Memanda Menteri Marwan Al-liakkam begitu terkejut mendengarnya.
Apa tuanku Ada empat orang Iagi anak Ali yang gagah perkasa
Ya Memanda Menteri. Pertamanya bernama Muhammad Hanafiah, keduanya Umar Ali, ketiga Talib Ali dan keempatnya Akil Ali. Mereka ini adalah pahlawan yang terhandal dan tulang belakang keluarga Rasulullah.
Di tengah-tengah majlis yang begitu hangat datanglah pengawal masuk menghadap.
Ada apa pengawal
Panglima Simirlain memohon untuk masuk menghadap, tuanku.
Benarkan dia masuk menghadap.
Pengawal itu keluar dan sebentar kemudian Simirlain masuk menghadap Baginda Yazid.
Ada apa yang kurang panglima soal Baginda Yazid.
Tidak ada apa yang kurang tuanku, cuma satu saja yang hamba pohonkan agar tuanku menghantar patik menangkap anak Ali berempat itu, tuanku.
Oh, Panglima Simirlain, hutang budi dulu masih terlalu sedikit beta membayarnya, inikan pula panglima hendak berbudi lagi. Baiklah kalau itu hendak panglima, beta benarkan panglima ke kota Madinah.
Menjunjung titah tuanku.
Tapi panglima, sebelum panglima bertolak beta ingin menganugerahkan kepada panglima hadiah yang berharga.
Raja Yazid berpaling kepada Memanda Menterinya. Baginda tersenyum dan bertitah.
Memanda Menteri, berikan satu persalinan kerajaan kepada Panglima Simirlain dan hadiahkan juga kepadanya emas dan perak mengikut kehendak hatinya.
Baiklah tuanku.
Setelah menerima hadiah tersebut, panglima Simirlain bersiap-siap untuk berangkat. Askar bantuan yang disediakan untuk membantu Panglima Utbah dan Panglima Walid juga telah bersiap. Setelah siap Panglima Simirlain pun berangkat mengetuai angkatan bantuan itu. Setelah berjalan tanpa berhenti-henti siang dan malam, sampailah tentera bantuan Baginda Yazid itu di pinggir kota Madinah. Berkhemahlah mereka semua di situ. Setelah hari siang mulalah mereka memukul gendang perang sambil pasukan Panglima Simirlain masuk ke tengah medan peperangan.
Berita kedatangan tentera bantuan Raja Yazid tiba ke pengetahuan Maharaja Muhammad Hanafiah. Maharaja Muhammad Hanafiah dan adiknya Ali Akhbar segera masuk ke tengah medan lalu mengamuk. Banyaklah tentera musuh yang dapat dibunuhnya. Peperangan itu berlangsung setahun lamanya.
Ketiga-tiga orang adik-beradik Muhammad Hanafiah, Akil Ali, Umar Ali dan Talib Ali sedang bersukaria pada suatu tempat. Sambil berbual-bual Umar Ali pun berkata kepada saudaranya.
Saudaraku berdua, hamba teringin benar untuk melihat saudara tua kita Saidina Hasan dan Husin. Terlalu lama sekali kita tidak bertemu dengannya, terasa rindu juga hati hamba.
Apabila mendengar kata Umar Ali itu, menangislah kedua saudaranya kerana mereka juga sebenarnya terlalu rindu untuk bertemu dengan kedua orang saudara tuanya itu.
Sebentar kemudian masuklah pengawal baginda menghadap.
Tuanku, ada utusan hendak masuk menghadap.
Utusan dari mana pengawal
Katanya utusan dari saudara tuanku, raja Muhammad Hanafiah dari benua Buniara.
Benarkan utusan itu masuk pengawal.
Setelah mendapat kebenaran menghadap, utusan Muhammad Hanafiah pun segeralah hulurkan sepucuk surat kepada baginda bertiga. Baginda Umar Ali membuka dan membacanya. Kemudian diserahkan kepada adik-adiknya.
Apa Saudara hamba Saidina Husin telah wafat dibunuh di Padang Karbala!
Akil Ali terkejut apabila menatap surat itu.
Saudara tua kita Saidina Hasan juga telah wafat diracun Raja Yazid. Umar Ali bersuara sambil menangis.
Adinda Zainal Abidin iaitu anakanda Saidina Husin bersama semua keluarga Rasulullah juga telah menjadi tawanan Raja Yazid di Damsyik.
