 200 naskhah pertama yang cukup untuk duit belanja selama beberapa bulan. I pat myself on that time, Good job, Awin. Not bad lah.

Selalunya, aku akan terima mesej inbox Facebook dari strangers dan kadang-kadang bila mesej masuk junk mail, memang tak berkesempatan nak buka satu persatu. Nak dijadikan cerita, salah satu Facebook mesej datang dari orang yang tak pernah dijangka, membuatkan aku terkedu sekejap. Hey Diana.

Dalam hati, nampak sangat mamat ni tak kenal aku bila panggil nama Facebook. And yes, inilah mamat kononnya handsome. Semua kawan perempuan dan separa perempuan aku sibuk cakapkan tu!

Yes

I nak beli Tentang. Kat mana ada jual Ah, fuck.

I tak jual dah.

Kalau tak jual, takyahlah publish dah. Ugh. Kerek betul. Dahlah nak beli buku orang, lepas tu loyar buruk. Dan setiap kali terserempak dengan dia di kolej, mesti kena usik. Eh kita jumpa lagi Aku berkerut.

Selalu jumpa ni macam ada jodoh je Aku jeling sambil geleng kepala, terus turun lift dari fakulti. Terasa pelik bila disakat orang asing, lagi-lagi di universiti. Sejak Nazreen masukkan aku ke universiti untuk sambung ijazah, hanya satu saja niat; belajar supaya dapatkan tiket untuk kerja lebih baik. Nazreen tanggung segala kos pembelajaran termasuk semua bil internet dan telefon, rumah sewa, makan pakai dan segala benda sejak aku tak lagi ambil duit dari Mak.

Memang tak berminat untuk buat kawan baru. Suasana pembelajaran yang baru membuatkan rindu pada waktu diploma dulu muncul. Degree years are totally different. Ramai pensyarah dan staff baru yang tak familiar. Menyesal juga lambat sambung belajar dan habiskan dua tahun dengan bekerja. Bila masuk kelas, rasa janggal tengok junior-junior diploma dalam satu kelas. Terasa terlalu tua setiap kali berada dalam kelas. Jadi disebabkan rasa janggal, aku bataskan pergerakan hanya untuk pergi dan balik kelas sahaja setiap hari.

Hello, sexy.

Hey, I was blushed.

You ambil gambar malam ni Ambik gambar I perform banyak sikit eh. Aku ketawa.

InsyaAllah kalau I ingat

Dia suka sangat menyakat setiap kali kami terserempak. Rasa pelik sebelum ini terhakis bila aku mula tersenyum malu. Dan malam itu adalah antara malam paling bermakna sepanjang waktu pembelajaran ijazah. Aku ditugaskan untuk ambil gambar dan cover story Intercultural Night bagi suratkhabar Fakulti Komunikasi. Aku adalah pereka suratkhabar untuk isu lima. Jadi lebih baik ambil gambar sendiri, supaya dapat gambar yang dimahukan untuk center spread surat khabar kali ini.

Nampak dia sampai di kaki tangga. Senyumannya buat aku lupa dia selalu menyakat. You pernah tengok Jab Tak Hai Jaan Apa tu Muka aku berkerut.

Cerita hindustan baru Shah Rukh Khan. Heroin dalam cerita tu pakai saree hisap rokok menyorok macam you ni lah, sambil gelak dihujungi senyumannya yang paling manis.

Aku senyum kelat.

Itu kali pertama aku pakai saree. It was my childhood dream to wear a saree kerana terpengaruh tengok Hindustan. Hey, siapa tak Mujur ada kawan sekelas yang baik hati pinjamkan saree. Cukup muat untuk aku get into character Journalist in Saree.

Sejak dari tu, hari-hari dalam kelas tak lagi kusam macam dulu. There was always something to look forward to. Vibes yang dia ciptakan membuatkan aku semakin hidup setiap hari.

Dia adalah lelaki yang sangat disenangi ramai. Perilakunya sederhana dan kelakar buatkan semua orang terhibur dengan kehadirannya. Ini termasuk pensyarah, pekerja kedai dan sesiapa sahaja yang melintasi kehidupan sehariannya. His positive vibes made me desperately want to get near him. Dan ya, dialah mamat yang aku nampak banyak kali dekat iklan Hotlink setiap kali aku naik LRT! I recognized the smile!

Kami banyak habiskan masa melepak setiap hari di Nasi Lemak Cinta Sayang, Pusat Komersil. Ada sekali, seorang kawan baru bernama Pear turut sama berkongsi cerita sampai kami tak perasan jam tujuh pagi sedangkan aku masih dengan baju clubbing malam tadi. Since that day, we called the conversation as kuliyah everytime we met for a deeper conversation. It took us almost 6 hours talking about random things and life.

Macam mana you kenal Kak Fynn Kawan you eh

Oh kitorang sama-sama pergi gig Hujan dulu. Tapi rapat sampai sekarang. Dah kira macam kakaklah.

Eh dia kakak angkat I jugak since MySpace. Eh, tak nak kalah eh Aku ketawa.

Tak, seriouslah! Dia sambut ketawa aku. Perbualan random yang tiba-tiba jadi lagi menarik.

Jadi you kenal lah Ika

Ika Ika mana pulak ni

Ala, nama dia Atiqah. Apa eh orang panggil kalau dia kahwin dengan sama adik beradik What

do we call the relationship Biras

Biras ke beras ke I tak tahulah, tapi Ika kahwin dengan adik ipar Kak Fynn.

Adik ipar Kak Fynn Adam Itu ex boyfriend

I.

What! Ika tu first love I!

So ex boyfriend I kahwin dengan ex girlfriend you

Haah, doh.

Oh my... goodness Dua-dua terkedu.

Gelak memecahkan suasana pagi menjelang subuh itu.

Sometimes people play hard to get just because they want to see how real is the feeling.

Abdullah