Talib Ali seakan tidak mempercayai berita yang dibawa utusan itu. Tidak! Keluarga Rasulullah tidak akan dicemar, akulah yang akan membersihkan kekotoran itu. Demi kesucian keluargaku aku akan menyapu bersih mereka yang telah menganiaya keluarga Rasulullah, kata Umar Ali menggenggam penumbuknya. Air matanya menitis kerana terlalu sedih menerima berita itu.
Ketiga-tiga saudara itu jatuh dari tempat bersemayam. Gemparlah menteri-menteri baginda apabila melihat ketiga orang rajanya pengsan. Dengan segera menterinya membawa masuk baginda bertiga ke dalam istana dan direnjiskan dengan air mawar. Baginda bertiga kemudian sedar dari pengsannya.
Setelah keadaan pulih seperti sediakala Raja Umar Ali pun bertitah.
Memanda Menteri, siapkan satu majlis jamuan negara kerana beta ingin berkenduri arwah di atas kematian dua orang saudara beta yang telah dibunuh orang.
Kemudian kumpulkan segera segala hulubalang dan bala tentera kita untuk menolong saudara beta yang sedang berperang melawan Raja Yazid yang telah membunuh saudara beta itu.
Baiklah tuanku akan segera patik kerjakan.
Keluarlah menteri Raja Umar Ali untuk menyiapkan majlis jamuan arwah. Dikerahkan seluruh tukang masak istana untuk menyiapkannya. Kemudian menteri itu pergi pula kepada hulubalang baginda yang ramai itu menjemput mereka makan. Beliau juga meminta semuanya bersiap dengan kelengkapan untuk berangkat ke kota Madinah.
Setelah selesai berjamu, mereka segera berangkat menuju ke kota Madinah diketuai oleh Raja Umar Ali tiga bersaudara.
Akan baginda Muhammad Hanafiah setelah baginda menghantar surat kepada saudaranya bertiga, ditulisnya sepucuk lagi surat untuk dihantar ke benua Iraq. Pada hari itu Raja Masib Kaka sedang duduk di atas singgahsana kerajaan dihadapi oleh anakanda baginda yang bernama Kaka Masib dan orang besar-besar.
Pada masa it baginda Masib Kaka teringat akan Baginda Hasan dan Baginda Husin. Berlinang air matanya kerana menahan kerinduan. Pada saat itulah seorang utusan tiba di pinggir kota Iraq lal ditahan oleh pengawal.
Utusan tersebut merayu kepada pengawal untuk masuk ke kota Iraq. Benarkanlah hamba masuk menghadap, kerana hamba adalah utusan dari Maharaja Muhammad Hanafiah dari negeri Buniara. Hamba membawa sepucuk surat untuk raja benua Iraq, kata utusan itu.
Berehatlah tuan hamba di sini dahulu, nanti hamba khabarkan kepada raja hamba.
Pengawal masuk ke dalam istana dan terus menghadap raja yang dihadap oleh orang-orang besarnya. Ada apa pengawal, nampak gaduh sahaja
Tuanku, ada utusan dari Maharaja Muhammad Hanafiah membawa sepucuk surat untuk tuanku.
Utusan saudara beta dari benua Buniara Benarkan utusan itu masuk menghadap.
Pengawal keluar dengan segera memberitahu utusan itu supaya masuk menghadap. Sebentar kemudian masuklah utusan itu menghadap baginda.
Hai utusan saudara beta, pertamanya beta ingin tahu adakah saudara beta Muhammad Hanafiah itu sihat
Sihat tuanku.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang Maha Kuasa.
Memanda Menteri, bacakan surat dari saudara beta itu. Terlalu rindu beta untuk mendengar berita darinya.
Menteri baginda pun mengambil surat itu lalu dibacanya dengan suara yang nyaring. Apabila diketahui surat itu menceritakan tentang kematian Baginda Hasan yang diracun orang dan pembunuhan Baginda Husin di Padang Karbala, tiba-tiba baginda jatuh berguling-guling dari singgahsananya.
Gemparlah seluruh pembesar apabila melihat raja pengsan. Menteri baginda dengan tidak bertangguh lagi segera membawa baginda ke dalam istana. Sebentar kemudian baginda pun tersedarlah dari pengsan. Baginda pun bertitah.
Memanda Menteri, siapkan segera angkatan Perang untuk membantu saudara hamba Maharaja Muhammad Hanafiah di kota Madinah.
Menteri pun keluar lalu memanggil semua panglima perangnya. Mereka diperintahkan bersiap dengan kelengkapan perang untuk berangkat ke kota Madinah.